CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Matpon

[Idea] teknik saving yang berkesan

  [Copy link]
 Author| Post time 3-7-2019 11:26 AM | Show all posts
"Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan mereka meminta-minta."

Adakah hadith di dalam poster itu sahih?

Jawapan :

Ada hadith tersebut diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dalam Sahih Bukhari, lafaz Arabnya:

عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي وَأَنَا بِمَكَّةَ وَهُوَ يَكْرَهُ أَنْ يَمُوتَ بِالْأَرْضِ الَّتِي هَاجَرَ مِنْهَا قَالَ يَرْحَمُ اللَّهُ ابْنَ عَفْرَاءَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ الثُّلُثُ قَالَ فَالثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ

Daripada Sa'ad bin Abi Waqqas radiallahu 'anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam datang menziarahi ku ketika ku di Mekah. Baginda tidak suka untuk mati di tempat yang baginda berhijrah daripadanya. Baginda berkata: Semoga Allah merahmati Ibn 'Afra'. Aku berkata: Ya Rasulullah, aku mewasiatkan harta ku kesemuanya. Baginda menjawab: Tidak boleh. Aku berkata: Separuh? Baginda menjawab: Tidak boleh. Aku berkata: Sepertiga? Baginda: Ya, sepertiga, dan sepertiga itu sudah banyak.

إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ وَإِنَّكَ مَهْمَا أَنْفَقْتَ مِنْ نَفَقَةٍ فَإِنَّهَا صَدَقَةٌ حَتَّى اللُّقْمَةُ الَّتِي تَرْفَعُهَا إِلَى فِي امْرَأَتِكَ وَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَكَ فَيَنْتَفِعَ بِكَ نَاسٌ وَيُضَرَّ بِكَ آخَرُونَ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ يَوْمَئِذٍ إِلَّا ابْنَةٌ
Sesungguhnya jika engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta kepada manusia. Sesungguhnya engkau akan membelanjakan harta engkau dan ia akan sesungguhnya adalah sedekah hatta makanan yang engkau suapkan ke mulut isteri engkau. Allah akan memanjangkan umur engkau lalu orang ramai akan mendapat manfaat daripada engkau dan sebahagian orang (iaitu musyrikin) akan mendapat mudharat daripada engkau. Beliau tidak memiliki waris kecuali seorang anak perempuan.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wasoya, hadis no: 2591]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2019 11:28 AM | Show all posts
Perkara ini penting kerana masa depan kita kita tidak tahu.. Marilah kita memupuk kesedaran dalam menyimpan untuk hari tua
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus topik ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 11:51 AM | Show all posts
Ni saya share pengalaman saya je.

Dulu lepas habis SPM, saya terpaksa bekerja sebab ayah dah meninggal n saya anak sulong. Saya ketepikan dulu niat ambil degree. Waktu tu alhamdulillah dapat kerja office. Balik kerja pukul 5pm. Pukul 6 saya sambung buat kerja part time sampai pukul 11pm. Sebulan boleh la income tu melebihi needs. Separuh gaji memang saving dalam ASB. Kadang kalau ada public holiday, kerja part time dapat gaji lebih. Jadi saving pun lebih. Dulu2 tak berapa pandai macam sekarang. Hehe

Niat pertama memang nak beli rumah sebab dari kecik susah duduk menyewa, tapi silap percaturan. Duit saving yang dah ada saya buat dp kereta Sebab nak wujudkan nama dalam ccriss. Bila dah habis buat dp, saya kumpul dari awal semula. Alhamdulillah selama mengumpul, jarang ada musibah yang berlaku. Jadi duit saving tak berusik. Tips dari makcik saya, banyak2 SEDEKAH untuk menolak bala. Wallahualam tapi saya percaya je. Yang penting ikhlas dari hati.

Lepas beberapa tahun, dapat beli rumah. Alhamdulillah. Rumah murah2 je. Sekarang rumah tu saya sewakan pada org lain. Dan saya menyewa dekat dengan ofis. Jadi kat sini saya jimat minyak dan tol. Pergi kerja naik moto dan rumah 3 minit je dari ofis. Lunch saya bawa bekal je sebab malas keluar panas2. Tapi kalau nak keluar pun, saya balik rumah selalunya. Kat situ jimat banyak.

Then kena tahan nafsu. Waktu mula2 kerja dulu kawan2 selalu buat gathering la apa la. Saya tak join sebab kena bekerja even sabtu ahad pun. Mula2 sedih tapi lama2 ok je. Untuk masa depan diri sendiri. Kadang2 jumpa kawan2 lama pun ada jenis yang bershow off kan, jd saya yang hidup biasa2 ni malu. Hahaha

Sekarang berhenti kerja part time, study degree on weekend pulak. Saving ada tapi tak banyak sebab gaji ofis masih ciput. Increment tak banyak sebab takda proper education background. Kalau dulu boleh save banyak, sekarang sikit je. Tapi sy masih komited membuat saving. Tapi yang paling penting saving jangka masa panjang saya adalah rumah. Disebabkan adik saya pun dah besar dan dah kerja yang proper, skrg dia yang buat main saving untuk kecemasan family iaitu mak saya.  

Kesilapan yang saya pernah buat dulu adalah membeli kereta. Sepatutnya saya boleh buat ASB loan. Tapi takpela. Kereta saya pun tinggal lagi 10 bulan. Jadi lepas ni payment untuk kereta tu jadi saving semula.

Goal saya yang seterusnya untuk saving adalah membeli emas. Tapi tak nak yang rantai cincin semua tu. Kalau boleh nak coins ke. Kalau ada yang berpengalaman, mohon share banyak2 pasal saving emas ni. Kalau google jumpa agent jual emas je. Sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 11:53 AM | Show all posts
julitta1234 replied at 7-4-2019 05:50 PM
Saya tak simpan dlm bentuk duit.. tp dlm emas.. hihi.. sbb sy belajar finance ikut prinsip.. seringg ...

Boleh la share lebih lanjut. Hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 01:08 PM | Show all posts
Nilai emas ada turun dan naik..tapi selalunya naik banyak dari lebih..tapi kena faham klu cukup haul kena keluar zakat..lebih baik buka buku pelaburan emas di bank muamalat lagi senang.. utk maybank saya tak pasti adakah islamic

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2019 01:09 PM | Show all posts
Izzna replied at 3-7-2019 11:51 AM
Ni saya share pengalaman saya je.

Dulu lepas habis SPM, saya terpaksa bekerja sebab ayah dah men ...

Betui ada teknik beli kereta guna loan asb..tapi kena tahan nafsu utk 5-7 tahun


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 02:41 PM | Show all posts
Forgotten saving (Goal Saving) dekat maybank2u, tak cukup tempoh matang x bole amik
nangis camane pun x bole amik
TH ASB suma bole amik
And satu lagi dekat SSPN anak, tu pun x bole ambik melainkan nak tutup terus account
Insurance /takaful hybrid yg ada saving + investment pun x bole withdraw sebelum waktu matang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2019 02:47 PM | Show all posts
Izzna replied at 3-7-2019 11:51 AM
Ni saya share pengalaman saya je.

Dulu lepas habis SPM, saya terpaksa bekerja sebab ayah dah men ...

Suka baca real story macam ni, tahniah awak. I'm proud of you walaupun x kenal in person
Sis doakan awak bertambah maju jaya di dunia dan akhirat

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 02:48 PM | Show all posts
Matpon replied at 3-7-2019 01:08 PM
Nilai emas ada turun dan naik..tapi selalunya naik banyak dari lebih..tapi kena faham klu cukup haul ...

Saya simpan emas 1g sebulan dekat GAP public gold.
beli lebih bila harga turun, hibernate bila harga naik
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 02:54 PM | Show all posts
tupperwarepink replied at 3-7-2019 02:47 PM
Suka baca real story macam ni, tahniah awak. I'm proud of you walaupun x kenal in person
Sis doak ...

Amin. Tq sis
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 02:55 PM | Show all posts
tupperwarepink replied at 3-7-2019 02:48 PM
Saya simpan emas 1g sebulan dekat GAP public gold.
beli lebih bila harga turun, hibernate bila ha ...

Boleh la share lebih lanjut. Heheheh tq in advance
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Izzna replied at 3-7-2019 11:51 AM
Ni saya share pengalaman saya je.

Dulu lepas habis SPM, saya terpaksa bekerja sebab ayah dah men ...

Semoga impian chuol terlaksana...aaminnn....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 03:15 PM | Show all posts
1st skali dapat gaji,i  asingkan untuk  bagi mak ayah.. lepas tu baru asingkan untuk saving.. saya simpan dalam tabung haji 6 bulan gaji.. yg ini untuk emergency sebab TH boleh link dengan bank.. boleh online untuk keluarkan..

lepas tu baru buat saving kat ASB. sebab tahu diri tak tahan godaan & susah nak disiplin, i buat ASB loan.. alhamdulillah boleh disiplin bayar dah 3 tahun lebih. lagipun ASB susah nak keluarkan.

lepas tu, i ada buat dropship. hasil dropship tu memang tak usik.. dah 5 tahun.. baru ni i buat depo untuk beli rumah nama sendiri untuk disewakan sbb i duduk rumah husband..

tgh fikir2 pasal pelaburan emas.. tak berapa pandai sangat lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji iol xla tinggi sangat...tahun ni gaji plus elaun lebih kurang Rm6300 sebulan. Iol jenis boros, xboleh dgr jualan murah, suka membeli walaupun benda tu tak perlu pun. Jadi disebabkan iol jenis mcmtu, iol tahu iol mudah tergoda bila ada cash so iol buat pinjaman untuk rumah. 2 buah rumah. Lebih kurang Rm3k sebulan untuk 2 buah rumah. Dan iol juga ada beli emas seperti rantai dan gelang. Bila iol nak speed money iol pi jual emas iol. Bukan untuk berjoli untuk kes yg terdesak je. Yg terbaru iol jual gelang iol yg iol beli dgn duit kwsp setelah sah perkhidmatan untuk bg kat mak untuk pakej haji.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 04:00 PM | Show all posts
emas boleh cuba..kenapa negara china strong ekonomi..sebab negara mereka mempunyai rizab emas yang banyak.. Lihat sekarang..China kuasa ekonomi.. Dulu malaysia cancel proje dengan china..tapi sekarang join balik..begitu juga dengan syarikat bekalan kuasa elektrik malaysia. syarikat china yang beli. Terbaru dengar berita.. US nak bekerjasama balik dengan China walaupun kes Huawei..Nampak nya US pun goyang..bila cuba perang ekonomi dengan China

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2019 04:08 PM | Show all posts
Edited by Matpon at 3-7-2019 04:29 PM

carta emas

emas meningkat sekarang



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 06:01 PM | Show all posts

Yang Penting Kena Rajin & Disiplin

Edited by BabyMiakaChan at 3-7-2019 06:03 PM

Buat fixed savings, yang kalau nak keluarkan duit kena pergi bank beratur kat counter. X leh pakai ATM. Macam ASB tu? Bile nak ke bank dan beratur tu malas, automatic pengeluaran akan berkurang. Kalau nak lebih berkesan, buat jenis auto deposit, dan link dekat account gaji. Tiap2 bulan auto deduct masuk bank yang fixed savings ni. Iols berjaya jugak buat mcm ni, cuma iols x link kan account gaji dgn account fixed savings tu. So after sometimes, jadi culas nak ke atm utk bank in (sbb bank lain2)

Tapi untuk berjaga2 supaya x terlebih belanja, iols download apps dkt phone and tiap2 bulan iols bukak entry ikut nama bulan dan key in semua perbelanjaan harian. Contoh mcm dah nak dekat dapat gaji bulan July, iols bukak entry nama July 2019. Pastu iols key in siap2 perkara di bawah:

  • Gaji (debit)
  • Sewa (credit)
  • Bil telefon (credit; fix package)
  • Bil internet (credit; fix package)
  • Bil letrik (credit; assumption agak2 paling banyak berapa kena bayar, so contoh iols letak RM100 utk air di awal bulan; nanti dapat bil, iols edit nilai sebenar)
  • Bil air (credit; assumption agak2 paling banyak berapa kena bayar)
  • Bil natural gas (credit; assumption agak2 paling banyak berapa kena bayar)
  • Transportation cost (credit; assumption agak2 paling banyak berapa kena bayar)
  • Barang dapur (credit; assumption agak2 paling banyak berapa kena bayar, letak la dalam RM250 ke RM300 ke)
  • Class extra (kalau ada ambik extra class bahasa ke atau apa2 yang kena bayar fix every month)
  • Personal expenses (every month agak2 berapa akan dibelanjakan untuk bende2 mcm toiletteries, penjagaan muka, bedak, sapu ketiak)
  • Entertainment (kalau jenis every weekend keluar tgk wayang ke apa, berapa bajet untuk weekend ni, kali 4 utk satu bulan)

Lepas tu dkt apps tu nanti akan buat calculation automatic, berapa balance in hand ada (maknanya duit lebih tiap2 bulan ada berapa). So kalau nak beli bende2 merepek ke or bende2 yg nak manjakan diri ke, makan ke apa ke, boleh bajet ikut berapa balance yang ada.

Macam perkara2 yang agak2 dlm list kat atas tu, iols mmg update everytime beli something, iols akan listkan bawah tu, contoh Groceries;
  • 03.07.2019 RM50
  • 08.07.2019 RM25....
  • etc. sampai hujung bulan.

So nanti bila dah hujung bulan, iols kira balik apa yg iols tulis dlm list bawah header every expenses tu dan edit balik total header tu. Contoh every month kalau bajet bil air RM100 (sbb x fix kan, kita x tau berapa yg akan dtg), so bile sampai bil air, tgk2 sebenarnya RM50, iols edit la dari RM100 jadi RM50. Nanti apps tu kira balik and bgtau balance baru berapa.

Gitu la kekdahnya cara iols keep track perbelanjaan dan buat savings sikit2 from there.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 07:23 PM | Show all posts
groundfloor replied at 3-7-2019 03:11 PM
Semoga impian chuol terlaksana...aaminnn....

Amin. Tq chuolss. doakan iols grad on time Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 09:50 PM | Show all posts
Cara aku plak.. Selain daripada simpan duit sendiri, tiap2 ari amik duit hsbnd rm50, terus simpan masuk tabung..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.084106 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list