CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32017|Reply: 205

Bercinta dengan 'lelaki' misteri...

  [Copy link]
Post time 5-4-2019 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kisahnya begini.

Kenal dia melalui facebook pada tahun 2015. Bermulanya PM pasal barang dia nak import rasanya. Dia tanya prosedur. Then malam tu juga dia bagitahu tak dapat tidur, teringat kisah dia dengan ex-tunang dia dulu. Dia kata sama macam cara saya mesej dia.

         Start daripada situ lah kenal dia. Dia kata pernah bertunang, ex tunang dia tinggalkan dia. And ex dia dah tunang ngan orang lain. Dia katanya kerja offshore, oil and gas. Kerja travel sana sini. Sibuk. Kitaorang mula berwhatsapp, tapi tak pernah cakap phone. Seminggu kenal, dia bagitahu nak jumpa, nak ke step seterusnya. Saya terkejut lah juga kan, baru kenal melalui phone dia cakap nak serius, nak kahwin. Seminggu kenal, hari yang sepatutnya dia janji nak datang, dia tak datang. Dia bagi alasan dia sakit.

         Then dia bagi nombor saya kat mak saudara dia. Dia kata dia rapat sangat dengan mak saudara dia tu. Apa-apa hal memang dia bagitahu mak saudara dia. Mak saudara dia call cakap dia tu sakit, macam terkena buatan orang. Jadi tak boleh datang jumpa sy. Katanya nak ambil air sembahyang pun sakit. Kena mak dia bantu. Muntah darah lah, demam panas lah on off. Bila dah kenal mak saudara dia apa semua. Saya memang serius mengharapkan perhubungan tu ada pengakhirannya. Tapi banyak kali tak jadi. Setiap minggu dia janji nak jumpa tapi mesti ada yang tak kena.
   
           Betapa seriusnya saya sampai bagitahu mak ayah kat kampung ada orang nak datang meminang. Mak happy sangat masa tu. Apabila dia tak dapat datang jumpa, dia mesti hantar surprise, hantar bear besar ar gedabak. Hantar bunga, kek, dan macam-macam lagi lah. Sebab banyak kali dah tak jadi. Tapi setiap minggu ada je janji nak jumpa tapi asyik tak jadi. Masuk bulan kedua, pun sama. Ada satu kali tu, hari yang sepatutnya dia orang hantar rombongan meminang, mak saudara dia call nangis nangis bagitahu mak si dia tu meninggal. Pelik saya kalau call dia mesti tak angkat. Apa-apa hal mesti mak saudara dia yang jadi orang tengah. Bila jadi macam tu, saya terpaksa redho lah. Dia siap bagitahu mak dia dah prepare baju nak pergi rumah saya. Dah beli barang persiapan smua. Sedih juga lah saya masa tu walaupun belum kenal. Mak saudara dia plak menangis teresak-esak call sy.

           Katanya mak saudara dia ni duduk johor, dah kahwin. Ada dua anak. Tapi selalu ulang alik pergi rumah dia kat Shah Alam. Bantu apa-apa hal berkaitan keluarga dia. Katanya ayah si dia busy kerja. Dia sakit pun ayah dia tak ambil peduli sangat. Diaorang ni berasal dari Kelantan. Pasir Puteh katanya. Lupa nak bagitahu, gambar si dia, susah taw nak mintak. Psti akan ada je alasan kat FB ada gambar tapi tak jelas, ada yang hitam putih, ada yang belakang je. Ada yang gambar kecil, jauh. Katanya si dia ni pemalu, alim, sebab tu lah tak pernah call. Tak suka bagi gambar. Gambar sy pun dia tak pernah mintak. Cuma tengok gambar kat FB sy tu je la.

         Si dia ni sangat pemurah, apa apa hal mesti tanya duit belanja ada ke tidak. Tolong topup prepaid. Kalau takde duit dia bank in kan duit. Memang saya hidup agak senang masa tu. Di samping terbayang-bayang nanti akan kahwin dengan dia. Sebab dia bersungguh-sungguh nak kahwin ngan sy. Saya pada masa tu memang nak sangat jumpa dia. Nak sangat kenal dia. Sebab dia sanggup tolong sy, bagi macam-macam. Buntu juga lah, ajak jumpa ada je alasan. Tapi sanggup berhabis duit bank in dekat saya bila saya merajuk waktu dia janji nak datang tapi tak datang.

       Agak-agak korang kenapa? Hehe.. Nanti sy ceritakan sambungan. Lenguh tangan menaip.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2019 08:25 PM | Show all posts
dah bagi macam2 alasan pun masih menaruh harapan?
woww..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain mcm je tt. Laki orang ke weh? Jgn wat naya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang bunian kut. .hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2019 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 5-4-2019 08:25 PM
dah bagi macam2 alasan pun masih menaruh harapan?
woww..

Ye. Sebab masa tu sy fikir dia orang yang baik-baik. Katanya dah pergi haji dan umrah 3 4 kali dah. Saya pun tak tahu kenapa saya mudah menerima kata-kata masa tu. Masa tu memang fikir bukan-bukan dah. Laki orang ke. Dia ni pondan yang nak berubah ke. Kenapa tak pernah dengar suara. Lupa. Pernah call. Dengar suara pun macam pelik. Sebab lepas pada peristiwa dia kata kena buatan orang tu, dia kata dia ada penyakit tumor plak dekat tekak. Ada buat rawatan kat hospital. Jadi dia susah nak bercakap. Sebab tu suara dia macam lain macam. Tenggelam timbul. Garau. Dengar tak dengar pelik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2019 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
virgocircus replied at 5-4-2019 08:26 PM
Lain mcm je tt. Laki orang ke weh? Jgn wat naya.

Bukan.. Hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2019 08:44 PM | Show all posts
Norav replied at 5-4-2019 08:41 PM
Ye. Sebab masa tu sy fikir dia orang yang baik-baik. Katanya dah pergi haji dan umrah 3 4 kali dah ...

zaman sekarang orang senang menipu..pastinya tt cukup dewasa untuk menilai..

semoga Allah beri petunjuk buat tt..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2019 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 5-4-2019 08:36 PM
Orang bunian kut. .hehe

Bukan juga.. Hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2019 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 5-4-2019 08:44 PM
zaman sekarang orang senang menipu..pastinya tt cukup dewasa untuk menilai..

semoga Allah beri  ...

Ni cerita 2015&2016..sekadar perkongsian.. Bebda dah settle. Masa tu sy terlalu naif senang percaya kan orang kot. Dan ini pengajaran untuk orang lain.. Sekejap lagi sy sambung cerita ek..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 08:48 PM | Show all posts
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Don't tell me the mak saudara tu la dia.  Time TT dgr surau garau2 tu mak saudara dia buat suara lelaki.  Kan?  Kan?  Kan?  
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 08:48 PM | Show all posts
kau bercinta dengan negro ke sis? negro pun tahu guna maybank2u dan boleh upah orang melayu jadi pelakon inspektor, bukit aman, dan macam2 lagi. walhal mereka scammer.

kalau nak bercinta? belajar kenal sis vokuru sebab dia memang pencinta hantu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 08:54 PM | Show all posts
Norav replied at 5-4-2019 08:48 PM
Ni cerita 2015&2016..sekadar perkongsian.. Bebda dah settle. Masa tu sy terlalu naif senang percay ...

oo cerita tak habis taip..

menunggu kesinambungannya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Genkidesuka replied at 5-4-2019 08:48 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Don't tell me the mak saudara tu la dia.  Time TT dgr sura ...

Omai!!! That's possible. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi yg bgsnya leh bank in duit..bagi hadiah bagai tanpa diminta..
pelik gak tu..berapa lama ni ngn dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm pernah baca cite ni. lesbo kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tiramisuu at 5-4-2019 09:16 PM

Bila mak sedara buat drama tu aku dh agak mak sedara tu adalah org yg mnyamar jd lelaki tu. Modus operandi sama mcm kisah yg pnh aku bc kt forum ni. Yg aku baca tu siap create ending kekonon lelaki tu mati eksiden. Yg org tgh tu sampaikn wasiat etc2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2019 09:18 PM | Show all posts
si dia cuma reka sume cerita tu...tu bukan kehidupan sebenar dia...mak sedara yang call tu sebenornye dia kan TT? apa tujuan dia buat semua tu? kenapa sanggup berhabis duit bagi itu ini? ntoh, saya pun tak tau..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan.....

Ada juga dia beri alasan masih tak dapat lupakan ex lama dia. Nama ex lama dia ekin. Dia siap buka kan kedai bundle. Habiskan macam-macam untuk ex dia. Tapi tak tahu macam mana dia kata family ex tunang dia nak kahwinkan dengan pilihan keluarga, sepupu sendiri. Ada satu masa tu dia kata nak keluar jalan2 kat saya, pastu dia kata hari tu hari ex tunang dia kahwin. Dia kata sedih sangat. Mak saudara dia tu pun call sy la cerita dia pn rapat dengan ex anak saudara dia tu. Pape hal anak saudara dia akan suruh dia bantu ex dia tu kalau dia kerja jauh. Kadang kena pergi kerja kat oversea.
         
         Dia sayang sangat kat ex dia sampai pada tanggapan sy dia sanggup susahkan mak saudara dia ni. Tapi mak saudara dia sanggup tolong sebab taknak tengok anak saudara dia sedih. Dia kata dulu anak saudara dia handsome. Kalau pergi office dia, mesti ada yang ushar anak saudara dia. Katanya anak saudara dia baik. Sekarang lepas putus, semua berubah. Penampilan dia dah tak macam dulu. Serabai. Janggut, misai tak cukur dah macam orang tak betul sebab teringatkan ex. Saya banyak kali cuba undurkan diri, pada fikiran saya, saya sekadar tempat untuk dia isi kekosongan. Cara dia cakap tu macam dia sayang sangat kat ex dan tak leh move on lagi.

         Sambung yang tadi. Dia keluar jalan-jalan dia kata. Saya pun bagitahu mak saudara dia. Mak saudara dia pun kata nanti nak call. Dia kata call tak dapat. Pastu dia ada dapat call daripada sorang budak kata dompet anak saudara dia tercicir. Dia pergi ambil dompet anak saudara dia ngan budak tu pastu cari anak saudara dia masih area situ. Dia kata dia follow anak saudara dia drive dari belakang. Risau katanya. Rupanya anak saudara dia pergi rumah ex dia. Tengok ex dia kahwin. Dah balik, saya tanya dia, dia kata family diaorang pun dah tak kenal dia. Dia berdiri dari jauh je tapi sebab diorang dah tak cam dia masuk juga dekat and diorang bagi makan sebab diorang ingatkan dia orang gila. Sebab penampilan dia tak sama macam dulu. Berubah 100%.

         Hidup dia ketika itu lain. Dia kata dia jadi banyak dekatkan diri pada Allah. Dia banyak berehat and solat di surau2 masjid2 kat luar. Jalan ke mana-mana ikut je mana tayar kereta pergi. Dia takde arah tuju. Bila saya tahu, saya cakap nak undurkan diri, saya bagitahu secara baik. Mesti lepas gaduh ke apa mak saudara dia call saya tanya kenapa buat anak saudara dia macam tu. Anak saudara dia tengah sedih pe semua. Lepas tu saya pun jadi baik balik dengan dia. Walaupun berpuluh janji. Sampai saya dah kecewa sangat. Macam2 alasan. Tapi saya bersabar mungkin ada sebab apa semua. Kadang fikir juga dia ni keldai dadah. Bagi macam-macam untuk kepentingan. Tapi tunggu tunggu tak de jugak suruh buat jahat pape.

           Ada lagi kisah.. Bila tiba masa nak jumpa, sebab nak urus hal nikah, dia bagitahu dia dapat tahu sebenarnya dia anak angkat. Ayah dia bagitahu. Mak dia yang meninggal tu sebenarnya mak angkat. Ayah dia yang sebenar bagi dia kat ayah angkat dia sbb ayah angkat dia takde anak. Lepas dia kenal ayah ngan mak kandung, dia nak duduk ngan family kandung. Tapi ayah angkat dia bagi syarat kena sign apa tah. Harta mak angkat dia yang meninggal tu wasiat atas nama dia, sebab dia kata mak angkat dia tahu ayah dia perangai tak okay. Ada rapat dengan gangster KL pe smua katanya. Dia kata balik rumah ayah angkat dia kena pukul dengan orang2 ayah angkat dia. Sebab dia tak nak sign. Last2 dia sign jugak. Dia ambil semua barang dia pindah rumah mak ayah kandung.

            Selepas cerita tu saya dah tak percaya sangat dah. Tapi apa yang dia bagi sy still terima kadang dia bank in. Sy guna je. Tapi kepercayaan saya pada dia masa tu dah kurang. Rasa macam dah jauh sangat alasan dia bagi. Tapi dia usaha juga la bagi macam2 kat saya, nak pujuk saya. Sampai satu masa, mak saudara dia ke akak kandung dia tah. Whatsapp bagitahu dia tengah sakit teruk. Macam nazak la masa tu. Saya terus tanya alamat. Macam susah jugak mula2 nak dapat alamat. Akak dia tak bagi. Dalam mesej cakap tengah nazak pastu cakap dah takde. Saya pun paksa juga akak dia tu bagi alamat.

           Saya nak kenal juga dia tu buat kali yang terakhir kan. Orang yg dah banyak bagi saya macam2.. Akak dia bagi alamat. Lepas habis kerja, sy ajak member pergi cari alamat tu. Takde pun. Kebetulan posmen ada tengah hantar surat, saya tanya alamt tu, dia kata nombor rumah tu takde kat kawasan tu. Sy terus mesej akak dia. Sebab nombor dia dah 1 tick je. Akak dia kata datang lain kali. Sebab dia dah pindah ke tempat lain. Tak jadi bawa balik rumah. Dan malam tu, dia bagitahu dia tak cakap pun adik dia meninggal. Cuma cakap tenat je. Dia bank in duit minyak, tol, suruh belanja member makan pastu suruh balik.

            Start dari hari tu lah hilang semua kepercayaan. Rasa macam diperbodohkan je. Tapi pelik sgt bila dia sanggup jugak bodoh kan diri dia habiskan duit kat saya. Apa yang dia dapat. So lepas daripada peristiwa tu saya buat biasa. Tak pernah simpan apa2 harapan. Sambung lagi nanti saya free. Lenguh tangan.

        

         
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry kalau tulisan berterabur.. Taip kat phone sambil mengimbau kisah 2015 dan 2016 ni.. Hehe.. Kisah ni berlangsung selama 2 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Genkidesuka replied at 5-4-2019 08:48 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Don't tell me the mak saudara tu la dia.  Time TT dgr sura ...

I pon pikir gitu. Heh

Sbb dlu ada someone i know pon kena gini.
Kenal dr forum mesra. Dia pakai nick al^kautsar ke apebendetah.

Pastu merebak ke ym.
Bertahun2 lah.

Tak pernah jumpa pasal mamat tu ckp dia blaja kt uitm samarahan.
Mmg asal sarikei katanya  .
Pakai nama aidil naqiudin safiyuddin x silap aku.

Mintak gmbr pon payahhh nak bg.
Tp msa dia 1st time call tu. Kwn aku tu pelik jgk dgr suara dia mcm serak2.

Pastu mmg byk kali lah janji nak bersua muka spnjg beberapa taun tu .

Smpai dia dtg kl sbb convo.

Ropanya pompuannnnnnnn nyamar jd laki. Hamjadah betol. Buang masa kwn aku tu betaon2 .



Jd aku syak tt ni mesti terkena gitu jua dgn pempuan ye tt ? Cuba update kaihhh. Hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.073715 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list