CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Norav

Bercinta dengan 'lelaki' misteri...

  [Copy link]
Post time 5-4-2019 09:45 PM | Show all posts
sy pun agak mak sedara dia tu yg menyamar jadi lelaki tu..lelaki tu mesti x wujud kan..

ape pun tggu kesudahan cerita dr sis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2019 10:01 PM | Show all posts
Hello. My name is Herman.
I work in the field of education.
Visit my blog - writepaperfor.me reviews

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam pernah baca
Dia perempuan ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam pernah baca
Dia perempuan ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sounds too good to be true.

Catfish
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dia kenal tt kot..Suka dengan tt dari dulu, tapi segan nak bersemuka. Sebab ada ke orang bagi hadiah, duit kalau tak kenal/suka? Atau lepas ni ada wujud sistem bater?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2019 01:33 AM | Show all posts
msh menunggu update terbaru..tp mcm pelik sungguhlah
sbb tak nak bg gambar..mcm umpan tt jer supaya stay sbg
peneman kan..tp akk tgg jg sambungan cerita tt..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo sis u kene catfish keeee

Tapikan rajinnya dia bagi u duit. Hahahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2019 08:04 AM | Show all posts
Sorry tt I baca lompat heheh tak sabar nak komen.aku kann kalau laki baru kenal sakit macam2..cancel.lah.
Aku nak dia jaga aku..watpe aku plak cari penyakit..
Tpi kalau yg betul aku kawan becinta kawin then dia sakit lain cite..mesti lah snggup jaga sebb sayang suami
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 09:53 AM | Show all posts
apa pengakhiran cerita ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pernah baca sebijik nk sama..
Wayang byk sgt
Mn pon byk juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan....


     Pada masa tu, disebabkan sifat ingin tahu mengenai dia tinggi, saya godek2 facebook si dia. Sy namakan K la ek si lelaki ni. Dulu masa penuh mengharap, saya dah godek nak tengok semua tapi tak ada langsung perihal keluarga. Yang ada pasal bundle, perihal bisnes dia je banyak. Bila godek2 balik, jumpa lah gambar sorang perempuan. Gambar photoshoot, perempuan tu pakai busana perkahwinan. Gambar daripada photographer bertauliah. Then dekat gambar ada nama model tu. Saya pun cari kat FB nama model tu, jumpa. Saya namakan H. Bila stalk gambar memang ada K komen sweet2 kat gambar H. Tapi dah lama, sebelum saya kenal K. Saya PM tepi H dan bagitahu nak tanya pasal K. H bagi num, saya call. H kata memang diorg pernah couple. K pun suka bagi macam2. Pernah rancang nak nikah juga. pernah jumpa mak saudara K tu dan K sendiri. Tapi Hkata lepas jumpa macam ada something tak kena, dia pun tinggalkan je.

        Apa yang tak kena? H kata diaorang pernah janji nak jumpa kat Cherating. Bila pergi, K tak dapat datang pun, katanya ada orang meninggal. Saya tanya siapa. Dia kata mak dia. Peliknya, saya kata mak dia baru meninggal hari tu. Yang datang Cherating tu mak saudara K, sebab H kata nanti tak nak tinggal kan dia sorang2 kat Cherating. Jadi diaorang keluar jalan, keluar makan. Semua mak saudara K tu bayar. Saya ada tanya macam mana pakaian mak saudara K tu. Dia kata tudung sarung biasa. Tudung labuh. Baju labuh. Sluar jeans besar. Dia kata macam pakaian bundle. Yang pelik, sanggup plak tinggal kan anak dia dua orang. Katanya ada anak dua orang lelaki and perempuan. Mungkin sebab sayangkan K yang separuh gila sayangkan ex dia yang nama ekin. Then, H kata mak saudara K nak gi seven E. Masa tu malam, sebelum balik resort. Mak saudara K tinggalkan phone dalam kereta. Dia ada call K, tapi masuk dekat phone mak saudara dia. Dia kata takut sebelum jadi apa-apa, malam tu lepas mak saudara K hantar dia balik, dia lari keluar resort balik Kelantan.

       Then, lepas kejadian tu, H kata mak saudara K datang rumah dia jumpa mak ayah H. Datang bawa anak saudara dia tu. Tapi dia kata pelik, sebab K tu tak banyak cakap, banyak diam. Macam blur2 je.. Bila tanya apa-apa, banyak mak saudara dia yang jawab kan. Bila dah macam pelik nengoknya, dia minta IC K. Dia kata IC tertinggal. Lepas tu, dia ajak K pergi rumah nenek dia. Dia suruh K tu drive. Drive macam ketar-ketar je dia kata. Kereta tu BMW. Katanya kereta si lelaki tu tapi macam tak pandai bawak. Signal dengan wiper pun tertukar. Pastu dia marah2 la macam kena tipu. Hubungan diorang smpai situ je. Masa tu H bergurau ngan saya, kalau K bagi duit, jangan lupa kongsi-kongsi. H dah kahwin ngan orang lain masa sy call tu. Ada juga tanya kenal ekin ex tunang K ke. Dia kata sama la, K ada cerita juga pasal ex dia nama ekin. H pun buntu sebenarnya tak tahu siapa sebenarnya K.

         Lepas kes tu, sy tanya la K. Kenal tak H. K kata kenal. Saya tanya la apa hubungan, pernah jumpa ke. Dia kata pernah nak kahwin tapi tak jadi. Bila sy tanya kenapa, dia kata si H tu sosial sangat. Ramai lelaki sana sini. Dia kata masa ngan H dulu pun banyak H tipu dia, dia bagi duit semua tapi H keluar dengan lelaki lain. Bila tanya pasal H call masuk dekat fon mak saudara dia, K kata panggilan kan boleh divert. Macam bila call orang tu, orang tu off fon ke, nanti akan terus masuk ke fon mak saudara dia. Saya pun tak faham jugak. Dia kata H masa tu muda lagi. H umur 19 tahun masa dia kenal H. H marah2 dia dengan mak saudara dia sampai jiran2 rumah H dengar. K kata malu dengan mak saudara dia. Layan mak saudara dia yg dah byk tolong dia. Then saya cerita pasal IC. Kenapa tak bagi H tengok IC. Dia kata H tu tak boleh percaya sangat. Nanti kalau bagi IC entah apa dia buat. H budak nakal. Dia kata banyak dia bentuk H. Dulu H tak pakai tudung. Kenal dengan dia, H berubah pakai tudung. H pun akui memang sejak kenal K dia memang berazam nak berubah. Mak ayah H pun suka diaorang berkawan. Tapi tak berjodoh katanya.

         Ada juga saya PM profile yang komen2 dekat FB K. Tapi tak berjawab. Susah betul nak trace si K. Puas google nama penuh yang dia bagi. Tak jumpa. Ada juga minta IC K. K tak bagi jugak. Katanya nanti jumpa dia bagi semua. Lupa, masa mula2 kenal, K ada cerita dia accident. Sebulan koma, masa tu ex dia ekin tu tinggalkan dia rasa nya. Sebab ex dia tak tahu dia koma. Dia accident masa on the way dari kerja. Nak buat surprise kat ekin, cakap tak nak balik, last2 accident masa nak balik. Koma sebulan. Tu yang ekin kecewa dengan dia. Ingatkan dia betul2 taknak balik jumpa ekin. Sebab K kerja jauh. Berbulan-bulan sekali baru balik. Offshore katanya.

Petang atau malam ni pulak saya sambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 6-4-2019 10:07 AM
Mcm pernah baca sebijik nk sama..
Wayang byk sgt
Mn pon byk juga

Ini bukan rekaan. Demi Allah ni kisah saya sendiri. Kawan2 terdekat, family saya je tahu pasal ni. Surprise yang dia hantar melalui khidmat delivery buatkan semua member2 tempat kerja saya tahu pasal dia ni. Saya tak kenal dia, tak pernah jumpa dia. Untuk pengetahuan juga, saya tak pernah pun confess kat mana-mana page. Kalau ada yang rasa sama, mungkin kami sama-sama lalui kisah yang sama atau terkena dengan orang yang sama. Kalau ada kisah tu, meh la share sini. Kita boleh baca sesama.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 10:59 AM | Show all posts
Cptla habiskan cerita... Rasa mcm pernah terbaca citer mcm ni.. mak sedara tu yg jadi boypren
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rospinki at 6-4-2019 11:07 AM
Norav replied at 6-4-2019 10:49 AM
Ini bukan rekaan. Demi Allah ni kisah saya sendiri. Kawan2 terdekat, family saya je tahu pasal ni. ...


Faham..pernah terbaca psal ni. Mungkin "lelaki" yg sama game kamu. Pengkid sebab tu dia licik mengonar story sbab dia bole baca akal pompuan sprt dia jga. Mak sdra adalah org yg sama..betul tu @farlis
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahla dek..jgn buat keja tk pekdah. Rajin nau melayan kaki autar..tak rasa diri tu diperbodohkan ke. Baik lagi babun tu..sah2 spesis haiwan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 6-4-2019 11:13 AM
Dahla dek..jgn buat keja tk pekdah. Rajin nau melayan kaki autar..tak rasa diri tu diperbodohkan ke. ...

Tapi kan at least ada LA jugak org nak TT walau pengkid
Sy ni sedeh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Catfish....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
K tu ada bau ikan  fishy
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda dah settle , tt nak kongsi citer je kan.

Tapi nak speku jugak, mak sedara tu la K sebenarnye kan. Banyak betul masa and duit dok catfish anak dara orang. Ramai orang mental skang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.077559 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list