CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3285|Reply: 5

Tahniah Tengku Mahkota Kelantan dan Bakal Isteri (Sweden)

[Copy link]
Post time 6-4-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
https://m.malaysiakini.com/news/471128

Tengku Mahkota Kelantan bakal nikahi wanita Sweden
6 Apr 2019, 1:25 tengahari (Dikemaskini 6 Apr 2019, 1:25 tengahari)

A A
Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, 45, akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita Sweden, Sofie Louise Johansson, 33 pada 19 April ini.

Ketua Istiadat Istana Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung secara sederhana dan tertutup pada malam berkenaan di Istana Balai Besar di Kota Bharu.

"Yang Teramat Mulia Tuanku turut bertitah agar cenderamata-cenderamata ber sempena istiadat perkahwinan baginda disumbangkan kepada badan-badan kebajikan di negeri Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK), rumah anak-anak yatim dan orang tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah.

"Yang Teramat Mulia Tuanku berharap agar sekelian rakyat dapat mendoakan perkahwinan baginda kelak akan dipermudahkan dan dirahmati Allah SWT sehingga ke jannah," katanya pada sidang media di Istana Balai Besar di Kota Bharu, hari ini.


Tengku Mohamed Faziharudean berkata istiadat perkahwinan itu akan dimulakan dengan akad nikad dan disusuli dengan majlis persandingan serta jamuan diraja.

"Istiadat berkenaan akan dihadiri oleh kerabat terdekat Diraja Kelantan dan kenalan-kenalan terdekat baginda.

"Mungkin selepas istiadat perkahwinan baginda akan berangkat ke majlis-majlis bersama rakyat untuk memperkenalkan isteri yang merupakan kenalan lamanya kepada rakyat," katanya.

Sebelum ini kad undangan perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan tular menerusi media sosial.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2019 04:04 PM | Show all posts
tahniah TMK..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2019 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
offwhite replied at 6-4-2019 04:04 PM
tahniah TMK..

Harap ada live uolls
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 01:05 PM | Show all posts
yang bekas Agong tu...kahwin dgn orang putih gak kan?
yang ni adik bekas Agong ke?

terkonfius kejap
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 8-4-2019 01:05 PM
yang bekas Agong tu...kahwin dgn orang putih gak kan?
yang ni adik bekas Agong ke?


Ya.. Yg ni adinda kpd bekas agong ke-15 dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:30 PM | Show all posts
daulat tuanku
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.074296 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list