CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13971|Reply: 32

Tahun 1511: Realiti Empayar Melaka

[Copy link]
Post time 7-4-2019 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pelastik at 7-4-2019 05:12 PM



TARIKH 15 Ogos 1511 ialah hari kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka genap 507 tahun lalu. Sedar tidak sedar sebenarnya serangan ke atas bangsa Melayu tidak berakhir setakat itu saja.
Malah sudah lama Melayu diserang melalui penyelewengan fakta sejarah. Artikel berikut dipetik daripada portal The Patriots pada tahun 2015 bercerita mengenai kisah tersirat kejatuhan sebuah kerajaan Islam terulung Nusantara.

Penulis tanya soalan cepumas, benarkah Melaka kalah kepada Portugis atau disebut pada ketika itu sebagai orang Benggali Putih, kerana tiada senjata api walhal faktanya tentu ramai tidak akan percaya dan titis air mata bangga!

Ayuh baca sejarah kehebatan Melaka dan ingatlah bangsa Melayu ‘tumbang’ bukan kerana musuhnya hebat tetapi akibat khianat orang dalam sendiri yang tamak kuasa sanggup gadai maruah diri dan agamanya jadi pertaruhan:

SESUNGGUHNYA 15 Ogos 1511, ialah tarikh yang sangat pilu buat umat Melayu seluruh dunia. Pada tarikh ini, tewasnya sebuah empayar agung Islam yang gah menjadi kebanggaan bagi umat Melayu secara keseluruhannya.



Masih terngiang di telinga saya, beberapa orang rakan malah guru yang ejek dan cemuh dengan kata-kata: “Alah…apalah hebat sangat pada Melaka, Portugis serang tak sampai seminggu terus kalah teruk, lari lintang pukang”

“Melaka kalah dengan mudah kerana teknologi persenjataan yang sangat lemah, bayangkanlah orang kita berperang hanya dengan guna keris, sumpit dan tombak, padahal Portugis guna meriam dan senapang, mana tak kalahnya..”

“Orang Melaka pada zaman itu semua bodoh sebab tidak pernah tengok meriam askar Portugis, lalu konon lari lintang pukang”… Padahal hakikat sejarahnya kalaulah mereka tahu realiti yang sebenar, dan fikirkan kalaulah…



MERIAM MELAYU: LELA RENTAKA

Sebenarnya apakah berlaku dalam peristiwa 1511 ini dan bagaimana gambaran sebenar detik Melaka pertahankan dirinya daripada diperkosa Portugis? Hakikat yang sebenarnya ramai tidak tahu ialah Melaka sudah pun hebat.

Ia telah capai kedudukan politik unggul sementara perdagangannya terus berkembang dan pelabuhannya gamit pelbagai bangsa datang singgah dari segenap pelusuk dunia. Orang Melaka malah fasih bertutur lebih 20 bahasa!

Imej bandar terapung indah seperti Venice dan Genoa di Itali serta gambaran kesibukan pasar dan rumah rakyat Melaka yang tidak berputusan hingga ke Muar di Johor bukanlah satu khayalan atau cakap-cakap kosong sahaja.

Waima memang wujud kepincangan dalam pemerintahan, pergeseran, perebutan dan pelbagai lagi konflik dalaman, namun ia belum cukup parah untuk misi khas menjatuhkan Melaka jika dibandingkan dengan serangan Portugis.

Tambahan lagi, dek begitu makmurnya Melaka maka banyaklah kaum ‘asing’ mula dengki akan kekayaan Melaka. Pembelotan bangsa asing ini juga ibarat gunting dalam lipatan yang memudahkan lagi kemaraan askar Portugis.

Sesungguhnya tidak semua persoalan tentang kejatuhan Melaka dapat dirungkai. Namun memadai rasanya buka perbincangan isu kesungguhan semangat juang Melaka pertahan maruah kedaulatan daripada dinodai Portugis.

Sebelum itu yang paling penting ialah pandangan kita bahawa Melaka konon ketinggalan dari segi teknologi senjata meriam, istinggar atau senapang dan peluru serta lain-lain senjata api perlu diubah serta dibuang sejauh mungkin.

Bayangkan angkatan Portugis dicatatkan terpaksa membawa pulang ribuan pucuk meriam dan senapang yang dirampas dari Melaka. Teknologi pembuatan dan penggunaannya juga adalah standing dengan teknologi Barat.


SENJATA API MELAYU: ISTINGGAR

John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis tawan Melaka, mereka berjaya rampas sehingga 8,000 unit senjata api.



Portugis sendiri tidak mampu hasil senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka jauh lebih besar daripada dipunyai Portugis dan ia dihantar ke India.

Catatan lain pula, seperti dinukilkan oleh Godinho Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek, Portuguese History of Malacca, turut bercerita sewaktu kedatangan Portugis di Melaka.

Jumlah meriam besar dimiliki oleh kerajaan tersebut adalah sangat banyak iaitu 3,000 pucuk telah dijumpai dalam kota Melaka tetapi 5,000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka sebelum kota itu mula tumbang.


MERIAM MELAYU: LELA RENTAKA

Alfonso de Albuquerque menyatakan ada 2,000 pucuk meriam diperbuat daripada tembaga dan yang lain ialah besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan sebahagian besar 8,000 pucuk senjata api atau meriam berasal dari Pahang.

Ini bermakna Pahang merupakan penghasil senjata api berkualiti dan banyak pada zaman itu. Menurut Eredia lagi, semua meriam dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis.

Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama taraf dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.



SENJATA API MELAYU: TERAKOL

Seorang berbangsa Itali yang terlibat dalam serangan terhadap Melaka pada 1511 menyatakan bahawa terdapatnya penggunaan pelbagai jenis senjata api berat yang menyebabkan kehilangan nyawa agak ramai di pihak Portugis.

Walaupun akhirnya tentera Melayu Melaka kalah, namun mereka digambarkan mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi, sangat terlatih dalam ilmu peperangan dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu serta pelbagai.



SENJATA API MELAYU: PEMURAS

Thomas John Newbold, pegawai British di Melaka pernah catat dalam Political and Statistical Account of the British Settlements in The Straits Of Malacca, Volume 2 bahawa ada banyak kilang yang hasil senjata api seperti meriam.

Ia milik bangsa Melayu yang sudah lama bertapak bukan sahaja di Semenanjung bahkan sekitar Kepulauan Melayu. Terengganu menjadi hub di Semenanjung, manakala Gerisik di Jawa dan Minangkabau ialah hub untuk Sumatera.

Bahkan Newbold turut mengulas mengenai pemandangan biasa yang dilihatnya ketika berada sekitar Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-18 yang dipercayai beliau sudah lama budaya itu bertapak kukuh di kawasan tersebut.

Katanya, tidaklah sesuatu yang menghairankan orang luar sendiri andai dapat melihat ramai pendekar Melayu yang lengkap bertanjak dan berbusana Melayu bersama-sama keris dan senjata api Melayu lebih dikenali sebagai Istingar.

Lihat pula tulisan R. J. Wilkinson, The Capture of Malacca, A.D. 1511 menyebut mengenai beberapa perkataan lazim seperti “Malay gun-fire” dan “heavy fire” yang merujuk kepada istilah kehebatan bala askar Melaka pada ketika itu.

Beliau semasa menceritakan mengenai kejatuhan Melaka yang boleh dijadikan dalil sejarah bahawa orang Melayu kita pada zaman tersebut sudah mampu memiliki senjata api canggih setanding dengan imej masyarakat Barat.

Diceritakan ketika askar Portugis cuba masuki muara Sungai Melaka yang cetek dan berlumpur, mereka dihujani oleh divisyen askar Melaka yang menggunakan senjata api dan menghujani askar Portugis dengan senjata api.

Meskipun dalam naskhah Sulalatus Salatin ada ditulis serangan meriam Portugis menggemparkan orang Melaka bagai bertih digoreng, namun petikan itu harus ditafsir sebagai penyedap cerita untuk pembaca atau pendengar.

Jambatan Melaka yang kita lihat dalam lukisan seperti di muzium atau dalam buku-buku teks sejarah yang sering digambarkan sejarawan Barat kononnya ia penuh dengan kedaifan dan keuzuran juga perlu kita buang jauh-jauh.

Catatan Portugis sendiri mendapati jambatan tersebut terbina dengan sangat kukuh, malah rekod China beberapa dekad sebelum serangan Portugis melaporkan bahawa ada lebih kurang 20 buah kedai di atas jambatan tersebut.

Saya menggambarkan jambatan ini seperti London Bridge pada zaman pertengahan penuh dengan kedai. Pihak Portugis juga alami kesukaran dan ambil masa untuk roboh jambatan tersebut atas maklumat risikan Ruy de Aroujo.

Di dalam buku teks sekolah juga kita diberitahu atau digambarkan pertempuran hanya berlaku di daratan kota Melaka sahaja, namun catatan Portugis didapati pertempuran sebenarnya telah pun bermula sejak di laut lagi.

Sebelum pihak Portugis berjaya mendarat di pantai, mereka dilaporkan telah diserang hebat oleh armada tentera laut Melaka jauh di perairan Selat Melaka yang mengakibatkan kehilangan 100 nyawa di pihak Portugis sendiri.

Askar Melaka guna lancara atau perahu yang diisi minyak dan bahan pembakar kayu serta dihalakan ke kapal-kapal Portugis. Taktik ‘Fire Ship’ ini sering diguna di Eropah seperti perang Inggeris-Sepanyol pada zaman Ratu Elizabeth.

Selain itu tembakan meriam dari Melaka menghala ke kapal-kapal Portugis turut mendatangkan kecelakaan teruk. Justeru pendapat yang mengatakan konon meriam Melaka tidak boleh menembak jauh juga harus dibuang ke laut.

Melaka juga melaksanakan strategi gertak dan tindakan perang psikologi untuk takut pihak lawan dengan pamer sejumlah perahu perang, lancara, tongkang, sampan dan sebagainya yang lengkap bersenjata berat di pantai.

Taktik ini untuk menunjukkan kekuatannya kepada Portugis. Walaupun begitu kekuatan sebenar Melaka yakni armada jong perang gergasinya yang diketuai laksamana pada waktu tersebut tiada dinukilkan di perairan.



PERBANDINGAN SAIZ JONG ARMADA LAUT MELAKA, Galleon kapal layar berasal dari Sepanyol sebelum ditiru oleh empayar eropah lain dan menjadi kapal perang yang BESAR dan digunakan pada abad ke 16.


LAKARAN PRAHUS: PERAHU, JONQUE:JONG

Maklumat catatan Giovani Da Empoli mengesahkan tentera Melaka menggunakan lancara dan perahu berapi untuk memusnahkan kapal Portugis. Di kawasan pantai pula, pertahanan Melaka diperkukuhkan dengan pancangan kayu.

Juga dilengkapi besi tajam atau kawat beracun serta meriam-meriam pelbagai jenis besar dan kecil beserta dengan peti-peti berisi serbuk peluru. Sebenarnya perang di Melaka bukan berlaku dalam jangka masa yang singkat.

Pada masa ketibaan Portugis pada 28 Jun 1511, pertempuran tidak terus terjadi sebaliknya kedua-dua belah pihak menggunakan taktik tunggu dan lihat, masing-masing menunggu siapakah yang akan menyerang terlebih dahulu.

Hal ini diselangi dengan sesi perundingan dan diplomasi yang tidak ke mana pun. Pihak Portugis mahu tawanan orang mereka termasuk de Aroujo segera dibebaskan. Selang tiga minggu dari itu, keadaan mula semakin tegang.

Beberapa siri pertempuran kecil berlaku di laut dan kawasan penginapan pedagang berdekatan pantai. Portugis serang empat kapal Jawa dan sebuah kapal Sumatera sebelum kapal-kapal saudagar Gujarat di pelabuhan dibakar.

Tidak ketinggalan ialah rumah penduduk di pantai yang habis dibakar Portugis. Walaupun Sultan Melaka sendiri kemudiannya ada membebaskan tawanan Portugis, namun perang sebenar tetap tidak dapat dielakkan lagi.

Pihak Portugis sebenarnya sangat tahu akan rahsia kelemahan Melaka. Hal ini kerana mereka telah pun ada perancangan jitu. Mereka mempunyai kelebihan dari segi risikan atau maklumat yang diberi oleh Ruy de Aroujo.

Juga info daripada orang dalaman Melaka sendiri seperti Utimutiraja, seorang perempuan Parsi dan Nainachittu. Melaka mempunyai banyak musuh ibarat musang berbulu ayam di setiap penjuru malah di dalam istana sendiri.

Namun demikian Portugis tidak pernah memperkecilkan kemampuan pertahanan Melaka. Albuquerque sendiri pernah menyebut bahawa: “Kita tidak akan dapat tawan Melaka dengan hanya dua batang pedang yang berkarat!”

Di waktu subuh sebelum serangan habis-habisan dilancarkan, Albuquerque memberi ucapan semangat bahawa Melaka harus ditundukkan supaya aliran rempah ratus Nusantara tidak akan sampai ke Makkah dan Kaherah.

Juga beliau mahu sinar Islam di Melaka akan padam! Ungkapan beliau ini jelas menunjukkan niat jahat sebenar mereka mahu hancur syiar Islam. Barisan ketenteraan Portugis sebenarnya lebih ramai daripada yang kita ketahui.

Bagaimanapun jumlah tentera Portugis hanyalah 1,200 orang termasuk 600 askar upahan Malabari dan kapalnya lebih kurang 19 buah. Maklumat catatan Giovanni menunjukkan sewaktu tiba di Pedir, jumlah kapal agak banyak.

Ini termasuk yang ditawan di perjalanan sudah cecah angka 25 buah. Di Pasai, lapan buah kapal dari Cambay lagi jadi mangsa tawanan atau dirosakkan. Maka dianggarkan ada lebih kurang 27 buah kapal tiba di perairan Melaka.

Malah ada beberapa buah kapal lagi di Melaka yang ditawan dan dijadikan barisan sokongan dalam serangan ke atas Melaka. Giovanni turut melaporkan bahawa serangan 25 julai 1511 terdapat 1,500 orang tentera Portugis terlibat.

Ia meliputi dengan pasukan bantuan daripada orang Cina sebanyak 400 orang dan bantuan tambahan daripada seorang putera Sumatera iaitu Raja Kampar menantu Sultan Mahmud sendiri yang juga lebih kurang 400 orang.

Ini belum termasuk tentera bantuan dari orang Pegu, Siam, bahkan orang Keling di bawah Nainachittu dan askar upahan Jawa yang sengaja perang tidak bersungguh-sungguh setelah ketua mereka, Utimutiraja disogok Portugis.

Pertempuran berlaku dengan sengit di beberapa lokasi strategik seperti di Jambatan Melaka, Bukit Melaka, Bandar Pelabuhan, Istana Sultan dan Masjid Sultan. Pertahanan Melaka turut diperkuatkan oleh ribuan tentera Jawa.

Mereka dikatakan pada permulaan Ogos 1511 sudah pun dibayar tiga bulan gaji terkehadapan, di samping barisan ramai pejuang Turki dan Khorusones atau Parsi yang kekuatannya sahaja dianggarkan berjumlah 3,000 orang.

Seperti disebutkan tadi, walaupun tentera Jawa telah dibayar gaji awal tiga bulan, mereka tetap belot dan tidak bersungguh-sungguh pertahan Melaka kerana penghulu mereka, Utimutiraja buat pakatan dengan Albuquerque.

Beliau dilaporkan secara rahsia ada memberitahu anak-anak buahnya agar mereka ‘tidak perlu lagi bersusah payah dengan menggadaikan nyawa sendiri berperang untuk mempertahankan harta benda kerajaan milik orang lain’.

Persoalannya adakah kekuatan sebenar Melaka yang terletak pada armada lautnya, telah digunakan sepenuhnya?  Namun demikian armada laut Melaka yang terdiri daripada jong-jong besar tidak ada di perairan pada ketika itu.

Sebelum bermulanya serangan yang penghabisan oleh Portugis, Sultan Melaka pula sengaja melambat-lambatkan pelepasan tawanan asing dan masih cuba berdiplomasi kerana menunggu armada lautnya bersama Laksamana.

Namun tindakan Sultan yang sengaja melengah-lengahkan masa tersebut memang diketahui oleh Portugis yang menyebabkan serangan total berjaya dilakukan sebelum sempat armada laut Melaka itu sampai di Melaka.

Hal ini disebabkan Portugis sangat takut dengan risikan diberi de Aroujo yang berkata Sultan Melaka ada armada laut sangat kuat dan diketuai seseorang bernama ‘Laksamana’ yang dapat bakar hangus seluruh armada Portugis.



KAPAL MELAYU: LANCARA/LANCANG

Terdapat catatan dari Portugis yang menyebut bahawa sewaktu Melaka diserang, Laksamana bersama armada Melaka sedang melakuan rondaan di kawasan perairan jajahan takluk Melaka, mungkin di sekitar Riau-Lingga.

Ini kerana dalam catatan itu diberitahu bahawa Raja Lingga bersama Laksamana telah berpatah balik apabila tahu Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis serta Sultan Mahmud Shah dan keluarganya berundur ke Bentayan di Muar.

Hakikatnya Raja Lingga dan Laksamana tahu bahawa kejatuhan Melaka bukanlah bermakna kejatuhan empayar Melaka secara keseluruhan kerana adat Melayu itu bahawa 10 buah negeri boleh dicari, selagi ada raja berdaulat.

Jadi jika raja berundur, maka pembesar dan raja-raja taklukannya tidak akan membuat keputusan sendiri untuk terus menyerang Melaka, sebaliknya mereka pun berundur bersama-sama Sultan untuk mengatur strategi baharu.

Sultan Mahmud Shah juga dikatakan bertitah, adat kita raja Melayu, negeri alah raja mati, yang melambangkan bahawa perjuangan Melaka sebenarnya belum tamat selagi baginda dan waris-warisnya belum lagi mati.

Apa yang dapat disimpulkan ialah kekalahan Melaka kepada Portugis bukanlah satu kekalahan yang mudah seperti yang sering disebut-sebut Barat. Bukan disebabkan oleh teknologi persenjataan Melaka yang kononnya lemah.

Juga bukan kerana kebodohan tentera Melaka terhadap tembakan meriam tentera Portugis. Barisan pertahanan Melaka telah berjuang berhabis-habisan baik dari segi diplomasi, pertahanan, taktik dan strategi pertempuran.

Pihak Portugis sendiri mengakui bahawa pejuang-pejuang Melayu Melaka adalah pahlawan yang gagah perkasa dan mereka begitu terlatih dalam ilmu peperangan serta dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata berat berpotensi.

Namun begitu kita tidak boleh pandang rendah pada kekuatan Portugis kerana bangsa Eropah itu juga mempunyai pengalaman tempur dan kepungan laut yang taraf standardnya sama hebat dengan bangsa Melayu sendiri.

Sebelum mereka mula menyerang Melaka, banyak kota pelabuhan lain seperti di India dan Teluk Parsi yang berjaya Portugis tawan, malah mereka pernah bertempur dengan armada Turki Uthmaniah yang terkenal hebat di laut.

Kekalahan Melaka adalah sebab kurangnya kesepaduan dan kesepakatan antara ‘Anakvanua’, dan sikap terlalu beri kepercayaan kepada ‘anak dagang’ atau bangsa asing yang berkelana cari rezeki yang makmur di bumi Melaka.

Bak kata pepatah ‘apalah diharap pada dagang, bertukar musim berlalulah ia’. Warga luar itu jelas tidak ada semangat patriotik untuk bangkit pertahan negara yang mereka tumpang dan lari apabila ada peluang terbuka!

Sikap terlalu bertoleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sejak zaman berzaman ini akhirnya memakan diri sendiri apabila golongan ‘dagang’ ini mula menunjukkan belang mereka dan ibarat menikam dari arah belakang!

Baik anak dagang Kalingga, Ming, Burma, mahupun Kampar dan Mojo yang serumpun sebangsa, semuanya menjadi duri dalam daging. Ia seumpama bidalan terkenal Melayu lama iaitu harapkan pegar, pegar pula yang makan padi.

Peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran kepada anak-anak ‘vanua’ pada hari ini, dan bukannya kisah Melaka konon kalah berperang kerana hanya menggunakan keris atau sumpit semata-mata yang ternyata tidak benar.

Sekian, wallahu a’lam bis sawab.

ASJ dan HE / Rujukan:

• Prof Emeritus Dr. Muhammad Yusof Haji Hashim, Kisah Melaka 1511, Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia, 2006

• Abdul Aziz Zakaria, Portugis Dalam Sejarah Melaka, Dewan Bahasa & Pustaka, 1963

• Portuguese Documents on Malacca: 1509-1511, National Archives of Malaysia, 1993

• Muhammad Yusoff Hashim, Muzaffar Desmond John Tate, The Malay Sultanate of Malacca: A Study of Various Aspects of Malacca in the 15th and 16th Centuries in Malaysian History, Dewan Bahasa & Pustaka, 1992

• The Capture of Malacca, A.D. 1511 oleh RJ Wilkinson

• Asia Portugueza oleh Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek

• A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries oleh De Burrowss

SUMBER ARTIKEL DI ATAS: https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/15-08-1511-kisah-tersirat-melaka-dihina-portugis/



Selesai artikel di atas, TT teringat sejarah yang kita study masa sekolah dulu, katanya Melaka antara pelabuhan yang sangat maju ketika itu, dikatakan terdapat 84 bahasa dituturkan di Melaka dan bahasa melayu menjadi lingua franca, hebatnya melaka ketika itu, tetapi yang menjadi persoalan TT, adakah pelabuhan sehebat itu cuma dijaga oleh askar yang menggunakan tombak dan keris sahaja? Wallahu a'lam..

dan menjadi satu lagi tanda tanya TT di dalam sejarah yang kita study, diajar bahawa Melaka adalah negeri yang kecil, tetapi sebuah selat yang stategik dinamakan sempena negeri yang kecil ini? kenapa tidak Selat Melayu (contoh)? apakah benar Melaka suatu ketika dahulu negeri yang kecil? Wallahu a'lam...





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2019 06:15 PM | Show all posts
Senapang melaka paling canggih di dunia. Format trigger dan trigger guard dicipta oleh Melaka.  Sebelum ditiru hingga ke hari ini, semua negara Eropah termasuk empayar Usmaniyah hanya menggunakan tuas yang digenggam untuk menembak. Kecuali senapang Bohemia yang ada butang di tepi untuk ditekan.

Mekanisme berspring  untuk melepaskan hammer berfius dengan amat pantas ke arah bahan peledak peluru juga adalah ciptaan Melaka serta Bohemia. Senapang lain semua tiada trigger seperti Melaka atau butang seperti Bohemia, maka hanya merapatkan fius kepada peledak secara perlahan lahan dengan menggenggam tuas   


Melaka kalah dalam tempoh sebulan...sebab utamanya...tak pakai baju besi macam portugis. Siap ada topi besi plak lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejarah bangsa yang sangat agung...tp pelik masih ada org melayu yang tidak bangga malah memperkecilkan sejarah itu sendiri..
Kalau matsalleh dah buat movie juta2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini aku takut tgk gambar tu..katanya muka org dulu2 menakutkan..muka bengis satu macam
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik perkongsian ni. Terus teringat iium confession yg viral dulu. Pasal rumah yg ada bilik rahsia dan dia jumpa blueprint senjata.. Ada tak kupasan dalam forum?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
anastasia7 replied at 7-4-2019 07:46 PM
Menarik perkongsian ni. Terus teringat iium confession yg viral dulu. Pasal rumah yg ada bilik rahsi ...

X de. Menarik ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 7-4-2019 08:24 PM
X de. Menarik ni

Kena cari balik ni. Ada beberapa siri and rasanya pernah terbaca analisis org lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 06:41 AM | Show all posts
Ini pakaian seragam tentera melaka dari mata portugis yang terlibat dalam pertempuran itu sendiri.  Dari kiri : Jawa,  Melayu, Khorasan, Gujarat




Pakaian orang awam melaka dikatakan oleh Ludovico Varthema sebagai  mirip warga Kahirah. Maka tidak hairan lah pakaian seragam tentera melaka juga lain macam saja style nya. Siap bersarung kaki panjang . Pastinya bukan meniru tentera mesir. Mungkin rekaan melayu sendiri atau dari pertukaran idea ketika seorang bangsawan melaka melawat eropah hingga sempat pula bertemu dengan Leonardo da Vinci. Yang pastinya seluar banyak strap itu dicipta melaka sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2019 06:47 AM | Show all posts
anastasia7 replied at 7-4-2019 11:46 AM
Menarik perkongsian ni. Terus teringat iium confession yg viral dulu. Pasal rumah yg ada bilik rahsi ...

Senjata api jenis bedil dicipta oleh empayar melayu Zabag dan pertama kali dicatat penggunaannya oleh pihak Lanka ketika serangan oleh tentera zabag ke atas sri lanka sekitar 1247. Senjata api ciptaan china hanyalah dari jenis mercun saja. Contohnya firelance
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 06:54 AM | Show all posts
Ini topik bertajuk "Real Guns (not firelances) were invented by the Malay Zabag Empire and used against Ceylon in 1247" . Sudi sudikanlah

https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1124610
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 8-4-2019 06:54 AM
Ini topik bertajuk "Real Guns (not firelances) were invented by the Malay Zabag Empire and used agai ...

Wow. Tq2. Boleh baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 8-4-2019 06:54 AM
Ini topik bertajuk "Real Guns (not firelances) were invented by the Malay Zabag Empire and used agai ...

Done2 baca. Dan ada sebahagian perkongsian drpd iium confessions yg i sebut smlm. Sangat menarik bila tahu sebenarnya orang dulu sgt hebat!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 08:00 AM | Show all posts

My pleasure.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2019 10:49 AM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 7-4-2019 06:15 PM
Senapang melaka paling canggih di dunia. Format trigger dan trigger guard dicipta oleh Melaka.  Sebe ...

wah menarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2019 10:51 AM | Show all posts
awaynepian replied at 7-4-2019 06:29 PM
Sejarah bangsa yang sangat agung...tp pelik masih ada org melayu yang tidak bangga malah memperkecil ...

kannn.. rupa2nya byk je catatan2 luar tentang melaka ni, kita je yang xpenah nk cuba cari..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2019 10:52 AM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 8-4-2019 06:54 AM
Ini topik bertajuk "Real Guns (not firelances) were invented by the Malay Zabag Empire and used agai ...

dah baca jgak, tq share.. menarikk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2019 10:53 AM | Show all posts
anastasia7 replied at 7-4-2019 07:46 PM
Menarik perkongsian ni. Terus teringat iium confession yg viral dulu. Pasal rumah yg ada bilik rahsi ...

bestnya klu ade yg bleh share citer ttg blueprint ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2019 11:47 AM | Show all posts
“Alfonso de Albuquerque dalam satu catatannya ada menyebut Hang Tuah berada di Temasik (Si-ngapura) ketika beliau mengetuai armada Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Ketika itu Hang Tuah telah pun berusia 80 tahun,”

hasil kajian Profesor di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Mo-den dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Emeritus Dr. Hashim Musa, penulis buku hang tuah: catatan okinawa.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lagi-bukti-hang-tuah-wujud-bukan-sekadar-mitos-1.165788#ixzz5kZ3LhhHq
© Utusan Melayu (M) Bhd



petikan ayat ni memberikan garis masa yang bertepatan dengan dengan arkitel dari thepatriots yang saya copy buat thread ni, artikel ini menyatakan alfonso takut dengan armada laut Melaka pimpinan "laksamana" yang dikatakan mampu membakar seluruh armada portugis. mungkinkah Hang Tuah?


berkemungkinan "laksamana" yang dimaksudkan tu adalah hang Tuah, kerajaan Riau-Lingga mempunyai hubungan kekerabatan dengan raja2 melayu, mungkinkah dengan hubungan itu, armada laut melaka dihantar untuk membuat rondaan di sana? jika benar, sesuailah hang tuah berpangkalan di temasik demi menjaga kerajaan tersebut.


Saya jugak pernah mendengar statement dari penulis Hang Tuah: Catatan Okinawa, Menyatakan Portugis pernah menolak permintaan seorang laksamana untuk "pulang" ke Melaka kerana laksamana tersebut memiliki "inhuman capabilities". bermakna laksamana tersebut TIDAK berada di melaka ketika penaklukan melaka oleh portugis, bertepatan dengan kenyataan bahawa armada laut melaka pimpinan "laksamana" yang ditakuti portugis tidak sempat pulang untuk mempertahankan melaka ketika itu. mungkinkah hang tuah?


apa pendapat korg?








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2019 12:10 PM | Show all posts
Edited by pelastik at 9-4-2019 12:15 PM

selesai bab laksamana melaka, kita kembali semula kepada kehebatan empayar Melaka...

SENJATA yang dikenali sebagai keris memang cukup terkenal dan sinonim dengan bangsa Melayu bahkan kita selama ini hanya disajikan dengan gambaran serta filem-filem yang menggambarkan bahawasanya orang Melayu dahulu hanya menggunakan keris sebagai alat mempertahankan diri.Senjata-senjata yang di keluarkan oleh Kerajaan-Kerajaan Melayu lama mempunyai kualiti yang berbeza-beza. Selalunya yang terbaik dan yang paling kuat akan dibuat oleh Sultan-Sultan dan Raja-Raja yang paling kaya. Meriam-meriam Melayu yang terbaik tidak mempunyai sebarang masalah menghancurkan kapal-kapal Eropah.

Melalui filem-filem serta drama Melayu lama dan juga kini, rata-rata menampilkan watak watak panglima Melayu hanya menggunakan keris dan senjatasenjata lain seperti tombak, badik dan lembing, kalaupun paling canggih yang ditonjolkan hanyalah panah dengan busurnya yang berapi.

Pendekar-pendekar Melayu purba digambarkan hanya memakai serta menggunakan keris. Pengawal-pengawal diraja juga hanya menggunakan tombak ketika mengawal istana. Ada juga gambaran ketika era pemerintahan British di Tanah Melayu, orang Melayu masih lagi mempertahankan diri dengan hanya menggunakan senjata-senjata tersebut.

Namun hakikatnya yang dilalui oleh orang Melayu dahulu kala cukup berbeza, daripada catatan serta kajian yang terdahulu bahawa sebenarnya orang Melayu sudah menggunakan senjata api.

Percaya atau tidak, itulah kesahihan yang perlu diketahui oleh golongan moden hari ini betapa hebatnya orang Melayu sejak dahulu lagi.
Seperti yang digambarkan, orang Melayu sudah menggunakan senjata api sekitar tahun 1700-an. Kegunaan senjata api ini hanya terhad digunakan di istana-istana dan di rumah pembesar-pembesar sahaja.

Mengikut kajian para sarjana lagi, penggunaan meriam adalah salah satu daripada ciri-ciri tempur orang Melayu pada zaman dahulu, lebih awal daripada kedatangan bangsa Eropah ke Asia Tenggara.

Setelah pelaut Portugis, Vasco da Gama membina Kota Calicut (Calcutta) di pesisir Malabar, India pada 1489, orang Portugis mula mengalih pandangan ke arah Asia Tenggara untuk meluaskan empayar mereka.

Sasaran utama pada waktu itu ialah sebuah kota perlabuhan yang begitu pesat sehinggakan Duerte Barbosa, seorang penulis dan pegawai Portugis pada masa itu mencatatkan bahawa siapa yang menguasai kota ini, Venice, Itali akan tunduk kepadanya. Kota yang dimaksudkan ialah Melaka.

Dirampas Portugis

Ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi sebenarnya orang Melayu sudah menggunakan senjata api.

Hal ini diperkukuhkan dengan kenyataan sejarah yang mungkin masih ramai yang tidak mengetahuinya bahawa ketika serangan Portugis pada 1511, mereka sudah berperang dengan tentera Melaka yang ketika itu sudah menggunakan senjata api sendiri.

Mengikut catatan Alfonso de Albuquerque yang menyerang Melaka pada 1511, orang Melayu Melaka telah menggunakan meriam-meriam untuk mempertahankan Pelabuhan Melaka dan dikatakan bahawa terdapat lebih kurang 3,000 senjata api berjaya dirampas oleh Portugis selepas orang Melayu berundur. Ada pula yang mengatakan angka yang tepat ialah 8,000.

Namun bukan isu angka yang menjadi keutamaan tetapi fakta yang mengatakan orang Melayu telah pun menggunakan senjata api seawal kurun ke-15 lagi di Melaka.
Selain beribu-ribu meriam dan senapang yang dijumpai di Melaka selepas ditawan oleh Portugis, Albuquerque juga menjumpai satu meriam yang mempunyai saiz yang jauh lebih besar daripada meriam-meriam Portugis pada masa itu yang mana meriam ini telah dihantar oleh Albuquerque ke Kota Calicut sebagai hadiah kepada seteru Portugis di India.

Fakta ini telah direkodkan oleh De Burros seperti mana yang dipetik oleh John Crawfurd di dalam kamusnya A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries.

Setelah menawan Melaka, Alfonso de Albuquerque telah meneliti gudang-gudang senjata yang ditinggalkan di Melaka dan mengatakan bahawa senapang senapang di Melaka mempunyai kualiti yang sama hebat dengan senapang-senapang buatan Jerman pada masa itu, malah tidak mampu ditandingi oleh Portugis. Namun senapang yang paling berkualiti pada masa itu adalah hasil buatan Kerajaan Turki Uthmaniah.

Albuquerque di dalam penulisannya, Comentários do Grande Afonso de Albuquerque yang diterbitkan pada 1557 menyatakan bahawa, senjata api yang dirampas sebanyak 3,000 laras, 2,000 daripadanya mempunyai kualiti yang cukup tinggi dengan hasil buatan besi yang cukup mengkagumkan.

Bukan itu sahaja, jenis meriam yang digunakan orang Melayu tidaklah diketahui namun para sarjana Barat berpendapat bahawa tidak lama selepas teknologi senjata api diperkenalkan oleh bangsa Arab terutamanya kerajaan Turki kepada dunia, orang Melayu sudah mula membuat senjata api sendiri.

Bukti aktiviti pembuatan senjata api ini direkodkan oleh W. Linehan dalam kertas kerjanya yang berjudul Some Discoveries on the Tembeling. Sebenarnya di tebing-tebing Sungai Tembeling, Pahang, Linehan telah menjumpai acuan-acuan purba yang digunakan untuk membuat meriam yang dianggarkan seawal kurun ke 13 atau 14.

Difahamkan juga, Ulu Tembeling merupakan salah satu lokasi yang dipercayai dijadikan sebagai pusat pembuatan senjata dan peluru ketika eranya kerana kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pengkaji menyatakan terdapat sebuah pusat pembuatan atau kilang senjata Melayu di sana.

Kekuatan meriam Melayu

Senjata-senjata yang di keluarkan oleh Kerajaan-Kerajaan Melayu lama mempunyai kualiti yang berbeza-beza. Selalunya yang terbaik dan yang paling kuat akan dibuat oleh Sultan-Sultan dan Raja-Raja yang paling kaya. Meriam-meriam Melayu yang terbaik tidak mempunyai sebarang masalah menghancurkan kapal-kapal Eropah.

Sebagai contoh, Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oost-Indische Compagnie/ Dutch East India Company) telah kehilangan sebuah kapal perang semasa mereka menyerang Makassar pada 1667 dan sebuah lagi ssemasa mereka menyerang kubu kuat orang-orang Bugis di Bentan pada kurun ke 18. Malah orang-orang Belanda sendiri membeli senapang-senapang buatan Makassar.

Antara meriam-meriam yang paling terkenal di kepulauan Melayu sudah pastinya Meriam-Meriam Pattani yang di buat dan dikeluarkan pada kurun ke 15, yang dikenali sebagai Seri Patani, Seri Negeri dan Mahalela. Meriam-meriam ini mempunyai saiz yang sangat besar dan memainkan peranan yang penting didalam menangkis serangan-serangan Siam sepanjang 200 tahun sehingga tahun 1786 dimana Patani akhirnya dapat dikalahkan oleh Siam.

Siam seterusnya merampas meriam -meriam ini dan dibawa ke Bangkok. Malangnya Seri Negeri telah terjatuh kedalam laut manakala Seri Patani masih lagi ada sehingga ke hari ini dimana ia dipamerkan di Kementerian Pertahanan Thailand. Meriam Mahalela yang bersaiz sedikit kecil dari Sri Patani dan Seri Negeri tidak dapat dikesan.

Kerajaan Melayu Singgora juga didapati telah mula menghasilkan meriam pada sekitar kurun ke 16. Meriam-meriam ini digunakan didalam perang menentang Siam pada sekitar abad yang sama. Apabila Siam berjaya menakluk Singgora pada 1987, meriam-meriam Singgora ini pula digunakan oleh Siam untuk menangkis serangan-serangan Annam dan Burma. Pada tahun 1766, Burma berjaya melanggar Ayuthiya, dan membawa meriam-meriam Singgora ini ke Burma dan digunakan untuk melawan British. Pada 1887, British akhirnya berjaya menewaskan Burma dan membawa meriam Singgora ini ke London.

Menurut pengkaji bedil tempatan yang juga tenaga pengajar Universiti Malaya (UM), Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, orang Melayu sememangnya telah memiliki senjata api sebelum kedatangan Portugis ke Melaka lagi. Kepakaran senjata api Melayu berkait rapat dengan teknologi dari kerajaan Turki terutamanya dengan pembuatan meriam.

Dkhabarkan laksamana Hang Tuah juga telah diutuskan oleh sultan Mansyur Shah ke Istanbul, Turki untuk membeli serta mempelajari ilmu senjata api. Kebanyakan senjata api serta meriam Melayu Melaka telah dirampas Portugis dan dibawa ke kapal perang mereka yang dikenali sebagai Flor de La Mar.

Namun, difahamkan kapal tersebut yang dipenuhi dengan pelbagai barangan berharga dan harta yang melimpah ruah termasuk berdozen-dozen emas, senjata api, tembikar, khazanah manuskrip yang dianggarkan bernilai berbillion-billion pound untuk Raja Portugis karam selepas kejayaan Portugis menakluki Melaka.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/melayu-sudah-lama-ada-senjata-api-1.33603#ixzz5kZFe6jCP
© Utusan Melayu (M) Bhd





Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 12:51 PM | Show all posts
Markas tentera laut melaka terletak di Bintan. Bukan di Melaka. Tentera laut melaka dengan anggota merin yang merupakan askar paling elit melaka tidak terlibat dalam peperangan tahun 1511. Mungkin tak sempat atau disengajakan oleh laksamana sendiri. Di kala itu ramai pembesar yang berdendam dengan sultan yang telah menganiaya Tun Mutahir dan ramai lagi kaum keluarganya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.081049 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list