CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6506|Reply: 23

Hailey Baldwin Bengang Terpaksa Jadi 'Ibu' Buat Justin Bieber

[Copy link]
Post time 9-4-2019 10:33 AM | Show all posts |Read mode
"Ingatkan jadi isteri, rupanya terpaksa jadi 'ibu'..."


Demikianlah agaknya perasaan model Hailey Baldwin, 22, yang mengawini penyanyi Justin Bieber, 25, beberapa bulan lalu. Menurut sumber RadarOnline, Hailey kini merasakan tanggungjawabnya lebih kepada 'ibu' berbanding isteri kepada Justin.





Kredit foto: RadarOnline





Sejak berkahwin, Hailey melihat perangai Justin kembali berubah kepada remaja belasan tahun lagi. Hailey kini terpaksa mengurus pelbagai aspek kehidupan Justin dan turut bimbangkan kesihatan mental suaminya itu.


'Hailey menguruskan semua hal keluarga, manakala Justin hanya berpoya-poya, melakukan lawak jenaka dan berkelakuan seperti budak sekolah,' kata sumber itu lagi.





Kredit foto: Carian Google





Hailey kini mempersoalkan apakah sebenarnya fungsi beliau sebagai isteri terutamanya di masa depan, tetapi sumber itu memberitahu Hailey takut untuk meluahkan kepada Justin kerana emosinya yang kurang stabil.


Seperti yang diketahui umum, pasangan itu berkahwin September tahun lepas dan kedua-duanya mengakui dalam temu bual dengan majalah Vogue bahawa perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah.





Kredit foto: Carian Google





'Kami berjuang keras untuk membina hubungan yang sihat, tapi kami masih muda dan perlu banyak belajar. Diakui perkahwinan kami bukanlah seperti fantasi, ada masanya ia sukar,' kata Hailey dalam temu bual itu.





Kredit foto: Carian Google





Masalah perkahwinan mereka juga ditambah dengan isu mental yang dialami oleh Justin baru-baru ini. 'Bagaimanapun Justin sudah mula mendapatkan rawatan untuk menjadi suami yang lebih baik,' tambah sumber itu.




Mungkin Justin sendiri belum puas hidup bujang kerana berkahwin terlalu awal. Bertabahlah Hailey. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah  hati heols buksn kat uols macam tu la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2019 10:36 AM | Show all posts
Dah kau kawin dengan jantan kebudak-budakan, merasalah jadi ibu Hailey
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa bercinta semua nya nampak baik. Sudahnya tak pasal2 jadi ibu pada suami sendiri. Bertabah la hailey
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suke hailey.. lawa dn nmpk ada class tesendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg acik bawang kata asal berlaki..ye dak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2019 11:48 AM | Show all posts
Lain kali cari suami yang sayang hang.
Hati dia kat orang lain.
meme never ending story la hampa dua
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dah pi hadap budak tu watpe. pakwe dulu lagi classy and gentlemen. badboy juga yang dicarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2019 04:41 PM | Show all posts
kesian ingat kawin kerna cinta last2 jd babysitter utk laki perangai gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah time foreplay menetek mmg la nmpk dia mcm budak2 tp xbmkna ade rasa keibuan menyusukn anak
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 05:29 PM | Show all posts
buapakperut replied at 9-4-2019 01:49 PM
dah pi hadap budak tu watpe. pakwe dulu lagi classy and gentlemen. badboy juga yang dicarik

sp ex-bf heshe?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ikinbest replied at 9-4-2019 09:29 AM
sp ex-bf heshe?

shawn mendes
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 02:02 PM | Show all posts
sheols kawen tanpa prenup tau. kalau cerai skrang pun sheols layak dpt separuh kekayaan bieber. maybe ni modus operandi sheols je kot, buat gosip murahan kalau cerai tetiba takde la public rasa terkejut sgt
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 03:02 PM | Show all posts
bukan je justib ni.. malah lelaki malaysia pun sama.

suami demam, kalah mcm budak2. dah satu hal kena jaga suami mcm seorang ibu dari banyak segi aspek mental fizikal. inilah akibatnya bila mak terlalu lebihkan anak lelaki. bila anak lelaki semuanya membesar ngn penjagaan berlebihan oleh mak dia, maka bila kawin pun, semua bini buat. mula2 rse ok, dh lama2 naik geram la bini bila suami semua benda menyusahkan isteri.

Lagi2 jenis mak yg suka komplen menantu yg asik suruh anak dia buat itu ini lps tu jawab "mak dulu semua buat utk Ali tu, kenapa skg ko bini dia, x boleh buat? kalau gosok baju pun Ali kena buat sdiri, buat ape ada bini?" ini cthnya lah.

padahal kalau anak ko Ali mampu beli Iron Philips, semua ni tak jd mslh. kalau ckp bab ni, kata isteri demand, nak semua senang goyang kaki dan kerah tenaga anak nk pakai brg branded lagi bkualiti.


ini kawan aku yg luah ke aku ye. bukan sorg, tp ramai.

Sekian OT.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 03:54 PM | Show all posts

ruginya tglkan SM utk JB. berkali ganda kot hot si SM berbanding JB
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
greantea replied at 10-4-2019 07:54 AM
ruginya tglkan SM utk JB. berkali ganda kot hot si SM berbanding JB

tu la, siap pakej lengkap semua, sanggup dia tinggalkan untuk jb. sm layan dia baik sangat kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2019 04:32 PM | Show all posts
buapakperut replied at 10-4-2019 03:55 PM
tu la, siap pakej lengkap semua, sanggup dia tinggalkan untuk jb. sm layan dia baik sangat kot.

tp tu katenye cover line jek. shawn mendes katenye gay, so nk cover tu bercouple jap ngan hailey
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman JB da berlalu.  ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak bucuk la bieber nieh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 06:13 PM | Show all posts
Well thats what you get for marrying a man child...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.517647 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list