CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2162|Reply: 1

Sheikh Abdullah Al-Qumairi: Ulama Pertama Yang Mengislamkan Raja Di Kedah

[Copy link]
Post time 10-4-2019 08:10 AM | Show all posts |Read mode
Sheikh Abdullah Al-Qumairi atau yang turut dikenali sebagai Sheikh Tajred merupakan nama tokoh yang agak terkenal di negeri Kedah. Kalau kita pi kawasan Gunung Jerai mesti kita akan dengar nama kawasan Telaga Tok Sheikh dan Menara Tok Sheikh.

Telaga dan menara Tok Sheikh ni dinamakan sempena ulama daripada Yaman ni. Ulama ni la yang mula-mula sekali menyebarkan agama Islam dalam kerabat Raja Kedah dan Sheikh Tajred telah berjaya mengislamkan Raja Pra Ong Mahawangsa iaitu cucu cicit pada Merong Mahawangsa dan daripada situ la bermulanya pemerintahan Islam di negeri Kedah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2019 11:34 AM | Show all posts
Pertarungan Sheikh Abdullah Al Qumairi dengan Panglima-Panglima Raja Kedah Tua

Menurut sumber ketika Sheikh Tajred dan rombongan sampai di negeri Kedah waktu tu ada temasya yang dianjurkan oleh raja dan pelbagai orang-orang handal berkumpul untuk menunjukkan kebolehan masing-masing masa tu.

Kedatangan Sheikh Tajred masa sayembara tu buat orang terpinga-pinga sebab tak pernah nampak lagi Sheikh Tajred dan rombongan dia sebelum ni dan diringkaskan cerita jadilah satu pertarugan antara Sheikh Tajred dan juga beberapa orang panglima ketika itu. Hal kemenangan Sheikh Tajred ni membuatkan Raja Pra Ong Mahawangsa rasa takjub akan kebolehan Sheikh Tajred dan daripada sini la detik mula Raja Pra Ong Mahawangsa berminat nak tahu lebih lanjut pasal Sheikh Tajred yang membawa kepada pengislaman beramai-ramai di Negeri Kedah dan menurut sumber Sheikh Tajred lah yang menamakan Kedah sebagai Kedah Darul Aman dan orang pertama yang melabelkan kaum beragama Islam di Tanah Melayu sebagai orang Melayu. Melayu itu Islam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.829639 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list