CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3643|Reply: 22

SEJARAH BENUA TERQANUN [TERENGGANU] : TERENGGANU PENGHALANG UTAMA KEPADA AGENDA

  [Copy link]
Post time 11-4-2019 04:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_BeachBoys at 13-4-2019 10:03 AM

Tulisan ini adalah bagi menerangkan beberapa perkara yang mempunyai hubung kait dengan cerita dongeng yang merebak didalam masyarakat Melayu yang sering diwar-warkan oleh para sejarawan kononnya pihak Bugis memainkan peranan penting didalam gerakan menentang penjajah. Realitinya merekalah yang menjadi punca kepada penjajahan Belanda dan British di Sumatera dan Tanah Melayu.

Apabila mereka sampai ke Tanah Melayu, mereka berlagak seperti pejuang yang menentang penjajah tetapi di Indonesia orang Bugis ini menjadi tentera upahan pihak Belanda untuk menakluk kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera dan Kalimantan.

Mereka diagung-agungkan seolah-olah mereka ini dipihak yang baik walhal niat sebenar mereka awal-awal lagi telah diketahui oleh orang Tanah Melayu. Orang Tanah Melayu yang dimaksudkan disini adalah orang Terengganu.

Tulisan ini juga bagi memberi informasi terutamanya dalam perihal peranan pihak Terengganu yang sejak dari awal lagi mengetahui kedatangan Bugis ke Tanah Melayu akan membawa bencana, malapetaka dan mudharat yang amat besar kepada umat Islam disebelah ini.

Tulisan ini juga akan mendedahkan realiti bahawa kerajaan-kerajaan Melayu sebelum kedatangan Bugis tidak mempunyai apa-apa masalah dengan pihak Belanda. Malah Belanda sendiri telah membantu kerajaan Johor-Riau-Lingga menewaskan Portugis di Melaka pada tahun 1641 masihi.

1 - Imperalisme Belanda dan hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan Melayu.

Pada tahun 1619 masihi, Betawi dikuasai oleh pihak Belanda. Kemudian pihak Belanda mula menyerang kedudukan Portugis di Melaka. Pada tahun 1641 masihi, Belanda berjaya mengalahkan Portugis di Melaka. Kekalahan Portugis ini menyebabkan kuasa monopoli perdagangan rempah telah berpindah tangan kepada pihak Belanda. Pada ketika ini, pihak Belanda tidak menggangu mana-mana negeri Melayu malah hubungan kerajaan Johor dengan Belanda ketika itu amat baik. Sehinggalah tahun 1650 masihi apabila Belanda menandatangani perjanjian dengan Perak untuk memonopoli industri bijih timah.

Selepas berjaya menguasai Betawi dan Melaka, Belanda menyasarkan untuk menguasai pelabuhan Makassar. Persengketaan kerajaan Bone dan Kesultanan Makassar akhirnya telah menjerat sultan Makassar, Sultan Hasanuddin sehingga tewas ditangan Belanda pada tahun 1667 masihi.

Kejatuhan Kesultanan Makassar menyebabkan berlakunya migrasi keluar sebahagian orang Bugis yang tidak mahu bernaung dibawah kuasa Belanda.

Setakat penulisan ini, jelas menunjukkan bahawa Belanda sebenarnya adalah penjajah kepada orang Bugis bukannya penjajah kepada orang Melayu. Tambahan lagi, selepas kejatuhan Bugis di Makassar, pihak Belanda tetap tidak menyasarkan mana-mana negeri Melayu di Sumatera dan Tanah Melayu.

Sehinggalah apabila Bugis tiba di Tanah Melayu hasil kesilapan taktikal yang dilakukan oleh Sultan Johor dari keluarga Bendahara, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah maka bermulalah huru-hara dan pergolakan diantara negeri-negeri Melayu dengan kuasa asing……………..Update 13 April 2019.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2019 03:10 PM | Show all posts
ko lengkap kan dulu nanti baru aku kasik kredit banyak banyak
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iloveselangor at 11-4-2019 09:16 PM

Untuk pengetahuan...akibat kebodohan Raja2 Melayu menyerang Bugis...mereka kehilangan separuh dari Jajahan Johor Riau, termasuk Kepulauan Natuna dan Anabas.

Punca nya apabila Terengganu menyerang Bugis maka berlakulah Perjanjian Riau 1 dan juga Perjanjian Riau 2 yang membawa kepada terbentuknya Perjanjian Inggeris-Belanda.

Korang nak tahu kenapa boleh berlaku Perjanjian Inggeris-Belanda ?

Jawapannya...Orang Bugis bermusuh dengan Belanda...tapi Melayu sangat Baik dengan Belanda...Ada beberapa Siri peperangan yang Melayu kerjasama dengan Belanda untuk menyerang Bugis...bukan je dengan Bugis tapi dengan Aceh juga dalam Perang 3 Segi.

So hubungan Belanda dan Melayu ni memang erat sejak pada zaman Johor Lama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iloveselangor at 11-4-2019 08:37 PM

Antara isi kandungan Perjanjian Kedua Riau – Belanda :

1. Sultan Mahmud hendaklah menyerahkan segala pentadbiran di Riau kepada Kompeni Belanda

2. Orang-orang bangsa asing yang telah dijatuhkan hukuman salah kerana melakukan kesalahan besar, hendaklah dihantar di Melaka. Hanya perkelahian di antara orang-orang Melayu dengan Bugis rakyat baginda sahaja yang boleh diselesaikan dengan keputusan perintah Sultan.

3. Pemerintah di Negeri Pahang hendaklah mengakui bahwa tongkang-tongkang Cina atau lain-lain tongkang tidak dibenarkan masuk ke Pahang dan pemerintah Pahang hendaklah mengarahkan tongkang-tongkang itu datang ke tempat membayar cukai di Riau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Perjanjian Antara Sultan Sulaiman Dengan Belanda Di Melaka
19/01/2018 PEKHABAR SEJARAH
19 Januari 1756 – Pada tahun 1756, Sultan Sulaiman dari Kerajaan Riau telah membuat perjanjian dengan Belanda di Melaka. Pada 6 Januari 1756, Sultan Sulaiman dengan diiringi oleh putera baginda Raja Abdul Jalil Raja di Beroh, Tun Dalam dan Tun Hassan Bendahara Seri Maharaja telah tiba ke Melaka.

Tujuan kedatangan baginda ialah untuk mengucapkan terima kasih kepada Gabenor Belanda di Melaka kerana Belanda telah membantu mengalahkan Raja Alam di Siak. Disamping itu Sultan Sulaiman hendak berbincang mengenai satu perjanjian baru dengan pihak Belanda.

Oleh itu pada hari ini dalam perjanjian antara lain dinyatakan bahawa orang-orang Belanda akan mengambil peluang mendapatkan balik daerah-daerah takluk Sultan Sulaiman yang telah lucut dari tangan baginda dan menyerahkannya balik kepada baginda.

Siak yang berjaya ditawan semula hasil bantuan Belanda, hendaklah diperintah oleh Pemangku Raja yang akan menjaga kepentingan-kepentingan Belanda di situ. Perjanjian ini juga menyebut bahawa orang-orang Belanda boleh menduduki atau meninggalkan tempat mereka di Pulau Guntong.

Selain itu, isi kandungan perjanjian ini menyatakan bahawa kapal-kapal tidak akan dibenarkan masuk ke Siak melainkan surat kebenaran dari Sultan, Kompeni Belanda dan Sultan sahaja yang mempunyai hak monopoli dalam menjual kain-kain di Sungai Siak. Malah bayaran cukai tol, serta Kompeni Belanda juga diberi hak monopoli membeli timah di Selangor, Kelang dan Linggi.

Perjanjian yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1756 bukan sahaja mengembalikan kekuasaan Sultan Sulaiman tetapi lebih menguntungkan Belanda terutama dari segi monopoli perdagangan. Ini kerana kuasa Eropah yang lain tidak boleh campurtangan dalam pentadbiran Belanda di Melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Perjanjian Persahabatan Johor-Riau-Belanda

26/11/2015 PEKHABAR SEJARAH
26 November 1818 – Pada tahun 1818, satu perjanjian persahabatan telah ditandatangani di antara Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang Sultan Abdul Rahman dan Yamtuan Muda Raja Jaafar, dengan Laksamana Wolterback bagi pihak pemerintah Belanda di Melaka.

Perjanjian Persahabatan Johor-Riau-Belanda ini adalah sebagai membaharui perhubungan persahabatan yang telah terjalin di antara kedua-dua kerajaan sebelum Melaka diserahkan kembali oleh Inggeris kepada Belanda. Dengan perjanjian ini juga kerajaan Belanda mengakui bahawa Sultan Abdul Rahman sebagai Sultan bagi kerajaan Johor-Riau-Lingga dan Pahang.

Perjanjian persahabatan ini dibuat setelah Inggeris, melalui wakilnya William Farquhar memberitahu Sultan Abdul Rahman kononnya Belanda akan datang menyerang dan mungkin akan mengambil Riau dan Lingga. Farquhar yang menemui Sultan Abdul Rahman dalam bulan Julai 1818, menyuruh Sultan bersiap sedia dan berjanji bahawa Inggeris akan membantu.

Sultan Abdul Rahman menyerahkan perkara itu kepada Yamtuan Muda Raja Jaafar. Farquhar telah memujuk Raja Jaafar supaya membuat perjanjian dengan Inggeris. Perjanjian itu telah dimeteraikan pada 19 Ogos 1818 dan antara kandungannya ialah menetapkan bahawa hanya Inggeris yang berhak menguasai hasil dagangan dalam daerah kekuasaan Sultan Johor.

Dalam bulan September 1818, Inggeris menyerahkan semula Melaka kepada Belanda. Seorang sahabat lama Yamtuan Muda Raja Jaafar, Adriaen Koek yang tinggal di Melaka mendapat tahu mengenai fitnah Inggeris ke atas Belanda itu. Beliau telah pergi menemui Raja Jaafar dan menafikan khabar angin tersebut. Pemerintah Belanda di Melaka juga telah menolak semua tuntutan Inggeris yang terkandung dalam perjanjian 19 Ogos 1818 itu.

Panglima Laut Belanda, Laksamana Wolterback diiringi oleh Adriaen Koek telah diutus ke Riau. Yamtuan Muda Raja Jaafar telah menyatakan kesalnya kerana menandatangani perjanjian dengan Inggeris itu lalu mencadangkan supaya satu perjanjian baru dibuat antara kerajaan baru dibuat antara kerajaan Riau-Lingga dengan Belanda bagi menjamin keselamatan Riau-Lingga.

Maka pada hari ini dalam tahun 1818, Perjanjian Johor-Riau dan Belanda ini telah ditandatangani sebagai menghapuskan rasa curiga di antara kedua-dua pihak akibat dari fitnah Inggeris.


Patriotik menentang Penjajah lah sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan marah Tau

Kena bangga sikit simbol hubungan 2 hala mesra sampai bagi negeri tu sikit sebagai Hadiah


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti mak nak pakai Baju Adat Bugis dengan Songkok Recca sambil Thumb up depan bangunan Stadhuys..lepas tu share dengan kawan Bugis Mak Kat Sulawesi Sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2019 06:37 AM | Show all posts
Ooooo. Melayu lagakan belanda dengan bugis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2019 10:04 AM | Show all posts
winamp05 replied at 11-4-2019 03:10 PM
ko lengkap kan dulu nanti baru aku kasik kredit banyak banyak

Baru update first chapter
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2019 10:12 AM | Show all posts
iloveselangor replied at 11-4-2019 08:35 PM
Untuk pengetahuan...akibat kebodohan Raja2 Melayu menyerang Bugis...mereka kehilangan separuh dari J ...

Semua perjanjian tu takkan wujud kalau orang Bugis tak naik tocang tamakkan kuasa. Tanah Melayu dan Sumatera mungkin dah jadi sebuah negara sekarang ni kalau tak kerana malapetaka yang dibawa oleh orang Bugis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 13-4-2019 10:12 AM
Semua perjanjian tu takkan wujud kalau orang Bugis tak naik tocang tamakkan kuasa. Tanah Melayu da ...

Malapetaka di bawa Bugis???? Wtf

Melayu sendiri Berebut Kuasa sesama sendiri minta guna askar upahan Bugis..

Ko ingat Raja2 Melayu tu Melayu sangat ke...ko ingat pedagang2 Melaka Dan Kedah tu orang Melayu ke...kalau takda Mamak Dan Cina...takda Pulau Pinang, Melaka Dan Singapura tu ye.

Melayu tu sendiri Tak jelas.

Podacittt!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2019 06:17 AM | Show all posts
iloveselangor replied at 18-4-2019 12:01 AM
Malapetaka di bawa Bugis???? Wtf

Melayu sendiri Berebut Kuasa sesama sendiri minta guna askar u ...


Ya, malapetaka yang dibawa oleh orang Bugis ke Tanah Melayu.


Kau jangan keliru dan campur-aduk dengan isu kerajaan Melayu guna askar upahan Bugis kerana itu isu dalaman. Tiada kena mengena dengan isu ' Bugis yang menjadi punca yang mendorong Belanda mula menjajah negeri-negeri Melayu'.


Pendek kata kalau tak kerana kerja bodoh Bugis mengancam Belanda di Melaka, sudah tentu Belanda tak menjajah negeri-negeri Melayu terutamanya di Sumatera.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 07:40 AM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 17-4-2019 10:17 PM
Ya, malapetaka yang dibawa oleh orang Bugis ke Tanah Melayu.


Penjajahan sumatera oleh belanda tak ada kena mengena langsung dengan bugis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 07:42 AM | Show all posts
iloveselangor replied at 17-4-2019 04:01 PM
Malapetaka di bawa Bugis???? Wtf

Melayu sendiri Berebut Kuasa sesama sendiri minta guna askar u ...

Kelakar betul la dongeng engko ni. Citer la lagi


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 18-4-2019 07:40 AM
Penjajahan sumatera oleh belanda tak ada kena mengena langsung dengan bugis.

Bukan ke Johor hadiahkan Siak pada Belanda ke???

14 Disember 1745 – Pada tahun 1745, Sultan Sulaiman, Sultan bagi Kerajaan Johor- Riau telah menyerahkan Siak kepada Belanda. Penyerahan itu adalah sebagai balasan kepada Belanda yang akan membantu Sultan Sulaiman memerangi musuhnya, iaitu orang-orang Bugis.

Tindakan orang-orang Bugis menguasai bidang ekonomi dan juga politik di negeri-negeri Melayu menimbulkan perasaan tidak senang hati di kalangan orang-orang Melayu dan Belanda. Dengan berpengkalan di Selangor maka pengaruh Bugis mula merebak ke Kedah dan Perak.

Menyedari akan keadaan itu, Sultan Sulaiman mengalihkan perhatian kepada pihak Belanda yang sememangnya biasa membuat perjanjian dengan kerajaan Johor. Pada masa yang sama Sultan Sulaiman sendiri terhutang budi dengan orang-orang Bugis yang membantu Baginda mendapatkan semula takhta kesultanan Johor-Riau. Sebagai balasan, gelaran Yang Di Pertuan Muda Riau diberikan kepada keturunan Bugis.

Namun begitu, tindakan Bugis yang sentiasa berusaha meluas pengaruh, menimbulkan rasa cemburu di kalangan orang-orang Melayu termasuklah Sultan Sulaiman sendiri. Oleh yang demikian, Sultan Sulaiman tidak mempunyai pilihan lain, kecuali meminta pertolongan Belanda.


Dengan itu, pada hari ini dalam tahun 1745, Baginda menyerahkan Siak kepada Belanda sebagai memenuhi kehendak Belanda. Dengan perjanjian itu juga, Baginda berjanji untuk mengkaji semula perjanjian yang pernah dibuat dengan Syarikat Hindia Timur Belanda, dengan memberikan keutamaan kepada monopoli bijih timah.

Sumber : Arkib Negara Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 18-4-2019 06:17 AM
Ya, malapetaka yang dibawa oleh orang Bugis ke Tanah Melayu.



VOC jajah pulau Jawa, Jajah teluk Bangal sebab Bugis ke???

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 10:21 AM | Show all posts
Sultan sulaiman yang lemah longlai fefeeling berkuasa atas siak. Wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 18-4-2019 10:18 AM
Johor nak hadiahkan siak kepada belanda macam mana kalau siak negara merdeka & berdaulat

Nampak Tak, Melayu yang takutkan Bugis sampai abih terbogel...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 10:30 AM | Show all posts
iloveselangor replied at 18-4-2019 02:24 AM
Nampak Tak, Melayu yang takutkan Bugis sampai abih terbogel...

Padan muka bugis habis terbogel. Masa mintak tolong dari belanda untuk bebaskan tanahair dari jajahan makassar yang diperkuat oleh pedagang melayu dulu pun bugis dah terbogel
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.083155 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list