CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puteribawang

APA YANG ANDA FAHAM TENTANG HIDAYAH ITU MILIK ALLAH SWT

  [Copy link]
Post time 14-4-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-4-2019 03:16 AM
Eh, eh...apa halnya ni. Awak ni orang dua alam ke, boleh ada dlm dunia ghaib dn dunia nyata. Skr n ...

Ada seekor mamat seperti awak. Apasal saya namakan seekor? Pasalnya, dia cerita agama-Nya kepada saya yg dengan menonjolkan kebodohan nyata, lalu mengaku beriman, sedangkan imannya hanyalah bertuhankan nafsu semata.

Yang menariknya, saya suruh mamat sekor itu rujuk para gurunya. Kalau tak betul, bawa ramai sikit para guru meih hentam kaw kaw kat saya ye.

Malangnya, hingga kini, diam menyepi... Saya tunggu aje, group2 yg kononnya dahsyat2 termasuklah ulama2 awak yg koyol tu, tunjukkan akan kebenaran perkara ghaib dihadapan saya menerusinya, atau jika tak mampu (sememangnya tak mampu), cukuplah tahu awak semua hakikatnya tak kemana2 pun ketika didunia malah akhirat kelak.

Gini ajelah ye. Takat sembang gaya kartun, Allah pun awak tak kenal, malah jika awak berbicara pada-Nya sekalipun, apa yg DIA jawab pun awak tak tahu, nak sembang apa lagi tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2019 01:36 PM | Show all posts
dovob replied at 14-4-2019 12:05 PM
Apa awak ni tak bertaqwa ke?

Awak siapa yg sibuk nak semak ketaqwaan saya dn adakah saya bertanggungjawab untuk laporkan kpd awak.  Sewel ke awak ni.....?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 02:50 PM | Show all posts
Edited by nolya at 14-4-2019 02:56 PM
dovob replied at 14-4-2019 12:25 PM
Ada seekor mamat seperti awak. Apasal saya namakan seekor? Pasalnya, dia cerita agama-Nya kepada s ...

Semakin banyak awak menulis, awak semakin merapu dn merepek. Pendapat awak semakin jauh drp isu perkara yg dibahaskan ttng Hidayah Allah.  Sebaliknya awak cuba perkenal dn tonjolkan diri siape awak untuk makluman forumer2 sekalian. Kononnya awak manusia yg boleh berada dlm dua alam, alam ghaib dn alam nyata. Awak maklum kan kalau Allah mengharamkan memakan binatang yg dua alam, maka lagilah manusia dua alam ini, bolehkah cakapan awak dipercayai?  
Awak ada ilmu yg tinggi, ttpi bila ada sanggahan drp pihak lain, awak rasa tercabar lantas awak melecehkan, menghina dn merendahkan martabat orang dgn panggilan sekor,  memonyet2kan, memfasik, mengkonyolkan serta mencabar untuk datangkan guru2 dn ustaz2 mereka. Jenis ape awak ini yg bersikap sombong dn ego.  Kesiannya....Sehatkah awak ni?

Awak belum lagi mendapat HIDAYAH ALLAH sebaliknya awak sudah mendapat hidayah syaitan maka dirasakanlah diri awak lebih baik, lebih tau dn lebih benar drp orang lain. Itu sifat orang yg lagha, bukan yg bertaqwa. Orang2 yg tak sahut cabaran awak tu tak kuasa nak layan isim awak sebenarnya. Mengabihkan borgheh je.....

Orang yg bertaqwa tetap meraikan perbezaan pendapat dn akan memberikan dalil yg utuh untuk membetulkan.  Orang taqwa tak akan menganggap pemikiran dan kata2 orang lain sbg gaya katun, jauh sekali menuduh orang lain tak kenal Allah.  Awak kenal sangat dgn Allah ke shnga cakap awak penuh sombong dn angkuh? Saperkara yg harus saya katakan saya tidak berbicara dgn Allah sptmane saya berforum dgn awak yg saling balas-membalas. Bicara dn cakapan saya dgn Allah hanyalah mll doa dn harapan di hamparan sejadah. Bagaimana Allah menyahut doa-harapan dn cakapan saya, itu rahsia-NYA dn akan Allah salurkan mll rahmat dn hidayahnya kpd saya. Alhamdulillah, setakat ini saya mensyukuri.

Saya nak sembang apa lagi ya? Dah banyak perkara saya jelaskan. Cukup rasanya jika awak boleh memahami. Persoalan tajuk ini mcm dah jadi perbincangan peribadi, khusus antara awak dn saya saje tanpa celahan drp forumer2 yg lain.  Sudah kelaut jadinya, tidak membincangkan pada asal perkara:HIDAYAH ALLAH tetapi sibuk pula membahaskan persepsi awak yg entah2 apenya. Soalan2 saya sebelum ini pun belum awak jawab secara khususnya.
Kalau awak tak ade ape2 idea bernas,  berbincang pada isu pokok asalnya, berhenti aje le takat sini ya.  Merapu-merepek, saya tak nak jadi isim mcm awak.  Fahamkan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-4-2019 02:50 PM
Semakin banyak awak menulis, awak semakin merapu dn merepek. Pendapat awak semakin jauh drp isu pe ...

Saya rasa, kata2 awak tidak disenangi oleh-Nya
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-4-2019 02:50 PM
Semakin banyak awak menulis, awak semakin merapu dn merepek. Pendapat awak semakin jauh drp isu pe ...

Saya sedari sesuatu ketika jam 2 petang lebih.

Orang yg bertaqwa TIDAK meraikan keingkaran terhadap kalam Allah meskipun nafsu mereka mengiyakan, itu bukan sebab utk tidak beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:14 PM | Show all posts
dovob replied at 14-4-2019 08:29 PM
Saya rasa, kata2 awak tidak disenangi oleh-Nya

Sahlah sudah... OTC lah awak ni.  Tau tak OTC tu ape...otak tak centre.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2019 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 14-4-2019 09:31 PM
nolya replied at 14-4-2019 02:50 PM
Semakin banyak awak menulis, awak semakin merapu dn merepek. Pendapat awak semakin jauh drp isu pe ...


Saya rasa, ini post kartun dari mufti.

muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2486-bayan-linnas-siri-ke-139-al-quran-kalamullah-yang-mukjizat

Alquran bukan makhluk? Sejak bila ada selain Allah yg bukan makhluk? Tak ke nampak mufti pun sewel semacam awak aje. Hehehehe.

Isim kartun ke tu? Gamak tak puas hati, dtg le jumpa saya, meih saya mintak kepada Allah tunjukkan makna "Alquran bukan makhluk" yg mufti dan awak maksudkan, menerusi Alquran yg awak bawakan dan DIA, kemudian, awak balik baca le Alquran yg bukan makhluk yg awak dan mufti2 katakan itu.

Jika benar awak itu beriman dan bertaqwa, dtg le utk tengok makna yg awak maksudkan itu menerusi Allah. Takkan awak sampai tahap bodoh tak mau tahu kebenaran dari sisi Allah? Lagi nak sembang mcm diri awak dan mufti itu suci ke? Cittt... Podah le... Sembang kartun leh le.

Hari2 tengok kartun. Sembang pun mcm kartun aje. Hehehehehe.

Awak ni takut kpd Allah atau takut kepada saya? Hehehehehe.

Oh ya, bila betul Allah dtgkan bukti makna Alquran bukan makhluk spt yg awak dan mufti2 katakan itu, anggap ajelah, SEMUA PENYAKSIAN AWAK sebelum itu invalid.

Apa guna, jika ingkar ketetapan Allah, tapi masih lagi nak kata "tak ingkar"? Gila isim okey le jugak.

Mengaji aje tinggi, tapi tak faham isi kandungan Alquran.

Okeylah ye. Bye bye kartun... Hahahahaha. Apa nama tu, mufti pun kartun... Celah lagi awak... Kesian, perosak agama yg tak kenal Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:24 PM | Show all posts
dovob replied at 14-4-2019 08:42 PM
Saya sedari sesuatu ketika jam 2 petang lebih.

Orang yg bertaqwa TIDAK meraikan keingkaran terh ...

Hahaha...gittu bila orang OTC bercakap...semuanya  benar belaka.   OK, OK, baaaai:  wassalamu 'alaikum warah matullahi wabaraktuh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2019 09:28 PM | Show all posts
Edited by nolya at 14-4-2019 09:32 PM
dovob replied at 14-4-2019 09:24 PM
Saya rasa, ini post kartun dari mufti.

muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2486-bayan-linnas ...

Saya bukan saja takut dgn awak tapi khuatir juga awak jadi sasau. .
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-4-2019 09:28 PM
Saya bukan saja takut dgn awak tapi khuatir juga awak jadi sasau. .

Tak rasa, awak dua kali lima sasau berserta mufti2 di Malaysia?

Hahahahaha... Sasau tak faham Alquran, tapi nak mengaku faham Alquran?

Hahahahaha. Apa punya dusta yg awak nak katakan disini ye?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-4-2019 09:24 PM
Hahaha...gittu bila orang OTC bercakap...semuanya  benar belaka.   OK, OK, baaaai:  wassalamu 'ala ...

Hehehehe, mufti otc ke tu? Menderem tak lepaih bersertw kunco2nya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja nak tempek :

Segala puji bagi Allah S.W.T yang menciptakan sekalian alam serta selawat dan salam ke atas Baginda S.A.W, keluarga, sahabat serta yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat.

Sejak al-Quran diturunkan, ianya telah dipelihara dengan begitu rapi. Ramai penghafaz al-Quran setiap zaman bermula zaman Rasullullah S.A.W lagi hinggalah ke hari ini. Al-Quran juga dipelihara dalam bentuk tulisan dimana pada peringkat awalnya ramai penulis al-Quran menghasilkan mushaf. Dan selepas perkembangan teknologi, al-Quran dihasilkan dalam bentuk percetakan.

Semua penjagaan al-Quran dalam bentuk mushaf dan hafazan menjadi bukti yang kukuh bahawa al-Quran terpelihara dari segala kesalahan dan kekurangan. Ini bertetapan dengan firman Allah S.W.T:
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (Al-Quran), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”.

(Surah al-Hijr : 9)

Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: “Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah alat yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara membacanya.

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya: “Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”

Riwayat al-Hakim

Pada ruangan Bayan Linnas untuk kali ini, kami akan memberi fokus bagi menjawab dakwaan yang dikeluarkan oleh segelintir non-muslim yang mendakwa sebanyak 70%  kandungan al-Quran adalah diambil dan dicedok dari kisah-kisah lama yang wujud sebelum kedatangan Islam itu sendiri. Justeru, kami tajukkan Bayan Linnas pada kali ini dengan tajuk “Al-Quran : Kalamullah YangMukjizat”.

Pertama: Definisi al-Quran

Al-Quran pada bahasa mempunyai beberapa makna iaitu mengumpulkan dan menghimpun, dan qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infiniti) dari kata qara’a, qiraatan, quranan. Allah SWT berfirman:

         

Maksudnya: “Sesunggguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telas selesai membacakannya, maka itulah bacaannya itu.”

(al-Qiyaamah: 17-18)
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata qur’anah (bacaannya) pada ayat di atas bererti qiraatuhu (bacaannya/cara membacanya). Jadi, kata itu adalah masdar menurut wazan (konjunsi) fu’lan dengan vokal u seperti ghufran dan syukran. Kita dapat mengatakan qara’tuhu, quran, qiraatan wa quranan, ertinya sama saja. Di sini maqru’ (apa yang dibaca) diberi nama quran (bacaan), yakni penamaan maf’ul dengan masdar.

Sedangkan ada istilahnya pula ialah kitab yang diturunkan Allah secara mutawatir kepada Nabi SAW yang bersifat mukjizat di mana mendapat pahala jika dibacanya yang terangkum dari awal surah Fatihah hingga akhir surah al-Nas.

Kedua: Keistimewaan al-Quran

Sebenarnya al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab. Oleh kerana tajuk ini cukup besar, penulis hanya menyebut sepintas lalu dengan satu dalil sahaja dengan setiap satunya. Dipetik daripada karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang bertajuk “Bagaimana kita berinteraksi bersama dengan al-Quran al-‘Azim.” Antara lain menyebut:

Al-Quran kitab Ilahi. Hal ini dijelaskan dengan banyak ayat antaranya :
         

Maksudnya: “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada sisi Allah Yang Maha Mendalam pengetahuan-Nya.”

(Surah Hud : 1)

Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara). Firman Allah S.W.T:
      

Maksudnya: “Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran dan memeliharanya”.

(Surah Al-Hijr : 9)

Al-Quran adalah kitab mukjizat. Firman Allah S.W.T :
                  

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad)  “ Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran , mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu”.

(Surah Al-Isra’: 88)

Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makahluk tidak akan mampu dan mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab semisal al-Quran sekalipun terdapat gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin dalam . Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan boleh menyamai perkataan Yang Maha Pencipta, yang tiada tandingan dan tara. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 8/4024)

Al-Quran kitab yang nyata lagi mudah. Firman Allah S.W.T:
   

Maksudnya:“Maka sesungguhnya kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu(wahai Muhammad) moga-moga mereka mengambil pengajaran”.

(Surah Ad-Dukhan : 58)

Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata ayat Al-Quran dihafaz oleh ribuan sama ada lelaki , perempuan atau kanak-kanak. Inilah istimewanya yang tiada pada mana-mana kitab atau buku yang lain.

Al-Quran kitab zaman semuanya. Ia bermaksud kitab yang kekal yang bukan hanya sesuai pada suatu masa sahaja dan bukan untuk satu generasi. Tetapi ia sesuai sepanjang zaman dan semua tempat. Justeru tidak pelik sehingga sekarang al-Quran tetap menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan.
Al-Quran kitab agama keseluruhannya. Maksudnya ialah ia menjadi asas kepada agama dan roh Islamnya dan daripadanya diambil roh akidah, ibadat, akhlak dan juga usul tasyriq dan hukum hakam.
Al-Quran merupakan kitab kemanusiaan sejagat. Hal ini dapat difahami berdasarkan kepada sifat al-Quran itu sendiri yang banyak menekankan kehidupan manusia dengan kalimahnya dan untuk alam sejagat. Benarlah firman Allah S.W.T:
   

Maksudnya: “Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam”.

(Surah At-Takwir : 27)
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Penulis menukilkan dari Detik Islam yang bertarikah 10 Ogos 2012 berkenaan dengan pengaruh bacaan al-Quran pada saraf, otak dan organ tubuh lain antara lain menyatakan: “Tidak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya ingatan dan memberi ketenangan kepada seseorang kecuali membaca al-Quran.”

Dr. Al-Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengan bacaan ayat-ayat al-Quran, seorang muslim, baik mereka yang berbahasa arab atau bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Penurunan tekanan, kesedihan , memperoleh ketenangan jiwa merungkai pelbagai macam penyakit merupakan pengaruh am yang dirasakan orang-orang yang menjadi objek kajiannya. Penemuan kajian ini dilihat tidak menentu.

Penelitiannya disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah dengupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil kajiannya, beliau telah membuat kesimpulan, bahawa bacaan al-Quran berpengaruh besar sehingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuh penyakit.

Kajian Dr. Al-Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Kesimpulan hasil kajian tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston. Sasaran kajiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. Kelima orang tersebut sama sekali tidak mahir berbahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa yang akan diperdengarkan adalah al-Quran.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi kepada dua sesi, iaitu membaca al-Quran dengan tertil dan membacakan bahasa arab yang bukan dari al-Quran. Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sehingga 65% ketika mendengarkan bacaan al-quran dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari al-Quran.

Al-Quran memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati sewaktu Seminar Kauseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut penyelidikan yang dijalankan, bayi yang berusia 48 jam yang diperdengarkan ayat-ayat al-Quran dari perakan suara menunjukkan respon tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagian dan merupakan nikmat yang besar. Kita mempunyai al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya ,memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan al-Quran jauh lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan al-Quran mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).

Benarlah firman Allah S.A.W:

      

Maksudnya : “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat”.

(Surah al-A’raf : 204)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketiga: Matlamat al-Quran

Secara umumnya al-Quran menyeru kepada banyak prinsip dan maqasid yang sesuai bagi sifat kemanusiaan. Antaranya:

Mentashihkan akidah, sudut pemikiran berkaitan ketuhanan, kerasulan dan pembalasan.
Mentaqrirkan kemuliaan insan, hak-haknya terutama di kalangan yang da’if dan tertindas.
Menyeru kepada pembersihan jiwa manusia.
Membentuk keluarga solehah dan pemberian hak wanita.
Membina ummah yang menjadi saksi kepada kemanusiaan.
Dakwah dan menyeru kepada alam insani yang bersifat tolong menolong dan bekerjasama.
Keempat: Pendapat Tokoh berkenaan Quran

Dinyatakan di sini beberapa kenyataan ulama dan tokoh berkaitan Quran.

Imam Syafie berkata: Setiap yang bercakap berdasarkan Kitab dan Sunnah, maka itulah yang sebenarnya. Adapun selain keduanya, dilihat sia-sia.
Al-Harith al-Muhasibi berkata: Sedara-sedaraku apabila orang baca Quran untuk mendapat pahalanya, maka ketahuilah tunjukkan kehendak dengan bacaan kamu untuk tadabbur dan iktibar darinya.
Fudhail bin Iyadh berkata: Penjaga al-Quran sentiasa mengelak dari menderhakai Tuhannya. Bagaimana mungkin mereka melakukan maksiat sedangkan setipa huruf dari al-Quran menyerunya “Demi Allah, jangan enkau engkari perkara yang engkau bawa dariku.
Abdul Qadir al-Jilani berkata: Wahai kaumku berlaku baiklah kepada al-Quran dengan beramal dengannya bukan dengan berdebat.
Imam Ibn Taimiyyah berkata: Al-Quran mampu menghilangkan segala penyakit yang menyebabkan keinginan-keinginan jahat, sehingga sihatlah jiwa dan bersihlah keinginannya dan kembalilah seseorang itu kepada fitrah yang telah ditanam oleh Allah sepertimana badan kembali sihat.
Ibn Qayyim berkata: Quran adalah kalam Allah yang Allah tajalli kepadanya untuk hamba-hambanya dengan sifat-sifat-Nya.
Imam Muslim berkata: Al-Quran adalah ubat segala penyakit kecuali maut. Semoga hendaknya Allah mematikan kita di dalam iman dan menghembuskan nafas terakhir dengan bibir yang masih basah berkumat-kamit melafazkan ayat-ayat suci al-Quran.
Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah sumber yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan cara membacanya.


Mustafa al-Siba’i menyebut beberapa ungkapan antaranya:
Kesan Quran pada jiwa orang yang beriman pada maknanya dan bukan pada lagunya. Bukan yang membaca dengan beramal dan bukan yang mengelokkan bacaan tetapi tidak beramal.
Bacaan al-Quran dalam radio dengan hati yang khusyuk yang dapat didengar oleh orang Islam sehingga dibuka hati dan akal mereka satu ketika jauh lebih baik dari seribu rancangan yang lain.
Orang zaman dahulu belajar al-Quran untuk beramal. Kemudian jadilah mereka belajar beramal dengannya. Justeru, bagaimana tiada perbezaan antara generasi kita dan generasi mereka yang agung.
Al-Quran ditangan-tangan orang Islam ibarat senjata ditangan orang-orang jahil.


Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengungkapkan banyak kata-kata antaranya
Al-Quran merupakan minhaj atau jalan serta cara bagi kehidupan manusia.
Al-Quran sebagai dustur kepada sebarang hukum.
Al-Quran sebagai dustur kepada dakwah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjawab beberapa syubhah yang dilemparkan terhadap al-Quran:

Al-Quran adalah ciptaan Muhammad S.A.W
Umum diketahui bahawa, Nabi Muhammad S.A.W hanyalah seorang lelaki yang diutus sebagai rasul untuk seluruh umat. Tujuan pengutusannya untuk mebawa rahmat bagi sekelian alam. Ini adalah sebagaimana firman Allah S.W.T berikut:

   

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

(Surah al-Anbiya’ : 107)

Justeru, Allah S.W.T telah mengutuskan bersama rasulnya ini sebuah kitab yang menjadi panduan bagi seluruh umat yang dipimpinnya. Namun begitu, terdapat segolongan manusia yang sering mengingkari kebenaran atau ketulinan ayat-ayat al-  Quran tersebut dengan mendakwa bahawa kitab tersebut merupakan rekaan atau idea penulisan yang dilakukan sendiri oleh Muhammad S.A.W.

Bagi mencantas dakwaan tersebut, kami nyatakan seperti berikut.

Allah S.W.T memberi cabaran dan kesempatan kepada seluruh umat manusia yang tidak meyakini bahwa al-Quran adalah kalamullah dengan beberapa cabaran. Antaranya ialah dalam firmanNya yang berikut:

                  

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.”

(Surah al-Isra’ : 88)

Syeikh al-Maraghi menjelaskan bahawa golongan kafir tidak akan mampu untuk mendatangkan sebuah kitab yang sama sepertimana yang diturunkan kepada kepada rasulNya. Yang dimaksudkannya ialah sama dari sudut balaghah, kebaikan maknanya, kebijaksanaanya, hukum-hakam yang dikandungnya dan lain-lain. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 8/4024)

Tentangan turut dikemukakan juga dalam ayat yang dinyatakan berikut:

     

Maksudnya: “(Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih dan indah) seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya.”

(Surah at-Tur : 34)

Dalam kalangan musyrikin Quraisy terdapat penyair-penyair yang fasih balaghahnya, tukang tilik yang hebat serta cerdas serta pemidato yang berpengalaman dalam berbicara dengan baik dalam pelbagai seni pertuturan. Maka kumpulkanlah para penyair, tukang tilik dan para pembicara yang hebat tersebut agar dapat mendatangkan sesuatu yang seperti al-Quran, kalau mereka adalah dalam kalangan yang benar dalam perakuan mereka. Namun mereka tidak mampu. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 14/6633)

Apabila musyrikin Quraisy tidak mampu untuk mendatangkan kitab semisal al-Quran, Allah SWT menguji mereka dengan ujian yang lebih ringan iaitu untuk mendatangkan hanya sepuluh surah yang semisal al-Quran. Ini adalah sepertimana firmaNya berikut:

                  

Maksudnya: “Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.”

(Surah Hud : 13)

Allah SWT mencabar pihak musyrikin Quraish supaya mendatangkan sepuluh surah seperti al-Quran dari sudut susunan atau gaya bahasanya yang memuatkan undang-undang yang benar tentang keagamaan, kemasyarakatan, politik, hikmah-hikmah, nasihat-nasihat dan tata kesopanan. Bahkan Allah SWT menyeru mereka supaya mengajak sesiapa sahaja yang mereka ingin selain Allah SWT yang dapat membantu dan menolong mereka bagi menyahut cabaran Allah SWT. Namun mereka tidak mampu. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 6/3158)

Pada pengakhiran cabaran tersebut, Allah turut menyatakan cabaran terakhir untuk mendatangkan hanya satu surah semisal al-Quran. Ini seperti firmannya yang berikut:

               

Maksudnya: “(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!.”

(Surah Yunus : 38)

Demikian juga firman Allah SWT berikut:

                  

Maksudnya: “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.”

(Surah al-Baqarah : 23)
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurut Syeikh al-Maraghi, kaum musyrikin Quraish tidak mampu untuk membuat al-Quran lain yang seumpama dengan al-Quran, meskipun mereka seorang yang terlatih. Namun,  mereka tidak mampu untuk mendatangkan sesurah seumpama al-Quran. Ini kerana, orang yang berakal cerdas sudah tahu bahawa sesuatu yang dapat mereka lakukan, sudah tentu orang lain juga dapat melakukannya, dan terdapat keberangkalian akan ada orang yang lebih mampu berbanding dirinya. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 6/3039)

            

Maksudnya: “Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir”.

(Surah al-Baqarah : 24)

Jika kaum musyrikin Quraish tidak mampu juga untuk mendatangkan satu surah semisal al-Quran, padahal kamu sudah berusaha bermati-matian, sudah tentu kamu tidak mampu untuk melakukannya pada masa akan datang kerana ianya memang bukan ukuran menurut kemampuan kamu (makhluk). Justeru, berwaspadalah dengan keingkaran kamu itu dan akuilah bahawa al-Quran ini sememangnya datang daripada Allah SWT. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 1/58)

Keaslian Naskhah al-Quran Yang Ada Pada Hari Ini
Dalam isu ini, kami melihat ada beberapa noktah penting yang perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Pertama: Al-Quran pada asasnya adalah bacaan dan bukan tulisan. Turunnya wahyu, penyampaiannya, periwayatannya dilakukan secara lisan dan hafazan dan bukannya tulisan. Apa yang dimaksudkan dengan membaca al-Quran pada zaman dahulu adalah membaca daripada hafazan dan tulisan hanyalah wasilah semata-mata. Ini kerana, ayat-ayat al-Quran dijadikan tulisan di atas tulang belulang, kulit haiwan dan lain-lain berdasarkan hafazan daripada memori seorang muqri’. Tradisi periwayatan melalui hafazan dengan isnad yang mutawatir ini diwarisi turun temurun telah terbukti menjamin keaslian al-Quran itu sendiri. Masalah orientalis seperti pada masa kini ialah melihat al-Quran sebagai teks, bukannya sebagai hafazan yang dibaca. Inilah menyebabkan mereka cenderung untuk menerapkan beberapa metodologi yang sama untuk mengkritik Bible iaitu kritikan sejarah, kritikan sumber, kritikan bentuk dan kritikan teks. Natijahnya, mereka melihat al-Quran hanyalah produk sejarah yang merakamkan situasi dan budaya Arab abad ke-7 dan 8 Masihi.[1] Malah seruan orientalis untuk membuat edisi kritis al-Quran berdasarkan manuskrip-manuskrip yang ada terus diulang-ulang oleh segelintir sarjana Muslim hari ini.[2]

Kedua: Al-Qur’an juga dicatat dengan menggunakan tulisan. Para sahabat Nabi SAW ada yang menyimpan catatan ayat-ayat al-Qur’an ini bagi tujuan rujukan peribadi. Pada catatan itu juga terdapat komentar, huraian dan lain-lain penambahan untuk pemahaman sendiri. Maka, tahap kualitinya pasti sudah berbeza. Oleh itu, Saidina Abu Bakar mengambil langkah menubuhkan sebuah kumpulan yang menyemak ayat-ayat al-Qur’an yang ada pada para Sahabat dan disatukan menjadi sebuah suhuf. Suhuf tersebut disimpan oleh Abu Bakar, kemudiannya Umar dan setelah itu Hafsah sebelum diserahkan kepada Uthman. Pada zaman beliau, ada permintaan sejumlah para Sahabat untuk mengumpul semula bentuk bacaan (qiraat) yang ada dan diletakkan standard bacaan bagi mengelakkan kekeliruan. Natijahnya, dikeluarkan beberapa buah buku yang mengandungi qiraat yang bersifat mutawatir yang disepakati periwayatannya daripada Nabi SAW.

Ketiga: Punca utama kekeliruan para orientalis apabila menganggap al-Quran itu ada pelbagai ragam bacaan kerana teksnya yang tidak bertitik dan bertanda pada awalnya. Padahal al-Quran itu dibaca terus daripada hafazan yang diriwayatkan sampai kepada Nabi SAW. Kaedah dalam hal ini adalah tulisan mengikut bacaan yang diriwayatkan Nabi (al-rasmu tabi’un li al-riwayah) dan bukan sebaliknya.

Menyamakan al-Qur’an dengan kitab-kitab agama lain dari sudut pengkanunannya.
Para orientalis sering menimbulkan keraguan pada aspek pengumpulan al-Qur’an. Mereka menyatakan bahawa ia sangat mustahil kerana pengumpulan kitab-kitab suci lain mengambil masa ratusan dan mungkin ribuan tahun.

Sebenarnya, al-Quran melalui proses yang sangat terperinci sebelum dihimpunkan sebagai sebuah buku pada zaman Saidina Abu Bakar. Pada zaman Nabi SAW, ia masih belum dibukukan lagi tetapi selesai ditulis sejak zaman Baginda tanpa disatukan lagi dalam bentuk buku, disamping surah-surahnya belum tersusun.

Menurut Zaid bin Thabit:

           

Maksudnya: “Saat Nabi SAW wafat, al-Qur’an masih belum dihimpun dalam satu bentuk buku.”(Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 9/12)

Penyaksian adalah elemen yang penting dalam pengumpulan al-Quran. Ibn Hajar menjelaskan:

                  

Maksudnya: “Abu Bakar menyatakan kepada Umar dan Zaid, ‘Duduklah di depan pintu gerbang Masjid Nabawi. Jika ada orang membawa kepada anda tentang sepotong ayat daripada Kitabullah dengan dua orang saksi, maka tulislah.”(Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 9/14)

Saidina Umar pula berdiri di depan pintu gerbang masjid dan mengumumkan bahawa sesiapa yang memiliki tulisan al-Quran yang dibacakan oleh Nabi SAW, hendaklah datang ke masjid untuk disemak. Begitu juga tindakan Bilal yang menyiarkannya di lorong-lorong jalan di Madinah.

Sejak Nabi SAW berada di Madinah, itulah saat bermulanya gerakan penulisan al-Quran. Banyak di antara para sahabat memiliki ayat-ayat al-Quran yang disalin daripada kulit milik sahabat handai dan jiran tetangga. Dengan hanya membataskan ayat-ayat yang disalin di bawah pengawasan Nabi Muhmmad, Zaid meyakini bahawa bahan-bahan yang beliau telah teliti memiliki kualiti yang sama. Setelah menghafal al-Quran dan menulis banyak semasa duduk dengan Nabi SAW, ingatan dan hafalan Zaid dapat dibandingkan dengan bahan yang sama, bukan dengan yang lainnya.  Maka, sikap tegas Abu Bakar, Umar dan Zaid dalam penyuntingan daripada sumber pertama berserta dua saksi ini memberi jaminan akan kualiti dan kesahihan al-Quran yang sudah dikumpulkan. Setelah selesai semakan, al-Quran disimpan dalam perbendaharaan negara di bawah pengawasan Saidina Abu Bakar.(Rujuk Fadhail Al-Quran Wa Ma'alimuhu Wa Adabuhu, hlm. 281)

Fasa pembukuan al-Quran yang bermula daripada penyatuan bahagian-bahagian terpisah ayat al-Qur’an daripada sumber pertama, kemudian disaring daripada sumber-sumber seluruh Madinah dan disusun pula dalam satu jilid besar yang diistilahkan suhuf. 15 tahun kemudian, ketika Khalifah Uthman mengirim naskah al-Quran ke wilayah-wilayah umat Islam dalam bentuk yang lebih kemas sebagai sebuah buku, ketika itulah ia dikenali sebagai mushaf.

Keistimewaan al-Quran yang tidak memerlukan ribuan tahun untuk dikanunkan adalah kerana ianya sudah tersusun lengkap dalam bentuk kasar sejak zaman Nabi SAW. Selain itu, disiplin yang ketat dalam penyusunannya oleh Zaid bin Thabit, Umar dan Abu Bakar dengan hanya menerima penyaksian 2 orang dengan ayat al-Qur’an yang ditulis di hadapan Nabi SAW membuktikan ianya tidak mungkin sama sekali ada perbezaan dengan yang asalnya.

Membandingkan al-Quran dengan kitab-kitab suci lain seperti Veda adalah perbandingan yang tidak boleh diterima logik kerana:

Veda adalah daripada Shruti iaitu sesuatu sumber wahyu yang didengari. Dipercayai bahawa Rishi yang berada pada tingkat Tapasya mendengar veda terus daripada Parabrahma/Parameshwara. Secara ringkasnya, ia tidak dibuat oleh manusia dan tidak mempunyai penulis. Ada empat buku Veda iaitu Rigveda, Samaveda, Yajurveda dan Atharvaveda. Al-Quran pula adalah sepenuhnya wahyu Allah SWT tanpa pembahagian-pembahagian khusus dan dihafal terus oleh Nabi SAW sebelum ditulis oleh penulis wahyu.

Jumlah ketebalan Veda jauh berbeza dengan al-Qur’an. Ini bermakna, tidak mustahil al-Quran boleh disusun degan tempoh yang lebih singkat berbanding Veda.

Naratif dalam Veda sifatnya pelbagai kerana ianya terbahagi kepada 4 buku; Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda yang mana setiap satunya ada fokus yang berbeza.







[1] Quranic Studies: Sources and Methods of Scriptural Interpretation

[2] Rujuk Gerd-Ruediger Puin, Observations on Early Qur’an Manuscripts in San’a dalam Stefan Wild (ed.), The Qur’an as Text, 107-111.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja nak post, bagi jelas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.176865 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list