CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puteribawang

APA YANG ANDA FAHAM TENTANG HIDAYAH ITU MILIK ALLAH SWT

  [Copy link]
Post time 13-4-2019 04:02 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 13-4-2019 03:19 AM
Maaf sdr, saya agak keliru untuk memahami dn menanggapi dgn baik posting sdr. Berkali2 saya ulang  ...

Kekayaan itu nikmat dari Allah. Buka surah  Ar-Rahman. Nikmat apa lagi yg kamu mahu dustakan?

Bila membicarakan hidayah, ianya berkenaan hati. Bila Allah detikkan hati seseorg utk menerima hidayah, angin yg berlalu pergi akan tetap menjadi hidayah.

Kekayaan bukanlah hidayah, akan tetapi ianya anugerah kpd sesiapa jua yg berusaha lalu Allah takdirkan ianya berlaku. Yg diberikan hidayah itu, bukan letaknya pada kekayaan, sebaliknya kepada apa yg diberikan-Nya masuk ke dalam hati.

Allah swt menegur baginda Rasullullah saw mengenai urusan hidayah. Awak pula nyatakan kekayaan itu hidayah? Apa buktinya ianya hidayah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2019 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
dovob replied at 13-4-2019 01:57 AM
Saya tahu apa tujuan tread ni. Nak tahu perkara2 ghaib, sedangkan perkara asas pun belum lepas.

H ...

Boleh tau kpd sape khususnya posting awak ni ditujukan? Perkara ghaib yg dimaksudkn tu ape ke bendanya? Dan apa pula dikaitkan dgn buku rujukan dn buku yg dibaca. Sape yg membaca dn buku ape yg dibaca.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 13-4-2019 04:16 AM
nolya replied at 13-4-2019 03:19 AM
Maaf sdr, saya agak keliru untuk memahami dn menanggapi dgn baik posting sdr. Berkali2 saya ulang  ...


Saya suka terus-terang. Jika benar awak kata "kekayaan itu hidayah", ini pula hakikat sebenar.

Zaman ini, ramai yg kaya harta, tapi mereka suka meminta2 tanpa mengira siapa yg mereka minta. Celah lagi, mereka meminta tapi mereka sendiri tak mahu utk memberikan apa2 meskipun kpd yg benar2 memerlukan. Adakah jenis itu diberi hidayah-Nya ataupun kufur kepada Allah?

Sifat orang yg diberi hidayah itu, bila org dtg meminta, mereka memberikannya. Bila berkali2 mereka yg meminta kepadanya itu meminta-minta, hingga mampu memudaratkannya, orang yg diberi hidayah itu akan berkata benar kepada si peminta itu utk kali pertama dan terakhir. Dan sekiranya sesudah itu pun, orang yg meminta itu tetap sedemikian rupa, maka ketahuilah, azab dari Allah itu amatlah dekat (kepada yg meminta2)
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 04:28 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 13-4-2019 04:10 AM
Boleh tau kpd sape khususnya posting awak ni ditujukan? Perkara ghaib yg dimaksudkn tu ape ke bend ...

So, cukup utk awak faham perkaitan hidayah dan hubung kaitnya dgn azab dari Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 13-4-2019 04:40 AM
nolya replied at 13-4-2019 04:10 AM
Boleh tau kpd sape khususnya posting awak ni ditujukan? Perkara ghaib yg dimaksudkn tu ape ke bend ...


Majoriti mualaf 100% pasti setuju dgn kenyataan hidayah yg baru saya nyatakan sesudah mereka melaluinya hingga selesai.

Kekayaan harta itu suatu subjektif yg tak ada bukti jelas utk dikatakan hidayah melainkan sedikit. Itupun yg kaya pun dah lama GAME OVER dari menerima hidayah.

Qarun, Allah beri kekayaan yg amat byk. Sebelum kaya, dia miskin bukan? Lalu, sewaktu miskin, Qarun minta doa dari Nabi Musa dan Allah makbulkan doa itu.

Sama halnya dgn org Islam di zaman ini. Dulu mereka miskin, leh gelar cap ceroi. Tetiba mai le saat Allah makbulkan doa, mereka minta jadi kaya, lalu Allah tunaikan. Bila dah kaya, perasan ingat semua itu hidayah dari Allah? Apa jenis kebodohan manusia itu ye? Dah lupa akan ketetapan Allah ke? Yakni, sesiapa yg meminta dunia (kekayaan,kekuasaan), tiada bahagian dihari akhirat kelak. (surah AlBaqarah).

So azab dari-Nya? Mcm Qarun? Atau macam firaun?



Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 13-4-2019 03:19 AM
Maaf sdr, saya agak keliru untuk memahami dn menanggapi dgn baik posting sdr. Berkali2 saya ulang  ...


Sebenarnya, tak de apa yg perlu saya aturkan pada kalimat2 itu.

Tinggal lagi, dalam hati awak itu betul ke ada Allah?

Kalau tak ade, baca le berkali2 pun, tak akan faham. Meskipun yg diterangkan itu seekor nyamuk, awak tak akan memahaminya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2019 12:24 PM | Show all posts
dovob replied at 13-4-2019 04:38 AM
Majoriti mualaf 100% pasti setuju dgn kenyataan hidayah yg baru saya nyatakan sesudah mereka mel ...

Saya bersetuju dgn kenyataan sdr tetapi ada sebahagian yg masih boleh dipertikaikan.

Benar kekayaan itu datangnya drp Allah swt kerana DIAlah yg memegang rezeki manusia.  Kekayaan itu juga tidak tertakluk semata2 pada materi/kebendaan, boleh juga dirujuk kepada kekayaan budi, adat, iman dll, dlm bentuk abstrak yg tak boleh diukur atas timbangan/dacing berangka.


Saya ingin sanggah kenyataan sdr "Yakni, sesiapa yg meminta dunia (kekayaan,kekuasaan), tiada bahagian dihari akhirat kelak. (surah AlBaqarah).
Itu ayat ke berapa? Tafsiran ayat ini bagi saya perlu disemak dn diteliti, perlu diperhalusi dn tak diterjemahkan secara lurus bendul.  Yg saya fahami, Allah tak menghalang manusia meminta2 (berdoa kpd-NYA) atau mengejar dunia.  Adakah salah kalau manusia menanggapi ungkapan 'carilah harta sebanyak2nya seolah2 kamu tak akan mati selama2nya tetapi solatlah/beramallah seolah2 kamu akan mati sebentar lagi atau esok hari'.  Maka disarankan manusia berusaha dan berdoa. Seandainya ummah Islam itu miskin, tak ade kemampuan harta, bagaimanekah dia boleh mencari nafkah wajibnya, beramal jariah, berinfaq-sedeqah, hatta nak bayar zakat sekalipun tak mampu, belum lagi sediakan biaya tunaikan haji. Dn tak akan wujud juga hukum waris-mewarisi (faraid).


Manusia sementara hidup di dunia perlu kpd keduniaan dn mengisi segala tuntutan dunia selagi tak lari dn mengabaikan tuntutan Allah. Ibarat akhirat dijunjung, dunia dikelek, dunia-akhirat seimbang dn kesejahteraan hidup wajib ditunaikan.  Allah benci kpd manusia yg meminta2 kerana meminta2 merendahkan martabat manusia itu sendiri. Pun begitu, disebalik kemiskinan orang2 yg kekurangan itulah tempatnya orang2 berada mencari pahala.


Allah sendiri suka ummahnya meminta2 atau berdoa kpdNYA. Berdoa dn berharaplah.  Samada Allah akan perkenan atau tidak itu hak mutlak Allah jua. Ummah juga faham syarat doanya diperkenankan Allah perlu ada disiplinnya, iaitu berwudhu dn atas hamparan sejadah, penuh dgn khusyuk dan tawadduk. Yg tersirat situasi begitu adalah situasi manusia itu mendekatkan diri kpd Allah swt, begitu merendah diri dn pasrah sepenuhnya seribu persen.  Lantas, bagaimana sdr boleh terjemahkan surah al-Baqarah sp yg sudah sdr catatkan? Mohon pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 12:31 PM | Show all posts
dovob replied at 13-4-2019 04:28 AM
So, cukup utk awak faham perkaitan hidayah dan hubung kaitnya dgn azab dari Allah.

Bagi saya, apa jua yg manusia terima dn dapat samada dlm bentuk rezeki, anugerah dn hidayah tetap diiringi dgn ujian dn dugaan, perlu diurus dgn baik, sabar dn penuh amanah. Rahmat dn azab drp Allah sentiasa dn seiring berjalan. Maka berdoa selalu demi mendapatkan RahmatNya dan berdoa selalu juga demi dijauhi azab-NYA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2019 01:01 PM | Show all posts
dovob replied at 13-4-2019 04:46 AM
Sebenarnya, tak de apa yg perlu saya aturkan pada kalimat2 itu.

Tinggal lagi, dalam hati awak ...

Saya agak terkilan dgn pertanyaan sdr yg berbunyi "Tinggal lagi, dalam hati awak itu betul ke ada Allah?" Wow! hebat pertanyaan sdr.
Kita ni kenal pun tidak, menatap muka belum pernah, kenal hati budi jauh sekali, belum juga bersilatur rahmi, hanya setakat bertukar pendapat, sdr sudah bertanyakan sedemikian pertanyaan. Gara2 saya sampaikan pendapat peribadi tentang satu perkara 'HIDAYAH', menimbulkan prasangka menduga2 seraya bertanya adakah Allah dlm hati? Berbekalkan istighfar, saya hanya mampu menjawab:  Alhamdulillah, saya masih menggenggam kalimah syahadah, masih bertauhid kpd rukun Islam dn rukun Iman, baca AQ dn hadith dn  seupaya daya menjadi insan yg baik walaupun saya bukan orang yg baik.

Iman ummah ini bertingkat2.  Entah di mane tingkat iman saya terhadapNya, Allah jua yg Maha Tau. Tetapi saya tetap ada Allah dlm hati saya.
Mudah2an kenyataan saya menjawab kecurigaan sdr.






Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 13-4-2019 09:04 PM
nolya replied at 13-4-2019 01:01 PM
Saya agak terkilan dgn pertanyaan sdr yg berbunyi "Tinggal lagi, dalam hati awak itu betul ke ada  ...


Saya pernah ditanya soalan "Apa itu hati" oleh 2 orang bekas pelajar jurusan agama (degree ketika itu). Lalu saya bertanya "Kenapa tidak ditanya berapa luasnya hati?". Maksudnya, saya tahu apa yg ditanya, akan tetapi mereka tidaklah ada rujukan atas apa yg sepatutnya difahami mengenai "keluasan hati" jika sebenar mengaku diri itu beriman kepada Allah

Allah pernah menjelaskan, di dalam hati tidak akan wujud 2 perkara dalam masa yg sama. Ianya merujuk kpeada maksud kepunyaan-Nya ataupun Allah.

Mari kita ukur, sejauh mana hati itu benar meletakkan Allah di dalam hati menurut apa yg TELAH disyariatkan-Nya. Perlukah ada persoalan terkilan ataupun ragu2 atas apa yg disyariatkan-Nya itu? Ataupun sekadar menduga, tanpa kembali kepada Alquran dan Sunnah? Itukah tahap ilmu yg awak warisi menerusi pewaris para nabi selama ini yg bergelar ulama? Ataupun, awak sebenarnya tahu, tapi tak pernah sedikitpun mahu memahami akan keberadaannya?

Meskipun urusan hati itu urusan Allah, bertanyalah diri sendiri, sejauh manakah Allah dtgkan bukti2 yg menjelaskan sesuatu yg tidak akan sama sekali boleh dibantah. Jika ada mana2 guru, yg boleh dipertikaikan akan ilmu-Nya yg disampaikan olehnya, makanya, sepatutnya awak tak perlu terkilan jika hati masih dibolak-balikkan oleh-Nya jua.

Baru aje jap tadi (jam 3 ptg), saya jelaskan beberapa perkara kepada DIA dan apa yg DIA perbuatkan. DIA jawabnya dgn ancaman kepada semua jika saya mahu terus jelaskan apa yg DIA perlakukan. Saya cuma tuntut keadilan sedangkan DIALAH yg mengatur segala urusan selama ini. Hakikatnya, lebih baik terima semua ketetapan-Nya berbanding meminta sesuatu yg akhirnya memusnahkan kesemuanya. Bersyukurlah kepada Allah, kerana DIA tak hentam awak semua kejap tadi. Dan DIA panjangkan saat itu sehingga awak benar2 mahu mencabar-Nya menerusi hamba2-Nya. Tak caya, boleh try  nah...

Makanya, yg mampu saya katakan kepada awak semua disini, itulah ketetapan-Nya, maka terimalah seadanya jika belum memahaminya. Kerana, semua yg ada didunia hakikatnya diuruskan oleh-Nya, samaada seseorg itu miskin ataupun kaya, jahat ataupun baik,  iman itu tidak boleh dinilai dgn apa yg maksudkan kepunyaan-Nya. Dan kita hanya diberi pilihan. Tidak lebih dari itu. Samaada menempatkan Allah di dalam hati, ataupun sebaliknya. Sedangkan Allah itu lebih dekat dari urat lehermu sendiri.

Renung2kanlah

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 13-4-2019 09:55 PM
nolya replied at 13-4-2019 01:01 PM
Saya agak terkilan dgn pertanyaan sdr yg berbunyi "Tinggal lagi, dalam hati awak itu betul ke ada  ...


Perkara ini awak perlu fahamkan baik2 mengenai saya.

Ada perkara yg sifatnya ghaib, saya nyatakan disini sebelum ini, akan tetapi dah berapa ramai pertikai meskipun kesemuanya itu sebenar kejadian. Ianya tak mengubah apa2 melainkan kerugian cuma kepada yg tidak bertaqwa kepada Allah (pencipta hal2 ghaib) selama ini.

Ini hakikat pasal awak ye. Awak sebenarnya menduga2, kalau2 si polan itu begitu dan begini, awak pula dgn agenda2 awak yg telah lama ditetapkan oleh-Nya? Bukankah kesemua ilham itu dari Allah? Kenapa tak tanya diri sendiri, "apasal saya tak seperti dia (saya le tu)?"

Nak jawapan? Bila Allah dtgkan petunjuk hidayah, dihati awak menafikan petunjuk hidayah itu lalu dinamakan menurut tuhan hawa nafsu awak, sedangkan hidayah itu menjelaskan hal ehwal diri sendiri samaada mengenali Allah ataupun mengenali selain Allah. Saya pula test le, utk tahu, tahap sombong tu tinggi mana. Setinggi menara KLCC.. Hehehehe.

Mari lihat sudut ini.

Seorg adik dtg mengadu kepada saya baru2 ini mengenai jin. Lalu saya nyatakan janji2 dari Allah, pencipta segala makhluk iaitu "barang siapa yg hanya takut kepada Allah, SEMUA makhluk takut kepadanya".

Masaalahnya kini : Awak semua penakut selain Allah. Tunjuk berani akan tetapi hakikatnya takut selain Allah? Cuba awak fikir, setiap kejadian yg berlaku ke atas saya yg CUBA AWAK KENAKAN itu, menjelaskan tuhan awak bukanlah Allah, akan tetapi tuhan awak adalah NAFSU. Tambahan pula, menjelaskan hal ehwal ulama yg ditangkap oleh awak menerusi ulama2 fasik awak, apa awak fikir, awak lebih besar berbanding Allah? Jika benarlah awak itu hanya takut kepada Allah, dtgkanlah bukti dari sisi Allah dihadapan saya jika benar awak mengaku beriman kpd Allah dan Rasul-Nya, sedangkan hakikatnya, awak tak mampu pun yg sebenar2nya. Celah lagi, ulama2 awak sejahat makhluk atas muka bumi ini.

Apa pandangan awak, bila org2 awak menulis report ini.
"saya bertanya jalan lurus seperti yg diarahkan lalu saudara itu menjawab - apa kata saya minta dari Allah, selepas DIA tunjukkan, awak kembali kepada Alquran dan Sunnah"....... "saya pergi masuk ke dalam balai pelawat itu utk menjejaki lelaki yg memberikan air itu, namun tak ditemui"..... (orang atasan)"awak berdua, kenapa tak ikut dia?"..... Bla bla bla.... Pasal nak jaga air muka, post org itu ke tempat jauh. Heheheheeheh. Takut selain Allah ke tu?

Tak cukup itu, hantar buat umpan... Siap saya bagi warning... Tu pun tak faham2. Sedangkan diri itu bertuhankan nafsu...

Firaun Allah binasakan... Maka berhati2lah ye.

Mula2 Allah bagi warning (dah bagi dah), lepas ini ditempat yg sama, Allah kirim azab. Ada ku suruh engkau bertuhankan hawa nafsu?

Hidayah kan milik Allah. Siapalah awak tanpa petunjuk-Nya?.

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-Baqarah:200 - Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami dunia (kekayaan dan kekuasaan), tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

Tak de masaalah kalau nak pertikai kalau yg mengepos itu faham le selok belok tafsir yg ditunggang-langgangkan secara online. Ada ku kisah jika awak nak detailkan kerja buat awak selama ini memang diketahui oleh-Nya (yg menguruskan kesemuanya)
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua hidayah itu milik Allah. Yang menafikan cahaya hidayah itu, adalah pengikut2 taghut. Mereka kekal di dalam neraka jahannam.

Nauzubillahuminzalik

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni, saya kini tgh buat kerja saya (di dunia nyata). Kalau rasa2 nak susahkan saya menerusi byk cara itu, nanti awak akan faham, betapa bodohnya awak kerana menafikan "hidayah itu dari Allah".

Buat baik, belum tentu dapat baik. Akan tetapi yg paling pelik, buat jahat boleh dapat baik?

Orang yg meminta itu, akan dimiskinkan oleh Allah. Orang yg sebenar memberi itu pasti dikayakan oleh Allah. Janji Allah itu benar. Kaya harta, tak boleh bawa masuk ke kuburan, akan tetapi kaya hati, ingat hingga ke liang lahad.

Renung2kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 01:53 AM | Show all posts
Edited by nolya at 14-4-2019 01:55 AM
dovob replied at 13-4-2019 09:01 PM
Saya pernah ditanya soalan "Apa itu hati" oleh 2 orang bekas pelajar jurusan agama (degree ketik ...

Saya benar2 hilang arah dn logika untuk memahami dn menghadzam apa sebenarnya yg ingin sdr sampaikan. Maaflah saya tak mengerti apa yg sdr merapukan. Posting sdr sama sekali tidak menyambung dgn persoalan HIDAYAH ITU MILIK ALLAH yg seharusnya dibahaskan secara ilmiah dn bersyariah. Akhirnya sdr mengambil pendekatan melempar tohmahan dn menuduh2  tanpa bukti.

Membawa persoalan "Apa itu hati" yg ditanyai oleh bekas pelajar agama, kenapa sdr tak jawab lurus saja, sebaliknya menghelah jawapan dlm bentuk soalan   "Kenapa tidak ditanya berapa luasnya hati?".  Kenapa sdr menjawab soalan dgn soalan? Kenapa tak diterangkan saja apa itu hati: hati yg mana dimaksudkan.  Adakah hati si jantung hati atau hati nurani/qalbu di mana berlabuhnya perasaan dn keyakinan? Menanyakan pula keluasan hati, adakah sdr mengharapkan jawapan keluasan hati dgn sekian2 kaki persegi? Atau adakah sdr cuba menduga2 tahap kecerdikan pelajar berkenaan? Kalau saya bertanya pula kpd sdr dgn soalan yg sama, apakah jawapan yg boleh sdr berikan. Boleh nyatakan?


Seterusnya saya bingung dgn tulisan sdr spt ini: Saya boldkan sbg tanda petikan ayat sdr


Baru aje jap tadi (jam 3 ptg), saya jelaskan beberapa perkara kepada DIA dan apa yg DIA perbuatkan. Sila jelaskan siiapakah DIA ini yg sdr maksudkan? Kerana sdr khususkan 'Dia' dgn huruf besar maka dia itu saya kira sdr merujuk kpd Allah swt. Betul?  Adakah sdr lebih bijak drp DIA shnga ada hal yg sdr perlu jelaskan (seolah2 ada hal yg Allah tak tau) dn persoalkan? Wow! hebat.... Kemudian DIA jawabnya dgn ancaman kepada semua jika saya mahu terus jelaskan apa yg DIA perlakukan. Boleh tau cara mane DIA (Allah) menjawab kpd sdr. Bererti sdr akan selalu bertanya dan kemudian akan selalu juga dijawab dgn ancaman?  Bukankah semua aturan perkara yg halal-haram, pahala-dosa telah jelas ada dlm AQ, mengaji dan fahami ajelah kerana ancaman sudah termaktub sejak mula AQ diturunkan kpd Nabi Muhammad saw.


Saya cuma tuntut keadilan sedangkan DIALAH yg mengatur segala urusan selama ini.  Lagi saya bingung kalau hamba Allah boleh menuntut keadilan drp Allah swt... kasar bunyinya. Kenapa tidak sdr tulis "saya cuma merayu agar diberikan keadilan.....",  bukankah itu lebih merendah diri sbg hambanya yg lemah dn sentiasa bergantung kpd ehsannya?
Hakikatnya, lebih baik terima semua ketetapan-Nya............. Adakah awak ingin katakan bahawa segala sesuatu itu hanya pasrah saje kerana sudah ketentuan-NYA.  Eh... apa ni? Di manakah akan berubah nasib seseorang kalau dia senditi tak berusaha mengubahnya...... pasrah je kerana semua sudah ketentuanNya? Miskin, biarlah jadi miskin kerana sudah ketentuannya.  Sakit tak perlu berobat, sudah ketentuannya. Kenapa juga berfikiran pesimis dgn ayat berbanding meminta sesuatu yg akhirnya memusnahkan kesemuanya. Kenapa perlu berakhir dgn kemusnahan.


semuanya Bersyukurlah kepada Allah, kerana DIA tak hentam awak semua kejap tadi. Awak cakap ape ni. Bersyukur?  InsyaAllah ramai yg bersyukur dn kenapa harus berburuk sangka kpd Allah untuk menghentam kita semua yg sentiasa bersyukur. Ini satu bentuk tohmahan drp sdr.
Seterusnya juga Dan DIA panjangkan saat itu sehingga awak benar2 mahu mencabar-Nya menerusi hamba2-Nya. Adakah awak fikir kita semua nak mencabar Allah swt.  Eh...sewel apa pulak kita nak mencabar Allah pulak....


Sdr, jika sdr miliki ilmu yg lebih tinggi, saya minta sdr tolong jawab segala kecelaruan saya terhadap tulisan sdr supaya saya lebih tau di mana lemahnya kefahaman saya berbanding dgn ilmu sdr. Boleh?. Sila juga jawab pertanyaan saya di #19.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 02:42 AM | Show all posts
dovob replied at 13-4-2019 09:47 PM
Perkara ini awak perlu fahamkan baik2 mengenai saya.

Ada perkara yg sifatnya ghaib, saya nyat ...

Perkara ini awak perlu fahamkan baik2 mengenai saya. Saya tak mengerti sama sekali apa bendanya yg harus saya fahami baik2 tentang sdr dan kenapa?




Ada perkara yg sifatnya ghaib.  .  Jadinya?


Awak sebenarnya menduga2, kalau2 si polan itu begitu dan begini, awak pula dgn agenda2 awak yg telah lama ditetapkan oleh-Nya? Bukankah kesemua ilham itu dari Allah?
Saya tak pernah menduga2 dn menilai kpd mana2 polan dn saya tak ada sebarang agenda2

Kenapa tak tanya diri sendiri, "apasal saya tak seperti dia (saya le tu)?"

Ha, ha, ha..... awak perasan lebih.  Saya tak pernah ada niat untuk menjadi atau membanding2kan diri dgn orang lain.  Saya bersyukur menjadi diri sendiri dgn apa adenya yg Allah beri.


Bila Allah dtgkan petunjuk hidayah, dihati awak menafikan petunjuk hidayah itu lalu dinamakan menurut tuhan hawa nafsu awak: Bagaimane awak boleh tau?  Awak ada ilmu tenung makrifat ke shnga nuduh saya begitu, awak ada bukti?


setiap kejadian yg berlaku ke atas saya yg CUBA AWAK KENAKAN itu,.....saya tak faham apa yg suba saya kenakan kpd awak.


menjelaskan tuhan awak bukanlah Allah, akan tetapi tuhan awak adalah NAFSU.
Jgn keterlaluan bercakap sedimikian.  Secara halus dpt dimengertikan awak menuduh saya kafir kerana tidak bertuhankan Allah ttpi bertuhankan nafsu. Ini satu tuduhan yg berat apbila menuduh seorang  muslim lain sbg kafir tanpa sebarang bukti.


Tambahan pula, menjelaskan hal ehwal ulama yg ditangkap oleh awak menerusi ulama2 fasik awak, apa awak fikir, awak lebih besar berbanding Allah? Jika benarlah awak itu hanya takut kepada Allah,
Siapakah ulama2 fasik saya yg awak maksudkan?  Jgn syok sendiri membuat andaian2 yg tak jelas.


dtgkanlah bukti dari sisi Allah dihadapan saya jika benar awak mengaku beriman kpd Allah dan Rasul-Nya, sedangkan hakikatnya, awak tak mampu pun yg sebenar2nya.
Astaghfirullah hal azeem............  Awak merepek apa ni. Awak siapa yg harus saya harus buktikan keIslaman saya kpd awak. Ketaqwaan saya tak perlu saya buktikan kpd manusia.  Cukup Allah tau kerana Allah maha melihat dn mengetahui.  Adakah selama ini saya berforum dgn orang gila isim?


Perenggan akhir saya tak perlu ulas kerana saya tak faham pokok pangkal kesahnya. Saya blur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2019 02:49 AM | Show all posts
dovob replied at 13-4-2019 10:16 PM
Semua hidayah itu milik Allah. Yang menafikan cahaya hidayah itu, adalah pengikut2 taghut. Mereka ke ...

Setuju dn tau benar hidayah itu milik Allah.  Yg menafikan mcmane boleh awak hukumkan mereka pengikut2 taghut? Kok awak lebih tau?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 03:16 AM | Show all posts
dovob replied at 13-4-2019 10:24 PM
Sekarang ni, saya kini tgh buat kerja saya (di dunia nyata). Kalau rasa2 nak susahkan saya menerusi  ...

Eh, eh...apa halnya ni. Awak ni orang dua alam ke, boleh ada dlm dunia ghaib dn dunia nyata. Skr ni di dunia nyata, so ada masanya berada di dunia ghaib.  Pelik tapi syabaslah menjadi orang terpilih ada kepelikan sedemikian. Kalau Allah dah berikan hidayahNya sebegitu, jgn ragu, saya/kami yg serba kekurangan tak pernah berasa iri atau dengki dgn apa yg awak miliki. Silalah awak dgn keistimewaan awak yg ada tapi jgn riak dn takabbur kerana semua itu nanti akan Allah tarik balek.

Buat baik Allah janjikan pulangan yg baik juga.  Itu hukum yg harus dipegang dan dipercayai. Selebihnya biar Allah yg memutuskan. Orang yg meminta akan dimiskin Allah?. Jangan awak mendustai sifat al-Rahman dn al-Rahim Allah swt dgn kenyataan sedemikian. Memiskin dn menyusahkan adalah sifat yg menzalimi maka mustahil Allah bersifat sedemikian terhadap ummatnya. Laila hailla anta, subha nakainni kun tu minoz zolimin..... tentu awak tau maksudnya. Jgn mendahului apa yg belum Allah putuskan, jgn memandai2 seolah2 boleh membaca dn menilik nasib orang kerana nasib sendiri juga belum pasti.


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-4-2019 03:16 AM
Eh, eh...apa halnya ni. Awak ni orang dua alam ke, boleh ada dlm dunia ghaib dn dunia nyata. Skr n ...

Apa awak ni tak bertaqwa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-4-2019 03:16 AM
Eh, eh...apa halnya ni. Awak ni orang dua alam ke, boleh ada dlm dunia ghaib dn dunia nyata. Skr n ...

Al-Baqarah:3 - Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Tak ke bukti nyata awak itu tak bertaqwa?

Apa lagi nikmat yg awak nak dustakan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.658125 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list