CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5881|Reply: 67

[Politik] PH perlu 6 bulan lagi untuk pulih negara - Daim

  [Copy link]
Post time 14-4-2019 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata dalam tempoh itu, PH perlu berdepan dengan rakyat dan memberi penerangan yang tepat terutama dalam hal ekonomi agar mereka faham situasi semasa.

Katanya kekalahan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan pada Sabtu juga adalah cabaran yang harus ditangani memandangkan rakyat tidak mampu bersabar dengan situasi semasa.

"Saya rasa kerajaan perlu tempoh masa enam bulan lagi untuk membetulkan keadaan bukan sahaja tumpu kepada pembangunan ekonomi, tetapi pelbagai isu. Ini rakyat perlu faham," katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Darul Iman yang turut dihadiri Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di sini pada Ahad.

Daim berkata walaupun memahami rakyat mahu melihat perubahan, namun kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk meneliti dan menimbang sebaik mungkin sesuatu isu termasuk berhubung kedudukan ekonomi dan kewangan negara.

"Kerajaan banyak masalah... fikir tentang keselamatan, hubungan luar dan pertahanan... esok (kemudian nanti) kalau jadi apa-apa, rakyat marah kerajaan juga. Nak turunkan harga barang tu memang boleh... kita buat kajian macam mana nak turunkan harga. Insyaallah tak lama lagi akan turun, saya ingat dalam masa enam bulan lagi banyak perkara akan jadi lebih stabil," katanya.

Beliau turut mengaitkan kekalahan PH di PRK DUN Rantau semalam mungkin sebahagian manifestasi kemarahan rakyat terhadap kerajaan disebabkan kenaikan harga barang yang puncanya tidak diketahui oleh rakyat.

Ditanya sama ada persepsi rakyat terhadap prestasi kerajaan akan bertambah baik pada masa akan datang, beliau berkata ia akan berlaku sebaik sahaja kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan rakyat seperti kenaikan kos sara hidup dan melaksanakan janji-janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

"Bukannya susah hendak terangkan kepada rakyat. Kalau tak boleh buat cakap tak boleh buat. Bagi tahu kepada rakyat apa sebab tak boleh buat (sesuatu perkara), mesti ada sebab. Takkan kalau boleh buat tapi kerajaan tak nak buat, itu yang penting untuk dijelaskan kepada rakyat," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sembang dgn dodolgemok leh la
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambikkla empat tahun pun kami dah tahu nak undi apa
Next bye
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 10:32 PM | Show all posts
lawak apa ni??
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pala hotak kau.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 10:38 PM | Show all posts
kalau ringgit jatuh lagi september 2015...negara bankrap....wakakakkakakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2019 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok daim, kamu masih lagi ada masa 4 tahun. Tggu dan lihat, x ok sepenggal. sepatutnya ekonomi dikukuhkan dulu, bukan icerd or statue rom.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
No Hal lah daim, take your own sweet time hahaha hahaha hahaha hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
maafla tok..dh berbulan malah hampir setahun takde ape nk dibanggekan sgt melaenkan prk yg bersusun sejak awal..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sehirkedi at 14-4-2019 10:47 PM

Daim ni pandai cakap je..nama tu elok tukar pada Diam!
Lepas ni nak makan coklat Daim pun rase tak berape nak gembira... Terbayang atok ni !
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok daim wana agak ni mungkin skrip digunakan
Hutang negara tinggi=xboleh hapus tol..kalau nak hapus tol, bagi masa 20 tahun(padahal masa tu masa konsensi tol dah tamat memang patut tak ada tol dah ). Padahal buat janji babi boleh terbang
Najib tipu akaun...buat creative accounting .hebah rendah
Muntri semua xada pengalaman, hanya pandai sembang sajo..
Kita xjangka menang..manifesto bukan kitab suci
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Persoalannya kan atok daim..dari awal dah canang Malaysia bankrap tapi atok daim dan atok madey relax2 jah menipu.. Paling best 10janji 100hari..nek pidah pun terkejut tok..Memang taktik bodohkan rakyat tok..sian sapo cayo drama atok berdua ni.. jap, cucu cuba brainstorming apa alasan atok nak beri cucu paham tok
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat lah apa pun. Tetap x nak
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 11:14 PM | Show all posts
Bicara Najib bersambung esok

Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berhadapan dengan tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, akan bersambung esok dengan pasukan pembelaannya akan menyoal balas saksi pertama.

Pada 3 April Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan 15 April sehingga 10 Mei sebagai tarikh bagi menyambung semula perbicaraan Najib, yang merupakan Anggota Parlimen Pekan.

Perbicaraan berprofil tinggi itu akan bersambung dengan peguam Harvinderjit Singh menyoal balas saksi pertama Muhammad Akmaludin Abdullah, 35, penolong pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pada hari pertama perbicaraan, Muhammad Akmaludin memberitahu mahkamah bahawa SRC International Sdn Bhd, mempunyai modal terbitan RM1 juta semasa ia mendaftar dengan SSM pada 7 Jan 2011 dan semakan terhadap pemegang syer juga mendapati semua sejuta syer dipegang oleh Kementerian Kewangan (diperbadankan).

Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salahguna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Beliau yang merupakan Perdana Menteri keenam, didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan dan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos dan 10 Feb 2015.

Peguam Negara Tommy Thomas dalam pernyataan pembukaan antara lain berkata pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Najib menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mendapatkan bagi dirinya suapan RM42 juta.

“Adalah menjadi tugas dan keistimewaan saya untuk memulakan perbicaraan di mahkamah terhadap bekas seorang perdana menteri yang selama hampir sedekad, menduduki jawatan yang paling berkuasa di negara ini dan mempunyai hampir kuasa mutlak.

"Keistimewaan seperti itu memikul tanggungjawab yang besar, yang pejabat saya berhasrat untuk melaksanakannya bagi membuktikan bahawa tertuduh bersalah atas tujuh pertuduhan yang dihadapinya seperti yang telah dibacakan di hadapan Yang Arif.

“Tertuduh sepanjang tempoh menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri yang kesalahan itu dilakukan juga serentak ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, dengan itu menggabungkan kuasa politik maksimum dan mengawal kewangan negara," katanya di hari pertama perbicaraan.

Thomas juga berkata "Pelaksanaan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan bahawa ‘semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang’ jelas dibuktikan melalui perbicaraan ini. Seorang bekas perdana menteri didakwa di bawah proses sewajarnya di mahkamah di negara ini seperti mana-mana tertuduh yang lain.

"Tertuduh tidak terkecuali daripada undang-undang dan pendakwaan dan perbicaraan ini harus dijadikan duluan bagi semua pemegang jawatan berkenaan pada masa depan," kata beliau.



Berikut adalah antara perkara utama yang ditampilkan dalam kenyataan pembukaan pendakwaan yang dibacakan oleh Thomas.

Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa tertuduh terlibat secara langsung dalam keputusan bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion yang diterima oleh SRC International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”).
Bukti juga akan menunjukkan bahawa pada bulan Disember 2014, kad kredit yang dituduh, dicaj sebanyak USD130,625 bagi perbelanjaan yang dibuat di Chanel, sebuah kedai fesyen eksklusif di Honolulu.
Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa cek peribadi dikeluarkan, antaranya sebagai bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang dilaksanakan di kediaman tertuduh di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, kediaman tertuduh di Pekan, Pahang, dan juga cek dikeluarkan kepada pelbagai parti politik komponen Barisan Nasional.
Dalam membuktikan tuduhan menyalahguna kedudukannya, bukti dalam bentuk lisan, dokumentari serta keadaan akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi menunjukkan cadangan penubuhan SRC International Sdn Bhd, cadangan penubuhan geran RM3 billion, permohonan SRC International bagi mendapatkan pinjaman kerajaan RM3.95 billion, pelantikan Lembaga Pengarah SRC International, dan Nik Faisal Ariff Kamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SRC International.
Pihak pendakwaan juga akan menunjukkan perkara-perkara yang membawa kepada kelulusan oleh kerajaan Malaysia, menerusi Kementerian Kewangan, pemberian jaminan kerajaan untuk RM2 billion berpihak kepada SRC International dan pemberian jaminan kerajaan untuk RM2 billion lagi yang berpihak kepada syarikat itu (SRC International).
Bukti juga akan menunjukkan perkara berhubung pengaliran wang berjumlah RM42 juta, dari SRC International, disalurkan menerusi akaun syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd (subsidiary milik penuh SRC International Sdn Bhd) dan Ihsan Perdana Sdn Bhd (dikatakan dilantik sebagai rakan kongsi tanggungjawab sosial korporat SRC International).
Bagi pertuduhan pecah amanah (CBT), pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Najiib, sebagai Perdana Menteri dan Menteri kewangan, serta Penasihat Emeritus kepada SRC International, semasa diberi kepercayaan terhadap wang milik SRC International, melakukan CBT dengan merujuk kepada wang RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta milik SRC International.
Pihak Pendakwaan juga akan menampilkan bukti bahawa bahawa Najib terbabit dengan penggubahan wang haram dengan menerima RM42 juta, sebagai hasil daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang, dalam akaun Perbankan AmPrivate.
Bukti juga akan menunjukkan bahawa Najib mengeluarkan 15 cek daripada akaun banknya yang berjumlah RM10,776,514.00.
- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 11:14 PM | Show all posts
nak tahu mengapa ekonomi malaysia lingkup?

esok follow perbicaraan RAKYAT MENENTANG UMNO BN

tahu la sendiri bila dengar perbicaraan ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 11:26 PM | Show all posts
Outline kan road map dia, kalau semua salah najib susah jugak nak percaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2019 11:30 PM | Show all posts
Reymz replied at 14-4-2019 11:26 PM
Outline kan road map dia, kalau semua salah najib susah jugak nak percaya.

RM17.8 bilion untuk Tabung Haji.RM6.3 bilion untuk Felda.RM24.1 bilion dibelanjakan untuk menyelamatkan 2 institusi besar Melayu/Islam yang rosak akibat kebobrokan pentadbiran lepas.Bagaimana institusi-institusi ini disalahgunakan sehingga begini?Sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 11:31 PM | Show all posts
ECRL

Dulu: Melalui 4 negeri, 688km, kos RM65.5b

Sekarang: Melalui 5 negeri, 648km, kos RM44b

Untuk tunjukkan betapa banyaknya duit yg diselamatkan, penjimatan RM21.5b ini boleh diguna untuk perbelanjaan tahunan Kerajaan Negeri Sembilan selama 50 tahun!

Tahniah @pakatanharapan_
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
One bullshit at very 1 time
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 11:31 PM | Show all posts
NAJIB RAZAK!!!!!

Where were you when 1MDB happened?

Where were you when the Felda settlers were robbed?

Where were you when uni students were unfairly arrested for speaking up?

All these times you don’t voice out but now suddenly act like you care for the people?

Pigi la! #jagapoketsendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.628152 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list