CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16910|Reply: 142

[Tempatan] [Update] Kanak-Kanak 8 Tahun Hilang : Zahir Dilihat Di Darus Syifa, Bangi?

  [Copy link]
Post time 16-4-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 19-4-2019 09:28 AM

Oleh Fazrik Kamarudin
bhnews@bh.com.my
Share

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Bangi, di sini, sejak semalam.

Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi dikatakan keluar dari rumahnya untuk bermain bersama rakannya kira-kira jam 8 pagi.

Ibunya, Sainih Sunding, 46, berkata anak bongsu dari lima beradik itu tidak ke sekolah semalam.

Katanya, dia menyedari kehilangan Zahiruddin apabila tidak melihat kelibat anaknya itu ketika pulang ke rumah dari tempat kerja.

“Saya bertanyakan mengenai Zahir (Zahiruddin) kepada anak ketiga saya dan dia memaklumkan Zahir bermain dengan rakan di sekitar kawasan rumah.

“Saya menyuruh anak ketiga saya memanggil pulang Zahir, namun Zahir tidak dapat dikesan di kawasan kejiranan, saya kemudian cuba cari di luar kawasan rumah.

“Ada jiran yang melihat Zahir pergi ke kedai tengah hari semalam dan pada sebelah petang pula ada jiran ternampak dia bermain di kawasan kejiranan dan itulah kali terakhir Zahir dilihat,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sainih berkata, laporan polis berhubung kehilangan Zahiruddin sudah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Putra, malam tadi.

“Saya sudah mencarinya di lokasi sekitar Bandar Seri Putra, namun masih gagal untuk menemuinya.

“Zahiruddin kali terakhir memakai baju kemeja-T berwarna hitam dan seluar panjang berwarna biru, saya amat risaukan keselamatan Zahir kerana dia tidak pernah berbuat demikian (tidak pulang ke rumah),” katanya.

Kehilangan kanak-kanak itu turut dihebahkan melalui Nur Alert, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Mohd Zahiruddin diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk maklumat lanjut.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:39 PM | Show all posts
Moga adik nih dijumpai semula dengan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:48 PM | Show all posts
seharian kat rumah takde sape tau adik ni pi mane? aduhaiiiiii...kalau pun tak skola hari tu...demam ke..patut dok rumah...parents takleh kasi dia pi main2 kat luar....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:58 PM | Show all posts
ya Allah moga dia selamat..letih laa..nak dengar macam2..budak 8 tahun..biar main sorang2..alahaiii..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 01:06 PM | Show all posts
bkn mudah nak kawal bdk2 family yg stay kat area2 umah flat

ke pangsapuri ni..mmg dah lifestyle depa senang keluar
masuk umah tanpa sebrg kawalan

parents lak sibuk keje so anak2 pandai2 la nak idop
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2019 01:12 PM | Show all posts
ntah lah.. budak2 sekarang bebas keluar masuk rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 01:16 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan untuk mencari adik ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 01:25 PM | Show all posts
Moga adik ni dpt dijumpai dgn selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 01:41 PM | Show all posts
Sebab utama  tak pergi sekolah tu kenapa?  Demam? tapi boleh seharian pula bermain2 keluar masuk sekitar kawasan rumah. Juga seawal jam  lapan pagi  dah pergi bermain.  Apakah kawan2 sepermainan pun tak sekolah ke?  Agak2 budak seumur 8thn pandai tak  kelentongkan makayah? atau pandai tak dia  jaga keselamatan dirinya?  Risaulah kesah anak2 hilang ni.  Jgn nanti bila jumpa, alasannya bosan duduk di rumah.  Mudah2an anak ini selamat dijumpai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga baik-baik saja
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 01:52 PM | Show all posts
alahai...ssh hati mak nye...semoga selamat dijumpai..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 01:54 PM | Show all posts
semoga anak nie jumpa dengan selamat..amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2019 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak yang patuh

16 Apr 2019

Kanak-kanak itu dikenali sebagai Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, dikatakan keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira jam 8 pagi semalam.
Bapa mangsa, Mohd Fauzi Abdul Ghaffar, 51, berkata, dia cuba mencari anaknya di sekitar kawasan perumahan, namun tidak jumpa.

"Saya juga minta kawan-kawan dan saudara-mara tolong cari. Lepas tu saya buat laporan polis sekitar jam 12 malam semalam.

"Saya hanya nak anak saya ditemui semula," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, anak bongsu daripada lima beradik itu merupakan seorang yang patuh dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah.

"Dia seorang anak yang baik, memang tak pernah buat sebarang masalah kepada kami sekeluarga.

"Saya tak minta apa-apa cuma harap sangat anak saya dapat ditemui semula, itu sahaja," katanya.

Sementara itu ibu mangsa, Sainih Sunding, 46, berkata, Muhammad Zahiruddin tidak pergi ke sekolah semalam dan keluar untuk bermain dengan rakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diharap segera tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 16-4-2019 01:41 PM
Sebab utama  tak pergi sekolah tu kenapa?  Demam? tapi boleh seharian pula bermain2 keluar masuk sek ...

Semalam isnin cuti peristiwa sebab hari sabtu ada sukan tahunan sekolah. Semoga dipermudahkan urusan penjejakan dan diakhir dengan perkara yg baik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat fb tadi ada amber alert psl adik ni. Bdk besar ni kalau tak balik tak mungkin larikan diri. Semoga dijumpai dgn selamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 05:57 PM | Show all posts
Nampaknya makayah harus ambil satu pendekatan baru kalau terpaksa ninggalkan anak2 di rumah. Emak ayah kerja, anak2 di rumah pesan jgn ke mane2.  Kalau nak pergi juga, telefon emak ayah dulu, beritau kalau nak kemane? Makayah juga pesan2kanlah kpd jiran sebelah tolong tengok2kan anak. Ni kena bersahabatah dgn jiran sebelah menyebelah.  Anak2 juga boleh beritau jiran kalau nak pergi ke mane2 yg agak jauh dari rumah.  Payahlah nak jaga anak2 skr ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2019 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Usaha kesan Zahiruddin Putra giat dijalankan: Polis

16 Apr 2019

BERNAMA

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, laporan kehilangan Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi dibuat bapa mangsa di Balai Polis Bangi, awal pagi tadi.

“Mangsa kali terakhir dilihat bermain di taman permainan di rumahnya pada Isnin, kira-kira 6 petang. Ini merupakan kejadian kali pertama mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar permohonan Nur Alert untuk membuat hebahan dan makluman bagi mengesan mangsa.

“Makluman juga dipanjangkan kepada Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk hebahan kepada anggota bertugas membuat rondaan,” katanya.
Ahmad Dzaffir berkata, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan siasatan berhubung kes itu sedang dijalankan.

Hari ini, media melaporkan Muhammad Zahiruddin Putra hilang selepas keluar dari rumahnya untuk bermain pada kira-kira 8 pagi semalam.

Ibu mangsa Sainih Sunding, 46, berkata anak bongsu daripada lima beradik itu tidak ke sekolah semalam dan keluar untuk bermain dengan rakan. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuai sangat parents nye. Padan la muka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde ape2 berita terbaru ke psl budak ni?dh byk hari gak ilang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.107957 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list