CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Kanak-Kanak 8 Tahun Hilang : Zahir Dilihat Di Darus Syifa, Bangi?

  [Copy link]
Post time 19-4-2019 09:09 AM | Show all posts
Suchi replied at 19-4-2019 12:20 AM
Duk area mana, aritu p kenduri kazen kat blok F seksyen 4 tu.
Dekat ke ye ngn umah budak hilang n ...

dok jauh dari area flat2 tu..
tapi sampai ke area rumah aku bebudak kecik ni merayap...depa lalu sbb nak gi kawasan kedai dekat dgn tol tu kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
[UPDATE] Zahir dilihat di Darus Syifa, Bangi?
Nurul Hidayah Bahaudin

MUHAMMAD Zahiruddin dikatakan dilihat di kawasan perumahan Darus Syifa di Bangi, beberapa hari lalu. FOTO Ihsan Pembaca
KANAK-KANAK lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Seri Putra, sejak Isnin lalu, dikatakan dilihat di kawasan perumahan Darus Syifa di Bangi, beberapa hari lalu.

Mangsa, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, atau lebih mesra dengan panggilan Zahir itu dikatakan keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi, Isnin lalu, untuk keluar bermain bersama rakannya.

Ibu mangsa, Sainih Sunding, 46, berkata, dia dimaklumkan polis mengenai maklumat itu, awal pagi hari ini.

“Saya dimaklumkan ada orang yang melihat kanak-kanak lelaki seiras Zahir di kawasan berkenaan melalui rakaman kamera tertutup (CCTV).

“Bagaimanapun, kami (ahli keluarga) masih menunggu maklumat lanjut mengenai kesahihan info berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dia keluar dari rumahnya kira-kira jam 10 pagi tadi untuk mencari anak bongsu daripada lima adik beradik itu di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi Rosman Majid berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak berkenaan di sekitar Sungai Semenyih, pagi ini, dihentikan.

“Buat masa ini, operasi itu dihentikan berdasarkan petunjuk baru diperoleh polis mengenai lokasi mangsa.

“Kami bersedia memberi bantuan sekiranya bantuan serta khidmat pihak bomba diperlukan oleh polis dalam usaha mengesan kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Portal Harian Metro sebelum ini melaporkan kehilangan Zahir disedari ibunya sebaik tiba di rumahnya selepas pulang dari tempat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 09:18 AM | Show all posts
Kak-Leen replied at 18-4-2019 09:59 AM
Patutnya dgn keadaan begitu, parents kena lebih ingatkan anak2 ni. Yg abang kakak pun kena jaga ad ...

abg kakak pon merayap sekali ni....
siapa yg biasa.. tahu le budak2 flat ni camna...
ni bukan kutukan ye..
dah mmg norma mereka ni bebas sahaja kemana-mana
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga adik Zahir segera ditemui dlm keadaan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 19-4-2019 09:18 AM
abg kakak pon merayap sekali ni....
siapa yg biasa.. tahu le budak2 flat ni camna...
ni bukan ku ...

Hamboi!! Siap disclaimer in bkn kutukan hahaha... Mana2 flat mcm tulah peelnya. Bebas lepas.. bial dah terlepas betul barulah meraung.. over n over dari zaman mula porum sampai la ni. Kecuaian..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Merayau kemana lah adik ni. Ntah makan ke tak dah masuk hari ke 5. Kalau i jumpa harus ku angkut segera ke balai. Kesian anak2 dari broken family.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jumpa kat area darussyifa tempat jin bertandang... ada tak nnt bunian berperang nak tolong selamatkan zahir
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
,kesian sangat.. Anak hialng tu..

Aku pernah duduk 2 bulan kat flat, masa baru baru kahwin.. Bebas ye budak2 ni, dari knk2 sampai yg besar.. Lepak kat tangga, parking lot..memang potensi untuk kene culik, hilang sangat tinggi..

Syukur 2 bln, x sangguo rasa.. Dengan perangai mak bpk yg men cop cop parking letak kon, motor..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 19-4-2019 01:23 PM
Merayau kemana lah adik ni. Ntah makan ke tak dah masuk hari ke 5. Kalau i jumpa harus ku angkut seg ...

Mak dia ibu tunggal ayah dia duk mana plak ye sbb katanya ade nampak masa kul 6.30 ptg tu.
Td baca kt fb org yg dtg melawat mak dia ni kat umah kata sedih sgt tgk mak dia sampai bengkak mata duk nangis risaukan anak dia tu.
Anak dia yg bongsu  tu yg paling manja ngan dia hari2 blk keje selalu minta gula2.
Siannya lah hai tak terbayang kerisauan seorang ibu yg risaukan anak yg hilang. Dahla kecik lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak jumpa lg ye. Sedihnya. Mcm mana lah keadaan ko anak.. ntah mkn ntah tak, baju tak berganti. Moga ko selamatla dari tgn2 jahat.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya ... kelurga broken family ni.. anak2 pandai lah bawa diri masing2... semoga adik ni dijumpaindgn selamat.. kecik lagi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 19-4-2019 08:26 PM
Mak dia ibu tunggal ayah dia duk mana plak ye sbb katanya ade nampak masa kul 6.30 ptg tu.
Td bac ...

Duduk kawasan sama tapi lain2 blok katanya. Kesian i tengok nasib adik ni. Mesti nangis2 tu nak pulang kat mak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 19-4-2019 10:56 PM
Duduk kawasan sama tapi lain2 blok katanya. Kesian i tengok nasib adik ni. Mesti nangis2 tu nak pu ...

Oh iols terjumpa fb ayah dia,
Rasanya dah kawen baru gak nampak mcm ade anak bini lain muda lagi bini n ade anak kecik.
Malah kat fb pun ade org tag bini dia tu suh bersabar sbb anak hilang bagai tp kira mak tiri la kan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
belum ada pkembgan lg ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada petunjuk baharu di mana Zahir

23 Apr 2019

BERNAMA
KUALA LUMPUR - Polis masih tidak menemui sebarang petunjuk baharu mengenai kes kehilangan kanak-kanak Muhammad Zahiruddin Putra di Bandar Seri Putra, Bangi, dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya masih giat menjalankan operasi pencarian kanak-kanak berumur lapan tahun itu.

Beliau berkata, Jumaat lepas, pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah melakukan operasi pencarian di Sungai Semenyih, kira-kira 300 meter dari kawasan kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang tetapi tidak menemui apa-apa.

"Usaha pencarian kini lebih tertumpu kepada rumah ke rumah, selain mengharapkan bantuan daripada daerah-daerah lain di Malaysia serta maklumat daripada orang ramai untuk mengesan kanak-kanak ini," katanya kepada Bernama.

Polis luaskan kawasan pencarian Zahiruddin
Bapa Zahiruddin iaitu Mohd Fauzi Abdul Ghafar, 45, memberitahu segala ikhtiar telah dilakukan pihaknya agar anaknya segera ditemui.

“Solat hajat juga saya lakukan sebagai ikhtiar supaya anak saya ditemui, selain mengharapkan maklumat daripada pihak polis,” kata Mohd Fauzi.

Sementara itu, ibu Zahiruddin, Saniah Sunding, 46, mengharapkan pihak yang menemui Zahiruddin untuk mengembalikan anaknya dalam keadaan selamat.

“Saya masih tidak boleh lupa akan anak saya, dan mengharapkan dia pulang kepada kami dalam keadaan selamat,” katanya yang mengambil cuti sejak kes kehilangan anaknya dilaporkan.

Muhammad Zahiruddin dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya pada kira-kira 8 pagi, untuk bermain. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...aku rs mcm fhm perasaan keluarga dia..smg selamat dijumpai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2019 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye ya Allah..dah dibawak lari ke mana xtau la adik ni..pangsapuri adik ni xde guard jaga.
Low cost flat..bukan nak ckp yg bukan2 tp area situ memang banyak warga asing..sejak Bandar seri putra tu bukak memang bersepah warga asing duduk ctu samaada yg bekerja kontrak ataupun menyewa sementara
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
adik zahir...balik la nakkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 09:55 AM | Show all posts
semoga anak ni dijumpai dgn selamat..   
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
hamra replied at 23-4-2019 09:16 PM
Kesiannye ya Allah..dah dibawak lari ke mana xtau la adik ni..pangsapuri adik ni xde guard jaga.
Lo ...

Ntah2 budak ni kena kurung kat rumah jiran mana2 yg saiko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.196149 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list