CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Kanak-Kanak 8 Tahun Hilang : Zahir Dilihat Di Darus Syifa, Bangi?

  [Copy link]
Post time 24-4-2019 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya, semoga dipermudahkan urusan mencari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2019 10:04 PM | Show all posts
masih belum jumpa ke?  Allahu...  kesian si ibu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2019 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis rakam percakapan 30 individu kes budak hilang di Bangi

Safeek Affendy Razali
bhnews@bharian.com.my

Share
KAJANG: Polis sudah merakam percakapan lebih 30 individu berhubung kejadian kehilangan budak berusia lapan tahun dari kawasan kediamannya di Bandar Seri Putra, Bangi, 15 April lalu.

Antara saksi yang diambil keterangan adalah ahli keluarga kanak-kanak itu, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, rakan sekolahnya dan penduduk kawasan sekitar kediamannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata setakat ini pihaknya masih belum menemui sebarang petunjuk positif berhubung lokasi Muhammad Zahiruddin terkini.

“Gerakan mencari kanak-kanak ini tidak pernah dihentikan dan giat dijalankan malah setakat ini lebih 30 saksi sudah dirakam keterangan bagi mengesan jejak mangsa.

“Konsep pencarian kini diperluaskan dengan penumpuan ke seluruh kawasan Kajang selain daerah berhampiran selepas operasi mencari dengan bantuan pihak bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebelum ini gagal mengesan mangsa,” katanya pada Program Superheroes Challenge, Sempena Hari Polis ke-212, anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di Semenyih, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata siasatan dilakukan merangkumi semua aspek termasuk unsur jenayah bagi merungkai misteri kehilangan kanak-kanak itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan kanak-kanak ini diminta menghubungi penyiasat kes, Sarjan Farah Nadia Mohd Hashim di talian 012-3600232 atau berhubung dengan balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Muhammad Zahiruddin dilaporkan keluar dari rumahnya di sebuah flet di Bandar Seri Putra, Bangi sekitar jam 8 pagi untuk bermain bersama rakannya sebelum dilaporkan hilang.

Kehilangan Muhammad Zahiruddin disedari ibunya Sainih Sunding, 46, sebaik tiba di rumah selepas pulang dari tempat kerja pada jam 7 malam.

Bapa mangsa Mohd Fauzi Abdul Ghaffar, 45, membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di Balai Polis Bangi, awal pagi 16 April lalu sebelum disebarkan melalui Nur Alert.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049670 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list