|
[Tempatan]
[Update] Kanak-Kanak 8 Tahun Hilang : Zahir Dilihat Di Darus Syifa, Bangi?
[Copy link]
|
|
atira replied at 18-4-2019 09:01 AM
uols.. lepas ni harap2 kurang la budak2 kecik ni berpeleseran tanpa kawalan kat bsp(bandar seri putr ...
Memang ada aje ...kadang sambil bebel kat suami.
Suami kata nak buat macamana itu maybe dah cara kehidupan mereka. Mereka dah biasa macamtu.
Ada tu comot comot jalan keluar masuk kedai ..bukan beli apa pun. Tanya tokei kedai ..dia kata dah biasa...diorang masuk curi barang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya, semoga dipermudahkan urusan mencari. |
|
|
|
|
|
|
|
masih belum jumpa ke? Allahu... kesian si ibu... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-4-2019 03:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Polis rakam percakapan 30 individu kes budak hilang di Bangi
Safeek Affendy Razali
bhnews@bharian.com.my
Share
KAJANG: Polis sudah merakam percakapan lebih 30 individu berhubung kejadian kehilangan budak berusia lapan tahun dari kawasan kediamannya di Bandar Seri Putra, Bangi, 15 April lalu.
Antara saksi yang diambil keterangan adalah ahli keluarga kanak-kanak itu, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, rakan sekolahnya dan penduduk kawasan sekitar kediamannya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata setakat ini pihaknya masih belum menemui sebarang petunjuk positif berhubung lokasi Muhammad Zahiruddin terkini.
“Gerakan mencari kanak-kanak ini tidak pernah dihentikan dan giat dijalankan malah setakat ini lebih 30 saksi sudah dirakam keterangan bagi mengesan jejak mangsa.
“Konsep pencarian kini diperluaskan dengan penumpuan ke seluruh kawasan Kajang selain daerah berhampiran selepas operasi mencari dengan bantuan pihak bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebelum ini gagal mengesan mangsa,” katanya pada Program Superheroes Challenge, Sempena Hari Polis ke-212, anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di Semenyih, hari ini.
Ahmad Dzaffir berkata siasatan dilakukan merangkumi semua aspek termasuk unsur jenayah bagi merungkai misteri kehilangan kanak-kanak itu.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan kanak-kanak ini diminta menghubungi penyiasat kes, Sarjan Farah Nadia Mohd Hashim di talian 012-3600232 atau berhubung dengan balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.
Muhammad Zahiruddin dilaporkan keluar dari rumahnya di sebuah flet di Bandar Seri Putra, Bangi sekitar jam 8 pagi untuk bermain bersama rakannya sebelum dilaporkan hilang.
Kehilangan Muhammad Zahiruddin disedari ibunya Sainih Sunding, 46, sebaik tiba di rumah selepas pulang dari tempat kerja pada jam 7 malam.
Bapa mangsa Mohd Fauzi Abdul Ghaffar, 45, membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di Balai Polis Bangi, awal pagi 16 April lalu sebelum disebarkan melalui Nur Alert. |
|
|
|
|
|
|
| |
|