CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4083|Reply: 16

Ini 7 Fakta "Gelap" Mengenai Disney Yang Dirahsiakan Dan Ramai Tidak T

[Copy link]
Post time 17-4-2019 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by NmeeraR at 17-4-2019 06:14 PM

Walt Disney atau Disney adalah sebuah perusahaan konglomerat di bidang media dan hiburan tertua di dunia sejak tahun 1923 lagi.

Kredit Foto:Google
Kewujudannya sejak sekian lama, menjadikan watak-watak Disney cukup popular. Cakap sahaja mengenai watak-watak Princess Disney, dan Mickey Mouse, siapa sahaja yang tidak tahu mengenai watak-watak ini. Mustahil!

Tidak cukup dengan watak-watak kartun yang menarik, taman temanya juga tidak kurang hebatnya. Cukup terkenal dan dikatakan tempat paling bahagia di dunia.

Namun, tahukah anda Disney juga menyimpan beberapa fakta yang tidak diketahui ramai orang, bahkan dirahsiakan!

Memetik beberapa sumber, ini adalah tujuh fakta mengenai Disney yang ramai tidak tahu dan dirahsiakan.

1. Ada yang pernah meninggal
Kredit Foto:Google
Sebelum ini, kita pernah mendengar beberapa cerita mengenai kemalangan di  taman tema bukan? Begitu juga di Disney.

Di taman Disney Florida, pernah berlaku kemalangan kerana taman permainannya yang gagal berfungsi dengan baik dan telah mencatat empat kematian.

Kemalangan pertama adalah pada 1964, seorang kanak-kanak lelaki terjatuh dari permainan peluncur apabila dia tiba-tiba sahaja berdiri saat permainan itu sedang bergerak. Berikutnya pula adalah pada 1999, seorang pengunjung terjatuh dari ketinggian 12 meter daripada sebuah kereta kabel.



2. Menjadi taman perkuburan untuk membuang abu mayat
Kredit Foto: Google
Sering dianggap tempat paling bahagia di dunia sehingga ada individu mahu tinggal di taman tema ini untuk  selama-lamanya. Mereka sanggup menulis surat wasiat supaya apabila mereka meninggal, abu mayat akan di tabur di seluruh kawasan taman tema seperti di kawasan taman tema The Haunted Mansion dan The Pirates of Caribbean.

Namun, perbuatan tersebut merupakan sesuatu yang dilarang pihak taman tema, tetapi masih ramai yang cuba menabur abu ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Hal ini menjadi masalah besar untuk pihak taman tema sehingga pekerja kawasan itu diberi latihan khas untuk membersihkan abu mayat di kawasan taman tema.


3. Discovery Island
Kredit Foto:Youtube
Discovery Island adalah sebuah taman tema Disney terletak di Florida yang berada sebuah pulau tidak jauh dari persisiran pantai. Ia dibuka pada 1974 dan ditutup pada 1999. Dikatakan, taman tema ini ditutup disebabkan faktor kewangan yang tidak dapat menampung kos pengurusan.

Namun, banyak misteri ditemui di kawasan taman beberapa tahun setelah sekian lama ditutup.

Beberapa kumpulan dikatakan memasuki kawasan tersebut dan menemui pelbagai benda aneh yang mana kawasan tersebut dijadikan sebuah makmal penyelidikan dan kajian mendapati terdapat satu parasit yang memakan otak manusia mengelilingi pulau tersebut lantas membuatkan ramai percaya ancaman dari parasit punca taman tema tersebut ditutup.


4. Tengkorak manusia dalam taman tema.
Kredit Foto:Google
Pada 1967, tengkorak dan tulang asli digunakan di dalam kawasan taman tema The Pirates of Caribbean bagi  menampakkan keadaan di dalam lebih semula jadi.

Disney menggunakan yang asli disebabkan yang palsu tiada ciri-ciri tengkorak asli dan kelihatan seperti permainan. Namun, setelah beberapa tahun, ikutan daripada teknologi yang semakin memaju tengkorak palsu berjaya dicipta dan kelihatan seperti yang asli dan tengkorak asal ditukar kepada yang palsu.




5. Club 33



Kredit Foto:Google
Club 33 adalah sebuah kelab eksklusif Disney hanya untuk orang tertentu sahaja yang disembunyikan daripada orang ramai. Club 33 terletak di dalam kawasan taman tema Disneyland dan untuk memasuki kelab ini, seseorang harus menjadi ahli kelab terlebih dahulu.

Bagi menjadi ahli kelab ini, ia perlu mengambil masa bertahun-tahun dengan yuran untuk menyertai kelab ini adalah sebanyak ASD40 ribu dan ASD10 ribu dikenakan untuk yuran tahunan.

Ahli Club 33 akan mendapat layanan VIP di seluruh taman tema dan akses tanpa had untuk bersuka ria dengan pelbagai permainan di seluruh taman tema.



6. Kekurangan watak ibu dalam filem-filem Walt Disney
Kredit Foto:Google
Hampir semua watak dalam filem Disney tidak lagi mempunyai seorang ibu. Ibu Bambi terbunuh, Ariel dibesarkan tanpa seorang ibu di Little Mermaid, ibu Quasimodo terbunuh secara kejam di Bungkuk Notre Dame, Cinderella dibesarkan oleh ibu tirinya dan Snow White dibesarkan oleh seorang ratu jahat.

Hal ini kerana Walt Disney menulis cerita yang terkandung dalam kisah hidupnya sendiri yang juga kehilangan ibunya. Ibunya meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida di rumah yang dibeli olehnya.

Itulah sebabnya beliau tidak dapat melepaskan rasa bersalah, lantas diwujudkan dalam cerita-cerita dalam film Walt Disney yang dibuatnya.


7. Karier pemain suara Snow White yang musnah
Kredit Foto:Brilio
Pelakon Snow White, Adriana Caselotti tidak dapat lagi bekerja di dunia hiburan selepas mengisi suara Snow White. Mengapa? Ini kerana dalam kontrak yang ditandatanganinya, ada peraturan yang tidak membenarkan dia menggunakan suaranya dalam produksi lain.

Walt Disney tidak mahu suara Adriana digunakan oleh filem lain. Lebih buruk, Adriana hanya mendapat bayaran sebanyak ASD970. Tetapi, Adriana tidak menyesal kerana mengisi suara Snow White. Dalam satu wawancara beliau menyatakan, "Lebih baik untuk hanya terlibat dalam 1 filem yang hebat daripada 10 filem yang biasa-biasa saja".

Wanita ini meninggal pada 1997 ketika berusia 80 tahun.


Fakta menarik bukan? Apa kata anda? Apa-apa pun, watak-watak kartun Disney antara yang terbaik! Setuju tak? - CARI


Sumber : http://mentalfloss.com/article/28639/walt-disneys-secret-tragedy, https://famous.brilio.net/video/discover/ngeri-inilah-5-rahasia-kelam-disney-yang-belum-banyak-diketahui-170821o.html,https://ms.wikipedia.org/wiki/Walt_Disney,https://www.youtube.com/watch?v=x_SN_Fc-1v4&list=PLnBd4WveyEfdH4ZzIAJwg0T-PII_0GOsg&index=13&t=0s,https://ms.wikipedia.org/wiki/Walt_Disney

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2019 10:27 AM | Show all posts
No 7 tu sadis sgt
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua fakta best TT.. Apa kata TT buat thread baru..satu pasal club 33, satu pasal pulau terpencil, satu pasal suara snow white (kenapa suaranya x guna untuk filem seterusnya) dan tentang tragedi kemalangan di taman tema disney..

Mcm saya, saya teringan nak tahu lebih tentang club 33..apa je keistimewaan..etc

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
disney dh take over 21st century fox
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 12:06 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 17-4-2019 11:49 AM
disney dh take over 21st century fox

kantheir getting even bigger than ever



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 02:02 PM | Show all posts
wahhh good info ! baru tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2019 02:37 PM | Show all posts
club 33 tu ada masuk food network..tapi takdelah misteri sgt.. cuma tempat orka je..org takda membership mmg tkleh masuk
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 03:31 PM | Show all posts
wah good info ..tq share tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq for sharing.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 07:36 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 17-4-2019 03:49 AM
disney dh take over 21st century fox

Yeah. Wajah baru disney sekarang.


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 07:39 AM | Show all posts
Aku suka sangat babak predator ketawa nih


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 02:24 PM | Show all posts
Bilissey replied at 17-4-2019 10:46 AM
Semua fakta best TT.. Apa kata TT buat thread baru..satu pasal club 33, satu pasal pulau terpencil,  ...

Setuju. Nak tau lebih lanjut tentang Club 33 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 02:25 PM | Show all posts
Apapun tq tt for sharing this good info.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 03:26 PM | Show all posts
ekceli citer2 klasik disney tu pun die cilok dr org lain jugak. mcm cinderella, snow white, rapunzel, sleeping beauty tu cedok dr grimms, aladdin dr 1001 nights. plg hangsuang tu pocahontas tu mmg die twist sungguh citer tu, sejarah sebenar pocahontas lagi sadis. tp disney takleh nk copyright citer-citer tu, tu pasal dlm brape tahun skali disney akan renew balik movie2 tu seolah-olah  mcm tu dia punya la.

cuma pocahontas je die tak jadikan as disney princess sbb citer tu mmg die twist giler2 dh mcm tipu sejarah dah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 03:39 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 17-4-2019 12:06 PM
kantheir getting even bigger than ever

and jgn lupe uols, marvel studio.

last year ade kes budak meninggal, die ni mmg die hard fans spiderman la. so bapak die nk letak spiderman kt batu nisan budak tu. tp marvel tak kasik. alasan marvel, sbb polisi mendiang walt disney yg tak kasik character under disney ni digunakan oleh public. like ello spiderman tu bknnye walt disney yg create pun. xde timbang rasa gak disney ni


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 03:48 PM | Show all posts
kisahnya..good info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik info ni. Something new yang tak pernab tau pun. Syabas TT.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.066884 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list