CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18179|Reply: 99

Nellie Bly - Perintis Kepada Undercover Journalism

  [Copy link]
Post time 18-4-2019 12:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 17-4-2019 04:10 PM


Siapa yang saja saja nak jadi gila ?  Siapa yang boleh buat buat gila ? siapa yang saja nak cari penyakit masuk wad gila ? Ahaaaaa.... hari ni Pakcik Otto nak cerita pasal sorang lagi tokoh perempuan hebat dalam lembaran sejarah yang kita tak tau. Sorang perempuan yang berani, pura pura gila untuk masuk ke hospital gila. Elizabeth Cochran Seaman, atau nama pena beliau "Nellie Bly". Dia ni sorang wartawan di New York Amareka.

As usual, pengenalan dulu, Nellie dilahirkan pada 5 May 1864 dekat Pennsylvania, Amareka. Dia ni sorang wartawan, dan dia ni adalah pioneer atau cakap melayu dia perintis / pengasas / pemula kepada bidang wartawan undercover. Well... like the other women zaman dia, Nellie ni pun nak ada kerjaya juga. Dia nak jadi wartawan. Tapi dia tak suka menulis pasal hal ehwal wanita, macam pasal bunga bunga ke, taman ke, fashion ke.... Itu jam wartawan pompuan galak menulis tentang benda benda yang aku senaraikan tu. Manakala si Nellie ni dia suka tulis pasal politik dan human right.


Nellie Bly ni memang famous dengan kerja undercover ni. Salah satu yang aku nak highlight kan kali ni, pasal dia jadi undercover reporter menyiasat hospital gila di New York City Lunatic Asylum dekat Blackwell's ( Sekarang dah jadi Roosevelt ). Ada desas desus mengatakan yang hospital gila kat situ dalam keadaan yang sangat teruk dan layanan kepada pesakit amat amat kejam sekali. However, semua tuduhan tu hanya sekadar rumor dan tak ada bukti kukuh.

So, si Nellie ni, ambik keputusan untuk siasat sejauh mana kebenaran cerita tersebut, dia nak stay kat hospital tu selama sepuluh hari. Benda pertama yang dia kena lakukan adalah buat buat gila. Macam mana nak jadi gila ? Editor dia dah janji akan tolong keluarkan dia kalau dia dapat masuk kesana selepas sepuluh hari. Nellie agak takut jugak la... ye la kan, macam mana dia nak hadap dengan doktor dan nak sahkan yang dia ni betul betul gila ? kang doktor yang pakar cakap dia tak gila macam mana ? Gagal la rancangan dia.


Jadi... Start from that day, dia mula cuba buat buat gila. macam macam dia buat nak bagi orang convince-kan doktor nanti. Dia berlatih depan cermin, nak bagi jadi real dia punya gila. dia tak tukar baju dia.... dan last sekali, dia stop mandi dan langsung tak gosok gigi dia. Hari yang dinantikan, orang hantar dia ke klinik untuk periksa sama ada dia betul betul gila atau tak. Dan nasib baik doktor sahkan dia gila. ( Kalau ikutkan panjang lagi kisahnye tapi aku pendekkan sampai dia boleh masuk je ) hahaha

Bila dia berjaya untuk stage ni, dia dihantar ke hospital gila yang dia nak siasat ni. Masuk je kesini, dia kembali ke keadaan mental dan fizikal dia yang normal. Masalahnya, lagi normal dia bercakap dengan orang dan nurse kat situ, lagi diorang anggap dia gila. keh keh keh. Jadi selama sepuluh hari disana, dia menempuhi pelbagai jenis siksaan mental dan fizikal. Keadaan hospital jangan tanya la... masyaAllah... terukkkkk.


Dengan doktornya yang tak ambik kesah pasal hal ehwal pesakit, nurse yang sangat garang dan kasar, pesakit diberikan roti yang dah berkulat dan makanan lain yang langsung tak berkhasiat, air mandian sangat sejuk. Perempuan pulak, diberikan selimut yang sangat kecik, membuatkan diorang ni kesejukan sepanjang malam. Kalau diorang buat salah sikit, kena pukul ! Kalau pesakit tu diluar kawalan, dan hyperaktif, diorang akan ikat je. Rawatan terapi tak diselenggara dengan betul dan tinggal macam tu je. Pesakit dipaksa duduk diatas kerusi selama berjam jam tanpa dibenarkan buat apa apa pun, bercakap pun tak boleh !

"Kalau penderaan tu boleh buat kita jadi gila, saya dapati, dengan kaedah yang diorang gunakan ni akan buat kita lebih cepat jadi gila" lebih kurang camni la quote Nellie dalam report dia. Sepanjang sepuluh hari tu, Nellie jumpa dengan ramai perempuan yang sebenarnya tak gila pun. Mostly diorang ni tak reti nak bercakap bahasa inggeris dan ada yang sngt miskin untuk prove kan yang diorang tak gila. Asylum ni dah jadi umpama penjara bagi diorang.

Selepas sepuluh hari mengadap benda benda ni sampai dia depress, editor dia datang untuk provekan yang dia tak gila. keluar dari situ, dia start tulis buku pasal sepuluh hari dia duduk dalam tu. Dan buku tulisan dia tu mendapat sambutan hangat dipasaran. Satu badan siasatan diadakan bagi menyiasat kebenaran buku tersebut.


Tapi bila penyiasatan dilakukan, pandai pukak hospital tui cover line dan tutup kebenaran. Tiba tiba je hospital tu jadi bersih, air pun bersih siap ada pemanas lagi, dah tak sejuk sngt macam haritu, makanan pun semua yang bagus bagus dan berkhasiat. Mana mana nurse yang bercakap dengan reporter akan ditukarkan ke horpital lain serta merta. So, dari hasil siasatan, kerajaan pulak bercadang nak naikkan bajet untuk hospital tu.

Artikel yang Nellie tulis memberikan perubahan kepada hospital tersebut. Dan dengan serta merta, dia jadi popular. Kalau la Nellie tak datang menyamar kat hospital tu, sampai kesudah keadaan disitu tak akan berubah dan pesakt terus menerus akan disiksa.

Begitula serba sedikit yang pakcik boleh ceritakan pasal Nellie Bly, Seorang lagi tokoh perempuan yang patut kita contohi keberanian beliau dalam mencungkil sesuatu kebenaran. tanya je, korang nak ke buat buat gila macam dia untuk dapat kan prove ? Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.


        - Otto Von Bismark -


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Again.... authentic ! Nahhh kredit. Hahaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2019 02:51 AM | Show all posts
aku bukak ikot phone, ada gambar yang tak keluar adehhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum baca, parking Dulu to show interest.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq otto van ace. Love u
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat menarik cerita ni, thanks Otto. Mana nak dapat buku ni Ya. Nanti Nak try Amazon. Tak pernah nampak in our bookstores.

Saya Suka ke book excess. Murah haha :-) :-)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-4-2019 01:03 PM | Show all posts
nurrlisa replied at 18-4-2019 04:03 AM
Sangat menarik cerita ni, thanks Otto. Mana nak dapat buku ni Ya. Nanti Nak try Amazon. Tak pernah n ...

kat amazon ada....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2019 01:04 PM | Show all posts

Aku bukan Ace ! Titekkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 18-4-2019 01:04 PM
Aku bukan Ace ! Titekkkk

Tralaladidamdidam.dudududu. kalau i rajin, i tambah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2019 01:20 PM | Show all posts
Aku baca balik, thread kali ni macam tak best la pulak. nanti aku tulis yang lain lah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm.. kagum tul ku ngan minah ni...secara tak langsung memberi sumbangan pada masyarakat...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2019 01:28 PM | Show all posts
masorin replied at 18-4-2019 05:26 AM
hmm.. kagum tul ku ngan minah ni...secara tak langsung memberi sumbangan pada masyarakat...

dia dah bagi sumbangan. ko hada ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 18-4-2019 01:28 PM
dia dah bagi sumbangan. ko hada ?

Ada pulak Tanya orang Macam tu. Tak kan Dia Nak cakap sumbangan Dia di sini. Semua orang Ada sumbangan lah Nak Otto.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 18-4-2019 01:16 PM
Tralaladidamdidam.dudududu. kalau i rajin, i tambah

Tralalala didam didam dudu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 18-4-2019 01:20 PM
Aku baca balik, thread kali ni macam tak best la pulak. nanti aku tulis yang lain lah.

Jgn tulis flm terpaksa. Pembaca akn dpt rase. Rehat jap. Nxt week tulis. Tp i faham je kalau dtg idea nk tulis, 3-4 thread sehari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2019 03:23 AM | Show all posts
noraidil_06 replied at 18-4-2019 10:16 AM
Jgn tulis flm terpaksa. Pembaca akn dpt rase. Rehat jap. Nxt week tulis. Tp i faham je kalau dtg i ...

betul la.... aku tulih artikel ni dalam stresssss. memang nampak tak menjadinyaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2019 03:24 AM | Show all posts
nak tulis kena ada mood yang baik
tapi kadang kadang mood yang baik nak menulis datang masa tengah berak. lepas jiros idea hilang sekali dengan tahik. cane tu ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2019 03:25 AM | Show all posts
lapar kredit laa.... mod bak kredit barang sejuta dua...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 05:43 AM | Show all posts
Sekarang pekerja akhbar seluruh dunia semua pemalas . Tak guna.  Hidup susah. Berhutang ceti haram keliling pinggang. Duduk belakang meja reka cerita saja mereka tau. Bila ditanya dari mana dapat....sumber rahsia....nama dirahsiakan. Kalau dah dapat cerita dari lobang dubur sendiri memang la mesti rahsiakan sumbernya. Ptuihh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2019 05:45 AM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 19-4-2019 09:43 PM
Sekarang pekerja akhbar seluruh dunia semua pemalas . Tak guna.  Hidup susah. Berhutang ceti haram k ...

yang korek dari cari forum pun belambak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.122891 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list