CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] : Kehilangan Acap : Serpihan Tulang Bukan Milik Acap

  [Copy link]
Post time 3-5-2019 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 3-5-2019 12:05 AM
Cara kematian tiada unsur jenayah.  Cuma pengurusan mayat tu ramai nampak pelik. Kebanyakan warga  ...

Teringat bape tahun lepas, ada mangsa kemalangan pekerja Indon kat site arah Puncak Alam. Kena langgar lari sebab nak lintas jalan pagi-pagi buta. Mati kat situ. Datang kawan2 amik, gulung lam kain/selimut then nak angkut ke seberang jalan tapi tak sempat sampai polis sampai. Dorang tinggalkan aje kawan tu lam gulungan kain tu  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
https://missfaridah.wordpress.com/misteri-kehilangan-helikopter-di-bario-disebalik-penemuannya/

Kisah menarik untuk dibaca..2004 punye story n kite semua kecik lagi time ni..aku baru je baca kisah ni after dishare oleh salah sorg pguna fb kat kelab penjejak mistik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kehilangan Acap: 'Abang tidak pernah tinggal kamu'

03 May 2019

WARTAWAN SINAR HARIAN

GOPENG - Dua hari lagi umat Islam bakal menyambut Ramadan, pastinya keluarga Mohammad Ashraf Hassan, 29, merinduinya.

Kehilangan Mohammad Ashraf atau lebih dikenali Acap memasuki hari yang ke 40, hari ini.

Tiada lagi khabar berita termasuk petunjuk baharu kehilangan juruteknologi makmal, Klinik Kesihatan Muar yang sehingga kini menjadi misteri.

Abangnya, Mohd Zahiruddin, 35, yang tidak pernah kenal erti putus asa telah memuat naik status baharu di Instagram berhubung kehilangan adiknya itu.

Katanya, tidak akan sesekali meninggalkan Acap yang juga bapa kepada seorang bayi berusia setahun setengah.

"Abang masih terus cari kamu adik, abang tidak pernah tinggal kamu," luahnya.

Dalam pencarian hari ke 36, Mohd Zahiruddin, telah menemukan beberapa tulang haiwan serta tapak kaki ukuran luar biasa.

"Tarikh 28 April, operasi SAR di gua, menemukan pokok cili di tengah hutan, tulang (haiwan), tapak kaki ukuran luar biasa (haiwan?), batu," catatan dientrinya.

Penularan catatan ringkas itu nyata menyentuh hati para netizen yang terkesan dengan sikap tidak berputus asa Mohd Zahiruddin walaupun dihujani dengan pelbagai kontroversi sebelum ini.

Seorang netizen, Amirulza, berkata, "Jangan katakan abangnya sendiri tidak akan tinggalkan Acap, kami juga tidak akan berganjak untuk tinggalkan Acap. Kami di sini hanya mampu mengirimkan doa kami untuk memudahkan pencarian Acap setiap hari".

Sementara itu, Fatihahzulkafli turut setia menantikan maklumat terbaharu Acap daripada misi pencarian selama ini.

"Ada apa-apa perkembangan? Manalah Acap ini, sudah hendak puasa, di mana la dia berada," katanya.

Selain itu, Deensaid dan Raudahjenal juga mendoakan agar Acap ditemukan sebelum Ramadan dan berharap keluarganya cekal menghadapi dugaan.

Untuk rekod, Acap hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail (GUT), Mac lalu sebelum operasi pencarian dilancarkan namun tidak menemui sebarang petunjuk lokasi mangsa berada.

Operasi pencariannya turut dihentikan pada 30 Mac lalu setelah lebih 700 pasukan SAR serta orang awam terlibat dalam pencarian membabitkan kawasan seluas 35km persegi meliputi kawasan Bukit Batu Putih hingga Plaza Tol Gopeng.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2019 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 10:53 AM | Show all posts
baguih betula abg dia..gila bonding adik beradik kuat..manalah poi aa acap ni hilanng mcm dibawa angin..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 4-5-2019 08:14 AM
Kehilangan Acap: 'Abang tidak pernah tinggal kamu'

03 May 2019

menangis baca...Ya Allah..berilah petunjuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-5-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Info :

Hari ini team SAR  memulakan pencarian di Gopeng. Anggaran dalam 50 lebih yang datang menghulurkan bantuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2019 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawatan, gaji Acap masih kekal

04 May 2019

NORMAWATI BINTI AH ADNAN
IPOH - Jawatan dan gaji Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang ketika menyertai larian itu, sejak Mac lalu masih dikekalkan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, meskipun kehilangan yang sudah melewati lebih 40 hari itu belum mendapat sebarang kepastian, penjawatannya sebagai juru teknologi makmal perubatan di Klinik Kesihatan Maharani, Muar, Johor masih wujud.

“Beliau masih dikategorikan sebagai kes orang hilang, jadi hak sebagai penjawat awam harus dikekalkan sehinggalah ada keputusan muktamad mengenai perkara itu.

“Jadi memang sepatutnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membayar gajinya seperti biasa,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Seminar Hentikan Penderaan peringkat Negeri Perak 2019 di Mydin Meru Raya hari ini.

Beliau berkata, dalam kes-kes sedemikian, terdapat prosedur tertentu yang perlu diikuti sebelum sebarang keputusan dibuat terhadap individu terbabit.

“Prosedur ini biasanya akan ambil sedikit masa tetapi buat sementara ini gaji beliau dibayar seperti sebelumnya,” katanya.

Mohammad Ashraf atau dikenali dengan panggilan Acap disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25km.

Usaha mencari dan menyelamat yang digerakkan hingga kini belum lagi menemui sebarang bukti atau kesan kedudukan beliau berada.

Dalam perkembangan lain, Boon Chye ketika diminta mengulas mengenai kes keracunan metanol, Ahli Parlimen Gopeng ini berkata, setakat ini terdapat empat kes baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan enam kes dengan dua kematian berlaku di Perak.

Katanya, daripada empat kes berkenaan, tiga dilaporkan berada dalam kritikal dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan seorang ditempatkan di wad.

“Dua daripada mereka menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh sementara masing-masing satu di Hospital Seri Manjung dan Hospital Teluk Intan,” katanya.

Rabu lalu, dua lelaki warga asing dari Bangladesh dan Myanmar meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HRPB selepas disyaki mengalami keracunan metanol.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramadhan 2 hari lagi. Semoga ada keajaiban menjelang Ramadhan, bulan penuh barakah.

Setiap hari sentiasa datang ke thread ni walo Acap bukan siapa2 tapi tetap ada rasa sedih tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah tunjukkan jalan temukan mohamad ashraf Hassan... Berilah petunjuk untuk yg mencari..kalau kite sedih apatah lagi isteri die.. Semoga diberikan kekuatan untuk keluarga ashraf isteri dan anak
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
budakpink replied at 3-5-2019 03:58 PM
https://missfaridah.wordpress.com/misteri-kehilangan-helikopter-di-bario-disebalik-penemuannya/

K ...

Baru sempat nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 07:30 AM | Show all posts
Agak pelik ..
mengapa nak tutup muka kengkawan yang sama mencari..


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarahmirza at 5-5-2019 07:50 AM

Entah I tak rasa pulak ramai2 yang mencari ni ikhlas mana....  
Dalam ramai2 yang rajin update kat scomed dgn kata2 bagai buat cerpen tu termasuk la si abang nya nampak macam sambil2 nak up diri jadi popular...


Tulis ringkas update misi sebenar okay je...
Tapi bila siap bergambar muka sendiri,  tulis berjela2 macam cerpen...  
Cerita kau ke misi kau sebenarnya nak dibagitau?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
budakpink replied at 3-5-2019 03:58 PM
https://missfaridah.wordpress.com/misteri-kehilangan-helikopter-di-bario-disebalik-penemuannya/

K ...

Baca2 td ada link to Abuya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 10:08 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 5-5-2019 07:30 AM
Agak pelik ..
mengapa nak tutup muka kengkawan yang sama mencari..

mungkin depa xnak mak bapak atau pasangan masing2 tau depa pi gopeng cari acap...atau takut kena kecam ngan netizen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jagung5 at 5-5-2019 02:25 PM

Rasanya yg abg dia up tu sbb ramai org suruh..sbb nak tau perkembangan..kalau abg dia up lagi sahih dan direct informasi...aku pun suka baca ...hehe...yg tutup muka tu mungkin ada sbb tertentu,kut tak mau keluar cerita tak best.atau krns kritik..
cuma aku nak tau satu sgt,lepas jumpa Pak Su Mid tu ...apa Pak Su Mid kata dkt depa..
Harapan menjelang ramadhan..moga Acap dijumpai..yg terungkaplah segalanya..moga dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 03:52 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 5-5-2019 07:49 AM
Entah I tak rasa pulak ramai2 yang mencari ni ikhlas mana....  
Dalam ramai2 yang rajin update kat  ...
FC pun mula rasa menda yang sama..

tapi tu lah .. siapa kita nak menghakimi apa yang sebenar dalam hati memasing ..

cuma tu la ..
bila baca karangan panjang berjela ..
rasa macam .. untuk apa?

atau .. cara memasing menangani perkara seperti ini berbeza
ada yang banyak berdiam diri tapi tak patah semangat terus berusaha dendiam dek kerana sayang.. Update apa yang patut ..
banyak berterimakasih untuk yang menolong

ada juga kot yang selesa menulis panjang2

Apa-apa pun .. harap d jumpai juga penyudah nya




Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 03:56 PM | Show all posts
lee_sakura replied at 5-5-2019 10:08 AM
mungkin depa xnak mak bapak atau pasangan masing2 tau depa pi gopeng cari acap...atau takut kena k ...
owh ..
takterfikir ada yang sembunyi sembunyi pergi

cuma heran..

dah duduk nya semeja ..


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 5-5-2019 07:49 AM
Entah I tak rasa pulak ramai2 yang mencari ni ikhlas mana....  
Dalam ramai2 yang rajin update kat  ...

Aku ingatkan aku sorg je rs mcm tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.140566 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list