CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104438|Reply: 594

[Tempatan] [Update] : Kehilangan Acap : Serpihan Tulang Bukan Milik Acap

  [Copy link]
Post time 18-4-2019 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 17-6-2019 09:40 PM



Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@nstp.com.my

Share
IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang memasuki hari ke-26 selepas dilaporkan hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu, ditangguhkan sementara bermula 17 April 2019.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, berkata penangguhan sementara itu adalah bagi mengehadkan pergerakan pencarian oleh orang ramai di kawasan berkenaan dan memberi ruang kepada penduduk setempat melaksanakan tindakan mengesan mangsa.

Katanya, penangguhan sementara itu juga disebabkan tiada petunjuk baru ditemui setakat ini sepanjang SAR dijalankan oleh pasukan penyelamat dan siasatan.

“Mangsa masih tidak ditemui walaupun SAR sudah menggunakan pelbagai kaedah terkini oleh pasukan yang berpengalaman selain perluasan kawasan pencarian dari 35 kilometer persegi kepada 48 kilometer persegi.

“Penangguhan sementara ini akan membolehkan pasukan penyelamat merangka strategi lain yang mungkin boleh membantu mengesan mangsa berdasarkan kepada pengalaman kes seumpama ini yang pernah berlaku pada masa lepas,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Razarudin berkata, SAR peringkat pertama dimulakan sehari selepas mangsa didapati hilang sehingga 30 Mac lalu sebelum ia diteruskan dengan peringkat kedua sehingga semalam dengan memperluaskan kawasan operasi kepada 48 kilometer persegi.

“Dalam meneruskan usaha pencarian (peringkat kedua), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuka pusat operasi bomba di Kampung Pintu Padang selepas Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ditutup pada jam 1 tengah hari, 30 Mac lalu.

“Bagaimanapun, dari tempoh berkenaan sehingga ke hari ini, tiada petunjuk baru dapat dikesan atau diperoleh oleh pasukan pencari bagi merungkai kehilangan mangsa,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 08:37 AM | Show all posts
baru nak tepek post abang dia kat thread lama...

Banyak Hati Yg Perlu Dijaga.. Kita Hold Dulu Dan Beri Laluan Pada Beberapa Individu Org Kampung Kerana Mengikut Apa Yg Dikatakan Jika Org Awam Keluar Dari Sini (kampung) Baru Mereka Akan Keluarkan Acap.

Jadi Dengan Rasa Berat Hati Saya Umumkan Semua Volunteer Unit SAR (hampir 500 ahli) Diminta Utk Stand Down. Kita Hormati Dan Lihat Pogress Dari Mereka
Hari Hari Terakhir Di Gopeng.. Untuk Kamu #Acap


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Beri peluang kami cari

PENDUDUK Kampung Pintu Padang, Gopeng, akan membantu meneruskan pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, selepas polis hari ini mengumumkan penangguhan sementara operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Kampung Pintu Padang, Mohd Fairis Zabidi berkata, penduduk kampung menyambut baik penangguhan operasi itu bagi memberi ruang kepada mereka untuk mencari mangsa.

“Ada orang-orang tua di sini memberitahu perlu bagi reda dahulu, apabila sudah selesa kita akan mencarinya tanpa ada gangguan lain.


“Bagi penduduk sendiri, kita ada melakukan pencarian membabitkan empat kumpulan dengan disertai tujuh ke lapan orang bagi setiap kumpulan dan mereka mempunyai pengalaman dalam bidang agama dan hutan,” katanya.

Mohd Fairis berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perjumpaan dan dialog Ketua Polis Daerah Kampar sempena program Polis Masuk Kampung di Dewan Orang Ramai Kampung Pintu Padang, Gopeng, hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dalam kenyataannya hari ini memaklumkan SAR Mohammad Ashraf ditangguhkan sementara untuk memberi peluang kepada penduduk setempat mencari berikutan tiada petunjuk baharu diperoleh pasukan penyelamat dan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, walaupun operasi pencarian mangsa sudah ditangguhkan, namun polis tidak boleh menghalang orang ramai untuk terus mencarinya.

Katanya, justeru itu, orang ramai yang ingin melakukan pencarian perlulah memaklumkan kepada polis bagi membolehkan pemantauan dijalankan atas faktor keselamatan mereka.

“Mereka boleh datang ke Balai Polis Gopeng dan maklumkan sekiranya mahu mencari dan perkara ini sudah diberitahu sejak awal lagi, namun tiada siapa yang datang untuk berbuat demikian.

“Apa yang penting adalah salurkan maklumat kepada pihak berwajib kerana segala maklumat baharu akan membantu perkembangan siasatan kes ini,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Thumbs up remyda...semoga acap ditemukan esok sempena jumaat yg barokah...tapi org kg betul2 nak pastikan kosong tempat tu smpai dany pun dah balik..ritual apo yg org kg ni nk buat erk..bace komen2 kat fb sab wahid  sane la bgaduh pulak demer...conpius gak sab wahid ni fakta ka auta.tapi org kg mmg awai2 lg dah pelik sb jaga sgt batu putih smpai tutup x bg cari situ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Check in . Thanks abang @Remyda  ... nah munge
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sis mencemar dulu ke thread ini. Tahniah remyda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2019 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
budakpink replied at 18-4-2019 08:43 AM
Thumbs up remyda...semoga acap ditemukan esok sempena jumaat yg barokah...tapi org kg betul2 nak pas ...

Sab wahid tu macam kaki auta pun ye. Wallahualam.

Esok dah 4x jumaat. Harapnya acap selamat la
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Check-in
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin misteri kes ni. Teringin nk tau cane ritual org kg nk buat ni. Ritual menngikut syariat islam katenye
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:27 AM | Show all posts
harap2 berjaya la ditemui oleh orang kampung.. macam2 cara dah guna
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:36 AM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 17-4-2019 09:38 PM
Remyda replied at 17-4-2019 08:40 PM
Beri peluang kami cari

PENDUDUK Kampung Pintu Padang, Gopeng, akan membantu meneruskan pencarian  ...

Thanks TT buka thread baru.

Ada satu komen kat forum CG yg cadangkan pasal survival kit. Pihak SAR ada terfikir pasal benda ni, meh?

Dah hampir sebulan si Acap ni hilang.

Hilang pulak tanpa jejak, tanpa kesan.
Langsung takde klu, takde petunjuk.

Aku rasa mungkin kerajaan boleh arahkan ATM untuk terbangkan pesawat untuk drop kan survival kit dekat kawasan2 yang belum di cari.

Mana tahu kalau Acap ni memang betul2 sesat dan dah menyimpang jauh, mungkin dengan bantuan survival kit yang di drop kan tu boleh membantu.

Letak lah apa2 dalam kit tu macam makanan & minuman, torchlight, fire starter, pisau, tali, etc2.

Budget berapa je pun setakat nak dropkan 1000 unit kit tu. Celah gigi menteri je.

Mungkin ikhtiar ni boleh membantu jugak. Who knows.
Sumber: https://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=693462&page=69

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2019 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
@Nenolen tak silap aku hang duk area berdekatan kampung tu kan. Boleh la update sini kalau ada info

Tq
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
budakpink replied at 18-4-2019 08:43 AM
Thumbs up remyda...semoga acap ditemukan esok sempena jumaat yg barokah...tapi org kg betul2 nak pas ...

Hebat sangat ke SabWahid ni? Akak mcm x caya je perbualan dia dgn jin2 dlm thread sebelah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 18-4-2019 08:49 AM
Sab wahid tu macam kaki auta pun ye. Wallahualam.

Esok dah 4x jumaat. Harapnya acap selamat la

Dah nak sebulan dah.. Harapnya Acap dijumpai oleh penduduk kampung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 18-4-2019 09:36 AM
Thanks TT buka thread baru.

Ada satu komen kat forum CG yg cadangkan pasal survival kit. Pihak ...

Ya. Depa belum explore sepenuhnya ke dalam hutan tebal. Kalau si acap teruskan perjalanan. Akan menghala ke hutan cameron tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
whadda replied at 18-4-2019 09:27 AM
harap2 berjaya la ditemui oleh orang kampung.. macam2 cara dah guna

Akak wonder ritual mengikut syariat macamana yg akan diaorg gunakan.. Harap akan ada perkongsian walau sedikit:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya membuahkan hasil la ye. Dah nak puasa ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:54 AM | Show all posts
Kak-Leen replied at 18-4-2019 09:40 AM
Akak wonder ritual mengikut syariat macamana yg akan diaorg gunakan.. Harap akan ada perkongsian w ...

nak tunggu perkongsian mungkin makan masa bertahun baru ade orang share.. ye lah.. kalau abang acap pon tak boleh ade kat situ dah tentu2 orang luar sorang pon tak boleh ade.. hanya orang kampung yg berpengalaman yg mana semuanye jenis senyap tak cerita banyak
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang kampung mesti tak buka mulut. Sure diorang pun nak jaga keharmonian kampung. If cerita kang, ramai pulak manipulate story kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 10:02 AM | Show all posts
budakpink replied at 18-4-2019 08:43 AM
Thumbs up remyda...semoga acap ditemukan esok sempena jumaat yg barokah...tapi org kg betul2 nak pas ...

Termasuk abang acap pun kena keluar jugak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.177755 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list