CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] : Kehilangan Acap : Serpihan Tulang Bukan Milik Acap

  [Copy link]
Post time 14-6-2019 05:38 PM | Show all posts
Menurut Razarudin, melalui kaedah post mortem dan ujian DNA telah mengesahkan bahawa serpihan tulang yang dijumpai itu bukan milik Mohammad Ashraf dan pemilik tulang sebenar tidak dapat dikenalpasti setelah semakan dibuat melalui data DNA Jabatan Kimia.

Hasil analisa sampel tanah di lokasi penemuan menunjukkan is warna tanah pada serpihan tulang dan warna tanah di lokasi penemuan adalah tidak sama.

“Ini mengesahkan serpihan tulang yang dijumpai tersebut adalah bukan berasal dari lokasi penemuan,” ujarnya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2019 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Up sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lg ke ops sar acap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2019 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 14-6-2019 05:38 PM
Menurut Razarudin, melalui kaedah post mortem dan ujian DNA telah mengesahkan bahawa serpihan tulang ...

Baru perasan FC update. Noti on off. Jap ok jap idak.

Mekasih ya FC tolong update
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian acap.dh nk abes raya ni.mne la hilang.mayat pon xjumpa
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang2 dgn mak aritu psl kes acap ni, kitorg rase samada acap dah takde ( meninggal) or duduk alam bunian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2019 08:01 AM | Show all posts
Remyda replied at 17-6-2019 09:38 PM
Baru perasan FC update. Noti on off. Jap ok jap idak.

Mekasih ya FC tolong update
Sesamer

FC  pun mengalami masalah yang sama. Bila OK .. ada la terima noti..

Artikel ni 23hb Mei aritu ..
... 5 hari lagi .. genap 3 bulan Acap hilang

HARI ini, genap dua bulan kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali Acap.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/458751/genap-dua-bulan-acap-hilang

Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak masih belum berputus asa mencari mangsa walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah ditangguhkan bermula 17 April lalu sehingga menemui petunjuk baru.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Yunus Abu berkata, pihaknya masih melakukan rondaan berkala di sekitar lokasi Acap dilaporkan hilang.

“Kami juga setakat ini masih lagi menerima kunjungan daripada orang ramai yang mahu membantu mencari Acap.

“Walaupun pos kawalan bomba yang dibuka di Kampung Pintu Padang di Gopeng sudah ditutup, tetapi bagi kes ini kita masih lagi meneruskan rondaan secara berkala.

“Saya dimaklumkan bahawa memang ada orang awam yang datang ke balai bomba memberitahu ada petunjuk.

“Kita mengalu-alukan, namun setakat ini masih belum menampakkan sebarang hasil,” katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Mohd Yunus berkata, ketika ini, bomba masih berhubung dengan keluarga mangsa bagi mendapatkan sebarang maklumat.

Selain itu, pihaknya berharap kerjasama dan maklumat orang awam boleh membantu usaha mencari Acap.

Katanya, mungkin penemuan kukuh dari segi pakaian dipakai antaranya baju dan kasut, boleh membantu usaha pencarian.

“Bomba juga berharap masyarakat tidak sewenang-wenangnya menggunakan maklumat tidak sahih seperti berdasarkan mimpi, gambaran, suara yang tidak diketahui dari siapa yang mengatakan keberadaan Acap itu di sesuatu tempat yang tidak pasti contohnya seperti di tepi batu dan pokok besar kerana maklumat ini menyukarkan bomba untuk melakukan pencarian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim, ketika dihubungi turut memaklumkan tiada perkembangan terbaharu berhubung kes kehilangan Juruteknologi Makmal di Pejabat Kesihatan Daerah Muar, Johor itu.

Pada 23 Mac lalu, Acap disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat sebelum rakannya membuat laporan mengenai kehilangannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 4:43 PM


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 18-6-2019 08:01 AM
Sesamer

FC  pun mengalami masalah yang sama. Bila OK .. ada la terima noti..

Update terbaru sabtu lepas :

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
johan-adx replied at 17-6-2019 08:43 PM
Ada lg ke ops sar acap

Aku dah berkurun tak follow kes acap ni. Ikut sumber, masih ada
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 03:47 PM | Show all posts
mana la acap ni mneghilang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 18-6-2019 01:17 PM
Update terbaru sabtu lepas :

Abg dia ni kan camne la berselpie sana sini, kalau aku la takdak mood sampai bila2
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
baca fb ossasuke semalam n dalam ruangan komen ossasuke mengiyakan ada campurtangan dari manusia, selain mistik...  cuma dia menafikan ada ritual terlibat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 10:43 PM | Show all posts
dari fb ossasuke

MISI PENCARIAN ACAP HARI KEDUA KAMI DISANA (23/6/2019)..

Terbongkar individu yang sedang menguji ilmu hitam dan cuba utk menyihir kami team SAR.. Hari kedua adalah hari pencarian dgn mengikut kaedah JASMANI DAN ROHANI.. Mcm sains dan alam ghaib laa lebih kurang mcm tu laa..

9.15 am - Semua orang sedang sibuk bersiap utk mendaki Bukit Batu Putih dgn diketuai oleh Tok Sheikh..

10:15 am - kami team 1 sudah mula mendaki manakala team 2 menyusuri jalan lain utk dikembangkan beberapa kawasan..

Alhamdulillah keindahan di Bukit Batu Putih membuatkan hati aku tertawan.. Aku rasa inilah kenangan manis aku.. Semuanya kelihatan indah..

Dan akhirnya sampai kami dipuncak yg pertama.. Kami berehat dan sambil menikmati keindahan yg Allah ciptakan.. Sungguh kenangan manis.. Dalam duk sibuk ambil gambar, gambar yg aku berdiri diatas batu tu mmg aku rasa sedikit perubahan..

Masa nie aku pening dan loya tekak.. Aku fikir mungkin normal kot tapi xsangka pulak masa tu dah ada 'sesuatu' yg cuba mendekati kami.. Yakni ilmu yg xberapa elok..

Kemudian, kami bergerak ke satu tempat lagi puncak yg kedua.. Sekali lagi aku terpukau dengan keindahan alam.. Dan masa nie juga Tok Singa cuba membuat sedikit upacara dgn bacaan2 Al-Quran utk memohon petunjuk melalui kebatinan..

Masa tu aku duk belakang Tok Singa sambil bergambar.. Dan dalam masa yg sama Tok Singa tengah LIVE FB, utk tnjuk pada semua org ttg apa yg terjadi.. Masa nie jugak Tok Singa ada bgtau yang ADA ORANG TUJU2 bermaksud ADA ORANG HANTAR SIHIR NIE..

Aku xdengar pown sbb sibuk bergambar.. Dan sihir itu berjaya dipatahkan oleh Tok Singa.. Bermakna adakah ada manusia yg berkompromi dgn Jin utk menghalang acap ditemui..?? Allahualam.. Dan ada jugak yg datang semata2 utk test Power Ilmu Hitam.. Semoga sipelaku kembali bertaubat..

Dan akhirnya kami turun dari Bukit Batu Putih dgn perasaan sedikit hampa akibat misi pencarian kami DIBATALKAN AKIBAT GANGGUAN DARI ORANG LAIN.. Sedih.. Sampailah di arena, aku terlihat seorang dripd kami cepat2 pulang dgn tubuh berpeluh mcm duduk dlm sauna.. Dia cakap kena balik sebab ada emergency.. Jd aku abaikan jer laa.. Dia nie dri mula lagi aku xsenang atau selesa dgn dia..

Lepas tu kami semua berehat dan pulang lah si rakan nie.. Tengah syok bersembang, Tok Singa panggil aku utk berkongsikan pengalaman hal semalam.. Baru jer cerita TIBA2 ada belalang hinggap kat tubuh aku..

Aku xder laa rasa paper sbb igt binatang biasa jer.. Tapi Tok Singa cepat2 bagtau aku 'jangan sentuh'.. Ini pelesit.. Mata dia berwarna merah dan dihantar dari ORANG.. Satu badan bulu roma aku berdiri..

Lepas Tok Singa ambil dan bacakan Ayatul Kursi, dan berpesan jika kau binatang biasa pergilah dan jauhi laa kami.. Kemudian dilepaskan sambil diperhatikan dari aku yg dah kebingungan.. Tiba2 pelesit tu tadi terjatuh seperti dah xbermaya utk terbang.. Sekali lagi Tok Singa berpesan, jika kau binatang biasa pergilah menjauhi kami.. Tapi pelesit masih disitu..

Terus dibunuh demi keselamatan rakan2 kami yang lain.. Dan Tok Singa cepat2 memberi bantuan dengan bacaan ayat Al-Quran utk aku dijauhi anasir2 jahat.. Masa sedang dirawat, aku nampak gambaran 'orang tu' tetapi diabaikan takut itu mainan Jin.. Dan bila aku tutup mata semuanya berwarna MERAH TERANG walaupown kat situ keadaan mendung.. Mungkin perawat islam tau apa maksudnya.. Aku moral dah down gila..

Tetapi cuba kuatkan semangat demi anak dan isteri.. Dalam tengah Tok Singa cuba merawat aku, tiba2 api menyambar dgn besarnya di atas dapur yang ketika itu Mak Anjang sedang memasak.. Mmg marah bebenor si hitam tu.. Sbb tu laa masa live Tok Singa ada perempuan menjerit kes tu laa..

Lepas cuba berkongsi apa yg berlaku dan berehat di arena, aku ajak wife utk berkemas pulang ke Terengganu.. tengah nak ambil wudhuk aku nampak gambaran seseorang Lagi dengan kehadiran MATA yang misteri Sedang perhatikan aku.. Takut tapi aku kuatkan semangat kerana Allah..

Bila dah selesai solat, kepala tiba2 pening dan rasa nak muntah.. Terus aku berjumpa dgn Tok Singa utk sekali lagi dirawat dan dipagar.. Tu ada gambar yg aku sedang dirawat.. Nampakkan masa tu aku rase mcm down sikit.. Alhamdulillah tubuh dah rasa sihat sikit lepas tu.. Dan teruskan perjalanan pulang ke Terengganu..

Sekarang yg menjadi persoalan aku..
1. Adakah ada manusia yg cuba berkompromi dengan Jin utk menghalang dia ditemui..?? Kenapa..??

2. Kenapa ada manusia yang datang semata2 utk melakukan upacara penarikkan..??

3. Ilmu hitam adalah perkara yang dilarang utk dituntut.. Jd kenapa kau beragama islam masih menuntut benda kotor macam tu..??

4. Kenapa perlu sihir rakan sendiri..??

5. kenapa kedatangan beberapa pihak sekadar utk menguji kekuatan ilmu hitam..?? Dan bukan utk fokus pencarian rakan kita yg masih hilang..??

Patutlah selama ini usaha pencarian melalui rohani sentiasa terbantut.. Sebab ada kerjasama antara jin dan manusia.. Jangan tanya aku adakah ada jalan penyelesaian sebab benda susah nak cakap sbb mengaitkan alam lain yg 100% xder bukti utk ditunjukkan..

Hidup atau mati jangan tanya aku.. Sebab hanya Allah yang Maha Mengetahui segala2nya.. Kami semua adalah hamba yang kerdil.. Aku rasa semua persoalan yg sntiasa korang tanya dah terjawab dlm cerita ini..

Dan aku MAAFKAN SI PENYIHIR TU.. Semoga bertaubatlah selagi pintu Allah dibukakan seluas2nya.. Amin..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 25-6-2019 10:43 PM
dari fb ossasuke

MISI PENCARIAN ACAP HARI KEDUA KAMI DISANA (23/6/2019)..

Semua dah turun lagi ya. Ngeri juga kisah dia ni. Semoga urusan pencarian dipermudahkan Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 08:57 AM | Show all posts
Remyda replied at 26-6-2019 07:27 AM
Semua dah turun lagi ya. Ngeri juga kisah dia ni. Semoga urusan pencarian dipermudahkan Allah

yup...  katanya diorang dah nak mulakan balik secara intensif...  tapi komen2 suruh buat senyap2 supaya yang bawak ilmu hitam ni taktau...  ossasuke kata boleh je buat camtu tapi dia kata kompem makhluk alam satu lagi akan roger2 bagitau...  

susah dan complicated kes acap ni...  kesian family dia...  dah la anak kecik lagik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 26-6-2019 08:57 AM
yup...  katanya diorang dah nak mulakan balik secara intensif...  tapi komen2 suruh buat senyap2 s ...

tak silap ossasuke dgn tok singa kata yg dlm group yg cari tu (ada dlm gbr tu kut) ada yg niat tak baik juga..duk tuju2 ilmu dkt dia org masa haritu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:18 PM | Show all posts
jagung5 replied at 26-6-2019 10:04 PM
tak silap ossasuke dgn tok singa kata yg dlm group yg cari tu (ada dlm gbr tu kut) ada yg niat tak ...

takde dalam gambar yang diorang upload...  tapi dalam simpanan ada...  ni ossasuke kata nampak orabg merangkak warna kuning kat depan pagar dia sampai anak dia pun takut...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 26-6-2019 10:18 PM
takde dalam gambar yang diorang upload...  tapi dalam simpanan ada...  ni ossasuke kata nampak ora ...

yg I maksudkan..yg musuh dlm selimut tu...yg ada dlm group dia org baru ni..cuba sis baca dkt fb ossa dgn video fb page tok singa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2019 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Remyda at 2-7-2019 08:27 PM



Maklumat terbaru. Penemuan tentang tulang di gua. - Tok Singa Page
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.933472 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list