CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16920|Reply: 160

[Tempatan] Sayu, Suami Meninggal, Isteri Tidak Bekerja Jaga 3 Anak, Mentua Pula Rebut Semua

  [Copy link]
Post time 18-4-2019 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Sayu, Suami Meninggal, Isteri Tidak Bekerja Jaga 3 Anak, Mentua Pula Rebut Semua Harta Termasuk Rumah Dan Kereta Sha Rossa
19 jam lalu
5 minit bacaan


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Apabila suami meninggal dunia, isu yang sering dibangkitkan adalah berkaitan hak isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Jika keluarga suami penuh dengan belas ihsan dan kasih sayang, maka tidak timbul sebarang perebutan harta. Tetapi jika tidak, berlaku lah sebaliknya seperti kes ini.
Perkongsian oleh seorang kaunselor Normaliza Mahadi yang berpengalaman berdepan dengan kes seumpamanya ternyata menyentak hati yang membaca. Keluarga menuntut hak anak lelaki mereka yang meninggal dunia sedangkan tiada siapa yang membela nasib isteri dan anak seramai tiga orang yang ditinggalkan.
Sudahlah si isteri tidak bekerja, di manakah rasa kasih sayang dan belas ihsan keluarga mertua terhadap menantu dan anak-anaknya. Hilang suami sebagai tempat bergantung, kini terpaksa pula menempuh kesukaran untuk meneruskan hidup. Ikuti perkongsian ini seperti di bawah.
Anak lelaki meninggal. Tinggal kereta dan rumah. Menantu tak kerja. Anak ada 3. Semua kecik-kecik lagi.
Memanglah jadi harta pusaka dan boleh dibahagikan. Hanya soalnya, siapa yang betul-betul nak tanggung balu itu dan anak-anaknya selepas semua harta tu diambil dan dibahagikan? Sanggup ke tengok menantu dan anak-anak buah tu meminta-minta untuk makan.
Tak payahlah direbutkan kereta tu dan rumah tu. Tak ada ke perasaan kasihan dan simpati kepada orang-orang yang kehilangan tempat bergantung?
Gambar sekadar hiasan – Google
Direbutkan juga harta-harta tu. Tapi masa orang tu sakit, nak hulur RM5 pun tidak. Meninggal hartanya direbutkan. Kesihan balu 3 orang anak tu.
Perkembangan terkini..
Menantu makcik ke yang telepon puan tu?
Ntah. Kenapa? Makcik ada menantu yang kena macam ni ke?
Aah. Anak makcik baru meninggal. Kami ni sekeluarga puan, hanya nak kan hak. Islam yang suruh. Bukan kami pandai-pandai. Makcik ikut aje.
Ooo. Tapi betullah makcik. Kita kena ikut Islam. Saya sokong makcik, anak-anak makcik dan semua orang yang tuntut harta tu.
Terima kasihlah puan faham. Macam makcik katalah. Makcik ikut Islam.
Iya makcik. Saya faham. Oh ya! RM3000 sebulan ni nanti saya akan kutip daripada makciklah ya.
RM3000 apa ya puan? Eh! Kena bayar ke makcik telepon ni.
Takkkk. Telepon ni percuma. Saya ni ikut Islam makcik. Saya tak charge orang susah. RM3000 ni untuk menantu dan cucu makcik.
RM800 sewa rumah.
RM400 bayar kereta
RM900 makan 3 cucu
RM200 perubatan cucu
RM300 jalan-jalan sebulan
RM400 untuk sekolah cucu
Jumlah RM3000
Ini makcik, pakcik dan keluarga kena tanggung. Sebab ikut Islam selepas anak lelaki meninggal, isteri dan cucu-cucu adalah tanggungan keluarga lelaki tu.
Kita kena IKUT ISLAM makcik. Semua perkara. Saya suka makcik sebab makcik nak ikut Islam.
Eh! Manalah kami mampu. Makcik rasa salah macam ni. Menganiya keluarga lelaki pulak.
Treetttttttttt. Makcik, Makcik, Makcik. Dah putus pulak talian ni.
Kisah masyarakat by NM.

PS: Wei...tak boleh buat undang2 ka wajibkan keluarga suami bayar nafkah untuk tempoh2 tertentu sekiranya pendapatan isteri bawah sekian2 ringgit.
Kalau keluarga arwah suami tak mampu, depa tak boleh tuntut harta yg tak besar mana.
Geramnya baca kisah mcm ni...nak ikut Islam bila untung kat depa. Phuih!


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Balu ni anak dia 3 org kecik tu semua Pompuan ya?.. Jika ya Sgt simpati aku pd dia..

Tiada anak lelaki sbg pengunci reta suami..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
koko2 replied at 18-4-2019 08:56 AM
Balu ni anak dia 3 org kecik tu semua Pompuan ya?.. Jika ya Sgt simpati aku pd dia..

Tiada anak l ...

Manusia now ni baik famili mentua.. Sendiri semua tak boleh pakai..

Aku ada 2 anak Pompuan Dan aku dah lock hibah sesiap reta2  a set yg ada..

Amik lawyer.. Mati stem.. 1 salinan utk abg aku pegang..
1 salinan ex laki pegang..
Aku pegand original copy..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:05 AM | Show all posts
koko2 replied at 18-4-2019 08:56 AM
Balu ni anak dia 3 org kecik tu semua Pompuan ya?.. Jika ya Sgt simpati aku pd dia..

Tiada anak l ...

sebab tu dalam islam adanya hibah. Kalau lah si ayah dah menhibahkan semua harta dia kat anak-anak perempuan dia semasa dia masih hidup, pak-pak sedara pun tak boleh nak berebut.....dah semua menjadi milik mutlak anak perempuan dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Hukum Islam dipandang sepi. Kata seorg ustaz yg I follow Kita sentiasa diingatkan ttg fekah tapi Bab tauhid selalu dilupakan. Sedangkan pengajian tauhid  lebih utama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila berkaitan harta.. ini lah jadi nya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2019 09:22 AM | Show all posts
hmmm...mcm yg berlaku dlm keluarga saya pulak lain sikit.

Arwah pak itam kawen 2, 1st wife ank 3 (sulung ngan 2nd pmpn, bongsu lelaki..semua dh kwen), 2nd wife 2 ank, sulung pompuan masih skolah rendah dan bongsu lelaki 2 tahun.pak itam meninggal tahun lepas.pas tu anak sulung (pompuan) pulun semua sbb kwsp tu nama dia.dia bg sikit kt mak dier.harta lain mak n adik2 dier ambik.langsung x bagi pada ank2 2nd wife.


so adik beradik pak itam ni (yg pompuan aje) sibuk la bincang pasal ank sedar 2 org tu..duduk jauh kt johor, kami kt kl..masa buat perjumpaan adik beradik pak itam, adik beradik pompuan 4 org dtg, yg lelaki (ade 4 org) cuma 2 org je yg dtg..itupon yg bongsu ngan 2nd last..yg  2org lgi tu xnk ambik tau sbb arwah pak itam kawen sorok2..but last2 ktorg tau jgk..mak ngah marah betol sbb patutnya pakcik2 dr sebelah bapak kene tanggung sbb 2nd wife tu xkeje..


last2 6 orang ni pakat la hulur setiap bulan 1500 kt mak itam muda saya tu. mak ngah cakap kt adik2 lelaki dier "korang jawap la akhirat besok"..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepupu i meninggal tinggal anak 5 kecik2 semua..
Balu walaupun kerja cikgu tapi satu hapa pun tak tau psl urusan rumah.. Tahap beli rumah loan bank apa pun tak tau

Ada 2 anak lelaki, makcik i tak pernah pun tanya pasal harta.. Sebab mak sejenis semua hal serah kat arwah suami semata2, lepas meninggal orang tanya itu ini semua tak tau...  adik perempuan sepupu i ajak pindah sebelah rumah so senang dia & suami uruskan depa anak beranak.. Sampai besar dah semua kerja anak2 dia sekarang.  

Klu la yg dlm cerita ni sepupu i,  InShaaAllah terbela dia & anak2... Sebab makcik I mmg tegas bab tanggungjawab ni.. Menantu lelaki pun bagus,  dia membantu anak sedara isteri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 09:23 AM | Show all posts
koko2 replied at 18-4-2019 08:59 AM
Manusia now ni baik famili mentua.. Sendiri semua tak boleh pakai..

Aku ada 2 anak Pompuan Dan  ...

kat mana nak buat hibah ni yer?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kucengcomel replied at 18-4-2019 09:22 AM
hmmm...mcm yg berlaku dlm keluarga saya pulak lain sikit.

Arwah pak itam kawen 2, 1st wife ank 3  ...

Apa Ada Hal dgn lelaki melayu Malaysia ni. Susu ank sendiri pun berkira. Takkan susu ank org dia nak belikan. Ada duit bIk beli rokok, belanja Kwn, sewa boat pi mancing. Bini duk buat keje rumah Dan jaga ank sorang2. Jantan2 ni pi bersosial. Semlm Aziz m Osman ckp carilah best friend bkn Cari bini. Cari bini hang buat kuli. Cari best friend hang lepak mamak pun Tak perlu Ada org lain. Melalutlah pulak.. emo dgn jantan yg dididik dek emak2 yg berakal senteng ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2019 09:35 AM | Show all posts
koko2 replied at 18-4-2019 08:59 AM
Manusia now ni baik famili mentua.. Sendiri semua tak boleh pakai..

Aku ada 2 anak Pompuan Dan  ...

Tahniah! Pilihan yang bijak.

Aku rasa sejak hibah ni popular sejak dua mejak ni, stigma wasiat/ hibah ni dah makin cair dalam masyarakat. Harap cair terus lagi dan lagi.
Ibu bapa yang peka dah banyak buat wasiat/ hibah yang juga ada dalam Quran.

Aku sgt2 pelik napa masyarakat Melayu dulu pilih dalil faraid berbanding dalil wasiat/ hibah?
Kenapa masayarakat kita lebih dididik untuk tahu pasal faraid berbanding keutamaan wasiat/ hibah. This has to change!
Aku rasa utama lagi mak bapak buat wasiat/ hibah siap2 berbanding biar harta difaraid. Aku minta maaf kalau ni salah la ye tp thought i penah baca keutamaan wasiat berbanding faraid. Faraid tanpa wasiat/ hibah makes your own immeidate/ nucleus family suffer after your passng. Sigh



Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah bab harta ni memang tak boleh nak buat apa la. Dan dan la nak ikut islam bagai. Dan dan la masa tu tau hak bagai.

Macam mak aku meninggal dulu, segala aset dia semua kena faraid ke adik-beradik dia sekali sebab adik-beradik aku semua pompuan. Ada yang paham tu diorang pulangkan balik duit. Yang buat-buat tak paham tu seronok joli sakan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:53 AM | Show all posts
Edited by haryatie at 18-4-2019 09:55 AM

da dpt family mertua tamak mcam tu la
arwah abg aku semua ank nya prempuan
bila dia ninggal kita org adik bradik semua setuju/sign borang tu
semua segala harta, duit, kereta, tanah serah kat kak ipar dn anak2
xde hal pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:54 AM | Show all posts
arasham replied at 18-4-2019 09:10 AM
Hukum Islam dipandang sepi. Kata seorg ustaz yg I follow Kita sentiasa diingatkan ttg fekah tapi Bab ...

tauhid , fekah dgn akidah --tiga2 tu kena belajar semua..tak boleh belajar 1  atau 2 sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 09:58 AM | Show all posts
cerita sama diulang-ulang alter sana sikit sini sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pesen ikut islam sekerat2 ja apa yg bermanfaat tuk dia je yg dia ikut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 18-4-2019 09:34 AM
Apa Ada Hal dgn lelaki melayu Malaysia ni. Susu ank sendiri pun berkira. Takkan susu ank org dia n ...

Org laki melayu jadikan bini dia tak ubah cam baby sit dia.
Kena jaga makan minum pkai.dr kecik sampai tua renta tak reti2 ke jaga diri sendiri.
Awak tu lelaki patut lelaki yg jaga pompuan.
Sian org pompuan semua org dia kena jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaha I like cara pendekatan nak ikut hukum sgtkan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 10:10 AM | Show all posts
Faraid ni cantik dah sangat aturannya....
yg mencacatkan faraid ni penerima faraid itu sendiri...

Bila kematian je berbondong2 laa ahli keluarga simati yg tak penah tanya kabar pun tetiba jadi baik kat sibalu dn anak2 semata2 nak tau berapa byk harta terpijak yang diorg bole dpt..HARTA FREE giler tak nak...

Tang faraid tetiba semua nak ikut islam...tapi FARAID sebenarnya depa tak nak amik tau pun..
Penerima faraid ni tanggungjawabnye besar..tu sebab depa mendapat faraid, sebab org2 yg menerima faraid ni menerima sekali tanggungan si arwah iaitu kos keperluan dan perbelanjaan keluarga siarwah. bkn saja2 dpt harta faraid free..

Kenapa sekarang orang mula nampak Hibah sebagai alternatif kepada faraid, sebab hibah ni memudah cara, aset yg mudah dicairkan sementara nak selesaikan kes faraid harta pusaka arwah. Itupun jika harta pusaka arwah banyak...buat nya tak seberapa tapi prosesnya nak dptkan mencairkan harta pusaka tu bukan mudah, buatnya ada ahli keluarga yg tak bersetuju sampai bila2 pun tak settle kes faraid ni...

Hibah pula lebih mudah kerana hibah dibuat sewaktu arwah masih hidup, dinamakan awal2 penerima hibah, bila berlakunya kematian, sibalu atau penerima hibah cuma perlu membuat urusan dengan pihak yg mengendalikan hibah, tak perlu turun naik pusaka kecil, bertelagah adik beradik sapa yg setuju sapa yang tak, tak perlu menunggu proses amanah raya pula.

apa beza lak ngan wasiat...wasiat yg dibole bole dicabar oleh ahli keluarga simati tu satu kelemahannya especially kita org muslim.. sudah2 nya akan berbalik mengikut aturan faraid semula.  Hibah pula lebih mudah dan tidak bole dicabar oleh sesiapa. Pemberian melalui hibah adalah muktamad dan tidak bole dipertikaikan oleh ahli keluarga yang lain.

Berbeza dengan penamaan dikwsp sebab wang kwsp walaupun dinamakan keatas nama anda, wang tersebut hendaklah dibahagikan mengikut faraid sebab nama anda sebagai penama sahaja bukan sebagai penerima Hibah...

untuk lebih memudahkan, pilihan Hibah adalah cara yang terbaik untuk memastikan keluarga arwah terbela.  Hibah diterima 100% oleh penama yang dinamakan tanpa perlu membahagikan mengikut faraid lagi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
haryatie replied at 18-4-2019 09:53 AM
da dpt family mertua tamak mcam tu la
arwah abg aku semua ank nya prempuan
bila dia ninggal kita o ...


Bertuah kak ipar uols, jarang org nk serahkn selalunya nk lagi ada sampai gaduh2.
Padahal biar la kereta umah org tu pkai bygkn dah elok duk situ ank dpt tidur n sekolah tetiba bapak ninggal kena mulakn balik dgn zero dahla sedih bapak dah tade pastu kena mula semula hidup dgn susah teruk.
Kita patutnya bantu memudahkn hidup ank2 yatim tu bknnya menyulitkn lg.
Semalam ada terbaca komen seorang acik ni ank dia lelaki meninggal tinggal balu ngan ank2 gak.
Dia kata suami dia tak ambil bhgn harta dan serahkn semula kt cucu2, tp bhgn utk dia ,dia mmg ambil la.
Pastu menantu dia pun kalau dtg jumpa dia still hulur duit kt dia.
Susah gak org nk lepaskn semua bhgn ye so uols sekeluarga kita org yg bertimbang rasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.089000 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list