CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5842|Reply: 18

Menakjubkan! Hotel Bawah Tanah Pertama Di Dunia. Ini Gambar Dan Fakta Menarik Bi

  [Copy link]
Post time 18-4-2019 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Negara China sering memberi "kejutan" kepada dunia luar atas keunikannya dan betapa luar biasa projek-projek pembangunan di negara ini. Kali ini, China berjaya mencatat sejarah dengan pembinaan Hotel Bawah Tanah yang pertama di dunia.





Kredit Foto: Google



Hotel bawah tanah pertama di dunia yang dinamakan sebagai InterContinental Shanghai Wonderland  atau dikenali sebagai Hotel Deep It terletaknya di Shanghai dan telah pun  di buka sejak November yang lalu.


Kredit Foto: ihg


Untuk itu ini gambar dan fakta menarik mengenai hotel bawah tanah InterContinental Shanghai Wonderland.




1. Hotel dibangunkan di sebuah lokasi perlombongan yang terbengkalai.


Kredit Foto: ihg


Biasanya  pembinaan hotel dan resort mewah akan ditempatkan di bandar raya dan di tepi pantai  yang menjadi tumpuan orang ramai. Tetapi Hotel Deep Pit yang bertaraf lima bintang ini dibina di dalam dalam kuari yang terbengkalai di bandar Songjiang, iaitu terletak di barat daya Shanghai, kira-kira 35km dari pusat kota Shanghai.


2. Hotel bawah tanah dan bawah air



Kredit Foto: Google


Perkara lain yang membuatkan hotel ini lebih unik  adalah disebabkan struktur bangunannya yang mempunyai berbelas-belas tingkat iaitu enam belas  dari lapan belas tingkat hotel dibina di bawah tanah, termasuk dua tingkat di bawah air yang terdiri daripada bilik dan restoran. Setingkat lagi pula menghadap ke akuarium bawah air dan  menyediakan kemudahan kompleks sukan termasuk kolam renang.




Kredit Foto: ihg



Tidak dinafikan salah satu kejayaan kejuruteraan yang berlaku sepanjang dekad pembinaan hotel, Shanghai Wonderland nampaknya satu-satunya hotel dengan semua lantai tenggelam di bawah genangan air.





3. Berkonsepkan alam semula jadi



Kredit Foto: Google


Selain menjadi hotel underground yang unik, hotel ini mengfokuskan kepada reka bentuk mesra alam yang semula jadi.



Hal ini demikian, ia memiliki jana kuasa sendiri, termasuk untuk tujuan pemanasan dan pencahayaan melalui tenaga geotermal dan tenaga solar, serta bumbungnya yang diliputi tumbuhan hijau.




4. "Dalam Imej" - Walkway Made of Glass


Kredit Foto: Google


Di samping mempunyai tarikan yang melibatkanbungee-jumping  dan pendakian di dinding kuari, terdapat sebuah laluan pejalan kaki diperbuat daripada kaca, seperti ditunjukkan gambar di atas, ia mungkin dibina untuk membolehkan akses yang mudah antara bahagian atas dan bawah kuari .





5. Pemandangan yang indah dan penuh panorama




Kredit Foto: Google



Dengan jumlah bilik lebih kurang 336 suite, hotel InterContinental Shanghai Wonderland menjanjikan penginapan yang terdedah kepada air tejun di tebing-tebing sekitarnya ang cukup menarik dan penuh panorama.



6. Mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkannya



Kredit Foto: Google


Lebih 5,000 orang  tenaga kerja terdiri daripada arkitek, jurutera, pereka dan pekerja turut serta dalam pembinaan yang mengambil masa 10 tahun ini.



Projek ini asalnya sudah ditubuhkan sejak 2006 ini lagi. Namun tidak dapat memulakan kerja pembinaan berikutan timbulnya pelbagai kesukaran dan risiko, sehinggalah  pada tahun 2013 kerja-kerja pembinaan secara rasmi dimulakan.  





7. Dibangunkan oleh Syarikat yang sama membina Burj Al Arab



Kredit Foto: Google


Syarikat British bernama Atkins juga  terlibat dalam pembinaan hotel ini.  Syarikat ini memliki banyak projek seni bina mereka yang cukup terkenal. Salah satunya adalah Hotel Burj Al Arab di Dubai.


8. Kos pembinaan lebih kurang 150 Juta Dolar



Kredit Foto:Google



Mempunyai banyak isu semasa membina hotel ini hingga memerlukan kos yang tinggi.

Menarik bukan? -CARI                                                               

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 11:57 AM | Show all posts
fuyoo, menakjubkan, tapi still rasa takut..dah le bekas lombong tinggal, bawah tanah pulak lagi.

aku rasa negara Arab Saudi yang kaya tu, boleh le upgrade hotel2 kat sana, beri byk facilities, buat public toilet yg selesa..khususnya untuk jemaah umrah dan hajj.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
apa beza dgn sunway lagoon? bekas lombong gak
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow sangat.. Rege mesti rege yahudi.. Ok la kan drp tahap pprt, rege yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik.. tepi2 tu sawah padi je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 03:38 PM | Show all posts
wow... cantik gila. kagum sangat dengan orang yang bagi idea ni in the 1st place.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2019 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
wow nice........
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 05:17 PM | Show all posts
cantik! teringin nak pegi nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 04:47 PM | Show all posts
Kalau tgk kt agoda.com..price mula dlm rm1833 per nite
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 10:54 PM | Show all posts
Bijak idea ni..hotel yang unik dari segi view.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 10:36 AM | Show all posts
besar and nampak mewahnya hotel dia....memang unik
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 09:51 AM | Show all posts
macam teringin jer nak gi situ
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh cantik & unik..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 04:00 PM | Show all posts
unik...tapi confirm harga boleh koyak poket
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tapi macam rasa gerun sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik sangatttt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2019 05:25 PM | Show all posts
cantik tapi mcm takut je nk stay situ
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 10:03 AM | Show all posts
unik sangat
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 08:49 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 18-4-2019 12:02 PM
apa beza dgn sunway lagoon? bekas lombong gak

xde beza.
Sunway Lagoon Resort Hotel pun atas cerun lobby kat tingkat atas then you go down to your room.

OK maybe not as dramatic, but konsep sama sangat...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.229889 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list