CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1964|Reply: 13

[Tempatan] MPV Pengarah Bukit Aman DIJUMPAI #9

  [Copy link]
Post time 18-4-2019 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 23-4-2019 11:40 AM

MPV Pengarah Bukit Aman pun kau sebat




KENDERAAN pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang digunakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh, hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di parkir sebuah restoran di Sungai Ramal, Kajang, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kenderaan mewah itu disedari hilang oleh pemandunya berusia 31 tahun sebaik selesai makan di restoran berkenaan.

“Pemandu terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Jinjang selepas selesai menyelenggara kenderaan itu sebelum menuju ke Negeri Sembilan.

“Pemandu singgah untuk makan di sebuah restoran di Sungai Ramal pada jam 7 malam dan sebaik selesai makan kira-kira jam 8 malam, dia menyedari MPV berkenaan tiada di parkir berhampiran restoran itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Azam berkata, pemandu turut kehilangan dompet dan dokumen pengenalan diri dalam kejadian ini.

“Usaha mengesan MPV itu sedang giat dijalankan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 08:45 AM | Show all posts
hehehe...

semua kepala2 kongsi patut kena panggil mengadap

sape punya anak buah buat job bodoh ni

tak mengaku kaluuu, tarak bisniiissss
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 08:52 AM | Show all posts
da jumpa lum?aku rasa dah barai da vellfire tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 08:53 AM | Show all posts
bahenol betullah pencurik ni..

ko x tak tau ke keta yg ko curik tu keta org besaq bukit aman $#%$&&

siap lah ko.. kene cari samai lobang cacing...

ni mesti pencurik persendirian ni.. kalo geng kongsi mesti dah mark keta 'abg kawasan' yg x boleh disentuh.. ni namanya 'caripasal' matilanak!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2019 06:31 PM | Show all posts
tak ada group whatsapp mcm ni la jadinya
sampaikan kereta top police pun tak kenal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2019 06:33 PM | Show all posts
[UPDATE] Polis giat kesan MPV Pengarah JSJN

POLIS menggiatkan usaha mengesan Toyota Vellfire digunakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh, yang hilang dicuri di parkir sebuah restoran di Kajang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya berusaha mendapatkan petunjuk mengenai kehilangan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai curi kenderaan dan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Belum ada tangkapan dilakukan dan kita masih mengesan kenderaan itu termasuk petunjuk baru mengenainya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Fadzil berkata, pihaknya sudah merekodkan keterangan pemandu MPV itu bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian,” katanya.

Harian Metro melaporkan kenderaan mewah itu disedari hilang oleh pemandunya berusia 31 tahun sebaik selesai makan di restoran berkenaan.

Pemandu terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Jinjang selepas selesai menyelenggara kenderaan itu sebelum menuju ke Negeri Sembilan.

Pemandu singgah untuk makan di sebuah restoran di Sungai Ramal 7 malam dan sebaik selesai makan 8 malam, dia menyedari MPV berkenaan tiada di parkir berhampiran restoran itu.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2019
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2019 06:34 PM | Show all posts

Vellfire bos JSJN hilang tiada kaitan cabar PDRM
19 April 2019 2:47 PM


SHAH ALAM - Tiada sebarang isu mencabar Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaliknya hanya jenayah curi kenderaan biasa melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang digunakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, MPV tersebut secara kebetulannya telah dicuri oleh penjenayah di kawasan tersebut yang tidak dilengkapi televisyen litar tertutup (CCTV).

"Ini bukan cabar polis atau tidak tetapi kebetulan kereta itu hendak dicuri (penjenayah), itu sahaja.

"Kita cuba menyelesaikan kes ini secepat mungkin dan bukan satu keutamaan dan kita ada Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menjalankan siasatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kata beliau, SOP itu termasuk MPV itu akan disenarai hitamkan dan melawat tempat kejadian bagi mendapatkan sebarang petunjuk bagi mengenalpasti suspek terlibat.

Ujar Fadzil, pihaknya telah mengambil keterangan pemandu MPV itu yang merupakan anggota polis berusia 31 tahun.

"Setakat ini, siasatan mendapati tiada kesan cermin MPV itu pecah di lokasi kejadian dan kita masih mengesan kenderaan sama ada masih di negara ini atau tidak.

"Justeru, sama ada dilakukan oleh penjenayah profesional atau tidak, siasatan lanjut masih dijalankan pihak kami," katanya.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan MPV Vellfire berharga kira-kira RM300,000 yang digunakan Mohmad hilang akibat dicuri di Sungai Ramal, Kajang kelmarin.

Kehilangan MPV berwarna hitam itu disedari pemandu Mohmad yang juga anggota polis pada pukul 8 malam ketika dia hendak beredar selepas menjamu selera di sebuah restoran di Sungai Ramal. -
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 10:32 PM | Show all posts
pastu nanti jadi cam dulu...  keta polis ditinggalkan siap ada nota : sorry salah amek : lebih kurang...

hahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2019 11:39 AM | Show all posts
Kenderaan rasmi Pengarah JSJN ditemukan di Teluk Intan
23 April 2019 11:13 AM


KUALA LUMPUR 24 April- Kereta Toyota Vellfire Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang dilaporkan hilang dipercayai dicuri di Kajang dekat sini pada 18 April lalu telah ditemukan di Teluk Intan, Perak, kelmarin. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kenderaan itu ditemukan oleh pasukan JSJ Hilir Perak kira-kira pukul 5 petang.

“Kenderaan tersebut dilihat diletakkan dalam keadaan mencurigakan di belakang sebuah bangunan di Taman Melor Sejati atau berhampiran Sejati Waterfront, Teluk Intan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan tersebut masih dilaporkan hilang bersabit kes curi kenderaan di Kajang dipercayai kenderaan rasmi Pengarah JSJN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Fadzil, kenderaan itu dibawa balik ke Ibu pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut. 

18 April lalu, kereta yang digunakan Pengarah JSJN Bukit Aman itu dilaporkan hilang di kawasan meletak kenderaan sebuah restoran satay di Sungai Ramal dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kehilangan Toyota Vellfire berwarna hitam tersebut disedari pemandu kenderaan terbabit berusia 31 tahun.

Difahamkan, kenderaan itu baru sahaja selesai diselenggara di Jinjang, di sini untuk ke Negeri Sembilan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 11:45 AM | Show all posts
iolss syak driver ni makan kat Willy Satay, Ramal Junction.
situ memang gelap pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kete mewah yg hi security pun senang dicuri. Bijak2 pencuri skg.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kete hilang jer pun tapi polis punya semangat cari tue kagum jap...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 12:12 PM | Show all posts
vellfire mmg hot dikalangan pencuri kannn?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 03:45 PM | Show all posts
tu lh mak pesan
time maghrib2 duk rmh
ha kan dh kena sorok


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.082737 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list