CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 7

[Tempatan] Apa jadi kpd dividen kwsp, asb, th, LTAT, public mutual tahun depan sekiranya FT

  [Copy link]
Post time 18-4-2019 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Malaysia berisiko menghadapi aliran keluar pelaburan oleh pelabur asing di dalam bon-bon kerajaan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) berjumlah RM33 bilion tahun ini sekiranya FTSE Russel bertindak "downgrade" Malaysia dan mengeluarkan Malaysia daripada indeks bon global.

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Risiko RM33 bilion akan dibawa keluar oleh pelabur asing.

Tahun lepas sahaja, sejak Pakatan Harapan jadi kerajaan, aliran keluar pelaburan portfolio (pasaran saham dan bon) mencecah lebih RM43.352 bilion.

Sebelum PH jadi kerajaan, negara mencatatkan aliran masuk pelaburan dalam pasaran kewangan. Ini datanya:

Suku pertama 2018: Aliran masuk RM8.062 bilion
Suku kedua 2018: Aliran keluar RM37.194 bilion
Suku ketiga 2018: Aliran keluar RM3.641 bilion
Suku keempat 2018: Aliran keluar RM2.517 bilion

Jangan ingat aliran keluar pelabur asing dan kejatuhan pasaran kewangan saham dan bon ni takde kesan kepada anda semua. Kalau anda ada simpanan ASB, Tabung Haji, mencarum KWSP anda semua pasti akan terkesan dengan perkembangan pasaran kewangan negara sejak tahun lepas. Dividen, bonus dan hibah akan jadi lebih rendah. Kadar faedah bon kerajaan akan meningkat dan menyebabkan kos pinjaman kerajaan juga meningkat dan seterusnya pembayar cukai akan terpaksa menanggung bebanan ini melalui pengenalan lebih banyak cukai.

Sebelum PH jadi kerajaan duit masuk, lepas PH jadi kerajaan duit keluar.

Tatkala pasaran kewangan negara-negara lain seluruh dunia meningkat, pasaran kewangan negara kita jatuh disebabkan pelabur asing yang angkat kaki blah dari Malaysia untuk melabur di tempat lain.

Kenapa agaknya?

Masihkah mereka nak menyalahkan faktor luaran? Ataupun nak menyalahkan BN?

Rujukan:

1. Malaysia faces up to RM33b outflow risk if bonds dropped from global index, says Maybank Kim Eng - The Edge Markets: https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-faces-rm33b-outflow-risk-if-bonds-dropped-global-index-says-maybank-kim-eng

2. Malaysia Balance of Payments: Bank Negara Monthly Statistical Bulletin: http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2019/2/xls/3.6.xls

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 11:23 PM | Show all posts
ikut kata pencacai PH, ekonomi teruk ni semua nya salah BN.
ini semua salah Najib Penchuri.

so ikut logik pencacai PH,
pelabur luar tu semua sama ada orang BN, or peyokong Najib.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 11:27 PM | Show all posts
btw my expectation dividen ASB hujung tahun ni mesti bawah 5%
macam biasa PH akan blame ini semua nya salah Najib Bossku.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak kita turunkan PH sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 06:50 AM | Show all posts
ada menteri ph kesah?
kalau post CEO dah lama board director suruh pecat

dlm kabinet, post menteri setiap parti komponen ada wakilnya
so hadap shj la waima perform ke tidak menteri tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2019 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 19-4-2019 06:18 AM
Boleh tak kita turunkan PH sekarang?

Mahader x berani nak buang menteri2 yg x kompeten yg bukan dari parti ppbm.  Sbb tu mahader x blh buat apa2 dgn fake akauntan, menteri2 india racis (Kula & waytha), mahfuz x sekolah, mat sabu tipu sijil
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2019 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 19-4-2019 07:12 AM
Mahader x berani nak buang menteri2 yg x kompeten yg bukan dari parti ppbm.  Sbb tu mahader x blh  ...

Dia berani lawan raja2 melayu apa..apasal kecut telur dgn bukan melayu dan semua yg x perform tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2019 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 19-4-2019 07:18 AM
Dia berani lawan raja2 melayu apa..apasal kecut telur dgn bukan melayu dan semua yg x perform tuh. ...

Kannn...dgn org melayu dia berani kata mcm2...berani fitnah mcm2. Dgn menteri2 DAP & menteri rasis Kula & Waytha terus telor madey kecut masuk ke dalam. Al maklum PM 13 kerusi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.087199 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list