CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: safriehalim

[Politik] Setakat Perbicaraan Hari Ke 5 Kes Najib, Apa Kata Anda?

  [Copy link]
Post time 19-4-2019 03:51 PM | Show all posts
harap lepas ni SPRM dan Polis jgn teragak2 nak check dan periksa akaun peribadi pemimpin2 PH .. pemimpin2 DAp .. renovate rumah laa.. beli kete laa.. repair sinki laa.. beli jam.. cincin semua anak beranak kena audit.. periksa akaun masing2.. biar adil..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk cacai2 yg cakap berapa puluh ribu je tu, nmpak sgat x follow kes. Setakat dgar sembang bossku sial dekat fb dia jah terus percaya. Kahkahkah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 19-4-2019 04:21 PM
Utk cacai2 yg cakap berapa puluh ribu je tu, nmpak sgat x follow kes. Setakat dgar sembang bossku si ...

Nama jho low pun dah x blh sebut skrg....takut fitnah kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 19-4-2019 11:53 PM
Nama jho low pun dah x blh sebut skrg....takut fitnah kantoi

Jolo kes 1mdubo lah, ni kes src. Kau ni bodo ke apa tolol?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts


Dengaq cita hari ke 5 semakin ramai yang tahu rutin najib dua kali seminggu selalu buat majlis bacaan Yasin & selalu buat program program ilmu & selalu dijemputnya budak budak tahfiz. Betapa dia memuliakan budak budak tahfiz.

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari ke 5 :

Dua orang daripada saksi-saksi yang dipanggil adalah kontraktor binaan dan renovasi yang telah membuat kerja-kerja binaan di rumah Dato’ Seri Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Saksi-saksi ini dipanggil oleh pihak pendakwaraya untuk menunjukkan ke mana duit yang dikatakan berasal daripada syarikat SRC telah dibelanjakan.

Berdasarkan keterangan Peguam Negara Tommy Thomas, teori pihak pendakwaraya ialah syarikat SRC telah memasukkan duit ke dalam akaun dua anak syarikat mereka iaitu Ihsan Perdana Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikat ini telah memasukkan duit ke dalam akaun Dato’ Seri Najib dan akaun ini digunakan oleh Dato’ Seri Najib untuk tujuan peribadi beliau seperti membuat renovasi rumah dan sebagainya.

Dua anak syarikat SRC tersebut iaitu Ihsan Perdana Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menjalankan kerja-kerja corporate social responsibility (CSR) atau kerja-kerja tanggungjawab sosial, kebajikan atau amal jariah.

Dan teori pihak pendakwaraya lagi ialah perkara di atas dilakukan oleh SRC sebagai timbal balasan kepada Dato’ Seri Najib kerana Kementerian Kewangan telah meluluskan jaminan kewangan kepada syarikat SRC ke atas pinjaman mereka.

Ada sekurang-kurangnya dua perkara yang tidak kena dengan teori pendakwaraya ini:

PERTAMA, mengikut undang-undang untuk mensabitkan kesalahan, pihak pendakwaraya perlu membuktikan teorinya bahawa Dato’ Seri Najib telah mengarahkan syarikat SRC tersebut untuk memasukkan duit ke dalam akaunnya yang kononnya sebagai timbal balas ke atas tindakan Kementerian Kewangan meluluskan jaminan pinjaman syarikat SRC tersebut.

Teori dan perkara ini tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaraya sehingga kini. Apa yang ada pada mereka hanyalah teori Peguam Negara seperti di atas

Oleh sebab ini, besar kemungkinan pihak pendakwaraya cuba mengalih perhatian dengan cuba menunjukkan yang kononnya Dato’ Seri Najib menggunakan duit SRC untuk merenovasi rumahnya oleh itu beliau telah menggunakan duit tersebut untuk kepentingan peribadi dan kemewahan dan oleh itu beliau yang mengarahkan SRC untuk memasukkan duit tersebut ke akaunnya untuk tujuan ini.

Ini adalah satu lagi teori berdasarkan tanggapan lemah tanpa bukti daripada pihak pendakwaraya.

Faktanya: kerja-kerja “renovasi” kediaman Dato’ Seri Najib tersebut sebenarnya adalah untuk penambahan pondok polis untuk keselamatan beliau sebagai Perdana Menteri dan juga untuk membaiki dan menambah kapasiti tangki air kediaman beliau supaya ianya boleh menampung majlis keramaian rakyat yang kerap diadakan di kediaman tersebut, bukan untuk bermewah-mewah.

Majlis ini termasuk jemputan kepada pelajar tahfiz dan anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur yang kerap diadakan di kediaman beliau di Langgak Duta.

Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib lebih banyak menginap di kediaman sendiri beliau di Langgak Duta dan tidak banyak menggunakan kediaman rasmi di Seri Perdana.

Oleh itu banyak majlis-majlis bersama tetamu dan rakyat diadakan di kediaman Langgak Duta dan bukan di Seri Perdana.

Seri Perdana adalah amat besar berbanding kediaman beliau sendiri di Langgak Duta dan walaupun ditanggung kerajaan, kos penyelenggaraan dan mengadakan majlis di Seri Perdana adalah jauh lebih tinggi.

Apabila beliau kerap menginap dan mengadakan majlis di Langgak Duta, ianya sebenarnya adalah lebih menjimatkan kerajaan.

Rumah di langgak duta memang rumah banglo, namun ia bukanlah rumah banglo mewah seperti rumah agam Tun Mahathir di Cyberjaya dan Seri Kembangan, atau rumah agam Tun Daim di Hulu Kelang atau rumah tersergam Mokhzani dan Mukhriz.

Ia adalah rumah banglo sederhana yang pada asalnya tidak pun muat untuk menampung majlis yang besar.

Memang ada kerja-kerja renovasi, tetapi untuk menambah pondok polis dan tangki air untuk keselamatan dan kegunaan majlis bersama rakyat, bukan untuk tujuan kemewahan.

Oleh itu untuk pihak pendakwaraya menganggap yang Dato’ Seri Najib mengarahkan keluar masuk duit ini ke dalam akaun-akaun ini tanpa pengetahuan orang lain adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Oleh yang demikian, sepatutnya pihak pendakwaraya memanggil saksi kritikal kepada kes ini iaitu saksi yang boleh menyokong keterangan di atas (iaitu Dato’ Seri Najib telah mengarahkan duit dimasukkan ke dalam akaun beliau sebagai timbal balas), bukan saksi kontraktor yang menunjukkan mereka telah membina tangki air dan pondok polis di rumah Dato’ Seri Najib menggunakan duit dari akaun beliau.

Apabila pihak pendakwaraya gagal mengemukakan walau seorangpun saksi kritikal di atas, besar kemungkinan yang teori pihak pendakwaraya tersebut adalah tidak benar dan tanggapan mereka tersebut tidak berlaku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2019 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca dlm paper renovasi buat almari ngan dapur rm200k...celah mana buat pondok polis plak
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jemput anak yatim baca yassin dah terbukti Najib suci murni dari salah guna kuasa dan kloptokrasi....






























Akai macai.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2019 03:33 PM | Show all posts
Remyda replied at 20-4-2019 07:32 AM
Dengaq cita hari ke 5 semakin ramai yang tahu rutin najib dua kali seminggu selalu buat majlis b ...

Alhamdulillah. Sekarang Ganja lebih mempercayai Najib.
Orang yang ada rutin dua kali seminggu buat majlis bacaan yassin dan majlis ilmu dengan panggil anak-anak yatim,
tak kan la nak buat kerja2 menyalahgunakan kuasa dan ambil duit yang bukan hak miliknya kan.
Ganja stand with Najib.



Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
setakat hari ke 5 ni dah jumpa belum duit dlm akaun ambank najib tu guna utk beli permata rosmah, set rambut dia, blablabla?

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
badaksumbu replied at 20-4-2019 03:44 PM
setakat hari ke 5 ni dah jumpa belum duit dlm akaun ambank najib tu guna utk beli permata rosmah, se ...

Dah hari ke 5 masih belum jumpa transaksi berlian merah jambu yg difitnah Raja Fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x panggil raja fitnah rafizi jd saksi. Kan dia mengaku tahu semua?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zidane_ziege at 21-4-2019 10:40 AM

Tolong la bersatu padu dibawah mat asan dan singkirkan jibon & co dulu..baru la raykat ada selera nak sokong umno dan lobai..

MENJAWAB PERTUDUHAN ISHAM JALIL, BEKAS PEGAWAI KHAS JABATAN PERDANA MENTERI YANG MEMUATNAIK VIDEO PERBICARAAN NAJIB

1. Isham Jalil TIDAK MENAFIKAN sememangnya wang berjuta-juta ringgit telah memasuki akaun Najib Razak melalui SRC International ataupun anak-anak syarikat SRC International. Yang dipertikaikan oleh pasukan Najib (Shafee & Isham) cuma seperkara, iaitu sama ada pendakwaan boleh membuktikan aliran wang berjuta-juta ringgit ke akaun Najib adalah disebabkan arahan Najib.

2. Maksudnya Isham sedang jawab macam ini:
"Ye, wang berpuluh-puluh juta masuk akaun peribadi Bossku. Itu tidak dinafikan. Sememangnya betul berpuluh-juta masuk akaun Bossku. Tapi bolehkah AG buktikan aliran wang ke akaun Bossku adalah atas arahan Bossku?"
Lebih kurang macam tu lah maksudnya.

3. Kemudian Isham ulas pasal empat perkara, iaitu
(i) tangki air dibina untuk budak-budak tahfiz;
(ii) Najib stay di Langgak Duta lebih kerap sebab nak jimat duit kerajaan;
(iii) Syarikat-syarikat yang masukkan duit ke akaun Najib adalah syarikat-syarikat buat amal jariah.
(iv) Rumah Tun Mahathir lebih besar

4. Namun, keempat-empat ulasan ini tidak ada kaitan langsung dengan perbicaraan yang dihadapi Najib. Ini cuma propaganda di luar mahkamah bagi membina imej positif bagi Najib.
(i) Budak-budak Tahfiz- Najib Muslim baik;
(ii) Jimat duit kerajaan- Najib berhemah & bertanggungjawab;
(iii) Amal jariah- Najib menabur bakti kepada masyarakat.
(iv) Rumah Tun M- Najib lebih zuhud berbanding Tun M

5. Keempat-empat point ini sebenarnya TIDAK BOLEH DIPAKAI DALAM MAHKAMAH. Kalau point-point ini digunakan oleh Shafee dalam mahkamah, gerenti 100% Hakim & minta dia stop. Sebab....
(i) Najib buat tangki untuk budak-budak tahfiz atau untuk mandikan gajah, mahkamah tidak peduli pun.
(ii) Najib nak tinggal lebih kerap di Langgak Duta sebab nak jimat duit kerajaan atau sebab nak malam-malam peluk Rosmah, mahkamah tidak peduli pun.
(iii) Syarikat-syarikat itu buat amal atau jual arak, mahkamah tidak peduli pun.
(iv) Rumah Najib atau rumah Tun Mahathir lebih besar, mahkamah tidak peduli pun.

6. Macam kalau awak mencuri basikal & ditangkap, ada ke mahkamah kisah kau curi basikal sebab nak pergi masjid atau sebab nak pegi clubbing? Tak kisah pun.
Ada ke mahkamah kisah basikal yang kau curi atau basikal jiran kau lebih besar? Tak kisah pun.
Sebab yang dibicarakan adalah 'ada ke tidak' kau mencuri, bukannya 'sebab apa' kau mencuri basikal, bukannya basikal siapa lebih besar.

7. Kemudian Isham dakwa "semestinya Najib mempunyai akses kepada banyak akaun untuk perbelanjaan politik dengan jumlah ratusan juta ringgit untuk parti...."

-FUH!!!!! Dahsyat. Mengaku jugalah Najib ada beberapa ratus juta dana politik untuk diagih-agihkan bagi tujuan politik.

8. Tapi dia juga dakwa ianya mustahil untuk Najib menguruskan akaun dia sendiri. Maksudnya ada orang lain yang ditugaskan mengurus akaun peribadi Najib.

-FUH!!!!! Lagi dahsyat. Wahai pembaca-pembaca sekalian, ada korang kenal siapa-siapa dalam dunia ini, dia bagi akaun bank dia kepada orang lain untuk diurus? Gila kah? Nanti kita minta Isham kongsikan akaun bank dia. Kita sudi tolong urus. Kan?

9. Point terakhir Isham, dia cuba buat persepsi kononnya wang masuk akaun Najib tanpa pengetahuan Najib.

Saya jawab:

(i) Siapa-siapa dalam dunia ini pun tahu berapa baki duit dalam akaun bank masing-masing. Sebab itu kalau pergi shopping, kita pastikan harga barangan yang nak dibeli adalah kurang daripada baki bank akaun. Kalau akaun bank hanya baki RM200, takkanlah kita nak pergi kedai perabot beli sofa RM1,500? Ini logik asas.

Najib pula, cek yang dia tandatangani dalam dua tiga bulan cecah BERPULUH JUTA. Macam mana Isham boleh kata 'Najib tidak tahu' sedangkan masa Najib sign cek jumlah berjuta-juta yang dibayar tertulis atas cek tersebut? Ada ke orang sign cek tanpa mengetahui baki akaun cukup ke tidak?

(ii) Siapa-siapa dalam Malaysia pun tahu, kalau awak transfer duit, bank akan hantar TAC dalam bentuk SMS. Kalau awak sign cek atau transfer duit dalam jumlah besar, bank akan telefon untuk double-check betul ka tidak awak authorise transaksi tersebut.

(iii) Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) mengharamkan penerimaan, pemilikan atau penyembunyian hasil aktiviti haram. Pesalah boleh dipenjarakan maksimum 15 tahun atau/dan didenda 5 kali ganda wang haram yang dikantoikan.

Bagaimana mahkamah tentukan sama ada tertuduh terlibat terlibat atau tidak, ada disebut dalam Seksyen 4(2)(a) AMLA dan Seksyen 4(2)(b) AMLA.

Siapa-siapa "tanpa alasan yang munasabah tidak mengambil langkah munasabah untuk menentukan sama ada atau tidak harta itu ialah hasil daripada aktiviti haram".

Maksudnya, kalau awak tetiba jumpa RM2.6 bil dalam akaun bank, awak wajib memeriksa sumber RM2.6 bil tersebut. Kegagalan mengambil langkah munasabah memeriksa sumber RM2.6 bil tersebut akan menjadikan awak 'rakan subahat' dalam aktiviti pengubahan wang haram.

10. Pasal video yang dimuatnaik oleh Isham: Video tersebut telah disunting, di mana isi kandungannya hanya menunjukkan bab "air tangki untuk budak-budak Tahfiz". Di situ kita boleh nampak betapa terdesaknya Isham cuba membina imej 'Muslim baik' untuk Najib. Sepatutnya Isham upload yang full, bukan satu dua minit je yang berkisar pasal "Najib Muslim baik".

11. Untuk makluman pembaca, tindakan Isham memberi gambaran tidak tepat mengenai prosiding mahkamah merupakan kesalahan di sisi undang-undang. Ini kesalahan menghina mahkamah (contempt of court). Isham boleh diambil tindakan undang-undang, sepertimana tindakan telah diambil terhadap Shafee Abdullah, peguam Najib yang digigit anjing belaan sendiri pada bulan Mac 2019 kerana menghina mahkamah.

Insan Kerdil
20 April 2019

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 09:57 AM | Show all posts
xy_daen replied at 20-4-2019 11:19 AM
Jemput anak yatim baca yassin dah terbukti Najib suci murni dari salah guna kuasa dan kloptokrasi... ...

kelemahan orang melayu adalah kepada lebai, ustaz, pemakai jubah dan serban, umrah, haji , anak yatim.

dapat tayang video 2 minit yang berkisar pasal benda benda di atas tu pun dah cukup dah untuk brainwash orang melayu betapa suci dan maksum najib and family.

video pasal keluar cek untuk parti parti politik, peguam dia , renovate rumah tak nak viralkan pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 10:19 AM | Show all posts
Just to recap, tak perlu melalut ke berlian, permata, set rambut lah semua tu.
btw rosmah pun ada kes rasuah dia sendiri tunggu untuk bicara.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta
Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB

1 tuduhan salah guna kuasa
Najib dituduh menerima RM42 juta sebagai balasan terhadap jaminan kerajaan kepada pinjaman SRC daripada KWAP
Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009
Hukuman: Penjara maksimum 20 tahun dan denda 5 kali ganda nilai rasuah, atau RM10,000 tertakluk mana yang lebih tinggi


3 tuduhan pecah amanah
Tuduhan Pertama: Melibatkan RM27 juta
Tuduhan Kedua: Melibatkan RM5 juta
Tuduhan Ketiga: Melibatkan RM10 juta
Section 409 of the Penal Code
Hukuman: Penjara antara 2-20 tahun dan/atau denda


3 tuduhan pengubahan wang haram
Memasukkan RM42 juta ke akaun bank peribadi
Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001
Hukuman: Penjara sehingga 15 tahun dan denda RM5 juta sehingga lima kali ganda bagi setiap pertuduhan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 21-4-2019 10:35 AM
Tolong la bersatu padu dibawah mat asan dan singkirkan jibon & co dulu..baru la raykat ada selera na ...

tulis panjang lebar. siapa yg tulis ni?

clear kot point yg team najib try nak bgtau.

duit keluar dpd src tu dlm rekod src akan tulis csr+-. masuk ke akaun penama yg bernama najib. akaun tu diuruskan oleh nik faisal (trust account+-). payment yg keluar tally dgn csr+-expenses & bkn utk kegunaan peribadi najib & anak bini dia.

tu je point dia. tak perlu ulas panjang lebar la bab mmg duit src tu masuk akaun penama najib. mana2 syt pun ada payment utk csr, donation++

idiot

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2019 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 22-4-2019 09:57 AM
kelemahan orang melayu adalah kepada lebai, ustaz, pemakai jubah dan serban, umrah, haji , anak ya ...

Kata transparent...siar la video penuh perbicaraan.  Apa yg nak disorok??
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga2 DSNR.. saksi kes Adib pun kena ugut2... Apalagi saksi yang menyebelahi DSNR...

Justice4adib.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia Baru

#AWANInews #AWANI745 Seorang pakar forensik didakwa cuba pengaruhi saksi pakar lain bahawa kecederaan Adib berpunca daripada pintu EMRS.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 23-4-2019 08:48 PM
Malaysia Baru

#AWANInews #AWANI745 Seorang pakar forensik didakwa cuba pengaruhi saksi pakar lain ...

Bahaye ni...ada tgn2 ghaib yg nak mempengaruhi keputusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.088624 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list