CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1474|Reply: 7

[Tempatan] KANTOI! Kementerian ni ckp ada masalah kewangan, kementerian lain pulak sibuk tu

[Copy link]
Post time 19-4-2019 10:15 AM | Show all posts |Read mode
'Kita berhadapan kekangan kewangan'
19 April 2019 8:45 AM


KANGAR 19 April - Para kontraktor khususnya yang memegang lesen G1 dituntut supaya memahami situasi negara yang sedang berhadapan kekangan kewangan sehingga menyebabkan banyak perkara tertangguh.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir berkata, kerajaan memandang serius nasib serta kegusaran para kontraktor yang sukar memperoleh projek pada masa ini.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan sentiasa mencari kaedah terbaik bagi membantu golongan tersebut.

“Kami di kementerian-kementerian termasuk dalam mesyuarat Kabibet semalam membincangkan hal ini (nasib kontraktor). Perdana Menteri pun ada menyebut perkara ini mengenai kegusaran dan nasib kontraktor kecil ini.

“Soal sekarang, semua orang tahu mengenai kekangan kewangan sehingga turut menyebabkan banyak benda kena tangguh. Bukan sahaja kontraktor kecil, kontraktor besar pun tidak banyak dapat projek sekarang ini.

“Kita akan mengambil perhatian perkara ini. Bukan sahaja Bumiputera malah Orang Asli juga mengadu mendapat peluang yang sikit,” katanya ketika ditemui selepas majlis ramah mesra dan dialog di Beseri di sini malam tadi.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan luahan kontraktor Bumiputera yang kebanyakannya memegang lesen G1 atau dikenali sebagai Kelas F dahulu yang sukar mendapat projek kerajaan.

Malah ada dalam kalangan kontraktor yang sudah lebih setahun tidak mendapat projek sehingga menyebabkan kehidupan mereka menjadi sukar selain terpaksa melakukan pelbagai kerja kampung untuk meneruskan kesinambungan hidup.

Tambah Mohd. Anuar, beliau memahami ramai dalam kalangan kontraktor kecil yang tertekan malah ada yang menangis meluahkan kegusaran itu ketika bertemunya.

“Namun dalam keadaan sekarang, diharap semua dapat memahami dan kita yakin masalah kekakangan kewangan ini akan selesai dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mau taknya kekangan kewangan nak buat kereta ketiga, kereta terbang, epot baru Dan 2 hiway baru Kat ulu banat nun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2019 10:43 AM | Show all posts
kereta terbang tu kan pakai kipas KDK
sure murah lah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 19-4-2019 10:32 AM
Mau taknya kekangan kewangan nak buat kereta ketiga, kereta terbang, epot baru Dan 2 hiway baru Kat  ...

Maunya x masalah....atok nak spend 300 juta setahun utk hobi anak dia F1
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 08:32 PM | Show all posts
R2D2 replied at 19-4-2019 10:43 AM
kereta terbang tu kan pakai kipas KDK
sure murah lah....

aku masih tergelak tgk muka atok terkojut tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 10:11 PM | Show all posts
“Kami di kementerian-kementerian termasuk dalam mesyuarat Kabibet semalam membincangkan hal ini (nasib kontraktor). Perdana Menteri pun ada menyebut perkara ini mengenai kegusaran dan nasib kontraktor kecil ini.


Oh, ade penjenamaan baru mesyuarat ke?
Xmo same ngn BN dulu eh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2019 06:52 AM | Show all posts
aku rasa jkr bawah PH skrg ni bagus kot..... jalan2 kat tempat aku pergi skrg dah cantik....xde la bukit bukau mcm dulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dgr bank2 pun keresahan nak finance projek gomen yg baru skrg ni. Sbb payment back to back setahun lepas pun tak settle2 lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.063384 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list