CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1209|Reply: 2

[Tempatan] Beza satu markah saja'

[Copy link]
Post time 19-4-2019 03:12 PM | Show all posts |Read mode



PERBEZAAN satu markah memisahkan Abdullah Fahmi Che Nor, 34, dengan pemenang tempat kedua Pertandingan Tahfiz, Tilawah dan Qiraat al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-10 di Kuwait yang berlangsung dari 9 hingga 17 April lalu.

Juara qari Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2018 itu bagaimanapun berkata, dia bersyukur kerana dinobatkan juara memandangkan semua saingannya sangat hebat dan berpengalaman.

Menurutnya, bukan hanya perbezaan satu markah memisahkan kedudukannya dengan tempat kedua tetapi dia juga perlu bersaing dengan 60 peserta lain daripada pelbagai negara.

“Apa yang menarik, pertandingan kali ini dikuasai peserta negara Asean dengan tempat kedua dimenangi qari Indonesia, ketiga (Brunei), keempat (Iran) dan kelima (Thailand),” katanya ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Kejayaan manis yang diraih pensyarah al-Quran di Jabatan Al Quran Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan itu mengulangi pencapaian qari Malaysia, Azraie Abdul Hak yang turut muncul juara dalam pertandingan sama tahun lalu.

Kemenangan itu membolehkan Abdullah Fahmi membawa pulang wang tunai KUD 5,000 (RM64,857) dan sijil penghargaan selain terus mengharumkan nama negara di persada tilawah antarabangsa.

Bapa tujuh anak berusia tiga minggu hingga sembilan tahun itu berkata, dia pernah mengikuti dua pertandingan tilawah di luar negara iaitu di Moscow, Russia dan Istanbul, Turki.

Menurutnya, selain muncul juara di Kuwait, dia juga pernah dinobatkan johan pada program Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Moscow, Russia pada 2016.

Menurutnya, dia akan menggunakan wang kemenangan itu untuk membantu keluarganya selain menganjurkan kelas bacaan taranum.

Selain Abdullah Fahmi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut menghantar peserta bagi kategori hafazan iaitu Muhammad Amir Ikmal Khairul Anuar, 23, ke pertandingan sama.

Bagaimanapun, Muhammad Amir yang juga johan hafazan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2018 hanya menduduki tempat kesembilan.

Muhammad Amir berkata, dia akui saingan cukup sengit namun menggunakan peluang itu untuk menimba pengalaman bagi mempersiapkan diri untuk pertandingan akan datang.

Ketibaan Abdullah Fahmi dan Muhammad Amir di KLIA malam tadi disambut Penolong Pengarah Kanan, Unit Komunikasi Korporat JAKIM Norzaidan Hamad.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2019 @ 12:59 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2019 10:57 AM | Show all posts
Tahniah!                                                      
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dah 7 orang anak dia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.345753 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list