CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 855|Reply: 4

[Tempatan] Remaja jana pendapatan RM30, 000 sebulan jual pil kuda, korang mampu?

[Copy link]
Post time 19-4-2019 03:47 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU - Seorang remaja mampu menjana pendapatan sehingga RM30,000 sebulan hasil jualan pil kuda.

Rafi, 20, (bukan nama sebenar) berkata, hasil rangkaian pemasaran yang luas dia mampu mencatat jualan RM1,000 sehari, namun ia tidak sedikit pun mampu memancing hati ibu bapanya.

"Memang dapat banyak duit jual pil kuda ni, tapi tak tahan lama sebab saya pun menagih pil kuda ini juga.

"Banyak kali saya cuba kongsi pendapatan dengan ibu dan ayah tapi mereka tolak kerana ia hasil haram," katanya ketika ditemui media pada majlis penutup Hijrah Kasih Siri 8/ 2019 di Penjara Pengkalan Chepa, semalam.

Dalam program tiga hari itu Rafi dinobatkan sebagai peserta terbaik.

Mungkin kerana kecewa, ibu bapanya yang bekerja sebagai pengasuh dan buruh itu tidak pernah sekali pun menjenguk anak ketiga daripada lima beradik ini.

Rafi berkata, ibu bapanya sering menasihatkannya agar berubah namun Rafi berdegil sehinggalah ditangkap ketika berurusan jual beli pil kuda.

"Sampai hari ini mereka tak pernah datang melawat walaupun saya rindu sangat. Kalau dapat jumpa mak ayah sekali pun tak apalah.

"Banyak hikmahnya masuk sini sebab banyak perkara baru saya belajar. Sekarang saya mampu solat lima waktu sehari dan belajar mengaji.

"Saya harap diterima masyarakat dan istiqamah dibimbing ke jalan yang benar selepas keluar nanti," katanya yang mula terlibat dengan dadah sejak usia 16 tahun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 03:51 PM | Show all posts
berkat doa mak pak  akhirnya adik ni dpt masuk ke sini
semoga lepas ni jgn nak mengkuda lagi
majukan diri, kesian la kat mak pak tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 08:58 AM | Show all posts
mujur mak pak dia x ter makan hasil durjana anak. Sesetengah mak pak tu  bela sgt anak waima anak salah sekalipun. Ak setuju mak pak dia x pegi melawat, biar dia seksa merindu mak ayah. Nt dh btl2 insaf, boleh jumpa lps bebas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Menurut falsafah pembuat dan pengedar dadah di US, never use your own merchandise. So kalau pengedar dadah, jangan isap dadah. Kalau bapak ayam, jangan pakai org bawah jagaan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 09:20 AM | Show all posts
Harap beliau terus berubah bila dah keluar nanti godaannya tinggi diluar sana ramai yang mudah terjebak semula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.062589 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list