CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1371|Reply: 5

[Dunia] Enam Petugas Pilihan Raya Meninggal Dunia Akibat Keletihan

[Copy link]
Post time 19-4-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Enam pegawai pusat pengundian (KPPS) dilaporkan meninggal dunia disebabkan keletihan melampau selepas bekerja dalam tempoh panjang pada hari pilihan raya umum Indonesia kelmarin.

Seorang daripada mereka, Supriyanto, 54, yang juga ketua KPPS di daerah Cigalontang, Tasikmalaya, Jawa Barat, pitam dan dikejarkan ke pusat kesihatan masyarakat tetapi diisytiharkan meninggal dunia pada jam 2.00 petang kelmarin.

Ketua Polis Cigalontang, Tudiman, berkata Supriyanto mungkin keletihan selepas bekerja 12 jam tanpa henti.


“Supriyanto mengadu sukar bernafas sebelum pitam.

“Keluarganya berkata beliau ada sejarah asma,” Tudiman dipetik sebagai berkata oleh tribunnews.com.

Sementara di Malang, Jawa Timur, pegawai KPPS, Agus Susanto, 40, dari daerah Lowokwaru, meninggal dunia selepas tamat tugasnya di pusat pengundian.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Malang, Zaenudin, berkata Agus meninggal dunia kerana keletihan selepas bertugas pada hari pilihan raya.

Pengguna media sosial turut bersedih, menggunakan tanda pagar #MartirDemokrasi untuk menghormati kerja keras mereka pada pilihan raya.

“Saya tidak dapat bayangkan betapa mereka amat keletihan.

“Kita perlu menghargai kerja keras mereka pada pilihan raya ini,” kata seorang pengguna @kakaoutloud menerusi Twitter semalam. — Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2019 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah korg buat staff macam tu??
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 08:51 AM | Show all posts
kije melampau2 sampai mati.............
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 09:29 AM | Show all posts
Teruknya sampai jadi macam tu.  Dah tahu process yang bakal dijalannkan agak lama patut ada pekerja gantian supaya pekerja tu boleh  berehat seketika.  Ni sampai ada yang hilang nyawa yang mengandung sampai keguguran kan lagi bahaya jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Produktiviti tinggi sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Demi ketelusan....memang x boleh ganti pegawai supaya lebih telus.

Keep it up demi demokrasi
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.259567 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list