CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1323|Reply: 12

[Tempatan] IMBASAN BERITA: Kos tajaan F1 RM300 juta, jualan tiket merosot sejak 2014

[Copy link]
Post time 19-4-2019 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Khairy saran Malaysia henti anjur F1, kos terlalu tinggi
News  |  Diterbitkan 24 Okt 2016, 6:27 petang  
   

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Malaysia perlu menghenti daripada menganjurkan perlumbaan Grand Prix Formula 1 kerana pertimbangan kos.

"Saya rasa kita perlu henti anjur F1. Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu.

"Kos terlalu tinggi, pulangan terhad," katanya di Twitter.

Sementara itu, Bernama melaporkan nasib perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dijangka diketahui akhir minggu depan, kata Datuk Razlan Razali.

Beliau berkata, mesyuarat khas akan diadakan bagi membincangkan perkara itu dengan pemegang saham utama SIC, iaitu Kementerian Kewangan pada Khamis.

"Jualan tiket F1 telah merosot sejak 2014.

"Sebaliknya, lumba motosikal Malaysia (MotoGP) nampaknya lebih berjaya dari segi menarik penonton dan potensi kesan limpahannya," katanya pada majlis taklimat media di Kuala Lumpur, hari ini.

Razlan, bagaimanapun berkata, beliau tidak akan tergesa-gesa mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai pemberhentian F1 di Malaysia kerana SIC mempunyai perjanjian ketat dengan pemegang lesen sehingga 2018.

"Penarikan diri secara sementara daripada F1 (selepas 2018) mungkin akan memberi manfaat kepada negara. Ketika ini, sesetengah pihak menyatakan produk itu (F1) tidak lagi menarik kerana ia dikuasai satu pasukan.

"Laporan awal untuk perlumbaan terakhir F1 juga menunjukkan jumlah penonton di Malaysia adalah yang terendah dalam sejarah," katanya dengn menambah, F1 Singapura juga dilaporkan mencatat penurunan 20 peratus dalam jualan tiket.

Razlan membayangkan yang SIC akan memberi tumpuan kepada membangunkan MotoGP.

MotoGP, acara lumba motosikal terbesar dunia kali pertama diadakan di Litar Batu Tiga, Shah Alam pada 1991 sebelum dipindahkan ke Litar Pasir Gudang, Johor pada 1998 manakala Litar Sepang menganjurkan MotoGP pertamanya pada 1999.

Hujung minggu ini, Shell Malaysia MotoGP 2016, iaitu MotoGP Malaysia ke-26 akan menjadi tumpuan di SIC berikutan kejayaan perlumbaan jubli perak tahun lalu.

"Tahun lepas kita menyaksikan 85,000 penonton di MotoGP itu. Tahun ini semua tiket sudah habis dijual dan kami sasarkan jumlah tertinggi, iaitu 90,000 penonton, termasuk di tempat duduk di kawasan bukit.

"Jika semua pihak bekerjasama, termasuk kementerian pelancongan, sukan dan komunikasi, kita boleh meningkat lagi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2019 06:23 PM | Show all posts
Malaysia Tamatkan Perlumbaan Formula 1: Perdana Menteri
2017-04-07


Selepas 19 tahun menjadi tuan rumah untuk sukan permotoran berprestij dunia, Malaysia akhirnya memutuskan untuk menamatkan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) di Sepang berikutan  kos penganjuran terlalu tinggi sehingga mencecah RM300 juta (AS$67.7 juta) setahun.

Perlumbaan F1 2017 di Litar Antarabangsa Sepang pada 29 September hingga 1 Oktober depan akan menjadi perlumbaan terakhir dianjurkan oleh Malaysia.

Perdana Menteri Najib Razak semasa mengumumkan keputusan itu berkata, Kabinet Malaysia telah memutuskan untuk menamatkan kontrak penganjuran perlumbaan F1 mulai tahun depan berikutan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara itu.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira laporan dan pandangan daripada Sepang International Circuit (SIC) mengenai impak kewangan acara F1 ini kepada semua pihak yang  berkepentingan,” kata Perdana Menteri itu yang membuat pengumuman tersebut menerusi laman webnya najibrazak.com pada Jumaat.

Beliau berkata, penamatan penganjuran itu akan membolehkan kerajaan meningkatkan pembiayaan dalam sukan permotoran bagi pembangunan bakat, infrastruktur, pemindahan kemahiran dan pengetahuan.

“Kerajaan juga akan menggunakan peruntukan yang ada bagi kegunaan perlumbaan lain seperti MotoGP dan Go-kart, membina litar perlumbaan khas di Sungai Petani, menaik taraf kemudahan di SIC di samping membantu pemandu profesional negara menjadi pemandu F1,” tambah beliau lagi.

Beliau turut memberitahu bahawa pada peringkat awal penganjurannya, F1 telah mempromosikan negara sebagai destinasi bagi acara sukan bertaraf dunia, selain mempromosi Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong global.

“Namun begitu, sudah sampai masanya Kerajaan menilai penganjuran kejohanan F1 ini dengan mengambil kira perubahan yang berlaku sejak kita menganjurkan perlumbaan ini pada tahun 1999,” tambah beliau.

Kali pertama Malaysia menyertai kalendar F1 adalah pada tahun 1999 dan merupakan tuan rumah kedua yang menganjurkannya di Asia selepas Jepun.

Najib bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kos yang diperlukan untuk menganjurkan perlumbaan itu, hanya berkata ia menanggung kos penganjuran yang sangat tinggi.

“Namun begitu, pulangan daripada menganjurkan kejohanan ini semakin berkurangan dari segi penonton, pengunjung dan jumlah kedatangan pelancong asing semasa perlumbaan berlangsung sejak beberapa tahun yang lalu,” katanya lagi

Sebelum ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohd Nazri Aziz memberitahu kos menanggung perbelanjaan sukan itu membabitkan RM300 juta setiap tahun.

“Penganjuran F1 terlalu mahal untuk diteruskan dan sambutan daripada peminat sukan permotoran ini semakin hari semakin berkurangan,” kata dalam laporan media Nov lepas.

Najib menambah, syarikat minyak negara Petronas akan terus menaja Pasukan Mercedes AMG Petronas dalam perlumbaan F1 sebagai strategi pemasaran syarikat berkenaan.

Legasi Mahathir

Penganjuran F1 yang pertama, 19 tahun lepas telah disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang kini menjadi musuh politik Najib.

Litar tersebut yang bernilai RM286 juta masih dilihat sebagai salah satu daripada projek mega bekas Perdana Menteri itu dan pemberhentian itu dianggap sesetengah pihak sebagai usaha untuk menghapuskan satu lagi legasi Mahathir.

Laporan awal yang dikeluarkan mengenai perlumbaan Formula 1 Malaysia yang lepas, mendapati jumlah penonton yang menyaksikan perlumbaan itu pada tahap yang terendah dalam sejarah.

Dalam pada itu, menurut kenyataan media F1, keputusan pengunduran Malaysia dibuat oleh badan permotoran di negara berkenaan dan juga,  Sepang International Circuit (SIC).

Sementara itu, Pengarah Urusan Komersil F1 Sean Bratches sedih dengan keputusan pengunduran Malaysia sebagai  tuan rumah sukan berprestij itu.

“Amat menyedihkan apabila perlu mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Formula 1 Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sambil menambah hampir dua dekad peminat Formula 1 Malaysia telah membuktikan yang mereka adalah antara peminat sukan paling mengujakan.

“Seperti yang diumumkan di Melbourne, kami mempunyai perancangan besar untuk membawa peminat global kami dengan lebih dekat kepada sukan itu, " tambah Sean.

Sementara itu, SIC turut menjelaskan, keputusan menghentikan acara berprestij itu amat sukar namun ianya sememangnya perlu dilakukan selepas penilaian terperinci dibuat terutamanya dari sudut ekonomi yang membabitkan kos penganjuran dan pulangan.

“Meskipun demikian, SIC tetap mengumumkan perancangan terkini selepas perlumbaan F1 2017 sah merupakan perlumbaan terakhir selepas 19 tahun penganjuran di Litar Antarabangsa Sepang,” kata SIC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Pada Oktober tahun lepas, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah dilaporkan sebagai berkata, penganjuran Formula 1 Malaysia berkemungkinan dihentikan seketika berikutan faktor kos yang tinggi, dan tidak memberikan pulangan yang memberangsangkan kepada negara.

“Penganjuran F-One ketika ini langsung tidak melibatkan pemandu negara, sekaligus tiada peluang kepada mekanik negara untuk turut serta berikutan ketiadaan tajaan. Situasi kini juga berbeza berbanding ketika F1 mula dibawa masuk,” katanya seperti di laporkan media tempatan.

Najib juga berkata, ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada 1999 hanya 16 buah negara menjadi tuan rumah kepada perlumbaan berprestij itu termasuk dua negara Asia.

“...tetapi ianya kini telah meningkat kepada 21 buah negara dengan 6 negara Asia, sekaligus mengakibatkan penurunan pulangan kepada penganjur dan negara,” katanya.

“Kerajaan juga akan menggunakan peruntukan yang ada bagi kegunaan perlumbaan lain seperti MotoGP dan Go-kart, membina litar perlumbaan khas di Sungai Petani, menaikkan taraf kemudahan di SIC di samping membantu pemandu profesional negara menjadi pemandu F1, ” kata Najib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2019 06:24 PM | Show all posts
'F1 pergi tak kembali'

PERLUMBAAN Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tidak akan ‘dihidupkan semula’ berikutan penganjurannya membabitkan belanja yang tinggi.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kerajaan bercadang memberi tumpuan terhadap sukan perlumbaan motosikal, sejajar hasrat ingin mentransformasikan SIC sebagai hab sukan permotoran negara dan bandar sukan permotoran.

“Buat masa ini, F1 tidak menjana pendapatan dan kosnya teramat tinggi setiap tahun.

“Kerajaan perlu mengeluarkan AS$50 juta (RM203.74 juta) hingga AS$70 juta (RM285.24 juta) untuk menampung kos Formula One sebelum ini.

“Pada peringkat awal diasaskan, ia teramat baik kerana hanya ada satu dua litar di Asia.

“Bilangan penonton sangat tinggi tetapi sekarang Singapura, Dubai dan Abu Dhabi sudah ada (litar). Kos mencecahAS$70 juta (RM285.24 juta), awal dulu AS$12 juta (RM48.90 juta) tetapi pendapatan menurun,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Syed Saddiq berkata, barisan kepimpinan SIC dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi penekanan terhadap sukan permotoran dua tayar seperti Moto2, Moto3 dan MotoGP.

Katanya, perlumbaan MotoGP akan berlangsung bulan depan dan jualan tiket amat menggalakkan

“Jualan tiket bagi corporate box (ruang korporat) hampir penuh dan ini menjana pendapatan teramat tinggi.

“Visi ini diharap bukan saja melahirkan pelumba tetapi juga mencipta rangkaian seperti jurutera, perisian dan pindahan teknologi melalui MotoGP,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Ogos 2018
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia habaq rakyat malaysia akan ketagih dengan kenderaan bermotor. Tapi awat bilangan pemandu F1 Malaysia tadak peningkatan pun saban tahun.

Dan paling penting decline of returns since Malaysia first hosted the event. Tapi atuk peduli apa

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 07:33 PM | Show all posts
daddykasi nak bagi projek utk kroni dan anak2.
SIC tu bukan ker pengerusi nya dulu anak daddykasi jua.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 07:58 PM | Show all posts
Remyda replied at 19-4-2019 06:33 PM
Dia habaq rakyat malaysia akan ketagih dengan kenderaan bermotor. Tapi awat bilangan pemandu F1 Mala ...

Asalnya Tun nak jadikan F1 sebagai asas utk kemajuan teknologi kereta tempatan tapi sehingga skrg tak berlaku. Of course tujuan lain nak letakkan Malaysia on world map dan rangsang industri pelancungan dikira bagus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2019 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 05:10 PM | Show all posts
Remyda replied at 19-4-2019 06:33 PM
Dia habaq rakyat malaysia akan ketagih dengan kenderaan bermotor. Tapi awat bilangan pemandu F1 Mala ...

penganjuran f1 boleh buat 400 jota org di donia nampak klcc.

berbaloi kot utk spend 200-300 juta for such ROIs
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
F1 ni zaman 90s punya sukan...zaman 90s dulu ramai la teruja sebab first time benda tu Ada Kat Malaysia.

Skang ni org dh biasa

Pelancong luar Pon x mo dtg sebab lepak Kat tengah Padang bawah panas...orang Malaysia Pon x buat keje bodoh tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iloveselangor at 22-4-2019 05:21 PM

Buat sukan Water Rafting...sesuai dgn cuaca Malaysia dan konperm ramai yg minat nak tengok.

[youtube]71bH51EZb30[/youtube]

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 22-4-2019 05:15 PM
F1 ni zaman 90s punya sukan...zaman 90s dulu ramai la teruja sebab first time benda tu Ada Kat Malay ...

Atok n anak2 yg ketagih hobi balun duit petronas ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mamarock at 22-4-2019 05:32 PM

Tak boleh ke minta game programers develop  litar tu sebagai tempat game berteraskan mod realiti-maya. Macam cerita Korea tu.. Alhambra ke apa ntah lupa.. buat yang game keretalah bukan perang pedang tu semua.

Daripada terbiar dapatlah masuk duit jugalah kan.. selain moto GP tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 05:33 PM | Show all posts
benda leh tgk free watpe nak kluar duit.......

org dah x minat dah f1 nih...zmn shumacher vs hakkinen dulu top la....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.091003 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list