CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3011|Reply: 20

[Tempatan] Dah undi PH bagi menang, baru kaum India tersedar isu penempatan pelajar cemerla

  [Copy link]
Post time 19-4-2019 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Kekecohan kaum India terhadap penempatan matrikulasi 2019
Diterbitkan pada April 19, 2019 16:25 MYT

PENEMPATAN pelajar-pelajar India bagi kursus Matrikulasi tahun 2019 dilaporkan menimbulkan kekecohan  dan kemarahan masyarakat India terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut laporan media cetak dan sosial , sebahagian besar permohonan pelajar-pelajar India memasuki matrikulasi yang memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM termasuk pelajar-pelajar yang memperolehi 10A ditolak Kementerian Pendidikan.

Persoalannya, apakah rasional dan dasar yang menyebabkan  permohonan mereka ditolak walhal PH berjanji akan membela kepentingan kaum India sekiranya kaum India menyokong PH memenangi PRU14?

Isu penolakan sebahagian besar permohonan pelajar-pelajar India menjadi bahan perbualan hangat di kalangan masyarakat India, termasuk ahli parti politik memerintah (PH) dan parti pembangkang (BN) di seluruh negara.

Media utama Tamil termasuk media sosial saban hari melaporkan kononnya permohonan pelajar-pelajar India yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2018 termasuk pelajar-pelajar yang memperolehi 10 A (10 mata pelajaran) ditolak.

Isu jumlah tempat matrikulasi bagi pelajar-pelajar India bagi tahun 2019 didapati menimbulkan sentimen tidak puas hati di kalangan masyarakat India, malah dijangka bangkit seperti  gelombang Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang pernah tercetus pada tahun 2007,  sekiranya tidak diurus dengan segera, jujur dan bijak.

Mengubah nasib

Bagi masyarakat India, pelajaran merupakan kunci atau tangga untuk mengubah nasib mereka atau  'pencetus'  transformasi ekonomi kaum India.

Malah, ia dilihat sebagai kaedah yang paling berkesan untuk mengeluarkan masyarakat India daripada  putaran kemiskinan.

Menyedari hakikat ini, maka kerajaan BN kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini telah menambah jumlah kerusi yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar India dalam mempercepatkan proses transforamasi ekonomi  untuk meningkatkan taraf hidup kaum India.
Pada asalnya, sebanyak 500 tempat di kolej matrikulasi dikhaskan untuk pelajar-pelajar India.

Bilangan ini ditingkatkan kepada 2,200 tempat  oleh kerajaan BN semasa kepimpinan Datuk Seri Najib sebelum kerajaan BN ditumbangkan.



Namun, apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pusat, sebahagian besar permohonan pelajar-pelajar cemerlang dan layak memasuki kursus matrikulasi ditolak.

Masyarakat India juga tidak dimaklumkan jumlah kerusi yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar India.

Kedudukan ini menimbulkan bukan sahaja perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat India malah menimbulkan tanggapan bahawa kerajaan PH dengan sengaja mengenepikan keperluan dan  kepentingan kaum India.

Ada pihak yang mendakwa pendirian Kementerian Pelajaran dalam hal ini jelas bertentangan dengan manifesto PRU14 Pakatan Harapan, malah ada pihak yang mendakwa PH cuba 'rub salt into the wound' dan meminta menteri yang berkaitan dengan isu matrikulasi meletak jawatan.

Dalam pada itu, perlu juga dilihat pekembangan terakhir dalam landskap politik negara di mana  peralihan sebahagian besar sokongan pengundi India daripada PH kepada BN yang menyebabkan  calon-calon BN menang pada PRK secara berturut-turut tahun ini.

Malah, PRK Rantau baru-baru ini yang dimenangi oleh calon BN dengan majoriti besar jelas menunjukkan fenomena peralihan pengundi India secara nyata.

Persoalanya, apakah yang menyebabkan peralihan sokongan pengundi India ini?

Meskipun hampir genap satu tahun Putarajaya diambil alih oleh kerajaan PH, janji-janji yang diberikan kepada rakyat melalui manifestonya semasa PRU14 belum dilunaskan.

Malah, indikator-indikator ekonomi menunjukkan kedudukan ekonomi negara amat membimbangkan kerana prestasinya semakin merudum, dasar fisikal atau kewangan yang tidak stabil malah mengelirukan dan nilai ringgit terus jatuh.

Selain itu, harga barang-barang keperluan asas juga semakin naik, pelaburan asing semakin berkurangan, peluang pekerjaan semakin berkurangan malah ada agensi kewangan antarabangsa meramalkan ekonomi Malaysia  akan menghadapi tekanan mulai bulan September tahun ini.

Jadi, semua janji-janji kononnya mengembalikan kesegaran ekonomi negara hanya menjadi retorik politik semata-mata.

Dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap  di bawah kerajaan BN kini dilihat hanya sebagai propaganda politik daripada fakta.

Walaupun cukai barang dan Perkhidmatan (GST)  yang kononya didakwa menyebabkan kenaikan harga barang dan menyusahkan sebahagian besar rakyat berpendapatan rendah dihapuskan dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), seperti  terdahulu, harga barang keperluan asas termasuk harga barang-barang makanan masih tidak turun tetapi semakin naik.

Kurang yakin

Fenomena tersebut menimbulkan bukan sahaja rasa tidak puas hati malah kurang yakin rakyat di kalangan rakyat secara amnya dan dalam masyarakat India secara khususnya terhadap kebolehan kerajaan PH mengurus Putrajaya termasuk pentadbiran ekonomi negara.

Masyarakat India secara umumya, golongan muda secara khasnya yang bermati-matian menjatuhkan BN dan mengangkat PH sebagai parti memerintah, kini dilaporkan rasa amat kecewa dengan pentadbiran kerajaan PH.

Mereka memilih PH dengan harapan agar kepentingan mereka, dalam konteks peluang pendidikan dan pekerjaan, peluang ekonomi dan perniagaan akan lebih baik daripada yang ditawarkan oleh kerajaan BN.

Tetapi, tindakan menolak peluang memasuki kursus matrikulasi oleh kerajaan PH jelas menghampakan harapan mereka, malah menimbulkan tanggapan bahawa masa depan mereka tidaklah seindah seperti yang dijanjikan oleh PH.

Sekiranya tanggapan tersebut diterima dalam fikiran sebahagian besar kaum India, maka PH akan menghadapi ancaman kehilangan sokongan kaum India pada masa akan datang yang menjadi asas untuk kemenangan PH pada PRU14.

Oleh itu, kerajaan PH perlu segera mengambil kira sentimen kaum India di akar umbi dan mengelakkan perasaan tidak puas hati tercetus di kalangan masyarakat India terhadap PH.

Kerajaan PH perlu memastikan kaum India tidak merasa mereka tertipu dengan pelbagai janji-janji yang akhirnya dianggap kosong atau sokongan hebat mereka kepada gabungan parti-parti PH adalah tidak menguntungkan serta menjamin masa depan yang cemerlang bagi mereka.

Seperti peribahasa, 'Dibilang genap, di pagar ganjil' iaitu apa yang nampak pada zahirnya sesuatu yang menguntungkan, tetapi selepas difikirkan masak-masak, ternyata sebenarnya rugi.'


* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 06:52 PM | Show all posts
bagi la anak2 rentung ni masuk matrik IPTA semua......dah berjaya tetap rasis.....bangsa bodolgemok...wakakakakakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 19-4-2019 06:52 PM
bagi la anak2 rentung ni masuk matrik IPTA semua......dah berjaya tetap rasis.....bangsa bodolgemok. ...

iols nak stuju bab dodol bengap tu..  pengkhianat org melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 07:48 PM | Show all posts
Kesian jugak, pelajar cemerlang tapi susah masuk matrikulasi.

Dr Streram boleh lah fight untuk depa suapaya naik saham nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 08:13 PM | Show all posts
sebagai ex-matrix, iols perasan bebudak yang scorer ni bila dah masuk matrix, diorang ada apply tempat lain macam MARA untuk sambung ke overseas, dalam sebulan je kat matrix pastu hilang. So baik ko tolak je awal2 so that orang yang lebih memerlukan dapat tempat. Yang 5A pon ada je sibuk nak pegi korea bagai...kisah 10 tahun lepas la

btw, bukan ke memang ada kuota (eg: 10%) untuk kaum lain? iols macam pernah terbaca sumwhere..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mazlee jawap dah.. matrix mmg untuk bumiputera
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2019 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
bangsat la  ..  isu pendidikan pun nak rasis .  dah budak2 tu cemerlang ..  nak tolak apa lagi .   PH nampak dah bodo la sangatt .  
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 20-4-2019 12:17 AM
bangsat la  ..  isu pendidikan pun nak rasis .  dah budak2 tu cemerlang ..  nak tolak apa lagi .   P ...

Dr mazlee dah jawab dah isu ni, matlamat asal. Matriks mmg utk mengukuhkan golongan bumiputera. Kau baca je lah eksplanation dia, xpayah gelupor sgat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2019 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Janji pelesu sajork
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
India dah ada kuota banyak lagi mau complain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 20-4-2019 10:43 AM
dodolgemok replied at 20-4-2019 12:43 AM
Dr mazlee dah jawab dah isu ni, matlamat asal. Matriks mmg utk mengukuhkan golongan bumiputera. Ka ...


dol  ..  aku rasa dah 60 tahun merdeka ni tak payah la melayu sana melayu sini lagi .  buat aku rasa meluat .  Patut kita dah sedar bila bercakap tentang rakyat tentang  masyarakat  ,  kita tak boleh bercakap tentang satu kaum sahaja .
.. itulah yg kita ulang2 selama ini kita perlu meraikan kepelbagaian .  Lebih2 dlm soal mendapat akses kpd pendidikan ..  patut tiap anggota tidak dikecuali berdasar kpd konvesyen gineva pendidikan diperlukan bagi meningkatkan taraf hidup .  apalagi sebagai komuniti masyarakat kita patut kita sama2 bangga kerna stidak2nya ini adalah satu usaha dlm meningkatkan sosio budaya dan sosial didlm negara kita .bulat air kerna pembentung buat kita kerna mufakat .  Dasar2 yg dipilih sepatutnya tidak menolak pembangunan insan .


Waltaufik wal hidayah .
Sekian terima kaseh .
Wsslam .
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu pendidikan...kn ikut merit...kuota tak perlu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 20-4-2019 10:42 AM
dol  ..  aku rasa dah 60 tahun merdeka ni tak payah la melayu sana melayu sini lagi .  buat aku  ...

Aku setuju jah xperlu Melayu kehulu kehilir tpi kalau ikut cmtu, mmg akan menggelupor lah semua Melayu kat tanah air. Kau tgok keadaan sekarang macam mana pembangkang mainkan isu perkauman gila2 smbil ratib agenda ketuatnan cina dapig. Kau ingat kalau kerajaan sekarang xnak melayu kehulu kehilir boleh dpt sokongan rakyat? Harta negara first world spt us pon masih ada lgi sikap White supremacist mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 20-4-2019 12:10 PM
Aku setuju jah xperlu Melayu kehulu kehilir tpi kalau ikut cmtu, mmg akan menggelupor lah semua Me ...

Kena jelas la  ..  jangan semua pukol rata . Dlm soal depa suka pacak2 kayu buat kuil ..  okay kita pantau .  Jenis kaki mabok pukol anak bini ..  kita pantau .  Tapi dlm pendidikan ini patut kita sama2 sokong . Ini permata negara .  Anak2 ini bak kata tadi yg akan mencorak masa depan negara kita .  Kita harus lebih matang bila berdepan soal2 yg mempunyai kepentingan begini .
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
non bumi yg masuk matrik hmpir kesemuanya result spm gempak2 tak kurang 7 atau 8 A. Cuma dorang ni golongan kurang mampu mcm anak petani, nelayan, kerja kebun dll. Since program matrik ni bwh kpm, so yuran2 semua ditanggung gomen dan dpt duit poket sikit dlm 200 sebulan. Kalau yg berduit mmg sah2 lah dah hntr belajar byr sendiri. Bumiputera yg nak masuk result 3A pun blh lepas.
So in general, mmg ada gap non bumi agak jauh lebih cemerlang drpd bumiputera.
Utk persaingan sihat, aku rasa okay je kalau gomen nak bagi kuota yg lebih pd non bumi (mungkin letak syarat students drpd sekolah kebangsaan shj) Literally dorang ni mmg layak utk dpt subsidi drpd gomen. Anak aku ex matrik, dia kata non bumi dlm kelas dia very malaysian, and humble dan elok ckp melayu. Aku percaya je sbb kbykan non bumi esp cainis yg kiasu n kerek, biasanya org bandar n berduit.
Ini pendapat peribadi aku je la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 19-4-2019 06:52 PM
bagi la anak2 rentung ni masuk matrik IPTA semua......dah berjaya tetap rasis.....bangsa bodolgemok. ...

Nak setuju jugak. Kawan2 meols yg sama2 dpt biasiswa jpa fly obersi masih rasis kat kami kaum melayu. Walaupun ada yg baik tp kutuk jugak cakap tgklah melayu ramai dpt masuk. Hello.. dh melayu kat malaysia ni 60%. Logik la melayu ramai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2019 06:46 PM | Show all posts
zeed replied at 20-4-2019 04:30 PM
Nak setuju jugak. Kawan2 meols yg sama2 dpt biasiswa jpa fly obersi masih rasis kat kami kaum mela ...

itulah beza kita orang Melayu dan anak2 rentung dan sepet....kita secara rohani lebih cerdaih daripada depa.....sebab itu bila makan haiwan daging..kena sembelih betui2 kasi darah pancut keluaq..banyak makan darah haiwan tu yang rohani depa kotoq tu ceq...dah dapat pun tak reti bersyukoq....lepaih tu..undi pulak bangsat2 ahli politik pakatan haramjada....saya yakin ramai ahcai pakatan haramjada yang terpondan tersontap...wakakakakakakakkakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 12:43 PM | Show all posts
Off topic jap..nak tnya..kalu dah dapat matrikulasi boleh ke buat permohonan untuk tukar pusat matriks?..kot la dapat matriks Kedah dan tukar ke matriks Selangor..terima kasih atas bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 12:50 PM | Show all posts
memberbaru replied at 23-4-2019 12:43 PM
Off topic jap..nak tnya..kalu dah dapat matrikulasi boleh ke buat permohonan untuk tukar pusat matri ...

tak bole



Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
willow12 replied at 20-4-2019 02:57 PM
non bumi yg masuk matrik hmpir kesemuanya result spm gempak2 tak kurang 7 atau 8 A. Cuma dorang ni  ...

Ada sorang Chinese keje kerani akaun. Ank dia, this was almost 10 years ago. Dpt offer matriks, dia Tanya pendpt Saya sbb fam dia kata matriks Tak bagus. Saya nasihatkan dia hantar ank dia ke matriks je. Melaka Tak silap. Pas tu rsult ank dia gempak do buat medic UM sampai sekarang dia berkisah Kat org how I help her decide masukkan ank dia matriks n ank dia jadi doc.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.337000 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list