CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3776|Reply: 27

[Tempatan] Penggali kubur berijazah

[Copy link]
Post time 19-4-2019 07:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pintukaca at 19-4-2019 07:40 PM



Dari universiti ke liang lahad

Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my

KAJANG: “Sudah banyak kali saya menghantar permohonan kerja namun semuanya tidak berjaya. Mungkin, Allah sudah tetapkan rezeki saya di sini dan Alhamdulillah, pendapatan diperoleh cukup untuk menyara isteri dan dua anak,” kata Mohamad Rashidi Maajis, 27, yang menjadi penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di sini, sejak 10 tahun lalu.

Mohamad Rashidi yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Keusahawanan Komputer dari sebuah universiti swasta mula menimba pengalaman sebagai penggali kubur selepas tamat persekolahan lagi selepas mengikut ajakan bapa saudaranya.

Menurutnya, perasaan gementar itu memang ada pada mulanya namun beransur hilang selepas dapat membiasakan diri dengan pekerjaan dilakukan dan suasana di tanah perkuburan.

“Dulu, saya lakukan tugas ini setiap kali ada kelapangan termasuk ketika menuntut di universiti, namun kini, ia sudah menjadi pekerjaan tetap selepas usaha mendapatkan kerja tidak berhasil.

“Perasaan takut itu ada, tetapi pada peringkat awal saja dan kini tidak lagi, malah saya gembira kerana dapat melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah di samping mencari rezeki.

“Memang ada yang mempersoalkan keputusan saya bekerja sebagai penggali kubur selepas tamat pengajian, tetapi saya tidak mahu ambil pusing kerana apa yang lebih penting, pekerjaan ini halal.

“Lagipun, ibu Sallamah Jamil, 61, banyak memberi sokongan begitu juga isteri Nor Jannah Hini Irwani Nazmi, 26. Jadi itu yang mendorong saya untuk terus melakukan pekerjaan ini,” katanya.

Dia juga turut membantu menguruskan jenazah tiada waris dan mengajar individu perseorangan menggunakan perisian Microsoft Excel serta Power Point.

Berkongsi pengalamannya, Mohamad Rashidi yang juga anak sulung daripada dua beradik berkata, selain kepuasan membantu waris menguruskan jenazah, dia juga bersyukur kerana pekerjaan itu memberinya peluang untuk sentiasa mengingati kematian serta lebih mendekatkan diri dengan Allah.

[size=0.8em]MOHAMAD Rashidi (kanan) dan rakannya, Mohd Nizam Ahmad, 49, membuat pembersihan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang.

Dia turut mengakui pernah mengalami gangguan ketika melakukan kerja menggali kubur tetapi masih bertahan kerana menganggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk menguatkan lagi semangatnya.

“Pengalaman paling tidak dapat saya lupakan adalah ketika melihat mata jenazah terbuka dan merenung saya selepas membuka kain yang menutup wajahnya.

“Insiden itu menyebabkan saya demam seminggu Saya juga pernah terhidu bau wangi ketika menggali kubur selain mendengar orang memberi salam ketika sedang berseorangan.

“Jujurnya, pengalaman itu langsung tidak melemahkan semangat saya hingga terdetik niat untuk berhenti sebaliknya saya jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar,” katanya yang memiliki dua cahaya mata yang masing-masing berumur tujuh bulan dan empat tahun.

Mohamad Rashidi berkata, selagi ada kudrat dan diberi kesihatan yang baik, dia akan terus melakukan pekerjaan itu dan berharap lebih ramai anak muda mengikut jejak langkahnya.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2019 @ 6:00 AM



MOHAMAD Rashidi bersyukur kerja sebagai penggali kubur yang banyak mengingatkannya soal kematian.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
bravo dik
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji rezeki halal....bukan jd biawak idup
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik. Tak semua orang mampu jadikan ini sebagai kerjaya. Asalkan terus berusaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 07:55 PM | Show all posts
Perniagaan yang confirm ada pelanggan
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah,Tahniah Dik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2019 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. semoga sihat selalu dan kuat tubuh badan agar boleh melaksanakan tugas. InshaAllah rezeki sentiasa ada dan melimpah ruah untuk keluarga adik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
orenmango replied at 19-4-2019 11:55 AM
Perniagaan yang confirm ada pelanggan

Takot baca statement ni..insaf meols..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Luasnya kubur kat situ....

Kat s.alam, kecik je....satu kaki je jarak antara kubur....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni klu dia dgr ada kematian, dia akn kata - Alhamdulillah....rezeki hari ni....


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah bro..rezeki Ade dimana mana..janji kita rajin berusaha..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kampung den ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Only in Third World Country khen dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 10:41 PM | Show all posts
hebat boh....

So..Penggali kubur ada non-fake degree......Tapi kat Mesia....Pak menteri ada FAKE degree.
Conclusion.....penggali kubur, gali dan sumbatkan aje menteri2 bkenaan, dan jgn lupa..kuburkan juga LAMINATED-fake-degree munteri2 smua tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
orenmango replied at 19-4-2019 07:55 PM
Perniagaan yang confirm ada pelanggan

NICE
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut dia yg ganti tempat mat sabu....mat sabu pulak gali kubur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 11:57 PM | Show all posts
harizs replied at 19-4-2019 11:45 PM
Patut dia yg ganti tempat mat sabu....mat sabu pulak gali kubur

peluang berjuta pekerjaan bro..wakakakakkakakakakakaka

mana dia menteri bangsa hindu pujaan ahcai2 pakatan haramjada....Malaysian Malaysia konon...wakakakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasti Tun M bahagia..  
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 19-4-2019 11:45 PM
Patut dia yg ganti tempat mat sabu....mat sabu pulak gali kubur

Hahahaha....tersemboq kopi aku
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-4-2019 09:43 PM
Luasnya kubur kat situ....

Kat s.alam, kecik je....satu kaki je jarak antara kubur....

kat kajang ni tp dkt shah alam cntik lg
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.669871 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list