View: 1547|Reply: 10
|
[Politik]
Adun Kepayang demo minum minyak sawit merah
[Copy link]
|
|
Edited by safriehalim at 19-4-2019 10:58 PM
ADUN Kepayang, Dr Ko Chung Sen, hari ini menarik perhatian Sidang DUN Perak dengan tindakannya minum minyak sawit merah.
Tindakan dibuat wakil rakyat DAP itu adalah rentetan kempen ‘Sayangi Minyak Sawitku’ yang dibawa pada sesi perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Dalam kempen itu, beliau mengajak semua sidang dewan menyokong produk minyak sawit merah yang mengandungi banyak khasiat.
Bagi membuktikan kempen itu, beliau kemudiannya menuang secawan minyak sawit merah yang dibawa sebelum diminum.
Sebaik sesi perbahasan ditangguhkan, beberapa wakil rakyat termasuk pembangkang mengerumuni tempat duduknya untuk melihat secara lebih dekat minyak sawit merah terbabit.
Antara ADUN yang berbuat demikian ialah Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria (Batu Kurau-BN); Ahmad Saidi Mohamad Daud (Changkat Jering-BN) dan Mohd Akmal Kamarudin (Selama-Pas) dan Datuk Aznel Ibrahim (Pengkalan Hulu-BN).
Mereka turut berkongsi momen minum minyak sawit merah itu bersama.
Dalam perbahasannya, Chung Sen yang juga seorang doktor pakar bedah jantung memberitahu minyak sawit merah mampu mengurangkan kadar kolesterol, risiko sakit jantung, alzheimer selain membantu meningkatkan kesihatan otak.
“Minyak ini menjadi mudarat apabila disalahguna iaitu menggunakan kembali minyak tersebut selepas memasak sehingga menjadi hitam, itu yang tidak baik untuk kesihatan," katanya.
Menurutnya, harga minyak sawit yang lebih murah berbanding dengan harga minyak lain seperti minyak kelapa, zaitun, soya dan bunga matahari adalah antara sebab mengapa ia harus dijadikan pilihan utama rakyat Malaysia.
“Bukan sahaja murah malah ia lebih sihat, minyak sawit ini juga adalah hasil daripada usaha para peneroka dan pekebun kecil kita. Jadi kita seharusnya menyokong,” katanya.
Kredit: Sinar Harian |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Minyak sawit merah ni nak dpt mana...geng pancing pkai minyak ni gasak kat kolam pancing, patin,rohu n mekong suka kata deme.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga sembuh bodoh masing2 lepas minum sesudu sawit tiap hari |
|
|
|
|
|
|
|
kalau la sembuh bro...wakakakakakakakakkaaka
|
|
|
|
|
|
|
|
dia punya bodoh dah masuk level Dun |
|
|
|
|
|
|
|
Mahacai punya bodoh xde sapa blh lawan...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Sarkas ke apa..ni dewan la. Bodoh abadi dap |
|
|
|
|
|
|
|
Yb umno join gak. Apa keno yob |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 19-4-2019 11:33 PM
Minyak sawit merah ni nak dpt mana...geng pancing pkai minyak ni gasak kat kolam pancing, patin,rohu ...
Dekat United Plantation, Bernam Bakery Ada jual
|
|
|
|
|
|
|
|
sesudu sehari...ha baru kau tau
selama ni minum minyak zaitun je apa pun xtau..hidup dalam kepompong urbanism |
|
|
|
|
|
|
| |
|