View: 3273|Reply: 47
|
[Tempatan]
PH tak akan jadi k'jaan sepenggal
[Copy link]
|
|
PH tak akan jadi k'jaan sepenggal
Dengan pelbagai kritikan ditujukan kepada kerajaan PH yang sudah memerintah selama 11 bulan namun gagal memenuhi janji manifesto, selain beberapa keputusan 'pusingan-U', serta kekalahan dalam tiga siri pilihan raya kecil (PRK), terdapat pandangan yang melihat gabungan itu hanya akan berkuasa selama sepenggal.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini dan Kini TV, Menteri Industri Utama Teresa Kok maklum dengan ketidakpuasan hati rakyat terhadap PH namun percaya gabungan itu mampu meyakinkan rakyat selepas menunjukkan perbezaan dalam pentadbiran.
Jelas Teresa, sesetengah penyokong PH tidak senang kerana mereka menjangkakan perubahan dalam waktu yang singkat.
"Mereka tidak faham bahawa kita mewarisi syarikat (kerajaan) yang mempunyai hutang besar dan banyak masalah, termasuk masalah struktur.
"Jika rakyat salahkan (kerajaan) kerana ekonomi tidak baik, kita tidak boleh lupa bahawa ekonomi dunia sedang dalam situasi buruk susulan perang dagangan AS-China yang menyebabkan negara lain turut terjejas," katanya.
Timbalan setiausaha agung DAP itu juga berkata, sesetengah penyokong lain tidak senang dengan PH berhubung pinjaman pendidikan dan cukai.
"Saya bagaimanapun tak percaya kita akan menjadi kerajaan sepenggal," katanya, dengan memetik pengalaman Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor pada 2008 dan terus mempertahankannya dalam pilihan raya umum selepas itu.
Kata ahli parlimen Seputeh itu, kerajaan negeri berkenaan turut berdepan masalah sama yang menyebabkan sesetengah orang berpendapat Pakatan Rakyat tidak dapat bertahan untuk memerintah negeri.
"Di Selangor, kita berdepan banyak masalah dan demonstrasi diadakan hampir setiap bulan. Tapi kita tetap dapat bertahan tiga penggal," katanya.
Bagaimanapun, jelas Teresa, untuk berkuasa lebih dari sepenggal, PH perlu mendengar maklum balas daripada rakyat dan mengembangkan agenda pembaharuan.
"Kita faham situasi ketika ini tidak berapa baik untuk orang berniaga dan orang biasa, dan kita sedang cuba perbaiki.
"Kita bukan kerajaan yang sempurna, kita ada kelemahan. Beberapa pemimpin mungkin bertindak tidak bijak sebelum ini, tapi kita tidak sempurna.
"Namun saya yakin kita akan memperbaiki ekonomi, membawa perubahan kepada institusi dan menunjukkan kita serius dalam menangani rasuah. Rakyat Malaysia termasuk dari kalangan orang Melayu akan menyokong kita.
"Saya rasa rakyat akan lihat dalam lima tahu, kita merupakan kerajaan yang lebih ideal berbanding BN," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
In 5 years, Malaysians will see Pakatan better than BN, says Kok
THE growing dissatisfaction with Pakatan Harapan is due to the people’s unrealistic expectation of immediate change, said Teresa Kok.
In an interview with Malaysiakini, the primary industries minister said voters will eventually come to see that PH makes a better government than Barisan Nasional, but this will take at least five years. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsortium zenith. Penang underground tunnel. Projek ntah hapa2 lagi kerajaan Penang bagi.
Fuck. Tokeh dia rugi berjuta2 kene tipu sbb nak cuba selesaikan masalah penggubalan Wang Haram dgn pihak berwajib.
Yg engkau still in cohorts with this bastard wtf??
Takyah salahkan pengundi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takkan la si Kok nak mengiakan yg dia bakal jd menteri sepenggal |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap kerajaan baru dimana2 akan ambil masa utk perbaiki sistem kerajaan lama yg tak baik. Baru 11 bulan dah tak sabar. Ingat magic kah penyokong BN ini.
Kalau kerajaan lama adalah ph, entah berapa lama kerajaan BN ambil masa utk tukar sistem kelebih baik. Masa itu dia org kena pula maki dgn rakyat sbb lambat buat pembaharuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp idea dia inovatif jugak, suruh tanam buluh, tanam pokok coklat, menteri dap ni mcm buat keje jugakla, kalu menteri ph melayu omg lg2 c ketapi xpuashati betul iols |
|
|
|
|
|
|
|
baghal_bortuqal replied at 20-4-2019 10:10 AM
Konsortium zenith. Penang underground tunnel. Projek ntah hapa2 lagi kerajaan Penang bagi.
Yg tabung haji dgn felda rugi pun ada org nak sokong kerajaan lama.
|
|
|
|
|
|
|
|
najib mesti segera dipenjarakan |
|
|
|
|
|
|
|
Knights replied at 20-4-2019 10:26 AM
najib mesti segera dipenjarakan
Setuju.. bila tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kita tunggu dan lihat jer..... |
|
|
|
|
|
|
|
Yeah right. Balik pusing felda. Najib. Rosmah. Birkin.
Enough already la.
I am the person that faced senior mangement of felda entities off-site including their Director general and told them straight to their faces MYR jatuh pasal 1mdb, negative impact rosmah etc.
This is the face yg jawab balik in a meeting hall soalan 'what have your bank done for the country?!!' dari penjilat rosmah. When she was still in power.
So takyah nak konar lelebih pasal najib rosmah 1mdb.
Ni, CAT. Kupas Kat situ.
Cacamarba.
Auta.
Tongong.
Country is going to the dogs. Country is not undergoing growing pains or rehab pains.
Country is going to the dogs sbb gomen pH immoral, bodoh, don't know fuck what they're doing.
10 ekor tipu kelayakan akademik dah tentu takde moral. Jijik sial.
Dan sbb tipu kelayakan akademik, dah tentu bahlol.
Yg Ada kelayakan Pon sama bahlol. Mcm2 cukai Dan penjarahan atas alasan bayar hutang tapi kadar hutang Tak turun. Bajet fiskal Makin Naik. Wealth value khazanah, epf, pnb jatuh dek molot gobind.
Kesialan apa? Ini Pon salah najib?
Fuck. |
|
|
|
|
|
|
|
tak kan nak ngaku plk. kita tengok je. |
|
|
|
|
|
|
|
konfem lingkop
melayu n islam semakin di tapak kaki kan Dap
|
|
|
|
|
|
|
|
Confirm sepenggal... Kerat tut la... Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
steven.l replied at 20-4-2019 10:24 AM
Setiap kerajaan baru dimana2 akan ambil masa utk perbaiki sistem kerajaan lama yg tak baik. Baru 11 ...
Haih.. Dah janji bulan bintang. Malam ni menang, esok minyak turun. 100 hari boleh selesai 10 janji. Abih nk salahkan pengundi yg vote sbb termakan janji.
Amik masa la, baru beranak la... Pui... Masa janji tak beringat. Akai ada |
|
|
|
|
|
|
|
zull4rs replied at 20-4-2019 01:55 PM
Confirm sepenggal... Kerat tut la... Hahaha
mmg kompom... dulu menang faktor che det.. faktor melayu bg undi dap... skrg kim salam....
dah kalah prk berderet masih tak ngaku sepenggal haha |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalau tak jadi kerajaan sepenggal. Impian hutang negara 1 trillion bakal direalisasikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. bukan 1 penggal,1/2 penggal cukup
|
|
|
|
|
|
|
|
takkan mereka nk mengiyakan..kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|