CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6132|Reply: 56

[Tempatan] Lagi Lagi Jabatan Peguam Negara kita ... Gugur pula kes bunuh terhadap majikan y

  [Copy link]
Post time 20-4-2019 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Voyagers at 20-4-2019 08:43 PM

Majikan dituduh bunuh amah bebas, Tenaganita mahu peguam negara jawab





GEORGE TOWN: Kumpulan hak asasi wanita hari ini membantah keputusan pendakwaraya menggugurkan kes bunuh terhadap majikan yang didakwa mendera pembantu rumah warga Indonesia.

Adelina Jerima Sau, 21, meninggal dunia kerana kegagalan pelbagai organ selepas didakwa didera majikannya di sebuah rumah di Bukit Mertajam tahun lepas.

Majikan itu, Ambika MA Shan, 61, terlepas dari hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi dilapor membebaskan dia daripada tuduhan bunuh hari ini selepas timbalan pendakwaraya minta dia dilepaskan tanpa dibebaskan.

Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene A Das berkata keputusan mahkamah itu adalah mengejutkan dan Jabatan Peguam Negara mesti jawab mengapa tiada keadilan untuk Adelina, walaupun terdapat bukti jelas.

“Beliau seorang wanita yang dipaksa bekerja selama 2 tahun tanpa gaji. Tubuh wanita itu diganasi. Kematiannya bermakna sesuatu.

“Mengapa mahkamah kita menghampakannya? Mengapa kerajaan menghampakannya? Mana keadilan untuk Adelina?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Glorene berkata ketika kerajaan melancarkan perang terhadap penyeludupan manusia dan buruh paksa, menggugurkan kes itu menunjukkan tiada keadilan untuk mangsa seperti Adelina, yang didakwa didera di tempat kerja.

“Tenaganita sedih dengan laporan ini. Kami tidak dapat bayangkan kesedihan keluarga Adelina,” katanya.

Keadaan Adelina mula dikesan oleh seorang jiran. Jiran itu kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada seorang wartawan di Facebook. Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim kemudian menghantar pasukannya untuk menyiasat.

Adelina ditemui dalam keadaan tangan dan kaki bernanah dan tidak boleh berjalan. Luka-lukanya nampak seperti tidak sembuh.

Majikannya membawa dia ke Hospital Bukit Mertajam atas gesaan pasukan Sim.

Dia meninggal dunia selepas semalaman di hospital. Kes Adelina juga menarik perhatian media Indonesia.

Tenaganita menyifatkan kejadian itu sebagai “kemelesetan yang meluas dan berakar umbi” dalam masyarakat tentang layanan terhadap pekerja asing.

Terdahulu, Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang Iwanshah Wibisono, yang menghadiri prosiding mahkamah itu berkata, keluarga Adelina menerima gaji tertunggak sebanyak RM69,300 daripada bekas majikan.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Woowwwwwww... Well done AG. Good job. Good. Good. Good.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Rule of law of the jungle..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 05:58 PM | Show all posts
aku harap puak indon lempar taik kat pejabat AG. bukan kat kedubes malaysia.

tolong jgn jadikan marhein malaysia tempat lepas geram anda. kita juga mahukan keadilan utk Adelina
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 20-4-2019 05:58 PM
aku harap puak indon lempar taik kat pejabat AG. bukan kat kedubes malaysia.

tolong jgn jadikan  ...

Lempar pada dirinya.  Lebih lagi jika dilemparkan pada anak perempuannya (jika ada)
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 06:07 PM | Show all posts
Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene A Das berkata keputusan mahkamah itu adalah mengejutkan dan Jabatan Peguam Negara mesti jawab mengapa tiada keadilan untuk Adelina, walaupun terdapat bukti jelas.

“Beliau seorang wanita yang dipaksa bekerja selama 2 tahun tanpa gaji. Tubuh wanita itu diganasi. Kematiannya bermakna sesuatu.

“Mengapa mahkamah kita menghampakannya? Mengapa kerajaan menghampakannya? Mana keadilan untuk Adelina?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Glorene berkata ketika kerajaan melancarkan perang terhadap penyeludupan manusia dan buruh paksa, menggugurkan kes itu menunjukkan tiada keadilan untuk mangsa seperti Adelina, yang didakwa didera di tempat kerja.




Puan Glorene,

Puan terkhilaf agaknya.

Bila gomen menyuruh pekerja asing itu sendiri membayar 80% dari kadar levi kerajaan (sebelumnya 100% dibayar majikan), maka gomen secara rasmi mengambil pendekatan slavedriver. Tak banyak beza gomen malaysia dgn snakeheads organised crime yg buat human trafficking.

Rujukan below:

Levi: Pekerja asing perlu bayar 80 peratus, majikan 20 peratus
Rahimah Abdullah, Astro Awani | September 24, 2018 17:03 MYT
[url=whatsapp://send?text=Levi%3A+Pekerja+asing+perlu+bayar+80+peratus%2C+majikan+20+peratus%20http://www.astroawani.com/berita ... n-20-peratus-186421][/url]



GUAN ENG: Apabila pekerja asing yang membayar lebih untuk levi, majikan dan kerajaan tidak akan rugi. - Astro AWANI/Fail

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju agar pembayaran kadar levi berjumlah RM10,000 setahun ditanggung pekerja asing sebanyak 80 peratus, dan majikan pada kadar 20 peratus.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaannya akan melibatkan pekerja asing terlatih yang sudah bekerja lebih 10 tahun di negara ini.

"Jadi, apa diumumkan di sini ialah 20 peratus dibiayai majikan, 80 peratus pekerja asing supaya kita tidak rugi dan kerajaan akan kutip wang yang agak besar, cecah bilion, untuk tiga tahun ini," katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Tahunan Pemaju Hartanah anjuran REHDA Institute di sini, hari ini.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2019 06:10 PM | Show all posts
kicap dengan sepet bila dapat kuasa, dia akan tolong bangsa dia,  yang heran Melayu boleh sokong pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 20-4-2019 06:10 PM
kicap dengan sepet bila dapat kuasa, dia akan tolong bangsa dia,  yang heran Melayu boleh sokong pul ...

Tu la pasal. What a sad story this is. Adelina fly high. Abis sudah seksa mu di dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2019 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanya Ambiga apa dia jawab?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat sesuatu...
Dibebaskan begitu aje..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
So betul la hakim, lawyer ni silap langkah boleh masuk neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:06 PM | Show all posts
Siapa pendakwa Raya kes ni?




Peguam Negara Tommy Thomas akan menyiasat soal pengguguran kes bunuh seorang warga emas terhadap pembantu rumah warga Indonesia tahun lalu, kata Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Sim yang juga timbalan menteri belia dan sukan berkata, ia selepas beliau menghubungi Thomas untuk meminta pejelasan berhubung perkara itu.

"Peguam negara berkata beliau akan menyiasat sendiri perkara itu untuk melihat langkah seterusnya yang boleh diambil.

"Saya percaya peguam negara dan sistem perundangan akan menegakkan keadilan. Saya menegaskan pendirian bahawa Malaysia memerlukan undang-undang yang lebih baik untuk melindungi pekerja asing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 20-4-2019 05:58 PM
aku harap puak indon lempar taik kat pejabat AG. bukan kat kedubes malaysia.

tolong jgn jadikan  ...

Setuju dgn bang baghal
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebabian apakah ini
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:15 PM | Show all posts
bangsa rentung bodolgemok memang korup...ada fresh new evidence macam kes banglo limguanjeng ka? ini kan pula kes arwah adib....seronok ka hangpa dapat rentung Malaysian Malaysia jadi ag hangpa ahcai2 pakatan haramjada? wakakakakakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:37 PM | Show all posts
takde sapa ker boleh challenge or charge AG ni?

dalam kes Adib, orang melayu nak justice.
kalau pesalah di hukum, org melayu ni jadi cool down la sikit.

ini dah la bunuh orang nak padam api,
lepas tu takde pendakwaan, takde sapa yang di hukum.
kuil haram boleh naik bebas sana sini.

ini semua boleh bikin panas.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2019 07:41 PM | Show all posts
slavehunter replied at 20-4-2019 07:06 PM
So betul la hakim, lawyer ni silap langkah boleh masuk neraka.

memang ramai yang corrupt pun.
sapa yg ada duit & power, undang2 tu semua boleh adjust

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:46 PM | Show all posts
apa jadahnya pendakwaan digugurkan? gila ...

AG ni tak baca dokumen kah utk sign , atau tak perhatikan anak buah dia dah backstabbing dia dgn gugurkan kes ni smpi kan dia tak sedar?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:48 PM | Show all posts
Terdahulu, Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang Iwanshah Wibisono, yang menghadiri prosiding mahkamah itu berkata, keluarga Adelina menerima gaji tertunggak sebanyak RM69,300 daripada bekas majikan.


mgkn sebab ni, peguam tertuduh nego dgn pendakwaraya yg in charge case lalu depa senang-senang gugurkan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:54 PM | Show all posts
dulu masa jokowi baru2 jadi president ....konon tak mau bagi sang ibu2 dan anak2 perumpuan  keluar negara untok berkerja. Harus nya yg ke luar negeri sang suami2......mencari rejeki.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.094897 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list