CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1895|Reply: 18

[Tempatan] Bayi maut terjatuh panjat jeriji tingkap

[Copy link]
Post time 20-4-2019 11:21 PM | Show all posts |Read mode
Bayi maut terjatuh panjat jeriji tingkap


BAYI 18 bulan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh ketika memanjat jeriji tingkap di rumah pengasuhnya di Taman Kuala Kangsar, semalam.

Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin disahkan meninggal dunia jam 9.40 pagi ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, ibu mangsa, Noorsyaqinas Rosni, 25, menghantar anaknya ke rumah pengasuh jam 7 pagi dan ketika berada di tempat kerja di Pejabat Tanah Kuala Kangsar, dia dimaklumkan anaknya dihantar ke hospital.

“Ibu mangsa memberitahu menghantar anak lelakinya itu dalam dalam keadaan baik ke rumah pengasuh, namun pada jam 9 pagi ketika sedang bekerja, dia didatangi ibu kepada pengasuh memberitahu anaknya berada di hospital.

“Wanita terbabit bergegas ke hospital dan bertemu pengasuh untuk bertanyakan keadaan anaknya dan dimaklumkan bayinya terjatuh selepas memanjat jeriji tingkap dalam bilik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pengasuh turut memberitahu bayi terbabit masih membuka mata ketika ke hospital.

“Doktor yang merawat memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia selepas diberi rawatan pernafasan (CPR) dan dimasukkan bekalan oksigen selama satu jam bermula 8.40 pagi tetapi tiada tindak balas,” katanya.

Razali berkata, susulan itu ibu mangsa membuat laporan polis dan siasatan awal mendapati bayi malang ini dihantar ke rumah pengasuh sejak awal bulan ini pada hari bekerja sahaja.

“Ibu mangsa memaklumkan tiada sebarang kesan tanda kecederaan fizikal pada tubuh bayinya.

“Siasatan mendapati ketika kejadian berlaku hanya wanita berusia 24 tahun (pengasuh) bersama anaknya yang berusia setahun dan Muhammad Aidil yang dijaganya,” katanya.

Menurutnya, pengasuh menyedari mangsa tidak memberi reaksi dan dalam keadaan tidak sedar apabila dipanggil, terus bertindak membawa mangsa ke hospital.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada tanda kesan jenayah yang boleh menjurus berlakunya jenayah dan bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian disebabkan masalah organ dalaman.

“Jantung bayi juga tidak kelihatan normal kerana sedikit besar tidak seperti kanak-kanak seusianya, selain bedah siasat tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya.

Razali berkata, pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kecuaian terhadap penjagaan kanak-kanak mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2019

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2019 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe jatuh, da ada problem pada jantung
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 12:02 AM | Show all posts
18 bulan, mesti jenis cam ala biarlah memanjat,
bukan budak suka memanjat dikatakan bijaklah apalah..

pernah tengok video, siap panjat jeriji pintu lagi,
camanalah parents boleh buat video anak memanjat,
kalau jatuh fuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpaham la..umah flat ke ape ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tingkap dia jenis sliding door ke apa ??.

Macamana boleh panjat jeriji tingkap ??.
Tinggi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 07:53 AM | Show all posts
simpatinya la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2019 11:24 AM | Show all posts
Usia mcm ni mmg suka memanjat...
memamng x boleh lepa sikit

Al fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Alfatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2019 12:32 PM | Show all posts
Felycya replied at 21-4-2019 01:34 AM
Tingkap dia jenis sliding door ke apa ??.

Macamana boleh panjat jeriji tingkap ??.

rumah iols jerigi rendah jer. tingkap. dia bukan jatuh ke luar tingkap. jatuh terlentang la tu. tapi mmh jatuh kuat so, kepala terhentak

ada sesetengah budak mmg nakal ya rabbi. panjat sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Innalillahiwainnailaihirajiun
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 12:50 PM | Show all posts
harap famili bertabah, takziah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 01:25 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tak mampu nak jaga anak orang dgn  baik  jangan terima. ada lebeh baik cari duit  dgn jual  nasi lemak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 02:26 PM | Show all posts
takziah , ngeri dengar budak meninggal kt umh pengasuh  
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinggap die rendah sgt ke??? Confuse ok..kalau jeriji pintu tu logik juaa..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2019 04:19 PM | Show all posts
Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada tanda kesan jenayah yang boleh menjurus berlakunya jenayah dan bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian disebabkan masalah organ dalaman.

Jantung bayi juga tidak kelihatan normal kerana sedikit besar tidak seperti kanak-kanak seusianya, selain bedah siasat tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya.

Innalillahiwainnailaihirajiun

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
What ever alasan..its on you..parent.hantar dkt pngasuh pprt.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
santubung replied at 21-4-2019 11:32 AM
rumah iols jerigi rendah jer. tingkap. dia bukan jatuh ke luar tingkap. jatuh terlentang la tu. ta ...

Ohh okok..

Boleh bayangkan dah jenis tingkap gitu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.070496 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list