CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1228|Reply: 9

[Tempatan] Lepas isu hutang 1 trilion, PH ulang dan ulang isu pemutihan penjawat awam pulak

  [Copy link]
Post time 20-4-2019 11:45 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa Ong umum pemutihan penjawat awam? - Pemuda Umno
Dikemaskini Hari ini 5:02 petang
   

Pemuda Umno menggesa kerajaan menjelaskan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming mengenai langkah untuk meneruskan proses pemutihan dalam perkhidmatan awam.

Menurut ketuanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, kenyataan Ong itu sepatutnya dibuat pemimpin tertinggi kerajaan dan bukan dilakukan secara 'semberono' dalam program wawancara televisyen.

"Kerajaan perlu menjelaskan seberapa segera, apakah kenyataan Dr Ong Kian Ming ini merupakan keputusan rasmi kabinet dan jika benar ia keputusan rasmi kabinet mengapakah yang membuat pengumuman mengenainya adalah seorang timbalan menteri, bukan perdana menteri, timbalan perdana Menteri atau menteri," kata Asyraf.

Ong dalam wawancara Astro Awani pada 17 April lalu berkata, kerajaan masih perlu meneruskan proses pemutihan ke atas penjawat awam di beberapa kementerian.

Tindakan itu, kata Ong, adalah kerana terdapat ramai penjawat awam pada masa ini masih berpihak kepada kerajaan lalu.

Menurut Ong walaupun beliau tidak berhadapan masalah untuk bekerjasama dengan kakitangan di MITI, namun kementerian lain masih berdepan kesukaran.

"Saya tidak nafikan kementerian lain seperti Kementeraian Komunikasi dan Multimedia memang ada cabaran yang lebih berat kerana ada ramai orang yang lebih berpihak kepada kerajaan lalu dan kita kita masih buat cleaning up process (proses pembersihan)," katanya.

Perlembagaan lindungi penjawat awam

Mengulas lanjut, Asyraf berkata Perkara 132 (2A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penjawat awam berhak memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Perkara 135 pula memperuntukkan bahawa mereka tidak boleh dibuang kerja dan diturun pangkat secara sesuka hati,” katanya.

Tambah Asyraf, walaupun ada garis panduan melarang penjawat awam mengambil bahagian dalam aktiviti politik dalam Seksyen 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002, Sub-Seksyen 5 pula tidak menghalang mereka daripada menjadi ahli biasa parti politik.

Katanya lagi, kerajaan BN tidak pernah menzalimi sebahagian penjawat awam yang menyokong, mengundi dan menjadi ahli biasa parti politik Pakatan Rakyat dan PH.

Sementara itu, penganalisis politik Dr. Kamarul Zaman Yusof meminta Ong menjelaskan dengan tepat dan terperinci tentang kenyataan ‘cleaning up process’ terhadap penjawat awam yang dikeluarkannya itu.

“Kenyataan Dr Ong Kian Ming hanya mengaitkannya dengan ‘lebih berpihak kepada kerajaan yang lalu’,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Kamarul, kenyataan Ong itu perlu dipandang serius kerana ia bukan hanya melibatkan kementeriannya, tetapi seluruh kerajaan.

Tambah Kamarul lagi, PH perlu sedar bahawa persepsi seolah-olah PH berkonfrontasi dengan penjawat awam mungkin menjadi penyebab sokongan golongan itu tidak berpihak kepada mereka dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2019 11:47 PM | Show all posts
standard la sepet beria-ia nk buat seseuatu hebahan lebih awal
bila kantoi salah ckp
pura pura la u-turn, salahkan media salah petik etc
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Jesus farking Christ.

It's civil liberty la woi.

Who the fuck are you to 'cleanse' the civil service for their political views?


Eh babi. Malaysia mengamalkan demokrasi la sial.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 12:45 AM | Show all posts
takpa...yang terkesan ni pi mengadu kat bini mat sabu...esok bini mat sabu habaq kat mat sabu...mat sabu habaq kat kabinet..masalah selesai....mat sabu kan power...wakakakakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muke korang..undi lagi sepet kominis

Padannn muke ..padannn muke..amik ko kominis malaya..mkn babi..minum arak!!


Puuuuuuuulang laaaaahhhh ...akang Najibbbb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 02:46 PM | Show all posts
Proses pemutihan perkhidmatan awam, kerajaan jangan mabuk kuasa
22 April 2019


KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dituntut untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan proses pemutihan dalam perkhidmatan awam seperti yang dinyatakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming baru-baru ini.

Penjelasan juga perlu diberikan untuk mengetahui sama ada perkara itu telah diputuskan oleh kabinet dan apakah kapasiti dan motif Kian Ming mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi persepsi negatif itu, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurutnya, Pas turut menuntut penjelasan adakah frasa ‘proses pemutihan dalam perkhidmatan awam’ yang digunakan itu merupakan satu tindak balas sewenang-wenang Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung kedudukannya yang tidak mendapat dukungan dan sokongan daripada pegawai kerajaan tanpa terlebih dahulu memeriksa sebab dan puncanya.

“Penjelasan kerajaan dalam perkara ini terutamanya dalam isu-isu di atas amat penting bagi memperjelaskan sikap kerajaan berhubung apa yang dikatakan sebagai ‘proses pemutihan dalam perkhidmatan awam’.

“Kerajaan tidak seharusnya bertindak dan menjadi ‘mabuk kuasa’ semata-mata untuk menutup kelemahan mereka sendiri dengan menekan dan ‘membalas dendam’ terhadap musuh-musuh politik PH sama ada yang berada dalam perkhidmatan kerajaan atau di luarnya,” katanya dalam satu kenyataan hair ini.

Dalam masa yang sama, kerajaan tidak wajar bertindak seolah-olah memberi ‘amaran’ kepada kakitangan awam supaya mereka hanya perlu menjadi ’pak turut’ kerajaan dalam semua keadaan, sama ada betul atau salah.

Menerusi kenyataan itu, Takiyuddin juga meminta penjelasan kerajaan dalam beberapa isu yang melibatkan tindakan pimpinan Kerajaan PH dan juga badan-badan di bawahnya yang jelas menampakkan pelanggaran undang-undang dan prosedur yang diguna pakai dan diamalkan dalam perkhidmatan awam selama ini.

Antaranya atas kapasiti apa Ketua Menteri Pulau Pinang membuat kenyataan bahawa SPRM telah ‘membersihkan’ pihak-pihak yang terlibat dalam Isu projek pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan tiga jalan yang bernilai RM6.3 bilion.

“Bukankah ini peranan dan fungsi SPRM?. Lagipun kini terdapat kes Mahkamah yang melibatkan tuduhan di bawah Seksyen 420, Kanun Kesiksaan, iaitu menipu ke atas individu yang dikatakan ada kaitan dengan isu ini,” ujarnya.

Pas juga mahu penjelasan kenapa Jabatan Peguam Negara memfailkan Afidavit melalui Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam kes Inkues Pegawai Bomba Mohd Adib Mohd Kassim mengesahkan simati ‘tidak dipukul oleh mana-mana orang’ sedangkan prosiding inkues masih lagi berjalan.

Pertanyaan juga dibuat bolehkah kerajaan memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana pihak tertentu yang terlibat dalam tuduhan dan dakwaan rasuah di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga sebahagian besar pegawai dan kakitangan JPJ Pulau Pinang ditangkap untuk siasatan lanjut.

Akhir sekali, mengapa kes-kes rasuah dan jenayah yang melibatkan pimpinan Kerajaan PH termasuk anggota keluarga mereka kelihatan tidak dikendalikan secara telus dan dilengah-lengahkan proses pendakwaannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2019 03:33 PM | Show all posts
selamat menyambut malaysia baru..maaf dzahir & bathin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 03:47 PM | Show all posts
makan dalam ucapan tu

terasa sampai 4-5 tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat dulu member PTD aku penyokong tegar Khalid Ibrahim cakap. "Kalau ikut sistem demokrasi, gomen servant ni dia harus berkecuali. Xsemestinya kene pangkah BN".

Hoiii la, sekali menteri keluar statement DAP supremacy. Betullah kata manikam maniam, "tak kira anda SPM ke, STPM ke, Ijazah ke, Master ke, PhD ke. Anda undi PH, anda bodoh."
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk ketum belaka
Takut pada bayang-bayang
Kalau penjawat awam undi BN last pru
Takdanya ph menang
Skrg Napa org balik sokong BN
Muhasabah lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.592557 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list