CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 677|Reply: 0

[Tempatan] Berita biasa Cina DAP kantoi lagi. Apa bezanya PIL1 dengan Kidex?

[Copy link]
Post time 20-4-2019 11:51 PM | Show all posts |Read mode
Apa bezanya PIL1 dengan Kidex?
News  |  Diterbitkan Hari ini 8:31 malam  


   

ULASAN | Pada 9 Jun 2014, Yeo Bee Yin yang ketika itu adun Damansara Utama menulis di organ DAP, Rocket, bahawa jika Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dibina, ia akan menjadi lebuhraya paling mahal di Malaysia, iaitu dengan belanja RM2.4 bilion atau RM162 juta per kilometer.

Menurut laporan itu lagi, lebuhraya paling mahal yang pernah dibina ketika itu ialah Lebuhraya Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) yang berkadar RM95 juta per kilometer.

DAP dan Yeo membantah keras Kidex dengan alasan ia akan merentasi bandar utama - menjadikan harga pembinaannya paling mahal untuk setiap kilometer. Menurut mereka lagi, projek itu memerlukan kajian lebih mendalam dan telus. Ia juga harus terbukti membawa faedah berbanding alternatif lain seperti pembinaan pengangkutan awam.

Bagaimanapun kata-kata DAP dan Yeo retorik semata-mata. Bantahan daripada orang awamlah yang menyebabkan Kidex dibatalkan, sekaligus menyelamatkan Petaling Jaya. Jika DAP ada menyumbang apa-apa dalam pembatalannya, saya ingin mengucapkan syabas kepada mereka.

Pada 20 September 2018, Yeo Bee Yin selaku menteri yang bertanggugjawab terhadap alam sekitar telah menghadiri sesi pendengaran awam di Pulau Pinang. sesi ini disaksikan lebih 800.

Beliau turut hadir ke pembentangan kajian impak alam sekitar (EIA) untuk projek Pan Island Link 1 (PIL1). Ketika itu, Penang Forum menyerahkan maklum balas terperinci mengenai kebimbangan terhadap projek ini, termasuk 2,000 pucuk surat dari orang awam, kepada beliau.

Sebelum meninggalkan sesi itu, Yeo berkata pembangunan harus seimbang dengan penjagaan alam sekitar tetapi keputusan sukar harus juga dibuat. Beliau sepatutnya memberi keyakinan kepada orang awam bahawa keputusan akan mengambil kira faktar atau dasar yang berasaskan bukti.

Yeo sebaliknya memetik Dr Mahathir Mohamad dengan berkata keputusan yang baik ialah keputusan yang tidak menggembirakan sesiapa. Menurutnya, tiada sesiapa yang terlibat dalam proses membuat keputusan boleh dibeli dengan wang ringgit.

Penang Forum pula tidak menerima sebarang maklum balas daripada Jabatan Alam Sekitar walaupun setelah menunggu enam bulan. Apabila ditanya, barulah Penang Forum menerima makluman ringkas pada 22 Mac lalu iaitu projek itu masih dalam pertimbangan.

Tinggu mingu kemudian, pada 14 April, satu kenyataan akhbar memaklumkan projek PIL1 telah diluluskan dengan 56 syarat. Malang sekali tiada sesi penyertaan awam dalam proses membuat keputusan ini. Orang awam juga tidak dimaklumkan dengan syarat-syarat itu.

Jika Yeo lima tahun lalu bercakap mengenai ketelusan, kini beliau yang telah menjadi salah seorang pembuat keputusan haruslah mempraktikkannya. Sekurang-kuragnya dedahkan 56 syarat tersebut kepada orang awam.

Yeo Bee Yin

Bagaimana pula pendirian ahli politik DAP yang lain berkenaan PIL1? Mengapa mereka senada dengan menyatakan PIL1 memang diperlukan?

Ahli politik memang mudah lupa, atau buat-buat lupa. Kitalah yang harus sentiasa mengingatkan mereka.

Pada 29 Mei 2002, Chow Kon Yeow yang ketika itu pembangkang (kini ketua menteri Pulau Pinang) berkata "jika dapatan kajian daripada Halcrow benar, maka Koh (ketua menteri ketika itu) adalah tidak bertanggungjawab jika masih meneruskan Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) kerana ia bukan penyelesaian jangka panjang kepada masalah lalu lintas di negeri ini".

Kenyataan itu disokong Lim Kit Siang pada 28 Mei. Katanya: "Mimpi ngeri kesesakan trafik di Pulau Pinang akan kembali kepada asal hanya dalam masa lapan tahun selepas pembinaan PORR. Apa yang negeri diperlukan ialah pengangkutan awam yang baik dan mampan. PORR bukan langkah jangka sederhana kesesakan trafik, dan jauh sekali penyelesaian jangka panjang."

PORR dan PIL1 adalah projek yang sama. Malah rangkaian PIL1 lebih panjang. Berdasarkan laporan Halcrow dan perunding impak alam sekitar PIL1, masalah trafik akan kembali kepada biasa hanya dalam masa lima ke lapan tahun.

Kini persoalan pentingnya ialah, mengapa ahli politik mengubah pendirian? Mengapa mereka tidak mengamalkan apa yang telah mereka kata sebelum berkuasa? Mengapa mereka tidak mahu membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti yang nyata?

Kerajaan baru kononnya akan membawa harapan. Mereka harus membuktikannya.

LIM MAH HUI ialah bekas profesor, ahli perbankan dan ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.253218 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list