|
Qari dan qariah Malaysia diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61.
Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah, manakala Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah.
Kemenangan itu membolehkan mereka menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di majlis di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Hadir sama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|