CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 884|Reply: 4

[Dunia] Nekad Potong Jari Kerana Salah Undi Parti

  [Copy link]
Post time 21-4-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
21 Apr 2019

Seorang pengundi lelaki nekad memotong jari telunjuknya hanya kerana dia tersalah mengundi.

Pawan Kumar berkata, dia tersilap mengundi untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) dalam rakaman video yang telah menjadi tular.

Menurutnya, dia mahu mengundi untuk parti serantau, namun keliru kerana terlalu banyak simbol pada mesin pengundian.

"Saya mahu undi gajah, tetapi tersalah mengundi bunga," ujarnya merujuk kepada simbol parti yang dipaparkan pada mesin pengundian bersebelahan dengan nama setiap calon.

Difahamkan, Kumar dari kasta Dalit menunaikan tanggungjawabnya di Bulandshahr di Uttar Pradesh di bawah peringkat kedua pengundian dalam pilihan raya umum pada Khamis lalu.

BJP menggunakan simbol bunga teratai manakala gajah digunakan sebagai simbol Parti Bahujan Samaj (BSP) yang bersekutu dengan dua parti serantau lain menentang parti pemerintah pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Pengundian pada Khamis lalu merupakan perkara paling penting bagi parti serantau yang menguasai politik di negeri mereka selain berdepan saingan dengan ahli politik tempatan yang berkarisma.

Seramai 900 juta pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya di India yang diadakan secara tujuh peringkat yang mana kiraan undi akan dilakukan pada 23 Mei depan. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2019 09:32 AM | Show all posts
Terlajak perbuatan tak berguna potong jari pun bukan boleh mengubah undinya semula kerja sia2
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat msia ramai yg patut potong jari sbb undi menteri2 sijil fake
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 12:03 PM | Show all posts
potong la..wakkakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya yg salah mengundi PeeH pon buat tindakan yg sama, sila potong jari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.058311 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list