View: 1450|Reply: 7
|
[Politik]
Bekas EXCO Johor, anak lepas dan bebas 37 pertuduhan
[Copy link]
|
|
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, melepas dan membebaskan bekas EXCO Johor, Datuk Abd Latif Bandi, daripada 37 pertuduhan rasuah serta kes Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) berjumlah lebih RM30 juta, dua tahun lalu.
Selain itu, anak lelakinya, Ahmad Fauzan Hatim, 27, dan perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub, 46, turut dibebaskan daripada semua pertuduhan berkenaan.
Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abd Latif, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffuddin.
Kamarudin dalam penghakimannya pada akhir kes pendakwaan berkata, mahkamah membuat keputusan berkenaan kerana tidak boleh memutuskan kes hanya berdasarkan keterangan mencurigakan semata-mata.
“Mahkamah mendapati tiada niat jahat bersama antara ketiga-tiga tertuduh, selain saksi dikemukakan dicurigai kredibiliti dan niat mereka.
“Pihak pendakwaan juga gagal mengemukakan saksi, iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Negeri lain berhubung pertikaian keputusan meluluskan pertukaran status lot hartanah Bumiputera,” katanya.
Abd Latif dan Ahmad Fauzan menangis sambil berpelukan sejurus hakim membacakan keputusannya.
Ahli keluarga dan penyokong mereka yang memenuhi galeri awam turut dilihat menangis sebaik mendengar keputusan hakim berkenaan.
Pada 14 Jun 2017, Abd Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffuddin didakwa dengan empat pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
Sebelum itu pada 19 April 2017, Abd Latif dan Amir Shariffuddin mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan berasingan membabitkan rasuah bernilai RM30.3 juta mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Pihak pendakwaan mengemukakan 63 saksi dan 1,071 ekshibit kes dalam perbicaraan yang berlangsung selama 40 hari.
Ia dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Tengku Amir Zaki.
Semua tertuduh pula diwakili barisan peguam, Datuk Hasnal Redzua Merican, Datuk Sallehudin Saidin, Azrul Zulkifli Stork, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Rahim Aidil, Nur Hafidzah Md Yusuff, Siti Sarah Khalil and Hafez Zalkapli.
Oleh Mohamed Farid Noh
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
duit drp aktiviti haram yg mana satu? General sgt.
judi dan arak pun haram jgk. Tp bila jual kat tesco dah jd halal. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 21-4-2019 01:16 PM
dengar nya kalu tuduhan ada berpuluh puluh sekurang kurang ada jgk yg kene. ini semua pun dah terlepas. tuduhan rambang setakat hear say memang susah nak dibuktikan terutama kes berkaitan rasuah dan money laundering. |
|
|
|
|
|
|
|
37 pertuduhan semua xlekat |
|
|
|
|
|
|
|
syukur la kalau dah terlepas,, |
|
|
|
|
|
|
|
Nk wat pertuduhan mahkamah pon kena ada bukti kan...bkn mcm buat report polis. 1 pon x lekat ye.....ish3... |
|
|
|
|
|
|
|
-- kalau dah menangis nangis tu --- haruslah memang tidak bersalah kotttt ---- |
|
|
|
|
|
|
|
Sprm tolong masuk pejabat pendakwaraya kasik geledah. Jgn Lupa belek Hakim tu jugak.
Gila kau. Charge amlatfa Tak boleh sabit kesalahanan???
Berpuluh2 saksi dan 1000 bahan bukti??? Takleh sabit kesalahan??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|