View: 1971|Reply: 6
|
Dibelasah, Dicekik Kerana Tegur Suami Main Judi Online
[Copy link]
|
|
Wanita cedera dibelasah suami selepas menegur tindakan lelaki itu bermain judi atas talian.
Memetik Sinar Harian, kejadian berlaku jam 9.30 malam di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu pada Rabu lalu.
Difahamkan, ketika kejadian, suspek berang apabila dia yang sedang ralit berjudi atas talian menggunakan telefon bimbit ditegur secara baik oleh isterinya sebelum berlaku pertengkaran mulut.
 Gambar Hiasan
Gagal mengawal perasaan, suspek kemudian memukul kepala mangsa dengan topi keledar sebelum mencekik dan menampar pipi suri rumah berkenaan, kata sumber.
Bimbang keselamatan diri dan anak-anak terancam, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian di Balai Polis Kuala Terengganu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (pindaan) 2012. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
suami dari neraka  |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik isteri dia bijak pegi report polis |
|
|
|
|
|
|
|
Tindakan yg cerdik buat laporan polis. Langkah seterusnya ceraikan suami durjana itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ralit - bukan bhs tempatan ke |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dia tengah kalah banyak tu..he he |
|
|
|
|
|
|
| |
|