CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1969|Reply: 14

[Tempatan] Kanak-kanak OKU gantung diri

[Copy link]
Post time 22-4-2019 05:12 PM | Show all posts |Read mode
KEBIMBANGAN seorang ibu apabila panggilan telefonnya tidak dijawab anak perempuannya berusia 11 tahun, terjawab apabila ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan tergantung di jeriji besi rumah mereka di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, kanak-kanak yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim.

Kejadian disedari ibu kanak-kanak terbabit ketika pulang dari kerja kira-kira 8.30 malam.

Katanya, ketika ditemui anak sulung daripada dua beradik tinggal seorang diri di rumah berikutan bapanya menetap di Pulau Pinang manakala adik lelakinya berada di rumah nenek mereka.

“Sudah menjadi kebiasaan dia tinggal seorang diri setiap hujung minggu ketika saya keluar bekerja, namun berpesan pada jiran untuk tengok-tengokkan dia.

“Pagi itu sebelum ke tempat kerja, saya mengajaknya ke rumah neneknya tetapi dia tidak mahu,” katanya ketika ditemui di rumah mereka, hari ini.

Menurut ibunya, kali terakhir dia dapat bercakap dengan anaknya pada jam 5.12 petang sebelum dia memberitahu mahu tidur terus menutup telefon.

“Kira-kira jam 6.45 petang, saya menelefonnya semula tetapi gagal dihubungi.

“Sebaik tiba di rumahnya selepas selesai bekerja, saya terkejut melihat keadaan rumahnya gelap gelita sebelum menemui anak perempuannya dalam keadaan tergantung,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa dipercayai menggantungkan diri menggunakan kain batik yang diikat di jeriji besi rumah mereka.

“Siasatan yang dijalankan mendapati tiada kesan pecah masuk dan pintu jeriji dalam keadaan berkunci.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Katanya, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2019 @ 4:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdasarkan jalan cerita...memang mak engko nak ko bunuh diri Pon dekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Oku kategori apalah budak ni ye? Dah sah anak oku boleh pulak tinggalkan sorang2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:31 AM | Show all posts
oku 11 tahun tinggal sorang

tak boleh hadam aku even apa pun reason mak dia ni

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:37 AM | Show all posts
OKU..boleh di kategorikan berbagai..samada cacat anggota badan, cacat pemikiran, sindrom down, atau lembam...tak baik korang mengata emaknya macam tu. Ada anak OKU bukan satu bebanan jika ia tidak menyusahkan famili atau yg jenis berdikari.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:58 AM | Show all posts
atas alasan apa dia terfikir untuk membunuh diri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2019 10:04 AM | Show all posts
dah tulis situ OKU fizikal..aku rs budak ni tekanan laaa..takut ada org ejek2 dia ke..isk kesiannya..11 tahun baya anak aku..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 11:27 AM | Show all posts
Ya Allah...sadisnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2019 11:54 AM | Show all posts
ya Allah dik.. kenapa begitu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukacactus at 23-4-2019 12:15 PM

Sian adik ni
Br 11 tahun dah boleh terfikir pasal bunuh diri
Dia rasa dia menyusahkan parents dia ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 01:50 AM | Show all posts
dalam artikel tu kan dah cakap, mak  dia ajak dia pergi rumah nenek, tapi budak tu yang taknak. lagipun saya rase mungkin mak dia ni ibu tunggal yang susah, jad tak boleh nak hire babysitter ke ape.
sebelas tahun bagi saya dah boleh duduk rumah sensorang tapi untuk 1 hari je, macam mak dia pergi dan balik kerja.

mase saya umo 11 tahun pon tak kesah duduk kat rumah sorang2 tunggu mak balik kerja. tak mati pon. tapi sian kat budak ni, mesti depressed ke ape.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 12:00 PM | Show all posts
ISlam kah agamanya???
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Semoga keluarganya tabah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 02:35 PM | Show all posts
ArnabAtasBulan replied at 25-4-2019 01:50 AM
dalam artikel tu kan dah cakap, mak  dia ajak dia pergi rumah nenek, tapi budak tu yang taknak. lagi ...

yep betul, bukan semua orang senang nak upah orang ke apa, esp anak OKU.
Ingat mak tu pergi kerja happy2 ke tinggal anak kat org lain, kadang2 tgk org komen tu macam tak tau susah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 02:45 PM | Show all posts
kesiannye

semoga mak dia tabah and kuat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.465308 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list