CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5143|Reply: 29

149 karya P Ramlee diisytihar Warisan Kebangsaan

[Copy link]
Post time 22-4-2019 06:51 PM | Show all posts |Read mode
BERITA»Nasional
Isnin, 22 April 2019 | 3:38pm





MOHAMADDIN Ketapi


149 karya P Ramlee diisytihar Warisan Kebangsaan

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bh.com.my







PUTRAJAYA: Sebanyak 149 hasil karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee antara 255 butiran yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata pengiktirafan itu diberikan oleh pelbagai pihak dalam negara termasuk kerajaan negeri, agensi serta pertubuhan berkaitan.

Beliau berkata, usaha itu bertujuan menjadikan karya P Ramlee sebagai khazanah budaya negara.

“Selain gubahan lagu, dua trofi diterima Allahyarham di anugerah Festival Filem Asia Pasifik turut menjadi khazanah warisan negara iaitu Anugerah Filem Komedi Terbaik untuk filem ‘Madu Tiga’ pada 1964 dan Anugerah Seniman Serba Boleh pada 1965.

“Penting untuk mewartakan warisan ini kerana ia mampu memberi impak positif yang melangkau pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat.

“Selain itu, hasil warisan ini dapat menjana ekonomi negara melalui produk pelancongan warisan,” katanya pada sidang media sempena ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) di pejabatnya di sini, hari ini.

Mohamaddin berkata, sepanjang pentadbiran kerajaan PH sejak 9 Mei 2018, antara kejayaan lain kementeriannya ialah apabila Malaysia mengekalkan rekod sebagai 10 negara destinasi pelancongan terbaik dunia tahun lalu.

“Rekod ini petunjuk bahawa Malaysia berada di landasan betul bagi mencapai pertumbuhan industri pelancongan yang mapan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Kuala Lumpur dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia 2020 dengan slogan ‘KL Baca - Caring Through Reading’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ia susulan penganjuran Kongres Sedunia Perpustakaan dan Maklumat (IFLA 2018) di Kuala Lumpur yang menghimpunkan lebih 4,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Katanya, Kuala Lumpur dipilih sebagai Kota Buku Dunia 2020 kerana fokus yang tinggi terhadap pendidikan inklusif, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan kebolehcapaian membaca kepada segenap populasinya.

“Program hebat bagi Ibu Kota Buku Dunia ini dihubungkan dengan Wawasan 2020 bagi Kuala Lumpur dan projek eko-bandar raya dikenali ‘Sungai Untuk Kehidupan’ dengan menempatkan kedai buku dan perpustakaan terbuka berhampiran laluan air yang baru dibaik pulih di ibu negara,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamaddin berkata, beliau akan ke Melaka, Jumaat ini bagi menyampaikan sijil pengiktirafan UNESCO Dondang Sayang kepada kerajaan negeri itu.

“Seni dan warisan yang sinonim dengan Melaka iaitu Dondang Sayang kini diiktiraf oleh UNESCO. Ini sangat penting kerana ia bertujuan untuk melindungi warisan kebudayaan tidak ketara di seluruh dunia,” katanya.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2019 06:53 PM | Show all posts



antaranya.

ni dah baca kat fb lama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 06:53 PM | Show all posts
Hidir Ali Razali
October 17, 2018 ·

Saya mendapat satu senarai penuh dari seorang rakan untuk disemak. Senarai ini merupakan 149 lagu-lagu P.Ramlee yang diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan 2018 oleh Badan Warisan Negara melalui Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia.

Apabila saya meneliti keseluruhan senarai lagu berkenaan saya sangat tertarik dengan senarai lagu yang bernombor 104. Tajuknya KERONCHONG KEMAYURAN. Saya ingin tegaskan disini yang lagu berkenaan bukan dicipta oleh P.Ramlee. Memang betul lagu ini pernah dimainkan di dalam filem Anak-Ku Sazali, tetapi tetap bukan hasil ciptaan P.Ramlee. Lagu ini juga pernah dinyanyikan oleh Wahid Satay di dalam filem Gado-Gado tetapi telah ditukar liriknya.

Saya juga difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri ada menyebut di dalam ucapannya bahawa lagu-lagu dalam senarai tersebut adalah hasil karya ciptaan P.Ramlee. Lagu ini sebenarnya adalah lagu dari Indonesia yang sangat popular suatu ketika dahulu. Sebelum pihak Indonesia mendapat tahu dan mengambil tindakan ke atas negara kita, baik pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bertindak pantas dan menyemak semua berkaitan perkara ini agar Malaysia baharu tidak mendapat malu dan keadaan menjadi bertambah parah. Ini melibatkan hak cipta tidak boleh dipandang ringan.

Persoalan saya, dimana pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan ataupun waris dan pakar rujuk untuk meneliti terlebih dahulu perkara ini sebelum ianya diisytiharkan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 06:54 PM | Show all posts
NRul Halim

As'salam...sya bru "study" semua comment tuan2 puan2... tersenyum sya pagi2... 1st Thanks Hidir Ali Razali kerana keluarkan topik ini...kalau x..ramai yg x mengetahui / ambil tahu samada FAKTA or AUTA dlm setiap perkara... benar JABATAN WARISAN NEGARA dibawah KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA telah mengadakan satu MAJLIS PENGISYTIHARAN WARISAN KEBANGSAAN 2018...bukan hanya KARYA P.RAMLEE yg diisytiharkan..tetapi ada banyak objek yg tersenarai sebagai WARISAN KEBANGSAAN...dan ini bukan kali pertama...selain pengisytiharan Objek Warisan Kebangsaan...terdapat juga pengiktirafan Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH), Menantangani Watikah Pengisytiharan Warisan Kebangsaan dan Plak Warisan Kebangsaan, Pelancaran Buku WAKOH, Tayangan Video Pendek Nilai2 Murni "ADAB" 2018, Persembahan WAKOH dan Pameran Objek Warisan Kebangsaan.

Berkenaan isu yg dibangkitkan tentang lagu 'Keronchong Kemayuran'...utk makluman semua...sebarang objek yg hendak diangkat sebagai warisan kebangsaan, pihak jabatan telah terlebih dahulu memanggil pihak/waris sah yg terdekat dgn P.Ramlee bagi menyenaraikan penuh hasil karya yg dimiliki oleh P.Ramlee. Setelah maklumat diperolehi, kajian dan pengesahan dari pihak2 yg bertanggungjawab termasuk RTM dn syarikat rakaman asal turut berkerjasama dalam mengenalpasti serta membuat pengesahan setiap hasil karya yg ada. Tentang isu negara jiran...semua sedia maklum...(mrk memang akan claim apa sahaja milik mereka...kalau boleh Bahulu, Dodol, Kuih Bulan, KLCC, Durian, Jambatan Pulau Pinang DLL...pun mereka kata mereka punya...hihihihihihi...).....pihak jabatan belum selesaikan 100% proses ini...baru peringkat awal....sebenarnya negara jiran sendiri tak dapat sahkan lagu no 104 ini hasil mereka atau tidak buat masa ini...yg pasti buat masa ini ia tersenarai awal dalam hasil karya P.Ramlee....sekiranya jiran nak sahkan karya itu milik mereka....segala data..bukti perlu ditunjukkan sbgai pengesahan..bukan secara lisan shja...ada juga karya yg ditulis oleh P.Ramlee tpi dipopularkan oleh org lain...kami dimaklumkan ada banyak lagi...slain yg trsenarai...cuma belum ada FAKTA yg mengesahkan ia hasil karya P.Ramlee sepenuhnya...ada yg dihadiahkan oleh P.Ramlee utk nyanyian org lain..tpi ia tetap dikira hasil karya P.Ramlee....

Pengisytiharan Warisan Kebangsaan jatuh bawah AKTA 645...bertujuan menjaga dan memulihara objek warisan kebangsaan yg telah diangkat sebagai Warisan Kebangsaan.
Sebarang soalan boleh rujuk kepada Jabatan Warisan Negara.
Jangan sesekali buat andaian berdasarkan sembang2 tanpa melihat bukti asal...salah dari sudut Fakta dlm Akta 645...

Sandakiah Azez sya hrp...sdkit jwpn ni mmbntu mne2 pihak yg trtanya2..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 06:57 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti mak nora hias2 thread ni dgn YouTube
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-4-2019 07:13 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 22-4-2019 07:11 PM
Nanti mak nora hias2 thread ni dgn YouTube

baiklah.

dannnnnn

setiap lagu p.ramlee, ada kisah disebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Anugerah seniman serba boleh tu rasanya Tan Sri adalah satu-satu penerima.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2019 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 22-4-2019 07:13 PM
baiklah.

dannnnnn

Setiap lagu tu, x sure. Tp mak nora plg suke Azizah dan cerita-ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jeritan batinku

Smpai sekarang feveret
Hnya versi original, bkn versi bingit terjerit jerit mcm org gila tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 22-4-2019 07:13 PM
baiklah.

dannnnnn

Menarik ni Kalau Boleh tahu kisah kisah Dalam lagu beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka lagu jangan adik angan angan.

Dan Suka filem Haji Bakhil. Haji pun anak yatim. Anak yatim Tak boleh pegang Duit banyak banyak hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari zaman bn memang kita top 5 pelancongan ler
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka lagu nak dara jelita
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by DeeHanania at 23-4-2019 12:10 AM

Suka lagu Malam Bulan dipagar Bintang,Dendang Perantau,Engkau laksana Bulan&Seri  Bunian
Sbb favorite Arwah Ayah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 04:56 PM | Show all posts
tlg lh tepek list tu sape yg ada


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2019 02:14 PM | Show all posts
Berikut adalah sebahagian daripada senarai 255 butiran yang diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan 2018:

MAKANAN

1. Air Janda Pulang
2. Gula Tarik/Sema
3. Kelamai/Gelamai Tepung Gandum
4. Ketupat Sotong (Berlemak)
5. Kuih Bongkong/Jongkong
6. Kuih Tahi Itik
7. Kuih Tepung Torak
8. Sambal Hitam Ikan Bilis
9. Kuih Badak Kubang
10. Aiskrim Malaysia
11. Pulut Mangga
12. Sambal Tahun
13. Bingka/Bengkang Sawit
14. Kuih Cek Mek Molek
15. Cucur Jawa/Cucur Topi/Kuih Penyaram
16. Kuih Angku/Kuih Peria
17. Opor Daging

BAHASA DAN PERSURATAN

1.Lagu Rakyat
2.Talibun
3.Teromba
4.Teka-teki
5. Seloka
6. Gurindam
7. Nazam
8. Cerita Rakyat

BUSANA, TEKSTIL, SENI HIAS DIRI DAN KRAF

1.Linangkit
2. Manik Sarawak
3. Sanggul
4. Cucuk Sanggul
5. Dokoh
6. Kepala Bangau
7. Sirih Junjung
8. Ukiran Patung dan Topeng Mahmeri
9. Bunga Moyang

PERMAINAN TRADISI DAN SENI PERTAHANAN DIRI

1. Hencang Buah Keras/Laga Buah Keras
2. Aci Sorok/Sembunyi Ibu
3. Jan Jan Jala Itik/Jala Itik
4. Guli
5. Kercang
6. Batak Lampong/Lampung
7. Baling Tin/Baling Selipar
8. Rebut Negeri

SENI PERSEMBAHAN

1. Canggung
2. Tarian Asyik
3. Tandak Melayu
4. Menora
5. Cak Lempong
6. Randai
7. Kuda Kepang
8. Lagu Bila Mama Pakai Chelana
9. Lagu Dengar Ini Cherita
10. Lagu Senandong Kasih
11. Lagu Aduhai Sayang
12. Lagu Achi-Achi Buka Pintu
13. Lagu Aneka Ragam
14. Lagu Apabila Kau Tersenyum
15. Lagu Apa Guna Berjanji
16. Lagu Tiru Mahcam Saya
17. Lagu Kenangan Abadi
18. Lagu Merana Diri
19. Lagu Azizah
20. Lagu Dengarlah Sang Ombak Berdesir
21. Lagu Engkau Laksana Bulan
22. Lagu Inang Baru
23. Lagu Joget Malaysia
24. Lagu Di Mana Suara Burong Kenari
25. Lagu Barang Yang Lepas Jangan Dikenang
26. Lagu Berkorban Apa Saja
27. Lagu Berpedati
28. Lagu Mengapa Pilu Saja
29. Lagu Bila
30. Lagu Bulan Sabit
31. Lagu Dalam Ayer Terbayang Wajah
32. Lagu Dari Masa Hingga Masa
33. Lagu Tidurlah Wahai Sayang
34. Lagu Putus Sudah Kaseh Sayang
35. Lagu Kesah Mahjong
36. Lagu Tarian Zapin
37. Lagu Jari-Jari Ku Sakit Semua
38. Lagu Yang Mana Satu Idaman Kalbu
39. Lagu Getaran Jiwa
40. Lagu Hanya Dikau
41. Lagu Harapan Bonda
42. Lagu Sungguh Malang Nasibku
43. Lagu Suara Takbir
44. Lagu Jangan Cemburu
45. Lagu Joget Tari Lenggang
46. Lagu Kampong Nelayan
47. Lagu Kenek2 Udang
48. Lagu Lama Sudah Ku Tunggu
49. Lagu Larut Malam
50. Lagu Lenggang Kangkong Baru
51. Lagu Mengapa Laguku
52. Lagu Madah-Ku
53. Lagu Manusia
54. Lagu Rindu Hatiku Rindu
55. Lagu Rindu Hatiku Tidak Terkira
56. Lagu Sabarudin Tukang Kasut
57. Lagu Ta’ Seindah Bunga
58. Lagu Sayu Pilu Kalbu Merana
59. Lagu Sekapor Sirih Seulas Pinang
60. Lagu Selamat Berbahagia Wahai K`Kasih
61. Lagu Tari Silat Melayu
62. Lagu Tidurlah Permaisuri
63. Lagu Tolong Lah Kami
64. Lagu Twist Malaysia
65. Lagu Aduh Sayang
66. Lagu Aku Tak Berdaya
67. Lagu Hati Muda
68. Lagu Pesta Muda Mudi
69. Lagu Gelang Suasa
70. Lagu Sabar
71. Lagu Sri Bulan
72. Lagu Bahagia
73. Lagu Perwira
74. Lagu Ai Ai Ai Twist
75. Lagu Chiki Chiki Boom
76. Lagu Rukun Islam
77. Lagu Dewi Ilham Ku
78. Lagu Terbang Burong Terbang
79. Lagu Gambos Jodoh
80. Lagu Ketipang Payong
81. Lagu Entah Di Mana
82. Lagu Mengapa Derita
83. Lagu Jangan Tinggal Daku
84. Lagu Ting Tara Tilalla
85. Lagu Kwek Mambo
86. Lagu Gelora
87. Lagu Merak Kayangan
88. Lagu Ingin Tahu
89. Lagu Derita
90. Lagu Seksa
91. Lagu Simpulan Kaseh
92. Lagu Hujan Di Tengah Hari
93. Lagu Ditelan Pahit Dibuang Sayang
94. Lagu Mengapa Riang Ria
95. Lagu Chinta Abadi
96. Lagu Gembira
97. Lagu Berkorban Apa Saja
98. Lagu Melaka
99. Lagu Putus Ikatan
100. Lagu Semerah Padi
101. Lagu Makan Sireh Di Semerah Padi 102. Lagu Itulah Sayang
103. Lagu Joget Si Pinang Muda
104. Lagu Keronchong Kemayuran
105. Lagu Tiada Kata Sechantek Bahasa
106. Lagu Istana Chinta
107. Lagu Anak Ku Sazali
108. Lagu Chelorong Cheloreng
109. Lagu Shair Pancha Delima
110. Lagu Kaseh-Nya Ibu
111. Lagu Chemara Jingga
112. Lagu Pancha Delima Hilang
113. Lagu Teratai
114. Lagu Bahtera Karam
115. Lagu Kampong Nelayan
116. Lagu Resam Dunia
117. Lagu Nak Dara Rindu
118. Lagu Tunggu Sekejap
119. Lagu Dengar Lah Rayuan Ku
120. Lagu Hanchur Badan Di-Kandong Tanah
121. Lagu Maafkan Kami
122. Lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang
123. Lagu Pok Pok Bujang Lapok
124. Lagu Joget Pura Chendana
125. Lagu Jangan Adek Angan-Angan
126. Lagu Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga
127. Lagu Nujum Pa` Blalang
128. Lagu Jeritan Batin Ku
129. Lagu Kalau Kacha Menjadi Intan
130. Lagu Kami Penyamun
131. Lagu Alunan Biola
132. Lagu Selamat Panjang Umur
133. Lagu Ali Baba Rock
134. Lagu Embon Menitik
135. Lagu Mencheche Bujang Lapok
136. Lagu Kesuma Jiwa
137. Lagu Bila Larut Malam
138. Lagu Uda dan Dara
139. Lagu Sri Bunian
140. Lagu Madu Tiga
141. Lagu Air Mata Di Kuala Lumpur
142. Lagu Selamat Pengantin Baru
143. Lagu Pukul Tiga Pagi
144. Lagu Bunyi Gitar
145. Lagu Tiga Abdul
146. Lagu Rela Hamba Rela
147. Lagu Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
148. Lagu Mengapa Tak Berkawan
149. Lagu Jikalau Ku Tahu
150. Lagu Ramlee Dan Saloma
151. Lagu Ku Kehilangan Kanda
152. Lagu Di Pinggiran
153. Lagu Kuala Lumpur
154. Lagu Saat Yang Bahagia
155. Lagu Kurindu Padamu
156. Lagu Hilang Terang Timbul Gelap


ADAT

1. Adat Bersawah Tradisional Masyarakat Melayu
2. Adat Bertindik Masyarakat Melayu
3. Adat Merasi Masyarakat Melayu
4. Adat Naik Rumah Tradisional /Adat Meletak Kerja (Masyarakat Melayu)
5. Adat Istiadat Perkahwinan Masyarakat Adat Perpatih Naning Melaka
6. Adat Istiadat Pertabalan Kesultanan Melayu Semenanjung
7. Adat Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri-Negeri
8. Upacara Monolob Gunung Kinabalu
9. Upacara Wangkang

ARKEOLOGI
KEDAH

Candi Pengkalan Bujang (Tapak 23)
Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8)

OBJEK WARISAN KETARA

1. Syiling Emas Zaman Pemerintahan Sultan Abdullah Maayat Shah (1615-1623), Johor
2. Kereta Rasmi Yang di-Pertuan Agong I hingga Yang di-Pertuan Agong VI (Rolls Royce Silver Wraith)
3. Batil (Alat Persembahan Awang Batil Milik Romli bin Mahamud)
4. Rebana (Alat Persembahan Awang Batil Milik Romli bin Mahamud)
5. Serunai (Alat Persembahan Awang Batil Milik Romli bin Mahamud)
6. Topeng Pak Nujum Dan Hulubalang (Alat Persembahan Awang Batil Milik Romli bin Mahamud)
7. Syiling Peringatan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
8. Oskar Filem Komedi Terbaik Asia 1964 - P. Ramlee
9. Oskar Seniman Agung Serba Boleh 1963 - P. Ramlee
10. Tikar Rompok (Upacara Adat Perpatih Milik YBhg. Dato’ Seri Maharaja Haji Khalid Bin Bonget)
11. Cerita-cerita Panji
12. Kitab Ilmu Bedil (Kitab Tib, MS 101)
13. Lembu Liar (Arca Simen)
14. Village Shopping
15. Lukisan Lama Di Bangunan Heritage Station Hotel, Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad, Kuala Lumpur
16. Ilustrasi Seni Bina Masjid Jamek, Kuala Lumpur
17. Imago (Berlin)
18. Kampung Melayu dan Permainan Tradisional

WARISAN KEBANGSAAN ORANG HIDUP 2018 (WAKOH)

1. Omar Md. Hashim (Boria)
2. Datuk Paduka Profesor Madya Dr Mohd Rosli Saludin (Teromba Penglipur Lara)
3. Razak Senik (Rodat)
4. Tan Chai Puan (Gendang 24 Perayaan)
5. Datuk Mohd Baharim Mohd Sharip (Dondang Sayang)
6. Norhaiza Noordin (Ukiran Kayu Melayu) 

- BERNAMA/AI/ai
Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobi ... n-2018/4156960.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2019 02:16 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 23-4-2019 04:56 PM
tlg lh tepek list tu sape yg ada

senarai ada dah kat bawah.

jom check mana satu lagu P. Ramlee  
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 12:27 PM | Show all posts
Syd replied at 27-4-2019 02:16 PM
senarai ada dah kat bawah.

jom check mana satu lagu P. Ramlee

tq syd




Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 12:54 PM | Show all posts
Edited by supernaturalee at 29-4-2019 12:56 PM

iols nk fokus part ni je dulu: SENI PERSEMBAHAN - lagu

iol dh copy kt excel
bila find, lagu ni xde dlm list:

di manakan ku cari ganti

did i missed?


btw this is a good start ttg pengkatalogan, fokus on seni & budaya
bkn shj karya2 allahyarham je
karya2 seniman2 lain jgk
dari dulu smpi skrg



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.125240 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list