CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9234|Reply: 43

[Dunia] Guan Eng gagal tutup mulut akhbar Nikkei, akhbar Bloomberg, The Edge dan agensi2

  [Copy link]
Post time 23-4-2019 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Tiba masa PH buat pusingan U akui ekonomi negara suram
https://www.freemalaysiatoday.co ... 6f8SkXy66ABrLi1cdgE


Dua minggu lagi, genaplah Pakatan Harapan memerintah Malaysia selama setahun.

Persoalan utama, apakah Malaysia kini di kedudukan lebih baik memandangkan rakyat diyakinkan Malaysia akan menjadi hebat semula tanpa Najib Razak ?

Ringgit kini berada pada paras RM4.13 berbanding AS$1. Setahun yg lalu, nilai ringgit dalam lingkungan RM3.90 hingga RM4.00 berbanding AS$1, kejatuhan RM0.20 berbanding AS$1.

Bursa Malaysia juga mencatatkan penurunan 200 mata berbanding  1,800 mata setahun lalu. Jumaat lalu, Bursa Malaysia berada di paras 1,622 mata, penurunan sangat ketara berbanding tahun lalu.

Sebenarnya, semakin banyak pihak yang memberi amaran ekonomi negara akan merudum pada 2019 bila melihat petunjuk-petunjuk dan data-data.

Contohnya, pada Oktober 2018, media utama Jepun, Nikkei memberi gambaran keadaan ekonomi Malaysia semasa adalah sangat buruk.

Namun, perkara itu dibantah oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyelar laporan itu memberi gambaran tidak tepat.

Tindakan Lim tidak berjaya menghalang amaran demi amaran dan teguran yang dikeluarkan lagi selepas itu.

Awal tahun ini, syarikat penarafan kredit antarabangsa, Moody’s melaporkan hutang dan defisit negara yang semakin meningkat akan menjejaskan Sovereign Credit Rating (SCR) negara.

Manakala institusi kewangan Jepun, Nomura pula terus menurunkan penarafan untuk saham Malaysia.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia cuba diyakinkan ekonomi negara tidak bermasalah oleh Lim, contohnya pada 31 Disember lalu, Lim berkata, petunjuk ekonomi Malaysia sangat menggalakkan pada 2019, walaupun disangkal oleh media-media antarabangsa.

Pada 5 Februari lalu, Lim sekali lagi menyuarakan keyakinannya untuk tahun 2019 dan memberitahu media bahawa ada peningkatan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke Malaysia.

Malangnya, pandangan Lim tidak selari dengan semua laporan media antarabangsa, juga tidak selari dengan prestasi nilai ringgit serta kontradik dengan penurunan ketara Bursa Malaysia.

Pada 13 Mac lalu, Bloomberg melaporkan Malaysia satu-satunya pasaran yang mencatatkan penurunan. Menurut media antarabangsa itu, indeks FBM KLCI susut lebih 1% tahun ini, manakala Singapura melonjak 5% dan Indonesia pula naik 3%. Ramai tertanya-tanya apakan punca pelabur hilang keyakinan.

Lim dalam responsnya kepada laporan Bloomberg itu berkata, prestasi Bursa Malaysia merosot adalah di luar kawalan kerajaan kerana tertakluk kepada keadaan pasaran.

Bayangkan kalau Najib yang memberikan respons sebegitu sekiranya laporan negatif Nikkei dan Bloomberg ini berlaku pada zaman pentadbirannya, berapakah kenyataan yang akan dikeluarkan Rafizi Ramli, Tony Pua dan Lim dengan jawapan sebegini?

Tidak cukup dengan itu, Bloomberg baru-baru ini menyiarkan 2 laporan berturut-turut untuk mencerminkan keadaan ekonomi negara dan nilai ringgit yang suram.

Tiba giliran pegawai khas Lim di Kementerian Kewangan, Pua pula bangkit mempertikaikan laporan itu sebagai bohong, analisis berat sebelah dan salah fakta.

Antara Nikkei, Bloomberg dan kenyataan Pua, siapa yang lebih dipercayai oleh rakyat dan institusi antarabangsa hari ini? Apakah pelabur asing, prestasi nilai ringgit dan Bursa Malaysia akan mengikut kata-kata Pua atau Bloomberg?

Jika kenyataan Pua dapat menaikkan nilai ringgit dan Bursa Malaysia, maka Nikkei dan Bloomberg perlu mengaku kalah.

Ironinya, di zaman pemerintahan Najib, meskipun Malaysia sering diselubungi berita negatif kerana 1MDB, institusi penarafan antarabangsa terus memberikan markah yang baik kepada prestasi ekonomi negara.

Namun, PH berjaya meyakinkan rakyat keadaan sebaliknya – di mana Malaysia menuju ke arah kehancuran. Tetapi, pelabur tetap yakin dengan penarafan antarabangsa dan ini dapat dilihat menerusi nilai ringgit dan Bursa Malaysia yang meningkat selari penarafan antarabangsa sehingga sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu.

Setelah PH menjadi kerajaan, institusi penarafan antarabangsa memberikan markah yang suram terhadap prestasi ekonomi negara. PH pula cuba meyakinkan rakyat yang ekonomi negara adalah stabil dan kukuh.

Namun, keputusannya sama, pelabur tetap lebih mempercayai agensi penarafan antarabangsa dan kini hilang keyakinan serta meninggalkan pasaran Malaysia termasuk pelabur terbesar dunia Norway.

Hakikatnya, PH kini berdepan bukan sahaja media dan institusi antarabangsa, malah poket rakyat yang tidak selari dengan kenyataan mereka.

Ingatlah “lip service” tidak berguna lagi, apabila kalian sedang memerintah. Dalam banyak pusingan U, kini tiba masanya untuk “U-turn” persepsi antarabangsa dan rakyat terhadap ekonomi negara.

Tindakan menyalahkan pihak lain seperti Bloomberg dan Najib tidak akan menyebabkan duit rakyat bertambah dan pusingan U persepsi antarabangsa berlaku terhadap ekonomi negara.

Dalam keadaan sekarang, kerajaan perlu melupakan kerja meyakinkan rakyat dan menumpukan usaha meyakinkan pelabur serta persepsi antarabangsa mengenai ekonomi Malaysia.

Jika nak buat pusingan U, inilah masanya untuk mengembalikan persepsi pelabur dan institusi antarabangsa terhadap Malaysia sebelum terlambat.




Single Polls, Total 35 Users voted
100.00% (35)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2019 12:39 PM | Show all posts
u ulang i saman - anwaq...wakakakakakakakkakakaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengundi ph lebih percaya ratu badak & shiela majid dari nikkei/bloomberg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2019 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
PM Recycle mengatakan...

“Yg jadi masalah.
Bukan ringgit yg jatuh,
Tapi, dollar yg naik.. itulah kerja2 Trump.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 23-4-2019 01:17 PM
Pengundi ph lebih percaya ratu badak & shiela majid dari nikkei/bloomberg


Pakar rujuk mrk wardina & amran fan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
pangkah jamban dapat taik .ha ha  tepukk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2019 05:14 PM | Show all posts
akusukaq replied at 23-4-2019 03:02 PM
pangkah jamban dapat taik .ha ha  tepukk

bangkai gajah mana mungkin ditutup dgn daun pisang
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 23-4-2019 02:15 PM
Pakar rujuk mrk wardina & amran fan

Takat amran fan tu sama level bodo mcm sultan melaka...dua2 dah kehancingan skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sehirkedi at 23-4-2019 07:55 PM
tobby replied at 23-4-2019 01:38 PM
PM Recycle mengatakan...

“Yg jadi masalah.


Haa ah tu la jampi serapah atok yg diulang2 utk pukau penyokong yg benak..

Helok viralkan sampai Trump tau. Biar Trump lahar kat Twitter dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sehirkedi replied at 23-4-2019 07:54 PM
Haa ah tu la jampi serapah atok yg diulang2 utk pukau penyokong yg benak..

Helok viralkan sam ...

Hahaha....Mulut trump dgn mulut atok xde beza
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:00 PM | Show all posts
kata cina pegang ekonomi ? ni betul betul pegang dah jadi camni pa cita ???? baik lagi melayu pegang !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2019 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 23-4-2019 05:14 PM
bangkai gajah mana mungkin ditutup dgn daun pisang

Rakyat sebenarnya mengharapkan Agong bubar parlimen. Tapi apakan daya.......... terpaksalah rakyat menderita lagi 4 tahun. Tok nenek kita dulu pun menderita di zaman jepun 4 tahun jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:32 PM | Show all posts



ehhh dolll ---  ko memang copy paste tulisan najib ekk hari2 -----  
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dap sengaja la turunkan saham...senang nak jual aset2 melayu...lepas melayu tinggal kote je...semua cina conquer...dia akan start gear kot...melayu thp kuli je tp acah2 dilayan dap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2019 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 23-4-2019 09:32 PM
ehhh dolll ---  ko memang copy paste tulisan najib ekk hari2 -----

Ada link...laporan FMT news
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:42 PM | Show all posts
tobby replied at 23-4-2019 09:39 PM
Ada link...laporan FMT news



i thought dari post di wall najib ---- sebab hakak mmg berkuntum kat situ ---
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2019 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan wall street terusan naik...https://www.marketwatch.com/story/i-did-not-expect-us-to-be-at-all-time-highs-by-april-says-morgan-stanleys-wilson-as-stock-market-pops-2019-04-23?siteid=yhoof2&yptr=yahoo hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 05:17 AM | Show all posts
ade jugak tuh yg kata NAJIB BN g bayo page ni semua kasi bad review.. hahaha.. mabuk kencing betol.. cina bukit mane ntah yg bebal sgt ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2019 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
True-X replied at 24-4-2019 05:17 AM
ade jugak tuh yg kata NAJIB BN g bayo page ni semua kasi bad review.. hahaha.. mabuk kencing betol.. ...

Damacai ph ingat morgan stanley, nikkei, bloomberg tu sama mcm sarawak report kot.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Nobita mana ada cerdiknya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.087266 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list