View: 941|Reply: 10
|
[Tempatan]
Hanya sebuah dari 150 restoran mamak ada sijil halal di Negeri Sembilan
[Copy link]
|
|
Hanya sebuah restoran mamak miliki sijil halal di Negeri Sembilan
23 April 2019 4:27 PM
SEREMBAN 23 April - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mendedahkan hanya satu daripada kira-kira 150 restoran India Muslim di negeri ini memiliki status sijil halal Malaysia.
Pengarahnya, Mohd. Zaidi Ramli berkata, pemilik restoran dipercayai kurang menyedari kepentingan mendapatkan sijil halal yang sah.
“Terdapat kira-kira 150 restoran mamak beroperasi di negeri ini dan hanya satu yang memiliki sijil halal.
“Pemilikan sijil halal ini penting bagi memastikan kualiti penyediaan makanan termasuk kandungan dalam makanan yang digunakan itu bersih, selamat dan yang penting mengikut syarak,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Cakna Halal: Moh Poie Restoran Halal di Restoran Nasi Kandar Pelita Seremban Gateway di sini hari ini. Yang turut hadir Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad.
Mohd. Zaidi berkata, bagaimanapun pihaknya tidak menghalang orang ramai mengunjungi restoran terbabit kerana itu adalah hak masing-masing.
“Saya tidak kata yang tiada sijil halal itu mengunakan barang haram, tetapi kita tidak tahu dari segi penyediaan makanan, kualiti kebersihan premis serta bahan apa yang digunakan dalam masakan.
“Kita tidak tahu kerana mereka ini tidak diaudit berbanding yang ada sijil halal sentiasa dipantau pengunaan bahan-bahan masakan serta kebersihan premis,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru restoran makanan Melayu di negeri ini supaya mendapatkan sijil status halal kerana rekod menunjukkan tiada satu pun premis terbabit memilikinya.
Jelasnya, walaupun ramai pengguna yakin status halal makanan di restoran berkenaan namun sijil berkenaan dapat menguatkan lagi jaminan kualiti penyediaan makanan dan kebersihan.
Sementara itu, katanya, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, sebanyak lima aduan diterima JHEAINS berkenaan mengenai keraguan persijilan halal di premis makanan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bilangan resto mulayu yg dapat sijik halol? - 0 (zero) |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 25-4-2019 06:37 PM
Bilangan resto mulayu yg dapat sijik halol? - 0 (zero)
Kedai meleis telah mendapat sijil halal secara hakiki drpd krjn langit. |
|
|
|
|
|
|
|
Maideen. replied at 25-4-2019 07:39 PM
Zero ka? Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght
Jika cengitu, sila abaikan posting Maideen di atas.. ...
Kedai yahudi jugak yg 100% halol dan bersih |
|
|
|
|
|
|
|
Heranlah Malay suka bebeno g kedai mamak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam pada itu, beliau turut menyeru restoran makanan Melayu di negeri ini supaya mendapatkan sijil status halal kerana rekod menunjukkan tiada satu pun premis terbabit memilikinya.
Satu kedai Melayu pon tiada sijil halal. Ptut ni yg kena jadi tajuk utama. |
|
|
|
|
|
|
|
None68 replied at 26-4-2019 02:30 AM
Heranlah Malay suka bebeno g kedai mamak..
Kedai mamak servis tip top dibanding kodai mulayu, tu aje sebab org suka pegi mamak. |
|
|
|
|
|
|
|
Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr........
|
|
|
|
|
|
|
| |
|