CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5209|Reply: 29

Nabi Khidir : Nabi atau Auliya?

[Copy link]
Post time 23-4-2019 06:50 PM | Show all posts |Read mode
AL-KAFI #1236: KHIDIR; SEORANG NABI ATAU WALI ALLAH?ButiranDimuatnaik oleh Abdurrahman Diterbitkan: 21 April 2019
pautan asal:
http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3335-al-kafi-1236-khidir-seorang-nabi-atau-wali-allah?fbclid=IwAR0XTw_YrJ0pCGkIUPaC9Y21xm91lgdRp5RAg51vt4XAL-05tZTHa9AHT3k




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2019 06:50 PM | Show all posts
SOALAN

Adakah Khidir seorang Nabi atau wali Allah? Mohon penjelasan S.S. Datuk Seri Tuan Mufti.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2019 06:51 PM | Show all posts
JAWAPAN

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2019 06:52 PM | Show all posts
Khidir merupakan seorang lelaki soleh yang hidup di zaman Nabi Musa AS. Kisah Khidir telah diceritakan di dalam al-Qur’an sepertimana yang dirakamkan dalam surah al-Kahfi, daripada ayat ke-60 sehingga ayat ke-82.

Khidir adalah nama yang diberikan kepadanya disebabkan peristiwa ajaib yang telah berlaku dengan izin Allah ke atasnya sebagaimana sabda Nabi SAW:

إِنَّمَا سُمِّيَ الخَضِرَ أَنَّهُ جَلَسَ عَلَى فَرْوَةٍ بَيْضَاءَ، فَإِذَا هِيَ تَهْتَزُّ مِنْ خَلْفِهِ خَضْرَاءَ

Maksudnya: “Sesungguhnya dinamakan Khidir kerana dia telah duduk di atas tanah putih (tanah yang kering tanpa tumbuhan), lalu bergoncang di belakangnya dan menjadi berwarna hijau (subur dengan tumbuhan).”

Riwayat al-Bukhari (3402)




Persoalan yang sering berlegar dalam masyarakat kita mengenai lelaki yang bernama Khidir adalah mengenai statusnya, sama ada Khidir merupakan seorang Nabi ataupun wali Allah. Kami akan menjawab persoalan ini berdasarkan pandangan para ulama’.

Kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa Khidir adalah salah seorang nabi daripada nabi-nabi Allah. Pendapat ini dipegang oleh al-Hafiz ibn Hajar al-‘Asqalani, Imam ibn Hajar al-Haitami, Imam ibn Hazm al-Andalusi, Imam Syihabuddin ar-Ramli, Imam asy-Syatibi, Imam al-Qurtubi, Imam ibn ‘Atiyyah al-Andalusi, Sheikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti, Sheikh Abdul Razzaq al-‘Afifi Rahimahumullah, Sheikh Yusof al-Qaradhawi Hafizahullah dan ulama’-ulama’ selain daripada mereka. Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (1/221), Fatawa al-Hadithiyyah (hlm.93), al-Muhalla bi al-Athar (1/71), Fatawa ar-Ramli (4/222), al-Muwafaqat (2/507), Adwa’ al-Bayan fi Idhoh al-Qur’an bi al-Qur’an (3/322-323), al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (11/16), al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-‘Aziz (3/537), Fatawa al-Mu’asirah (1/161-163).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2019 06:54 PM | Show all posts
Ini adalah pendapat yang kuat berdasarkan dalil-dalil berikut:

Firman Allah SWT:
فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا

Maksudnya: “Lalu mereka (Nabi Musa AS dan pembantunya) mendapati seorang hamba (Khidir) dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami”.

Surah al-Kahfi: 65

Telah berkata Sheikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti Rahimahullah: “Ulama berbeza pandangan adakah Khidir seorang nabi, atau wali, atau malaikat, tetapi dapat difahami daripada ayat-ayat tersebut bahawa rahmat yang dimaksudkan adalah rahmat kenabian dan ilmu ladunni adalah wahyu yang diberikan kepada Khidir” Rujuk Adwa’ al-Bayan fi Idhoh al-Qur’an bi al-Qur’an (3/323).

Telah berkata Imam al-Qurtubi Rahimahullah ketika menafsirkan ayat di atas:

“Khidir adalah nabi di sisi majoriti ulama’. Dikatakan (pendapat kedua) bahawa dia adalah lelaki soleh, bukannya seorang nabi. Ayat al-Qur’an menunjukkan bahawa Khidir adalah seorang nabi kerana perbuatan-perbuatannya tidak boleh dilakukan melainkan dengan panduan wahyu.

Seorang manusia juga tidak menuntut ilmu atau mengikuti seseorang itu kecuali kepada mereka yang lebih tinggi kedudukannya (dari sudut ilmu), dan tidak harus bagi seorang yang bukan berstatus nabi untuk memiliki kedudukan yang lebih tinggi daripada nabi.

Dikatakan (pendapat ketiga) Khidir adalah seorang malaikat yang diperintahkan oleh Allah untuk Nabi Musa AS mengambil daripadanya ilmu batin. Pendapat yang sahih adalah pendapat yang pertama. Wallahu’alam.” Rujuk al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (11/16).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2019 06:55 PM | Show all posts
Firman Allah SWT:
وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ذَلِكَ

Maksudnya: “Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut akal fikiranku sendiri”

Surah al-Kahfi: 82

Ayat ini menunjukkan bahawa Khidir tidak melakukan semua perkara seperti yang dirakamkan dalam surah al-Kahfi mengikut kehendaknya sendiri, tetapi bertindak mengikut wahyu yang diterimanya daripada Allah SWT. Imam al-Qurtubi Rahimahullah telah berkata: “Ayat ini menunjukkan sesungguhnya Khidir adalah seorang nabi” Rujuk al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (11/39)

Telah berkata Imam ibn ‘Atiyyah al-Andalusi Rahimahullah: “Kata-kata Khidir: (وَما فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي) menunjukkan bahawa Khidir adalah seorang nabi” Rujuk al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-‘Aziz (3/537).
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2019 06:55 PM | Show all posts
Pendapat Lain

Pendapat-pendapat lain pula mengatakan bahawa Khidir adalah seorang wali Allah atau lelaki soleh. Ada juga pendapat yang mengatakan Khidir adalah seorang Malaikat yang diutuskan oleh Allah kepada Nabi Musa AS. Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (5/187), al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (11/16), an-Nukat wa al-‘Uyun (3/325).

Telah berkata Sheikh Abdur Rahman bin Nasir as-Sa’adi Rahimahullah: “Sesungguhnya hamba Allah yang ditemui oleh Nabi Musa AS bukanlah seorang nabi, tetapi dia adalah seorang lelaki soleh kerana dia telah disifatkan sebagai seorang hamba Allah yang dikurniakan dengan rahmat serta ilmu, dan tidak disebut bahawa dia dikurniakan risalah kenabian. Jika dia adalah seorang nabi, nescaya perkara tersebut akan disebut sepertimana halnya ke atas nabi-nabi lain” Rujuk Taisir al-Karim ar-Rahman fi Tafsir Kalam al-Manan (hlm.482).

Imam al-Mawardi Rahimahullah telah berkata: “Pendapat kedua: Sesungguhnya Khidir bukanlah seorang nabi. Dia adalah seorang lelaki soleh yang telah dikurniakan oleh Allah SWT ilmu batin yang mana tidak dikurniakan kepada orang lain. Ini kerana seorang nabi sifatnya menyampaikan dan pergi kepada mad’u (orang yang hendak disampaikan), tetapi berbeza keadaannya dengan Khidir yang mana Nabi Musa AS telah pergi kepadanya untuk menuntut ilmu darinya. Rujuk an-Nukat wa al-‘Uyun (3/325).

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2019 06:56 PM | Show all posts
Kesimpulan

Kami berpandangan bahawa pendapat yang kuat dalam perkara ini adalah Khidir merupakan salah seorang nabi daripada nabi-nabi Allah berdasarkan dalil daripada ayat-ayat al-Qur’an dan tafsiran kebanyakan ahli tafsir mengenai ayat-ayat tersebut. Imam ibn Kathir dan Imam al-Mawardi Rahimahumullah pula telah menukilkan pendapat-pendapat lain mengenai status Nabi Khidir AS, tetapi mereka hanya sekadar menyebutnya tanpa memberikan apa-apa tarjih ke atas mana-mana pandangan.

Kami juga ingin menukilkan apa yang ditulis oleh Syeikh Syu’aib al-Arna’outh Rahimahullah dalam tahfiq beliau ke atas kitab Sahih ibn Hibban berdasarkan apa yang dinukilkannya daripada al-Hafiz ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah:

وَكَانَ بَعْضُ أَكَابِر العُلَماءِ يَقُولُ: أَوَّل عَقْدٍ يُحِلُّ مِنْ الزَّنْدَقَةِ اِعْتِقَاد كُونِ الخضر نَبِيًّا لِأَنَّ الزَّنَادِقَةَ يَتَزَرَعُونَ بِكَوْنِهِ غَيْرَ نَبِيٍّ إِلَى أَنَّ الوَلِيَّ أَفْضَلُ مِنْ النَّبِيِّ

Maksudnya: “Sebahagian ulama’-ulama’ besar mengatakan: Ikatan pertama yang dirosakkan oleh orang-orang zindik (orang yang sesat) adalah mengenai status Khidir sebagai seorang nabi. Ini kerana orang-orang zindik memanfaatkan status Khidir sebagai seorang yang bukan nabi untuk beralasan bahawa wali lebih baik daripada nabi”. Rujuk al-Isobah fi Tamyiz as-Sohabah (2/248), Tahqiq Sahih Ibnu Hibban (14/110).

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2019 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah Khidir itu nabi?
Jawapan : Allah swt tidak menjelaskan keberadaan yg jelas mengenai hal ehwal yg dimaksudkan oleh-Nya, makanya, berlapang dadalah dgn mengimani sesuatu yg telah ditetapkan oleh-Nya dgn penuh rasa syukur kehadrat Allah swt yg mengkhabarkan hal ehwal berkenaan.

Secara umumnya :

Nabi dalam Islam merujuk kepada orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah sebagai panduan hidup, sementara rasul pula adalah nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya. Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zamannya sehingga hari kiamat.[1] Selepas kewafatannya, tugasnya itu WAJIB disambung oleh orang Islam yang menjadi Ummatnya. Sebagai seorang Islam, perlu patuh kepada Rukun Iman yang keempat iaitu percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

Apakah sifat yg membezakan Wahyu dan Ladunni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengertian wahyu
Dari segi bahasa :
sesuatu perkara yang hendak disampaikan oleh Allah S.W.T kepada hambanya yang terpilih dengan cara tersembunyi dan halus, tidak dapat dikesan oleh manusia. Memberitahu sesuatu dengan cara yang tidak jelas atau samar-samar dan segera.
Dari segi istilah :
-Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada nabi dan rasul-Nya, seperti Al-Qur’an dan hadis.
- Wahyu membawa pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada pengertian al-Qur’an. Hal itu kerana al-Qur’an merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, tapi tidak semua wahyu itu, berpa Al-Qur’an. Dimana ada yang berupa hadis, kitab Zabur, Taurat dan Injil adalah juga wahyu Allah.
Cara Penurunan Wahyu
1) Malaikat datang dalam rupa sebenar
2) Malaikat menyerupai manusia
3) Malaikat datang dengan keadaan sembunyi
4) Dengan bunyi loceng
5) Juga dengan bunyi lebah




Makna wahyu dari segi lughah
Makna wahyu terbahagi kepada lima bentuk:
1) Ilham semulajadi kepada manusia.
“dan kami ilhamkan kepada ibu Musa ;’susuilah dia (Musa), dan apabila kamu mengkhuatiri terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke Sungai ((Nil).”
Surah Al-Qasas ; ayat:7
2) Ilham yang tertentu kepada haiwan.
“dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia.”
Surah An-Nahl ; ayat: 68
3) Isyarat yang pantas dengan cara yang amat simbolik.
“maka Dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih(mengerjakan Ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
Surah Maryam ; Ayat: 11
4) Was-was Syaitan, iaitu godaan atau bisikan Syaitan sebagai perhiasan kejahatan bagi manusia.
“dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.”
Surah Al-An’am ; ayat:121
5) Perintah dari Allah swt kepada malaikatNya.
“(ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman.”
Surah Al-Anfal ; ayat: 12
Wahyu Allah Kepada Malaikat

1) Malaikat menerima melalui kata-kata allah S.W.T tanpa perantaraan
Malaikat Jibril bertalaqqi dan mendengar dari Allah S.W.T dengan lafaz yang khusus.
2) Al-Quran sudah sedia tertulis di Lauh Mahfuz, Malaikat menghafalnya dan menyampaikannya kepada Rasulullah S.A.W
Sepertimana diturunkan dalam satu jumlah ke Baitul Izzah dari langit dunia pada ayat pertama surah Al-Qadr, ayat ke-3 surah ad-Dukhan dan ayat ke-185 surah Al-Baqarah.

Wahyu Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W
1) Dengan cara berperantaraan

Mimpi yang benar.
Hadis riwayat dari Saidatina Aisyah yang bermaksud:
“ Seawal-awal wahyu yang diterima oleh baginda ialah mimpi yang benar ketika tidur, maka ia tidak melihat melainkan datangnya seperti fajar waktu subuh.”
Suara melalui pelindung atau tabir.
Berlaku dalam kisah Nabi Ismail A.S
Juga berlaku kepada rasullah S.A.W ketika isra’ mi’raj

2) Dengan cara tidak berpeantaraan
wahyu melalui Malaikat dan sebagainya.


Wahyu Allah S.W.T dari Malaikat kepada Rasulullah

1) Dengan cara yang paling berat .
Iaitu mendengar bunyi loceng dan suara yang kuat supaya Nabi bersedia menerima wahyu yang datang.
Firman Allah S.W.T :surah -Muzammil yang bermaksud “Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia menyempurnakannya)”.
2) Dengan cara yang ringan.

Iaitu Malaikat menyerupai seorang lelaki dengan paras rupa yang indah dan berseri, kemudian membacakan wahyu tersebut kepada baginda serta baginda menerimanya dengan senang.

Riwayat oleh Bukhari di dalam sahihnya daripada Aisyah Ummul mukminin yang bermaksud, “ Harith bin Hisyam telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Katanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah wahyu didatangkan kepada engkau? Jawab baginda: “ Kadangkala ia didatangkan kepadaku seumpama bunyi loceng yamg merupakan cara yang paling berat aku rasakan. Aku pun meyakininya dan kemudian aku menguasai apa yang telah diperkatakan. Kadangkala malaikat menyerupakan dirinya kepadaku seumpama seorang lelaki dan memperkatakan kepadaku dan aku menguasai apa yang diperkatakannya.”

pengajianalquran.blogspot.com/2010/03/wahyu-dan-huraiannya-pengertian-wahyu.html?m=1

[saya tidak mengatakan ianya betul ataupun salah tentang petikan ini. Rujuklah guru2 mursyid awak semua]
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pernah diajukan pelbagai soalan tentang ilmu ladunni. Ada yang meminta pengesahan benarkah si fulan mempunyai ilmu tersebut atau ilmu ganjil yang digelarkan dengan ladunni.

Pada pengamatan saya, ilmu ladunni bermula dengan istilah yang disebut dalam firman Allah (mafhumnya):

“Maka kedua-duanya (Musa dan pembantunya) menemui seorang hamba daripada hamba-hamba Allah yang Allah telah berikan kepadanya rahmat-Nya (dari sisi-Nya) dan diajarkan kepadanya dari sisi-Nya (juga) ilmu pengetahuan.

(Surah al-Kahfi, ayat 65)

Istilah yang digunakan dalam ayat ini ialah “mil ladunna ‘ilma”. Perkataan ladunna, di situlah akhirnya menjadi ladunni. Ladunna bermaksud dari sisi Kami, ladunni bermaksud dari sisi saya.

Kaitan ilmu ladunni dalam ayat ini, bahawa Nabi Musa a.s mengetahui ada seorang hamba Allah yang bukan Rasul, dianugerahkan kepadanya ilmu khusus dari Allah kepadanya tanpa perantaraan.

Mengikut satu riwayat dia adalah hamba Allah yang bernama Balya bin Malkan. Ia adalah nama sebenar beliau, dikenali sebagai nama Nabi Khaidir, diambil daripada kampungnya yang bernama Khaidharah.

Nabi Khaidir, terkenal sebagai seorang yang mendapat ilmu ladunni, diberi Allah, mengetahui perkara yang ghaib.

Nabi Musa hendak berjumpa dengan Nabi Khaidir, dengan tujuan mematuhi segala kehendaknya demi mendapat peluang diajarkan ilmu tersebut.

Sebaik sahaja Musa untuk belajar dengan Khaidir, lalu Khaidir menjawab, “Kamu tidak boleh kerana kamu tidak sabar.”

Musa menghujahkan balik kepada Khaidir bahawa dia datang mencarinya kerana dia akan belajar dan sabar.

Tetapi ternyata hingga akhirnya dalam kisah yang disebutkan dalam Surah al-Kahfi, Musa tidak sabar, lalu mereka berpisah dan ilmu itu tidak diperturunkan kepada Musa.

Nabi Musa a.s yang cuba mendapat ilmu ladunni itu dengan pergi mempelajarinya dengan mengikut apa sahaja kehendak Balya bin Malkan, akhirnya pun gagal sedangkan Musa adalah seorang yang sabar, seorang Rasul yang boleh bercakap dengan Allah pun tidak boleh.

Maka bagaimana insan biasa boleh mendapat ilmu ladunni?

Saya merasakan bahawa ilmu ini memang wujud atas anugerah Allah. Orang mendapat ilmu itu adalah orang yang paling takut kepada Allah, paling tawaduk dan paling sayang dengan ilmunya, takut ditarik balik oleh Allah dengan sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

Jauh sekali dari mendakwa atau mengaku mereka mengakui mendapat ilmu ladunni atau dengan mudah-mudah untuk mengajar ilmu itu kepada orang lain.

Ilmu yang biasa diterima oleh manusia adalah ilmu zahir atau disebut ilmu syariat, ilmu inilah yang dipelajari.

Kita boleh menghampiri Allah dengan mengamalkan semua saranan dalam ilmu syariat berdasarkan hukum-hukum yang termaktub dalam syariat Islam.

Adapun yang mendakwa mereka mendapat ilmu ladunni dan cuba menurunkan kepada orang lain. Kadang-kadang insan tertipu dengan perkara-perkara yang ghaib berlaku.

Sedarlah bahawa bukan semua perkara yang ghaib datang daripada Allah. Barangkali ada sumber lain (ilmu ghaib) yang tidak diketahui. Maka dicelah-celah itulah ada orang tertipu dengannya, akhirnya terjebak dengan pengajaran yang terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

https://www.google.com/amp/s/muhdhazrie.wordpress.com/2009/07/13/apakah-dia-ilmu-ladunni-itu-bolehkah-manusia-mendapat-ilmu-tersebut-dengan-mempelajarinya/amp/

[saya tak kata betul ataupun salah. Rujuklah guru2 mursyid awak semua]
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika tanya kepada saya, apakah Wahyu itu sama seperti Ladunni?
Jawapan dari saya : Tidaklah sama. Cuba semak Alquran, Allah swt pasti menyatakan jelas sesuatu itu wahyu ataupun langsung tidak menyatakan ia.

Dari mana wahyu itu diambil?
Jawapan : Luh mahfus.
Dari mana ladunni itu diambil?
Jawapan : Ada sesiapa yg berani utk jelaskan mengenai Rahmat dari sisi Allah? Jika tak mampu, tidak perlu takwilkan atau misalkan melainkan cukuplah berkata "Wallahu'alam".
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi saya, tiada suatu bukti yg jelas dari petunjuk Allah yg boleh mengaitkan Khidir itu nabi, melainkan Allah swt menjelaskan keberadaannya sebagai "hamba Allah" dgn jelas lagi nyata. Kita tidak boleh MENGADA-ADAKAN sesuatu yg tidak dinyatakan oleh-Nya dgn jelas akan sesuatu hal. Demi menjaga maqasid syariah dalam mengimani sesuatu yg ditetapkan oleh-Nya, TIDAK LAYAK kepada sesiapa jua meskipun bergelar ULAMA mahupun UMARAK, layak utk mengada-adakan sesuatu yg tidak selayaknya utk dinyatakan MENGATASI apa yg DIA telah tetapkan. Kerana, kita hanya perlu berTuhankan Allah swt, bukan pula bertuhankan hawa nafsu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap manusia hanya diberi pilihan oleh-Nya samaada mentaati atau mengingkari sesuatu yg ditetapkan oleh Allah swt.

Adapun sesuatu yg samar2, sebaik2nya diambil hanyalah yg jelas lagi nyata. Kerana, disebalik yg samar2 itu, jika ditakwilkan sambil mengada2kan sesuatu yg tidak ditetapkan oleh-Nya, dikhuatiri, kitalah dari kalangan 999 yg dijanjikan-Nya utk masuk ke dalam neraka oleh-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 23-4-2019 08:32 PM

Apakah makna sebenar Ladunni?
Sejenis ilmu yg berasaskan kepada Asma Ul-Hisna-Nya, Ar-Rahman dari sisi Allah, yg tidak mencakupi makna Ar-Rahim (itu sahaja yg ditetapkan utk kita fahami). Ilmu ladunni juga bermaksud "ilmu bukan dunia", atau ilmu yg tidak boleh disifatkan melainkan apa yg ditetapkan oleh-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya nak nyatakan byk perkara disini, akan tetapi, bila aje saya baca tread hari ini, saya rasa tak perlu utk dinyatakan. Kerana, setiap manusia diberi pilihan oleh-Nya. Masing2 dgn pilihan masing2. Kelak, masing2 akan dipertanggungjawabkan atas apa yg dipilih olehnnya jua.

Moga2, Allah swt berserta orang2 yg sabar kerana-Nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

(A-li'Imraan 3:7)
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan : Boleh ke orang macam saya telan semua ilmu dari para mufti sekiranya jelas membelakangkan Alquran? Sayakah yg sesat atau muftikah yg sesat?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 24-4-2019 10:46 PM

Bagaimana utk faham, seseorg itu Allah kurniainya ilmu ladunni?

Ini hadisnya :

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu ia berkata, Raslullh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman, ’Barangsiapa memusuhi wali-Ku, sungguh Aku mengumumkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada hal-hal yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak henti-hentinya mendekat kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan menjadi kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, Aku pasti memberinya. Dan jika ia meminta perlindungan kepadaku, Aku pasti melindunginya.’”

Kelengkapan hadits ini adalah:

              

Aku tidak pernah ragu-ragu terhadap sesuatu yang Aku kerjakan seperti keragu-raguan-Ku tentang pencabutan nyawa orang mukmin. Ia benci kematian dan Aku tidak suka menyusahkannya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 24-4-2019 11:15 PM

Maksudnya begini ye, berdasarkan kisah Khidir dan Musa, hakikatnya, semua perkara yg berkaitan apa yg bakal berlaku dan perlu dilakukan oleh Khidir hakikatnya Rahmat dari sisi Allah pada maksud Ar-Rahman-Nya Allah terhadap hamba2-Nya. Bila sesuatu itu memudaratkan diri hamba2 itu, pada ketika itu, berakhirlah senario Ar-Rahman dari-Nya yg meliputi kebenaran dan kebatilan. Kisah itu diungkapkan oleh Allah swt menerusi kisah yg dimaksudkan. Dan pastilah, Allah datangkan bukti dari sisi-Nya bila sesuatu hujjah itu berkaitan ilmu-Nya, lalu menerusi hamba2-Nya itu, DIA perjelaskan akan apa yg telah disyariatkan kepada hamba berkenaan berserta sebab dan tujuan utk mengekalkan makna Ar-Rahman-Nya yg TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN.

SEKIRANYA, mana2 hamba-Nya itu hanya diberi pilihan atas Ar-Rahim-Nya, disebabkan pendustaan demi pendustaan terhadap Ar-Rahman-Nya, maka kesemua manusia perlu bersiap sedialah menerima akibat dari-Nya jua pada masa tertentu dari-Nya jua.

Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.060802 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list