OKT bolos dari mahkamah ketika hendak dihantar ke lokap Balai Polis Kulim selepas gagal membayar wang denda RM11,000 setelah Mahkamah Majistret Kulim menjatuhkan hukuman terhadapnya semalam, kerana memecah masuk pasar raya.
Muhammad Ashaaru At Tamimi Ali, 26, yang ketika itu dalam keadaan bergari melarikan diri apabila tiba-tiba isterinya membuka pintu kereta dan terus menaiki motosikal bersama wanita berkenaan keluar dari mahkamah.
Usaha memburu lelaki terbabit sedang dijalankan.
Sumber: Harian Metro
|