CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8466|Reply: 56

[Tempatan] Kuala Pilah lubuk kedai kedai emas 916

  [Copy link]
Post time 25-4-2019 12:58 AM | Show all posts |Read mode
Lubuk 916



BANDAR ini hanya dikenali sebagai laluan antara Seremban ke Bahau namun ia memiliki keistimewaan tersendiri kerana menjadi lubuk emas murah di negara ini sejak 1940-an lagi.

Terdapat lapan kedai emas di pekan ini yang menjual emas dengan harga lebih murah sehingga 16 peratus berbanding pasaran biasa.

Ketika tinjauan dilakukan, harga semasa emas 916 ialah RM193, tetapi kedai emas di bandar ini menawarkan harga antara RM161 hingga RM163 segram.

Bagi emas 999 pula, harga yang ditawarkan adalah RM178 segram.

Barangan kemas yang sering mendapat sambutan di situ ialah rantai tangan dan cincin.

Malah, pelanggan juga boleh menukar barangan kemas masing-masing dengan fesyen terkini barangan kemas yang dihajati pada harga yang munasabah.

Lebih menarik, rekaan barang kemas di sini juga adalah fesyen terkini sama seperti kedai emas berjenama.



Selain Kuala Pilah, barangan kemas dijual di Muar, Johor dan Sungai Petani, Kedah juga dikatakan murah antara RM20 hingga RM30 segram berbanding harga semasa emas 916.

Harga emas di Kuala Pilah ini kerana beberapa faktor iaitu peniaga dan pemilik kedai emas tidak terikat dengan Persatuan Peniaga Emas Malaysia, tidak perlu membayar sewa kedai kerana premis milik sendiri dan kos buruh kerana rata-rata pekerja adalah dalam kalangan keluarga sendiri.

Seorang peniaga emas yang mahu dikenali sebagai Ng, 60, berkata dia menjual emas mengikut harga sendiri bagi menarik pelanggan.

“Yang penting tidak langgar undang-undang,” katanya yang menyambung legasi perusahaan kedai emas keluarganya sejak 100 tahun lalu.

TIDAK menyewa kedai antara faktor emas ditawar pada harga murah.

Sebab itu, kedainya menjadi tumpuan pelanggan termasuk dari luar negeri ini.

Bagaimanapun, rata-rata pemilik kedai emas meminta supaya gambar mereka tidak dirakamkan Harian Metro atas atas faktor keselamatan.

Ng berkata, dia adalah generasi ketiga mengusahakan perniagaan itu tanpa terikat dengan mana-mana persatuan berasaskan emas.

“Kami tidak mahu dikawal dan terikat dengan harga ditetapkan pasaran. Lagipun kena bayar yuran keahlian kalau masuk persatuan.

“Lebih baik macam ini untung rugi pun sendiri-sendiri.

“Premis pun kami tidak menyewa sebab itu boleh letak harga emas dan upah murah dari pasaran,” katanya.

Katanya, setiap barang kemas di kedainya diperoleh dari kilang di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor.

“Sudah pasti kalau sudah lama berurusan dan beli pukal kita akan dapat harga murah dari pembekal.


“Lagipun daerah ini tidak ramai penduduk, hendak tarik orang luar datang kena tawar harga lebih murah.

“Kedai kami pernah tawarkan harga paling rendah RM20 hingga RM25 segram pada 1999 sebab itu ada pelanggan sanggup datang dari jauh termasuk dari Kedah, Kelantan dan Johor,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Angel berkata, mereka memiliki kedai sendiri selain menggunakan khidmat pekerja dalam kalangan ahli keluarga.

“Kami meniaga kecil-kecilan dan tidak mengambil pekerja luar.

“Sebab itu kami berani letak harga rendah lagipun penggemar emas pasti akan datang beli walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh.

“Kami tidak kisah menawarkan harga rendah dari pasaran semasa kerana kami juga turut menyediakan khidmat menempah, membaiki dan mencuci emas yang masih mampu memberi pulangan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
My 1st subang emas mak & ayah saya beli di Kedai Poh Kong Pilah tahun 1994. Dulu2 asal balik Pilah, osah tak lopeh nyinggah kodai omeh
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols skeptikal jah

916 kedai A kaler lain dari 916 kedai ada nama
999 kedai B cepat pudar dari 999 kedai ada nama

Cautious je la..ade je peniaga jual 916 tapi ratio emas xsmpai 80% pon
Lagi teruk luar je emas tengah2 tembaga

So carefull kalau nk hunt emas murah ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 25-4-2019 05:00 AM
Iols skeptikal jah

916 kedai A kaler lain dari 916 kedai ada nama

den ado donga jugak...

Ado pompuan kato.. Dia X prefer boli kek Pilah sobab warno omeh eaa merah skit..

Mgkn persen gold kurang dr 91.6%
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 07:33 AM | Show all posts
kalau nak beli pi lah pilah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeeii siapa je yg bodoh percaya taktik emas murah ni?

Tambah tolak harga upah nanti jadi sama je lah
Penat je travel jauh

Baik pi kedai emas yg jelas2 letak harga xde upah dah tu
Yg bawah 10gram harga sekian2
Atas 10gram harga murah skit
Lagi berat emas lagi murah harga pergram
Dan xde dah kiraan upah2 tu

Lebih senang dan selesa nak beli

Propa je kunun murah sgt puiihhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2019 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 25-4-2019 05:00 AM
Iols skeptikal jah

916 kedai A kaler lain dari 916 kedai ada nama

Uikss
Cmne nak cek tu
Jahatnyaaa menipu
ish
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols xpenah pegi sana
Biasa kedai habib jawa dan pokong je..
Xpon kedai emas biasa cap cina letak cincin dlm.bekas akrilik tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 25-4-2019 07:44 AM
Uikss
Cmne nak cek tu
Jahatnyaaa menipu


Kalau biasa tgk emas mmg bole kenal sis..22k mcm mana kaler dia, 24k mcm mana
Iols ckp untuk emas kuning ye. Bkn rose gold

Kalu y merah2 tu mmg sahih la campur tembaga lebih. Mcm @pengecatbintang ckp, kaler pn lain..kuning nampak berat je kaler dia..kuning kaler mcm pucat..mgkin perak lebih dlm tu. 18k tapi stamp 22k
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 25-4-2019 07:58 AM
Iols xpenah pegi sana
Biasa kedai habib jawa dan pokong je..
Xpon kedai emas biasa cap cina letak  ...

Pun kene careful..seeloknya bawak magnet kecik kalau nk gi beli gelang kat kedai tttuuuuuttt walau ternama

Coz iols dpt info dari mak budak y membawang kt opis, ada segelintir kedai ternama itu pakai tulang besi jua dlm gelang2 dia supaya bentuk gelang xberubah lembik. Kalau tulang besi y bole lekat magnet, ok bole detect
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 25-4-2019 08:11 AM
Pun kene careful..seeloknya bawak magnet kecik kalau nk gi beli gelang kat kedai tttuuuuuttt walau ...

I see..
Kalau lekat..maknanya menipu la ek?
Ok..iols aka  bawak magnet lain kali..
Fridge magnet boleh lah kan..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:20 AM | Show all posts
xde la..emas kat sana ok je...klu xcaya..pegi la beli lpas tu bawak g kedai pajak gadai klu xpercaya sgt...tp aku xpenah beli kat sana..aku beli kat cawangan dia kat senawang je...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 25-4-2019 08:15 AM
I see..
Kalau lekat..maknanya menipu la ek?
Ok..iols aka  bawak magnet lain kali..

iols nak bawak fridge magnet jugak l lepas mcm chuols
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu pesan aku org islam kn beli emas kedai islam..sbb emas ni kena zakat.klu semata beli emas kedai cina sbb murah xpatut xpatut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 25-4-2019 08:24 AM
iols nak bawak fridge magnet jugak l lepas mcm chuols

Hahahaha..
Kan..senang nak detect kalau besi
Melekat..kita taji depa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:43 AM | Show all posts
boss akak pun suka pegi pilah kalo nak beli emas.. murah kata dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 08:52 AM | Show all posts
iols 5 tahun kek pilah tak terfikir pun nak beli omas
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak dgn induk an rajin la poie tukar omeh kek pilah. Asal balik rayo yo poie pilah. Dah la satu hal nak tompuh simpang tanjung ipoh tu. Keto byk bonar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:11 AM | Show all posts
dr dulu org kata emas kt sana murah2
walaupun suka jugak beli tp xde la nak ke sana
baru ni pegi poh kong x byk sgt design yg menarik
habib n wah chan ok
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
cupu replied at 25-4-2019 08:27 AM
Satu pesan aku org islam kn beli emas kedai islam..sbb emas ni kena zakat.klu semata beli emas kedai ...

Betul tu.

Muslim sokonglah bisnes muslim.
Yg pergi hadap poh kong, tomei, wah chan..
Dah sah2 diorg tak bayar zakat.

Cina memamg boleh jual murah tp byk juga menipunya. Macam menteri kewangan sijil palsu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.110279 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list