Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123Next
Return to list New
1618
View
41
Reply

[Jenayah] Edisi bossku : RM64juta masuk akaun Najib!

[Copy link]

Author: dodolgemok    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-4-2019 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
RM64 juta dikreditkan ke tiga akaun Najib

SITI AZIELAH WAHI | 24 Apr 2019

Najib (kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan kes yang dihadapinya membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. Foto: Bernama

A



A

KUALA LUMPUR - Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan mengesahkan wang sebanyak RM64 juta telah depositkan ke dalam tiga akaun milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara 2014 dan 2015.

Saksi ke-21, R Uma Devi yang membaca kenyataan saksi pada hari kelapan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib berkata, jumlah RM27 juta itu dikreditkan pada 8 Julai 2014 namun tidak dinyatakan sumbernya.

Uma Devi turut mengesahkan sejumlah RM37 juta lagi dikreditkan secara berasingan pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015, daripada syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat bagi SRC International.

Dalam pada itu, Uma Devi berkata, syarikat subsidiari SRC International, Gandingan Mentari Sdn Bhd telah menghantar permohonan untuk membuka akaun semasa dengan Ambank cawangan Jalan Raja Chulan pada 23 Julai 2014.

Menurutnya, dalam permohonan itu, SRC telah menamakan lima penandatangan sah dengan lima tandatangan spesimen diberikan kepada Ambank.

"Gandingan Mentari telah melampirkan resolusi lembaga pengarah sebagai dokumen sokongan untuk memohon, yang menyatakan Nik Faisal Ariff Kamil dan Suboh Md Yassin sebagai penandatangan sah untuk akaun itu," katanya ketika membacakan kenyataan saksi yang disediakan.

Selanjutnya beliau berkata Gandingan Mentari menerima tiga transaksi wang berjumlah RM50 juta daripada SRC International Sdn Bhd pada tahun 2014 dan 2015.

"Tiga transaksi itu melibatkan jumlah RM40 juta pada 24 Disember 2014 dan RM5 juta masing-masing pada 5 dan 6 Februari 2015," katanya.

Saksi itu juga menyatakan, pengurus perhubungan bank itu (Ambank) bernama Krystle Yap telah menghantar emel bertarikh 24 Disember 2014 bagi meminta cawangan Ambank tersebut mematuhi surat arahan daripada SRC International untuk memindahkan RM40 juta ke akaun Gandingan Mentari.

Katanya, arahan itu diterima berdasarkan surat yang ditandatangani dua pengarah syarikat SRC iaitu Nik Faisal dan Suboh yang kedua-duanya adalah antara lima penandatangan akaun semasa SRC International yang sah.

Dalam pada itu, bagi rekod pemindahan keluar pula, Uma Devi berkata, wang berjumlah RM20 juta juga dipindah keluar dan dimasukkan ke dalam satu lagi akaun semasa AmPrivate Najib bernombor pada 8 Julai 2014.

"Melalui surat arahan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal pada November 2014, mengarahkan wang berjumlah hampir RM449,586.95 daripada RM3.3 juta dalam akaun Ambank Datuk Seri Najib Tun Razak dipindah keluar dan dikreditkan kepada kad kredit Visa Platinum manakala selebihnya iaitu RM2,833,147.21 dikreditkan kepada kad kredit Master Card Platinum, " katanya lagi.

Selain itu, Uma Devi juga mengesahkan, Najib telah membuka tiga akaun berlainan di Ambank Cawangan Jalan Raja Chulan antara 13 Januari 2011 hingga 9 Mac 2015.

Uma Devi mengesahkan, Najib melalui satu surat telah mengarahkan dua akaun banknya ditutup pada 30 Ogos 2013 dengan bakinya masing-masing sebanyak RM12,436,711.87 dan RM82.67 dipindahkan ke akaunnya yang lain bernombor 21120211880.

Perbicaraan dihadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung hari ini.

Sos: https://www.sinarharian.com.my/article/25173/BERITA/Mahkamah/RM64-juta-dikreditkan-ke-tiga-akaun-Najib?fbclid=IwAR0dzOfv5MtPWgYYG6lyn0lDJ-iZwELvrGa9H5QeuWA1q-E7LKZnKqBX8jc

P/s: benda2 cmni cacai cakap xpe benda dah lepas, tangkap lah najib tangkap lah. Cacai ingat nk tgkap najib sehari dua jah dh setel. Kahkahkah @brego @dinopower2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:11 AM | Show all posts
Iyo la Iyo la


Aritu kata nak tangkap atok

Sudahnya atok jadi PM

Mana kata-kata keramat

Pelingkup Negara

Kepala Perompak


Tarak otak punya badigolgemok


"ahak"

"ahak"

"ahak"



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-4-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
cambaik replied at 25-4-2019 09:11 AM
Iyo la Iyo la

Aritu kata nak tangkap atok

Setakat ni je komen cacai mampu beri? Najib pon senyum sinis kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Pencacai BN mcm inilah. Bila yg benar dikeluarkan semua takut nak cakap tapi sedikit berita ph yg tak baik digempar gemburkan.
Tak tahu berfikiran waras.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:33 AM | Show all posts
dapat 1percent pun okay dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 25-4-2019 09:16 AM
Setakat ni je komen cacai mampu beri? Najib pon senyum sinis kahkahkah

cermin diri la... ade kes najib baru kluar gua haha

klau tak terperap je taknak komen apa2.... munafik level tertinggi
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-4-2019 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 25-4-2019 09:35 AM
cermin diri la... ade kes najib baru kluar gua haha

klau tak terperap je taknak komen apa2....  ...

Lobai berita palsu, berita fitnah berpusu2 masuk. Bila diberitahu fakta sebenar terus mencicit lari diam x berkutik langsung. Itulah dia macai munafik yg diharuskan berbohong oleh Nik buduh dan hadi bawang. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:04 AM | Show all posts
Bertabah DSN... In shaa Allah jika hakim mengizinkan semua dokumen dibawa saksi 20 kebenaran akan ditelanjangkan khamis hari ni. Semoga dipermudahkan... Aamiin...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:06 AM | Show all posts
PENDAKWA HALANG TRANSAKSI DIDEDAHKAN

Berlaku perdebatan hangat antara pasukan pendakwaan dan pembelaan hari ini apabila peguambela Datuk Seri Najib Razak mahukan saksi ke-20 supaya mengemukakan kesemua dokumen berkaitan semua transaksi yg melibatkan akaun-akaun Gandingan Mentari, Ihsan Perdana dan akaun khas politik Datuk Seri Najib di Ambank

Menurut peguambela tersebut,
Terdapat orang dlm SRC dan Gandingan Mentari menjalankan urusan yg boleh dipersoalkan secara serius,

Entah macam mana sebahagian berakhir ke akaun Datuk Seri tetapi sejumlah yg lebih besar pergi kpd penerima yang tidak diketahui

Rupa-rupanya tangan-tangan misteri ini memindahkan RM104 juta keluar drpd SRC, bukan hanya RM42 juta, kpd pelbagai akaun penerima yg tidak diketahui

Yg peliknya, pasukan pendakwaraya seolah mahu menutup money trail yg akan mendedahkan perbuatan konspirasi ini

Sebelum ini Datuk Seri Najib telah berkali-kali menjelaskan bahawa dia hanya expect derma drpd Saudi yg masuk, akan tetapi entah mcm mana, duit drpd SRC boleh masuk ke akaun beliau

Lebih misteri, apabila duit SRC yg dimasukkan oleh tangan-tangan misteri ini, dgn misteri juga Bank Negara bertindak dgn melakukan serbuan.

Maklumat drpd serbuan tersebut juga secara misteri dibocorkan kpd The Wall Street Journal yg mendedahkan maklumat tersebut keesokkan harinya di portal online mereka

Walaupun pada masa itu, SPRM dan PDRM masih belum sempat melakukan siasatan.

Ianya seolah-olah diatur tangan-tangan misteri utk memasukkan duit SRC ke dlm akaun politik private Datuk Seri Najib dan dlm masa yg sama membocorkan maklumat tersebut kpd wall street journal?

Siapakah tangan misteri yg memasukkan duit SRC ke akaun Datuk Seri Najib?

Siapakah di BNM yg boleh mempengaruhi siastan BNM keatas Ambank?

Siapa di BNM yg berkuasa membocorkan maklumat kpd WSJ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:08 AM | Show all posts
saripdolmat replied at 25-4-2019 10:06 AM
PENDAKWA HALANG TRANSAKSI DIDEDAHKAN

Berlaku perdebatan hangat antara pasukan pendakwaan dan pemb ...

maksudnya ada org sengaja nak kenakan DSN. Cara peguam2 Najib explain mcm tu la nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:09 AM | Show all posts
dino replied at 25-4-2019 09:35 AM
cermin diri la... ade kes najib baru kluar gua haha

klau tak terperap je taknak komen apa2....  ...

Kena ingat apa background politik pd 2015... siapa yg nak kenakan Datuk Seri masa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:11 AM | Show all posts
Malaysiakini

Terdapat orang dalam SRC dan Gandingan Mentari menjalankan urusan yang dipersoalkan secara serius, yang wang dari SRC kepada beralih beberapa entiti dan berakhir pada penerima tidak diketahui.

Sebahagian (didakwa) berakhir pada Najib tetapi jumlah lebih besar pergi kepada penerima yang tidak diketahui, kata Harvinderjit.


p/s- nampak spt ada tangan2 ghaib yg buat kerja ni tanpa pengetahuan DSN.....mcm sengaja nak kenakan dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:14 AM | Show all posts
cambaik replied at 25-4-2019 09:11 AM
Iyo la Iyo la

Aritu kata nak tangkap atok

peguambela DSN mahukan history transaction dari saksi-saksi yg terlibat....yg diminta untuk tujuan siasatan & pembuktian...  
hairan apa lah yg PENDAKWA takut sangat dgn pendedahan dgn transaksi bank itu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:16 AM | Show all posts
takkan la nak cover bukti mcm team Pendakwa terpaksa kena buang semua sistem & server kat BNM tu....  
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:16 AM | Show all posts
tobby replied at 25-4-2019 10:04 AM
Bertabah DSN... In shaa Allah jika hakim mengizinkan semua dokumen dibawa saksi 20 kebenaran akan di ...

Aaaminnnnnnnnnnnnnnnnn!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:17 AM | Show all posts
Mungkin pendakwaraya nak cover saksi2 ini sbb for safety reason dan telah ada perjanjian, reveal the truth then we will keep u safe.  Satu dunia follow case ni so tak terkejut kalau kena ugut. Lgpun nak reveal tu tak bawa perubahan pun bahawa najib dah terima duit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:20 AM | Show all posts
Kenapa takut sgt nak tunjuk dokumen transaksi?

Sebelum ini mereka tampilkan saksi dari BNM tetapi bila peguam bela DSN tanya bagaimana mereka boleh mengklafikasikan kes tersebut di bawah seksyen 4 AMLA , pegawai BNM tu boleh kata tak ingat

Kemudian bila peguam bela DSN minta bukti dokumen yg dirampas dari pegawai Ambank, pendakwa raya membantah namun selepas dibenarkan Hakim, pegawai penyiasat BNM pula memberitahu dokumen tak dibawa dan meminta masa utk dikumpulkan. ( Lucu punya lama masa diberi, tp bukti dokumen masih belum lengkap ).

Hari Ini, pegawai Bank Affin mengesahkan Dana 50 juta masuk ke akaun Ihsan perdana ( anak syarikat SRC ye bukan akaun DSN) tetapi bila peguam bela DSN minta lihat dokumen transaksi tersebut, pendakwa raya sekali lagi bantah dan tidak mahu saksi menunjukkan dokumen transaksi tersebut.

Kenapa takut sgt nak tunjuk dokumen transaksi? Tunggu dan lihat perdebatan yg seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya pon terasa mcm DSN kena "set up".. kalau nak dakwa xleh dakwa dsn sorang.. kena angkut sekali depa2 yg sign transaction duit tu.. tapi mana sembang rm2.6 billion ?? Xde dah ke..
Ape2 pon semoga kebenaran terhasil di pihak dsn.. harap gomen ph tak mempengaruhi keputusan hakim..

Next pru bn plak siasat leader2 ph.. sbb ph kerajaan sepenggal.. ur turn will come ph.. jaga2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:26 AM | Show all posts
relaxjek replied at 25-4-2019 10:20 AM
Saya pon terasa mcm DSN kena "set up".. kalau nak dakwa xleh dakwa dsn sorang.. kena angkut sekali d ...

hairan kan....Kenapa pendakwa takut sgt nak tunjuk dokumen transaksi?   kena beriya2 nak sorok money trail.   tangan2 ghaib siapa yg terlibat sebenarnya.  kita tunggu team peguam DSN korek sampai lobang cacing.  semoga hakim tidak memihak.  hakim pun kena pressure teruk.  sebelum ni  Ram Karpal sendiri dedah ada tangan2 ghaib yg bagi mcm2 arahan kpd Jabatan Peguam Negara.



Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:33 AM | Show all posts

bila Ram Karpal sendiri dedah ada tangan2 ghaib yg interfere dgn segala urusan Jabatan Peguam Negara baru2 ni aku dah rasa something fishy is happening....


MALAYSIAKINI

Peguamcara Hanifah mesti disingkirkan jika terima arahan kerajaan - Ramkarpal

"Pendirian Hanafiah bahawa kerajaan boleh campurtangan dalam hal ini adalah serius.

Ramkarpal merujuk kepada e-mel Hanafiah kepada semua Timbalan Pendakwa Raya mengenai arahan kerajaan untuk mempercepatkan beberapa kes berprofil tinggi.

Peguamcara Mohamad Hanafiah Zakariah perlu disingkirkan jika beliau tidak memahami fungsi Jabatan Peguam Negara yang sepatutnya bebas dan tidak boleh menerima arahan daripada kerajaan, kata Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.

Beliau berkata demikian merujuk kepada e-mel Hanafiah kepada semua Timbalan Pendakwa Raya mengenai arahan kerajaan untuk mempercepatkan beberapa kes berprofil tinggi, termasuk kes melibatkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

"Pendirian Hanafiah bahawa kerajaan boleh campurtangan dalam hal ini adalah serius.

"Ini mencerminkan kejahilannya terhadap fakta bahawa Jabatan Peguam Negara sentiasa bebas daripada arahan kerajaan dan sepatutnya tidak berpihak.

"Ini adalah kesalahan serius dan memalukan terhadap Hanafiah. Beliau harus meletakkan jawatan jika beliau tidak faham ini, (dan) kalau tidak disingkirkan," kata anggota parlimen DAP itu dalam kenyataan malam ini.

Ketika mempertahankan e-mel berkenaan, Hanifah berkata Jabatan Peguam Negara adalah sebahagian daripada jentera kerajaan dan akan mematuhi arahan kerajaan.

Ramparkal berkata mengikut undang-undang sepatutnya Jabatan Peguam Negara memberikan nasihat kepada kerajaan dan bukannya menerima arahan dari kerajaan.

"Hanafiah telah lupa bahawa Peguam Negara adalah bebas dan mendakwa mengikut bukti dan tidak pernah diarahkan, sama ada oleh kerajaan atau sebaliknya.

"Kita perlukan inividu yang bebas untuk tugas itu. Bukan mereka yang menerima arahan daripada kerajaan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.092151s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list